Anda di halaman 1dari 73

INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

(PEMBANTU PERUBATAN) SEREMBAN


NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

TAHAP PENGETAHUAN DAN KESEDARAN MENGENAI PENYAKIT


SIFILIS DI KALANGAN PELATIH ILKKM SEREMBAN (PP)

MUHAMMAD AMIRUL NAIM BIN ASRI


BPP2020-0110

MUHAMMAD AFIQ HAIKAL BIN ASWADI


BPP2020-0104

LEONG CHEE WEI


BPP2020-0096

DIPLOMA SAINS PERUBATAN DAN KESIHATAN


AMBILAN JANUARI 2020

i
INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
(PEMBANTU PERUBATAN) SEREMBAN
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

TAHAP PENGETAHUAN DAN KESEDARAN MENGENAI PENYAKIT


SIFILIS DI KALANGAN PELATIH ILKKM SEREMBAN (PP)

MUHAMMAD AMIRUL NAIM BIN ASRI


BPP2020-0110

MUHAMMAD AFIQ HAIKAL BIN ASWADI


BPP2020-0104

LEONG CHEE WEI


BPP2020-0096

DIPLOMA SAINS PERUBATAN DAN KESIHATAN


AMBILAN JANUARI 2020

ii
PENGESAHAN PENYELIDIKAN

Adalah dengan ini disahkan bahawa penyelidikan ini telah sempurna


melalui ahli jawatan kuasa etika institusi yang mengeluarkannya

Pada Tarikh :
............................

Kajian ini adalah Hak Cipta Tepelihara dalam institusi dan tidak dibenarkan
dikemukakan kepada umum kecuali dengan kelulusan Pengarah Institusi

Pengesahan Oleh :

....................................................
( )
Cop
Pengarah / Timbalan Pengarah Akademik
ILKKM Seremban (Pembantu Perubatan)
Negeri Sembilan Darul Khusus

iii
PENGAKUAN oleh PENYELIDIK

Adalah dengan ini disahkan bahawa penyelidikan ini telah sempurna


melalui ahli jawatan kuasa etika institusi yang mengeluarkannya

Pada Tarikh :
............................

Kajian ini adalah Hak Cipta Tepelihara dalam institusi dan tidak dibenarkan
dikemukakan kepada umum kecuali dengan kelulusan Pengarah Institusi

Penyelidik

Nama pelatih : MUHAMMAD AMIRUL NAIM BIN ASRI


No Kad Pengenalan : 980331-08-5675
Nama pelatih : MUHAMMAD AFIQ HAIKAL BIN ASWADI
No Kad Pengenalan : 010203-01-0129
Nama pelatih : LEONG CHEE WEI
No Kad Pengenalan : 010318-09-0149

iv
PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, syukur dan puji ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin
dan limpah-Nya, akhirnya kami berjaya menyiapkan kajian penyelidikkan ini
sebagai memenuhi syarat untuk penganugerahan Diploma Perubatan & Sains
Kesihatan. Segunung penghargaan buat keluarga tersayang serta sahabat
handai yang tidak putus-putus memberi kata-kata semangat dan dorongan
kepada kami.

Di samping itu, tidak lupa juga ribuan terima kasih yang tidak terhingga
diucapkan kepada Encik Muhammad Firdaus Bin Bahari selaku penyelia bagi
kajian penyelidikkan ini di atas segala nasihat,dorongan dan sokongan serta
tunjuk ajar yang berterusan tanpa kenal erti penat lelah. Hanya Allah S.W.T
yang mampu membalas jasa beliau.

Kepada rakan-rakan yang lain juga tidak dilupakan ribuan terima kasih
diucapkan di atas sokongan yang berterusan serta nasihat yang diberikan.
Terima kasih kepada semua kerana menjadi pembimbing yang baik dan
peneman setia dalam perjuangan ini. Semoga kejayaan menjadi milik kita
semua.

Akhir sekali, semoga maklumat, panduan dan tunjuk ajar yang diberikan
oleh semua pihak yang terlibat dalam kajian ini mendapat balasan yang baik
dari-Nya dan semoga hasil kajian ini dapat memberikan manfaat bersama dan
menjadi rujukan pada masa akan datang kelak.

v
ABSTRACT

A STUDY : ON THE LEVEL OF KNOWLEDGE AND AWARENESS ABOUT


SYPHILIS DISEASE AMONG ILKKM SEREMBAN TRAINEES

DIPLOMA PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN

INTRODUCTION : According to the official portal of the Malaysian Ministry of


Health, syphilis is a disease caused by an organism called ‘spirochete’. This
disease is spread through oral, anal or vaginal sex. There are 4 stages of
syphilis where each stage has different symptoms and signs. If not treated
properly it can cause complications in the brain and can also infect the newborn
baby. Based on statistics from the Malaysian Ministry of Health (KKM) the rate
of syphilis (per 100 thousand population) in Malaysia was 11.7% in 1999 and
decreased to 3.06% in 2008. This downward trend may be due to the disclosure
of the dangers of this disease to the public.
OBJECTIVE : Assess the level of knowledge & awareness about syphilis
among ILKKM Seremban trainees. In addition, to asses the extent to which
ILKKM Seremban trainees know the risks and interventions of this syphilis
disease.
METHODOLOGY : This study is descriptive and quantitative. This study was
conducted on 50 respondents consisting of ILKKM Seremban (PP) trainees
where the questionaire was distributed in the form of a google form.
RESULTS : The majority of respondents basically know what syphilis is and
also know about the symptomatology and intervention methods for this disease.
CONCLUSIONS : The objectives of this study were achieved and the trainees
level of knowledge about syphilis was satisfactory

vi
ABSTRAK

KAJIAN MENGENAI TAHAP PENGETAHUAN DAN KESEDARAN


MENGENAI PENYAKIT SIFILIS DI KALANGAN PELATIH ILKKM
SEREMBAN (PP)

DIPLOMA PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN

Pengenalan : Menurut portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia, penyakit


sifilis merupakan penyakit yang disebabkan oleh satu organisma yang
dinamakan ‘Spirochete’. Penyakit ini disebarkan melalui hubungan seks
secara oral, dubur atau vagina. Terdapat 4 peringkat penyakit sifilis ini dimana
setiap peringkat ini berbeza-beza simptom dan gejala yang ditunjukkan. Jika
tidak dirawat dengan baik ia boleh menyebabkan komplikasi pada otak dan
juga boleh menjangkiti bayi yang baru lahir. Berdasarkan statistik daripada
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kadar penyakit sifilis (per 100 ribu
populasi) di Malaysia ialah sebanyak 11.7% pada tahun 1999 dan berkurang
kepada 3.06% pada tahun 2008. Trend penurunan ini berlaku mungkin
disebabkan pendedahan tentang bahaya penyakit ini kepada masyarakat.
Objektif : Menilai tahap pengetahuan & kesedaran mengenai penyakit sifilis di
kalangan pelatih ILKKM Seremban (PP). Di samping itu, untuk menilai sejauh
mana pelatih ILKKM Seremban (PP) mengetahui risiko dan intervensi penyakit
sifilis ini.
Metodologi : Kajian ini berbentuk deskriptif dan kuantitatif. Kajian ini telah
dijalankan ke atas 50 orang responden yang terdiri daripada pelatih ILKKM
Seremban (PP) dimana borang soal selidik diedarkan di dalam bentuk ‘google
form’.
Keputusan : Majoriti responden secara asasnya mengetahui apa itu penyakit
sifilis dan juga tahu mengenai simptomologi dan kaedah intevensi bagi penyakit
sifilis ini.
Rumusan : Objektif kajian ini tercapai dan tahap pengetahuan pelatih
mengenai penyakit sifilis memuaskan.

vii
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
PENGESAHAN PENYELIDIKAN iii
PERAKUAN PENYELIDIKAN iv
PENGHARGAAN v
ABSTRACTS vi
ABSTRAK vii

BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 PENGENALAN 3
1.2 PENYATAAN MASALAH 4
1.3 OBJEKTIF KAJIAN 6
1.4 HIPOTESIS KAJIAN 6
1.5 KEPENTINGAN KAJIAN 6
1.6 LIMITASI KAJIAN 7
1.7 KESIMPULAN 8

BAB 2 KAJIAN SEMULA 9

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN


3.1 REKA BENTUK KAJIAN 16
3.2 POPULASI & PERSAMPELAN 17
3.3 INSTRUMEN KAJIAN 17
3.4 PROSEDUR PENGUMPULAN DATA 18
3.5 RANGKA KERJA YANG DICADANGKAN UNTUK 19
ANALISIS DATA
3.6 PERTIMBANGAN ETIKA 19
3.7 BATASAN KAJIAN 20
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 PENGENALAN 21
4.2 ANALISIS BORANG SOAL SELIDIK 22
4.3 ANALISIS DEMOGRAFI 22
4.4 ANALISIS TAHAP PENGETAHUAN PELATIH & 26
KESEDARAN MENGENAI PENYAKIT SIFILIS
4.5 ANALISIS TAHAP KESEDARAN PELATIH 32
MENGENAI PENYAKIT SIFILS
4.6 ANALISIS RISIKO & INTERVENSI PENYAKIT SIFILIS 35
4.7 ANALISIS TABULASI SILANG JANTINA / UMUR & 40
JANTINA / TARAF PENDIDIKAN
4.8 ANALISIS KOLERASI 41
4.9 ANALISIS DATA SKALA LIKERT 42
4.10 ANALISIS KEBOLEHPERCAYAAN INSTRUMEN 43
4.11 ANALISIS UJIAN NORMALITI 43

BAB 5 PERBINCANGAN 45

BAB 6 RUMUSAN 50

RUJUKAN DAN BIBLIOGRAFI 53


LAMPIRAN 55

2
BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Sifilis merupakan penyakit berjangkit yang menyebabkan berlakunya jangkitan


di sekitar alat kelamin, mulut atau dubur penghidap. Penyakit ini sering
dikaitkan dengan pekerjaan yang memberikan perkidmatan seks. Walau
bagaimanapun, individu lain juga mempunyai risiko untuk mendapat penyakit
ini sekiranya tidak mengetahui dan peka akan risiko penyakit ini. Menurut portal
MyHealth.Gov.my (Dottie, 2011), menyatakan bahawa penyakit sifilis ini
disebabkan oleh organisma yang diberi nama Spirochete. Transmisi penyakit
ini pula ialah melalui medium oral, anal atau hubungan seks. Ia juga boleh
ditransmisikan melalui ibu kepada bayi semasa dalam tempoh mengandung.
Pada peringkat global, penyakit sifilis ini sangat tidak asing. Hal ini kerana
terdapat sebanyak 11 juta kes jangkitan sifilis seperti dilaporkan oleh World
Health Organization (Craggs, 2022) . Di Malaysia pula, sebanyak 5.6 juta kes
telah dikenal pasti dan dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia.
Peningkatan kes jangkitan sifilis ini berlaku sebanyak lebih kurang 6.7 % sejak
awal tahun 2006.

Terdapat 3 peringkat atau fasa yang menunjukkan seseorang itu


menghidapi penyakit sifilis ini. Jangkitan sifilis yang tidak lebih 2 tahun akan
3
terbahagi kepada 3 fasa atau 3 peringkat. Peringkat tersebut ialah peringkat
primer, sekunder dan tertier. Bagi peringkat primer, chanchre pada alat sulit
individu yang berisiko mula kelihatan. Ia muncul atau dilihat sebagai papul atau
bintat kecil yang pada akhirnya akan berubah menjadi ulser seterusnya menjadi
luka tanpa nanah dan tidak menyebabkan rasa sakit. Selepas itu, nanah atau
chancre ini pula berpotensi sangat tinggi untuk menyebabkan jangkitan tetapi
akan hilang dengan sendiri dalam tempoh masa 1-6 minggu kemudian.
Simptom-sipmtom yang berkemungkinan tinggi akan berlaku pada fasa
acquired syphilis dan ditunjukkan oleh penghidap atau individu yang berisiko
ialah sakit kepala berpanjangan, demam, susut berat badan secara mendadak,
limfa begkak, rambut mula berlaku keguguran.

Jangkitan sifilis sekunder pula berlaku sekiranya jangkitan sifilis


sekunder tidak dirawat dengan sebaiknya pada peringkat awal ia terjadi
jangkitan. Munculnya simptom-simptom tambahan seperti ketumbuhan ketuat
pada kulit, ruam kemerahan pada kulit dan kelenjar limfa membengkak. Pada
fasa akhir iaitu fasa tertier, jangkitan ini berlaku selepas jangkitan sifilis
sekunder tidak dirawat dan pada fasa ini bakteria yang menjangkiti individu
tersebut menjadi dorman dan sekaligus mampu dan berupaya merosakkan
tubuh badan secara perlahan-perlahan tanpa menunjukkan gejala secara
berlebihan. Jika dibiarkan ia berlarutan tanpa intervensi secara menyeluruh,
boleh menyebabkan jantung rosak, tulang dan sistem saraf boleh terganggu
bahkan boleh membawa maut.

1.2 PENYATAAN MASALAH

Kajian ini membincangkan tentang tahap pengetahuan dan kesedaran


mengenai penyakit sifilis di kalangan pelatih ILKKM Seremban, Pembantu
Perubatan. Walaupun pelatih ILKKM Seremban merupakan pelatih kesihatan
dimana mereka secara umumnya memang mengetahui tentang penyakit sifilis
ini, tetapi setiap pelatih itu mempunyai perbezaan pengetahuan dan perbezaan
tahap kesedaran mengenai peyakit ini. Ada yang mengetahui secara asas
tentang penyakit ini dan ada pula yang mengetahui penyakit sifilis ini secara

4
mendalam. Perbezaan yang berlaku inilah menjadi titik perubahan mengapa
kajian ini dilakukan di ILKKM Seremban.

Masalah perbezaan pendapat ini berlaku kerana penyakit sifilis itu


sendiri mempunyai pelbagai simptom, gejala yang berbeza-beza
menyebabkan pengetahuan tentang penyakit sifilis ini juga berbeza-beza.
Penyakit sifilis boleh terbahagi kepada 3 iaitu sifilis awal dan sifilis lewat serta
sifilis konginental. Peringkat sifilis awal dan lewat telah pun dibincangkan di
atas manakal sifilis konginental pula membawa maksud jangkitan yang berlaku
melibatkan ibu dan anak yang dalam kandungan. Isu yang akan berlaku disini
ialah bayi yang dilahirkan tidak akan menunjukkan simptom penyakit sifilis
sebaik saja dilahirkan kerana ia boleh mengambil masa berminggu-minggu
bahkan berbulan-bulan atau tahun untuk penyakit ini menunjukkan simptom
selepas waktu kelahiran. Oleh yang demikian, amat penting kajian ini dilakukan
di peringkat ILKKM Seremban untuk mengetahui tahap perbezaan
pengetahuan dan kesedaran mengenai penyakit sifilis ini.

Dalam konteks ini, beberapa persoalan atau pertanyaan dirangka dan


dibangkitkan secara ilmiah dan mendalam seperti yang berikut :

1. Adakah pelatih ILKKM Seremban mempunyai pengetahuan mengenai

ppenyakit sifilis ?

2. Pada tahap manakah kesedaran pelatih ILKKM Seremban berkaitan

penyakit sifilis ?

3. Apakah terdapat perbezaan tahap pengetahuan penyakit sifilis berkaitan

risiko & intervensi di kalangan pelatih ILKKM Seremban ?

Persoalan dan pertanyaan yang dibangkitkan dan dirangka ini akan


memberikan gambaran awal mengenai tahap pengetahuan & kesedaran
pelatih ILKKM Seremban mengenai penyakit sifilis. Dan tidak lupa juga adakah
terdapat perbezaan pengetahuan mengenai risiko serta intervensi penyakit
sifilis ini di kalangan pelatih ILKKM Seremban.

5
1.3 OBJEKTIF KAJIAN

Antara tujuan utama kajian ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti tahap
pengetahuan dan tahap kesedaran pelatih ILKKM Seremban, Pembantu
Perubatan mengenai penyakit sifilis. Kajian ini mempunyai 3 objektif utama
yang menjadi asas perbincangan atau titik perbincangan kajian ini. Oleh itu,
objektif khusus kajian ini adalah seperti berikut :

1. Untuk menilai tahap pengetahuan pelatih ILKKM Seremban mengenai

penyakit sifilis.

2. Untuk menilai tahap kesedaran pelatih ILKKM Seremban mengenai

penyakit sifilis.

3. Untuk menilai tahap pengetahuan pelatih ILKKM Seremban berkenaan

risiko serta intervensi penyakit sifilis ini.

1.4 HIPOTESIS KAJIAN

Hipotesis untuk diuji dalam kajian ini adalah seperti berikut :

1. Terdapat perbezaan yang signifikan berkaitan tahap pengetahuan dan


kesedaran pelatih ILKKM Seremban mengenai penyakit sifilis ini.

1.5 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian yang dilakukan ini mempunyai beberapa kepentingan kepada


masyarakat serta bidang ilmu kesihatan secara khusus dan secara amnya.
Antara kepentingan kajian ini ialah :

1. Kajian ini boleh membantu untuk mendapatkan data-data berkenaan


tahap pengetahuan pelatih ILKKM Seremban mengenai penyakit sifilis.
Hal ini akan dapat membantu Kementerian Kesihatan Malaysia secara
amnya dan pihak Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia,

6
Seremban secara khususnya mengenai tahap pengetahuan pelatih
mengenai penyakit sifilis.
2. Kajian yang dilakukan ini juga boleh memberi maklumat tambahan

kepada Unit Kesihatan Awam secara khususnya mengenai tahap

kesedaran pelatih berkaitan risiko dan intervensi penyakit sifilis.

3. Kajian ini juga secara tak langsung dapat membuatkan pelatih ILKKM

Seremban dapat mencari bahan tambahan berkaitan penyakit sifilis oleh

kerana soalan-soalan yang diberikan kepada pelatih bersifat menguji

pengetahuan am para pelatih masing-masing.

1.6 LIMITASI KAJIAN

Kajian yang dilakukan ini merupakan sebuah kajian kualitatif yang

memfokuskan kepada tahap pengetahuan dan kesedaran mengenai penyakit

sifilis di kalangan pelatih ILKKM Seremban, Pembantu Perubatan.

Beberapa persoalan telah dirangka dan dicipta untuk mengukur, menilai serta

memcerakinkan tahap pengetahuan dan kesedaran pelatih mengenai penyakit

sifilis. Para pelatih akan menjawab beberapa persoalan yang merangkumi

pengetahuan asas kepada penyakit sifilis serta beberapa soalan yang dicipta

berkaitan risiko serta intervensi penyakit sifilis ini.

Persoalan-persoalan ini tidaklah begitu mendalam kerana soalan ini

bersifat umum dan hanya untuk menguji tahap pengetahuan asas pelatih

mengenai penyakit sifilis ini.Kajian yang dilakukan ini juga pada akhirnya tidak

akan disebarkan kepada semua pelatih ILKKM di Malaysia kerana kajian ini

dilakukan hanya meliputi dan melibatkan sampel-sampel dari ILKKM

7
Seremban, Pembantu Perubatan. Oleh yang demikian, sebanyak 76

responden atau sampel terdiri daripada pelatih ILKKM Seremban akan

menjawab soalan yang diberikan dalam bentuk ‘google form’. Data-data

terkumpul ini akan dianalisa secara mendalam untuk mendapatkan hasil kajian

pada akhir nanti.

1.7 KESIMPULAN

Berdasarkan tujuan utama kajian ini dilakukan, beberapa persoalan akan

diajukan kepada pelatih ILKKM Seremban melalui secara alam maya untuk

menjawab persoalan tahap pengetahuan & kesedaran mengenai penyakit sifilis

di kalangan pelatih. Kajian yang dilakukan ini juga akan memfokuskan tentang

tahap pengetahuan risiko serta intervensi penyakit sifilis ini. Hasil dapatan data-

data yang dikumpul nanti akan dianalisa dan dibincangkan secara teliti dan

mendalam untuk mendapatkan hasil kajian yang menarik dan berilmiah.

8
BAB 2

KAJIAN SEMULA

Pada tahun 1905, Schaudinn dan Hoffmann mengenal pasti agen penyebab
sifilis, Treponema pallidum. T. pallidum ialah bakteria yang berdiameter 0.10
hingga 0.18 μm dan panjang 6 hingga 20 μm . Pada masa ini, T. pallidum
tidak dapat dikultur dengan pasti pada media tiruan . Selain itu, T. pallidum
terlalu halus untuk diperhatikan menggunakan salinan mikro cahaya
langsung.Jadi, teknik seperti mikroskop darkfiled digunakan untuk
menggambarkannya. T. pallidum subspesies pallidum, agen penyebab sifilis,
berkait rapat dengan strain patogen T. pallidum yang lain, yang
menyebabkan bejel, yaws dan pinta . Sifilis biasanya diperoleh secara
seksual melalui kulit ke kulit secara langsung dengan seseorang yang
mempunyai lesi primer atau sekunder yang aktif. Kajian telah menunjukkan
kadar serangan sifilis dalam 30 hari pendedahan seksual kepada seseorang
yang menghidap sifilis ialah 16 hingga 30% . Walaupun lazimnya dianggap
sebagai amalan seks yang lebih selamat, seks oral adalah laluan yang
berkesan untuk transmisi sifilis. Sifilis juga boleh disebarkan secara
kongenital, apabila spirochetes melintasi plasenta wanita yang dijangkiti dan
menjangkiti janin . Sifilis boleh berjangkit melalui darah yang ditransfusikan .
Manakala risiko penularan bawaan darah adalah hampir tidak wujud di
negara berpendapatan tinggi. (Kojima & Klausner, 2018)

9
Sifilis adalah penyakit kronik sistemik yang menjejaskan seluruh badan
dan disebabkan oleh Treponema spirochete pallidum subspesies pallidum.
Setiap tahun, kes baru sifilis telah dianggarkan sekitar 12 juta. (Pónyai.K,
Ostorházi.E, Marschalkó.M, Kárpáti.S, & Rozgonyi.F, 2010) Klinikal
manifestasi sifilis terbahagi kepada beberapa peringkat dan kemajuan dari
satu peringkat ke peringkat yang lain jika rawatan yang sesuai tidak diberikan
kepada pesakit. Manifestasi klinikal ini boleh diubah oleh jangkitan HIV yang
merangkumi lebih daripada satu chancre yang lebih besar dan lebih dalam.
Walaupun terdapat perbezaan kecil ini, perkembangannya adalah serupa
pada mereka yang mempunyai atau tanpa HIV. (NM & JD, 2007) Ujian
serologi kini merupakan tunjang utama diagnosis makmal untuk sifilis
sebagai kaedah diagnostik .Ujian serologi boleh dibahagikan kepada dua
kumpulan, iaitu adalah bukan Treponema pallidum (bukan TP) dan Ujian
antibodi spesifik Treponema pallidum (TP). (P.French, 2007) Barisan
pertama ujian makmal biasanya untuk melakukan ujian TP yang mengesan
antibodi anti-kardiolipin seperti sebagai rapid plasma reagin (RPR) dan
penyakit kelamin ujian makmal penyelidikan (VDRL). Ujian ini adalah lebih
murah berbanding ujian antibodi treponemal, tetapi mereka mengesan
antigen kardiolipin yang turut hadir dalam keadaan lain seperti penyakit
autoimun dan malaria. Oleh itu, mereka adalah tidak khusus dan mungkin
membawa kepada keputusan positif palsu. Oleh itu, ujian pengesahan oleh
Pengesanan antibodi Treponema pallidum adalah perlu. Ujian ini mahal,
memerlukan bekalan berterusan elektrik, reagen dan kakitangan terlatih, dan
jarang berlaku terdapat di luar makmal rujukan.Arus komunikasi adalah
untuk menerangkan epidemiologi dan profil serologi pesakit yang didiagnosis
sifilis di hospital kami menggunakan ujian di atas. (Wahab, et al., 2018)

Menurut kajian yang dilakukan di Melaka, Malaysia, pelbagai platform


telah digunakan untuk menyampaikan maklumat kesihatan seksual kepada
golongan dewasa melalui silibus berasaskan sekolah dan program komuniti.
Di bawah Dasar Kebangsaan Kesihatan Reproduktif dan Pendidikan Sosial
atau juga dikenali sebagai dasar PEKERTI, kebanyakan program
menyasarkan remaja di sekolah melalui topik kesihatan seksual dan
reproduktif (SRH) yang diterapkan dalam mata pelajaran lain seperti biologi

10
dan kesihatan keluarga, pendidikan Islam. , mata pelajaran pendidikan
jasmani dan kesihatan moral. Selain itu, di bawah Pelan Strategik
Kebangsaan Menamatkan AIDS (NSPEA) 2016–2030, semua institusi
pengajian tinggi dikehendaki mengadakan satu sesi wajib untuk pendidikan
mengenai kesihatan seksual dan reproduktif yang memfokuskan kepada
penyakit jangkitan seks , untuk pelajar yang baru mendaftar. Contoh aktiviti
termasuk program saringan dan pengurangan bahaya, pendidikan
kesihatan, perkhidmatan kaunseling dan rawatan. Selain itu, sebagai tindak
balas kepada NSPEA, projek itu juga telah mempertingkatkan program
penyakit jangkitan seks sedia ada dengan menawarkan lebih banyak
sokongan dan sumber untuk langkah pencegahan seperti penyediaan
kondom, promosi kesihatan dan pendidikan kesihatan melalui Klinik Mesra
penyakit jangkitan seks dan pelbagai program di peringkat komuniti dan
organisasi. Di sebalik inisiatif yang bercita-cita tinggi ini, tahap pengetahuan
mengenai penyakit jangkitan seks di kalangan golongan dewasa muda,
khususnya di Melaka,tidak diketahui.(Mansor et al., 2020)
Seterusnya,menurut kajian yang dilakukan remaja Malaysia,
tanggapan umum adalah secara keseluruhannya dalam kalangan remaja
Malaysia pengetahuan tentang seksualiti adalah kurang.Berdasarkan
analisis,terdapat responden yang kurang pengetahuan tentang penyakit
kelamin iaitu cara perebakkan ,gejala dan kesan penyakit
kelamin.Penemuan yang menarik dalam kajian ini adalah terdapat pelajar
tahun akhir perubatan lelaki tidak mengetahui sepenuhnya tentang penyakit
kelamin.(Mustapa et al., 2015).

Menurut kajian Hospital Pengajaran Tertiari di Kuala Lumpur yang


dilakukan mendapati kes sifilis adalah daripada lingkungan umur antara
umur 19 hingga 84 tahun dengan umur purata
48.97 dan majoriti pesakit adalah lelaki. Kajian juga mendapati bahawa
penularan seksual adalah cara penularan utama. Kebanyakan pesakit adalah
asimtomatik dan itu sepadan dengan latent syphilis sebagai peringkat utama
sifilis kajian ini. Sifilis sekunder telah didiagnosis sebagai peringkat utama
sifilis dalam kalangan pesakit bergejala. Pengagihan RPR berjulat dari 1:1
hingga 1:512 tetapi pada lebih separuh daripada pesakit, titernya kurang

11
daripada 1:8. Serologi HIV positif dalam 26.4% pesakit yang diuji untuk HIV,
65 Sero-epidemiologi Sifilis di Hospital Pengajaran Tertiari di Kuala Lumpur
dan semua pesakit homoseksual positif HIV. Kami mendapati bahawa
penisilin adalah ubat pilihan untuk rawatan sifilis sama ada melalui laluan
intramuskular atau intravena. Berdasarkan kajian, didapati bahawa sifilis
kebanyakannya didiagnosis pada lelaki dan dewasa muda antara umur 20
hingga 39 tahun dengan umur purata
48.97. Pelbagai kajian menunjukkan penemuan yang sama di mana populasi
lelaki dan dewasa muda adalah kumpulan utama yang didiagnosis dengan
sifilis. Kumpulan umur utama yang dilaporkan dalam kajian ialah 17 hingga
46 tahun, 26 hingga 35 tahun, 30 hingga 39 tahun dan 20 hingga 39 tahun.
Kesemua kajian ini juga dilaporkan lelaki sebagai jantina utama yang
didiagnosis dengan sifilis . (Wahab, et al., 2018).
Sifilis mempunyai kesan yang besar terhadap beberapa populasi
berisiko dari semasa ke semasa. Sejak tahun 2000, sebagai contoh,
peningkatan kadar sifilis primer dan sekunder di Amerika Syarikat
sebahagian besarnya disebabkan oleh peningkatan kadar di kalangan lelaki
;pada 2018, lelaki menyumbang 86% daripada semua pesakit sifilis.Lebih
separuh daripada lelaki yang mengalami kejadian sifilis melaporkan
melakukan hubungan seks dengan lelaki, dan 42% daripada lelaki tersebut
telah dijangkiti virus HIV, satu penemuan yang menyerlahkan perkaitan yang
kuat antara kejadian sifilis dan peningkatan risiko jangkitan HIV, yang juga
boleh disertai dengan jangkitan seksual yang lain. Peningkatan yang sama
dalam sifilis di kalangan lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki
telah dilaporkan di Eropah dan China. Wabak kedua yang lebih baru-baru ini
di Amerika Syarikat menjejaskan lelaki dan wanita heteroseksual. Kadar sifilis
primer dan sekunder dalam kalangan wanita meningkat lebih daripada dua
kali ganda antara 2014 dan 2018.Yang membimbangkan, bilangan kes sifilis
insiden meningkat sebanyak atas factor tertentu seperti kalangan wanita
yang menggunakan methamphetamine, heroin atau dadah suntikan lain atau
yang melakukan hubungan seks dengan seseorang yang disuntik. dadah.
Peningkatan ketara dalam bilangan kes sifilis primer dan sekunder di
kalangan wanita dalam usia mengandung dilihat oleh peningkatan bilangan

12
kes sifilis kongenital dan peningkatan kematian bayi. Semua peringkat sifilis
dalam wanita hamil menimbulkan risiko penularan kepada janin, tetapi
risikonya jauh lebih tinggi dengan sifilis awal berbanding dengan peringkat
penyakit kemudiannya. (Ghanem, Ram, & Rice, 2020)
Sifilis terbahagi kepada tiga peringkat. Sifilis yang tidak dirawat boleh
melalui 3 peringkat: primer; menengah; dan sifilis latent atau tertier. Sifilis
primer dicirikan oleh ulser kulit yang diperoleh melalui sentuhan langsung
dengan luka berjangkit pada kulit, mulut, dubur, atau alat kelamin Chancre
berkembang di tempat sentuhan awal, 10 hingga 90 hari selepas inokulasi
(purata 21 hari ). Chancres biasanya merupakan lesi tunggal pada alat
kelamin, walaupun beberapa lesi mungkin berlaku. Chancre ekstragenital
biasanya berlaku pada bibir dan dalam rongga mulut akibat ciuman atau seks
orogenital. (Rebecca E. LaFond, 2006) Sebagai tambahan kepada ulser
primer, limfadenopati yang tidak menyakitkan, keras dan diskret berlaku
dalam 1 hingga 2 minggu. (Habif, 2016) Lesi sifilis tidak pernah bergabung
atau bernanah melainkan jangkitan lain. terdapat, seperti chancroid. Tanpa
rawatan, ulser sifilis sembuh dengan parut dalam 3 hingga 6 minggu.
(Rebecca E. LaFond, 2006) Apabila chancre primer sembuh, T pallidum
merebak secara asimptomatik ke semua organ. Oleh kerana kepelbagaian
manifestasi ulser, diagnosis pembezaan untuk sifilis primer termasuk
chancroid, herpes progenitalis, aphthae (sindrom Behçet), dan ulser
traumatik. (Habif, 2016) Sifilis sekunder terhasil daripada penyebaran
hematogen dan limfa bakteria T pallidum dalam beberapa jam selepas
inokulasi. Manifestasi sifilis sekunder biasanya berlaku dalam tempoh 3 bulan
selepas jangkitan awal dan boleh menjadi agak halus. (Rebecca E. LaFond,
2006) Manifestasi sifilis sekunder yang paling biasa ialah penyebaran dua
hala. dan ruam mukokutaneus simetrik tanpa gejala yang terdiri daripada lesi
makula pucat dan diskret yang muncul pada mulanya pada kemaluan dan
hujung proksimal. (Baughn & Musher, 2005) Warnanya adalah ciri,
menyerupai "ham yang dipotong bersih" atau mempunyai warna tembaga.
(Habif, 2016) Penyakit ini kemudiannya sembuh dalam kira-kira 75%
daripada kes. Dalam baki 25%, tanda-tanda klinikal bermula 2 minggu hingga
6 bulan selepas chancre muncul dan berlangsung selama 10 hingga 90 hari.

13
(Rebecca E. LaFond, 2006) Taburan dan ciri-ciri morfologi kulit dan lesi
mukosa adalah berbeza-beza dan mungkin keliru dengan pelbagai penyakit
kulit yang lain. Sifilis sekunder boleh, sebagai contoh, menghasilkan alopecia
areata pada janggut, kulit kepala atau bulu mata, yang mungkin menyerupai
tinea capitis, dan papula dubur yang lembap, seperti ketuat, dipanggil
condylomata lata, yang sangat berjangkit. (Dourmishev & Dourmishev, 2005)
Dalam sesetengah kes, lesi sifilis sekunder muncul sebelum chancre
sembuh, (Habif, 2016) Sifilis awal juga dikaitkan dengan gejala sistemik,
termasuk demam, sakit kepala, sakit tekak, sakit otot, lesu, penurunan berat
badan, meningitis, hepati (Pónyai.K, Ostorházi.E, Marschalkó.M, Kárpáti.S,
& Rozgonyi.F, 2010) tis, penyakit buah pinggang, gastritis, kolitis, arthritis,
keratitis, uveitis, limfadenopati umum, dan hepatosplenomegali. (Baughn &
Musher, 2005)
Sifilis sekunder juga mungkin mempunyai ciri-ciri yang boleh membantu
membezakannya daripada penyakit kulit yang lain. Contohnya, antara
simptom sifilis sekunder yang lebih biasa ialah ruam pada tapak tangan atau
tapak kaki, seperti yang dilihat pada kebanyakan pesakit. (Rebecca E.
LaFond, 2006) Lesi ini terpencil, bujur, timbul sedikit, dan hiperpigmen,
dengan skala kolarette. Mungkin juga terdapat sedikit atau tiada demam pada
permulaannya. Lesi sifilis sekunder adalah tidak keradangan, biasanya tanpa
gejala, berkembang dengan perlahan, dan mungkin berterusan selama
beberapa minggu atau bulan, namun semuanya sangat mudah berjangkit.
Diagnosis pembezaan untuk sifilis sekunder adalah luas dan termasuk
pitiriasis rosea, psoriasis guttate, lichen planus, tinea versicolor, dan ubat
exanthematous dan letusan virus. Keadaan perbezaan ini biasanya hadir
dengan gejala yang ketara, seperti sakit atau gatal-gatal, berbeza dengan
lesi sifilis, yang biasanya tanpa gejala. (Habif, 2016) Sifilis latent dicirikan
oleh seroreaktiviti tanpa bukti penyakit aktif. (Rebecca E. LaFond, 2006) Ia
mempunyai fasa pendam awal dan lewat. Tempoh latent awal bermula 2
tahun atau kurang dari permulaan penyakit primer, tanpa tanda atau gejala
penyakit. (Rebecca E. LaFond, 2006) Sifilis latent lewat, sebaliknya, adalah
jangkitan selama lebih daripada 2 tahun tanpa gejala klinikal. Separuh
daripada pesakit dengan pendam awal sifilis akan berkembang menjadi sifilis

14
pendam lewat. (Dourmishev & Dourmishev, 2005)
Sifilis tertier dicirikan oleh sebilangan kecil organisma yang
menimbulkan tindak balas imun selular yang besar atau pantas, dengan
banyak manifestasi klinikal. (Rebecca E. LaFond, 2006) Sifilis tertier
biasanya berkembang 1 hingga 10 tahun selepas jangkitan awal.
Penglibatan sistem kardiovaskular dan saraf pusat dengan granuloma atau
gusi sistemik boleh dilihat pada peringkat tertier. (Dourmishev & Dourmishev,
2005) Lesi yang merosakkan ini paling kerap menjejaskan kulit dan tulang,
tetapi mungkin juga berlaku di hati, otak, perut, saluran pernafasan atas,
mata, dan organ lain. (Rebecca E. LaFond, 2006)

15
BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 REKA BENTUK KAJIAN

Reka bentuk penyelidikan ialah 'prosedur untuk mengumpul,


menganalisis, mentafsir dan melaporkan data dalam kajian penyelidikan’.Ia
adalah rancangan keseluruhan untuk menghubungkan masalah
penyelidikan konseptual dengan yang berkaitan (dan boleh dicapai)
penyelidikan empirikal. Dengan kata lain, reka bentuk penyelidikan
menetapkan prosedur pada data yang diperlukan, kaedah yang akan
digunakan untuk mengumpul dan menganalisis data ini, dan bagaimana
semua ini akan menjawab persoalan kajian.(Creswell & Plano Clark 2007,
p.58)
Reka bentuk kajian telah disusun dan diteliti dengan teratur bagi
membantu pengkaji mendapatkan maklumat kajian ini.Reka bentuk kajian ini
adalahmelalui satu tinjauan dalam talian mengenai Tahap Pengetahuan dan
Kesedaran mengenai penyakit Sifilis dalam kalangan Pelatih Institut Latihan
Kementerian Kesihatan Malaysia (Pembantu Perubatan) Seremban telah
dijalankan dari minggu yang pertama Februari hingga awal Mac 2023. Kajian
ini meliputi pelatih yang belajar di Institut Latihan Kementerian Kesihatan
Malaysia (Pembantu Perubatan) Seremban.
Dalam kajian ini , tinjaun dilakukan dengan pendekatan secara kaedah
kuantitatif.Borang soal selidik secara atas talian (Google form) diedarkan

16
kepada responden bagi menjawab soalam-soalan berkaitan kajian.

3.2 POPULASI DAN PERSAMPELAN


Kriteria utama dalam kajian ini adalah merupakan pelatih Institut Latihan
Kementerian Kesihatan (Pembantu Perubatan) Seremban.
3.2.1 Kriteria persampelan
Hanya Pelatih Institut Latihan Kementerian Kesihatan (Pembantu Perubatan)
Seremban dibenarkan menyertai kajian ini, orang awam dari luar Institut
Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Pembantu Perubatan) Seremban
tidak dibenarkan menyertai kajian ini.
3.2.2 Saiz Sampel dan Prosedur Pengumpulan Data
Bagi memudahkan persampelan supaya dapat dilaksanakan secara
sistematik ,para penyelidik memilih untuk menggunakan jadual penentuan
saizsampel Kerjcie & Morgan. (Kerjcie & Morgan, 1970). Saiz minimum yang
disyorkan untuk tinjauan ini ialah 50.

3.2.3 Teknik persampelan


Demografi dan pengetahuan responden tentang sifilis diperoleh
menggunakan teknik persampelan rawak mudah, salah satu teknik
persampelan kebarangkalian. Semua sampel telah diambil daripada Borang
Google dalam talian, yang dikenal pasti melalui alamat e-mel yang diberikan.
Tinjaun ini telah dijalankan dari 1 Februari 2023 hingga 1 Mac 2023.

3.3 INSTRUMEN KAJIAN


Satu set soal selidik empat bahagian telah diadaptasi daripada buku
mengenai penyakit sifilis (Habif, T. P.,2016)
Bahagian A adalah data sosiodemografi responden. Perkara yang diminta
termasuk umur, jantina, taraf perkahwinan dan tahap pendidikan.
Bahagian B mengandungi 7 soalan mengenai pengetahuan am dan persepsi
penyakit sifilis , punca penyakit sifilis, dan gejala yang mungkin membawa
kepada penyakit sifilis . Soalan nombor 1 adalah tentang kefahaman
responden tentang penaykit sifilis. Soalan nombor 2 adaah mengenai sebab
perebakan penyakit sifilis.Soalan nombor 3 pula tentang pengetahuan

17
mengenai mikrob yang merebakkan penyakit sifilis. Soalan nombor 4 adalah
tentang kesan penyakit sifilis. Setrusnya, soalan nombor 5 mengenai jangka
masa perebakkan penyakit sifilis.Soalan 6 pula mengenai gejala penyakit
siflis dalam peringkat penyakit tersebut dan soalan 7 adalah mengenai
jangkitan sifilis daripada ibu mengandung kepada fetus.
Bahagian C adalah mengenai tahap kesedaran responden terhapap
penyakit sifilis.Soalan pertama adalah mengenai kesedaran bahayanya
penyakit sifilis.Soalan kedua pula mengenai kesedaran tawaran
perkhidmatan di fasiliti kesihatan Malaysia mengenai penyakit sifilis.Soalan
3 adalah mengenai stigma masyarakat mengenai penyakit
sifilis.Seterusnya,soaan keempat pula mengenai kempen kesedaran
Kementerian Kesihatan Malaysia mengenaipenyakit sifilis.Soalan 5 adalah
tentang kebimbangan responden terhadap peningkatan statistik penyakit
sifilis.Soalan seterusnya iaitu soalan 6 adaah mengenai kesedaran langkah
penjagaan jika pasangan dijangkiti penyakit sifilis dan akhir sekali soaan 7
adalah mengenai pengalaman menyertai kempen kesedaran penyakit sifilis.
Bahagian D adalah mengenai tahap pengetahuan risiko & intervensi penyakit
sifilis yang terdiri daripada 7 item.Soalan pertama adaah mengenai rawatan
penyakit sifilis.Soalan 2 adalah mengenai keperluan sokongan moral
terhadap pesakit sifilis.Soalan 3 pula tentang bahaya penyakit sifilis jika tidak
dirawat.Seterusnya, soalan 4 mengenai risiko penyakit sifilis.Soalan 5
berkaitan risiko penyakit sifilis jika dikesan awal.Soalan 6 pula tentang
kaedah pengurangan risiko penyakit sifilis dan akhir sekali iaitu solan 7
mengenai pengetahuan mengenai kebolehrawatan penyakit sifilis.

3.4 PROSEDUR PENGUMPULAN DATA

Data dikumpul dalam talian antara 1 Februari 2023 hingga 1 Mac 2023,
menggunakan Borang Google, platform soal selidik percuma berskala
besar .Seruan untuk penyertaan dibuat dalam sosial media selama empat
minggu. Data yang dikumpul termasuk yang berikut: Bahagian A meliputi
latar belakang sosiodemografi, Bahagian B termasuk tujuh soalan untuk
menilai tahap pengetahuan mengenai penyakit sifilis, dan Bahagian C
termasuk tujuh item untuk menilai tahap kesedaran pelatih mengenai

18
penyakit sifilis.Bahian D pula termasuk tujuh soalan mengenai tahap
pengetahuan risiko & intervensi penyakit sifilis Platform utama yang
digunakan dalam menyebarkan tinjauan ini adalah platform media sosial
seperti WhatsApp. . Penerangan umum piawai tentang tinjauan telah
diberikan dalam penyiaran mesej WhatsApp sebelum pautan diberikan soal
selidik.
3.4.1 Kajian Rintis
Soal selidik telah diuji terlebih dahulu ke atas pelatih Institut Latihan
Kementerian Kesihatan Malaysia (Pembantu Perubatan) Seremban melalui
penerangan kumpulan fokus. Soal selidik telah dinilai untuk kedua-dua
kesahan kandungan. Soal selidik yang lengkap telah diedarkan kepada
orang ramai melalui WhatsApp. Responden memberikan maklumat
demografi(umur, jantina, tahap pendidikan dan status perkahwinan).

3.5 RANGKA KERJA YANG DICADANGKAN UNTUK ANALISIS DATA


3.5.1 Analisis data
Pakej Statistik untuk Sains Sosial digunakan untuk menjalankan statistik
analisis (Windows versi 26.0; SPSS Inc., Chicago [IL], AS). Untuk
menyatakan data, min dan sisihan piawai telah digunakan.

3.6 PERTIMBANGAN ETIKA


Pertimbangan etika dalam penyelidikan ialah satu set prinsip yang
membimbing reka bentuk dan amalan penyelidikan. Penyertaan sukarela,
persetujuan termaklum, tidak mahu dikenali, kerahsiaan, potensi bahaya dan
komunikasi hasil adalah antara prinsip.
3.6.1 Penyertaan sukarela
Responden berpotensi bebas untuk memilih sama ada mereka mahu
mengambil bahagian, dan mereka boleh menarik diri daripada kajian pada
bila-bila masa tanpa sebarang kesan negatif.
3.6.2 Persetujuan termaklum
Semua bakal responden diberikan semua maklumat yang berkaitan tentang
kajian ini , risiko dan faedah mengambil bahagian, berapa lama kajian akan

19
mengambil masa, maklumat hubungan penyelia, dan kelulusan institusi.

3.6.3 Tanpa nama

Maklumat demografi telah dinamakan samaran.Maklumat peribadi telah


dialih keluar daripada data tinjauan mereka, dan kedua-dua fail mempunyai
nombortelefon responden. Satu-satunya cara untuk menyambungkan hasil
tinjauan kepada maklumat yang boleh dikenal pasti secara peribadi adalah
dengan menggunakan nombor telefon responden.
3.6.4 Kerahsiaan
Semua borang persetujuan yang ditandatangani disimpan dalam fail
berkunci (folder) dan semua fail data tinjauan telah dilindungi kata laluan.
Hanya penyelidik lain yang diluluskan oleh Institusi Lembaga Kajian (IRB)
dibenarkan mengakses data kajian. Semua orang harus diingatkan untuk
mengetahui dan mengikuti protokol privasi data institusi.
3.6.5 Potensi bahaya
Kemudaratan boleh menjadi fizikal atau psikologi, yang ditunjukkan sebagai
ketegangan, ketidakselesaan, kebimbangan, harga diri yang rendah atau
pelanggaran privasi. Responden diberi jaminan bahawa kaedah penilaian
tidak berbahaya, sama ada secara sengaja atau tidak sengaja.
3.6.6 Hanya menilai komponen yang berkaitan
Hanya komponen yang berkaitan dengan penyiasatan akan dinilai. Tinjauan
ini direka bentuk semudah mungkin untuk mengekalkan fokus pada matlamat
kajian bagaimana data yang dikumpul akan digunakan.

3.7 BATASAN KAJIAN


Batasan utama kajian ini ialah ketiadaan sambungan internet di Institut
Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Pembantu Perubatan) Seremban,
yang melambatkan sebahagian responden untuk mengambil bahagian bagi
tinjauan dalam talian. Penyebaran borang tinjauan melalui Borang Google
dan media sosial mungkin melambatkan penglibatan . Borang tinjauan itu
dikongsi di platform media sosial, WhatsApp

20
BAB 4

ANALISIS DATA

4.1 PENGENALAN

Di dalam bab ini, perkara yang akan dilakukan dan dibincangkan secara
mendalam ialah berkaitan data-data yang telah pun diambil dan dianalisis
sebaiknya. Data-data hasil kajian ini merupakan data kajian berdasarkan objektif
yang telah pun ditetapkan pada peringkat awal kajian. Analisis data dan
persembahan data ini telah dibuat dengan menggunakan kaedah analisis kualitatif
dan dibentangkan dalam pelbagai bentuk. Antara bentuknya ialah bentuk jadual,
carta pai dan bar graf. Tujuan utama perbincangan dan analisis ini dilakukan ialah
untuk menjustifikasi tahap pengetahuan serta kesedaran mengenai penyakit sifilis
di kalangan pelatih ILKKM Seremban. Beberapa soalan berbentuk jawapan skala
likert telah diedarkan kepada para pelatih dalam bentuk ‘google form’. Hal ini
dimana para pelatih dikehendaki menjawab beberapa soalan yang telah
disediakan oleh pengkaji berdasarkan pengetahuan yang ada pada para pelatih.
Kesemua data ini ini telah direkodkan secara alam maya untuk mengelakkan
sebarang limitasi kajian.

21
4.2 ANALISIS BORANG SOAL SELIDIK

Borang soal selidik telah diedarkan kepada semua pelatih ILKKM Seremban (PP)
melalui atas talian. Medium yang digunakan untuk borang soal selidik ialah
medium google form. Sebanyak 55 orang responden telah menjawab soal selidik
yang telah diedarkan melalui medium google form. Jumlah responden yang
menjawab ini telah berjaya mencapai target responden yang menjawab oleh
pengkaji dan 100% telah melengkapkan soalan soal selidik tersebut.

4.3 ANALISIS FAKTOR DEMOGRAFI RESPONDEN

Jadual di bawah menunjukkan taburan peratusan serta kekerapan responden bagi


pemalar dan pembolehubah – pembolehubah yang telah dipilih.

JANTINA

Demografi
Responden Kekerapan Peratusan
LELAKI 42 76.4

PEREMPUAN 13 23.6

Jumlah 55 100.0

TARAF PENDIDIKAN

Demografi
Responden Kekerapan Peratusan
DIPLOMA 35 63.6

IJAZAH 1 1.8

SPM 19 34.5

Jumlah 55 100.0

22
TARAF PERKAHWINAN

Demografi
Responden Kekerapan Peratusan
BERKAHWIN 2 3.6

BUJANG 53 96.4

Jumlah 55 100.0

UMUR

Demografi
Responden Kekerapan Peratusan
19 6 10.9

20 9 16.4

21 4 7.3

22 13 23.6

23 6 10.9

24 5 9.1

25 7 12.7

27 1 1.8

28 1 1.8

29 1 1.8

34 1 1.8

35 1 1.8
Total 55 100.0

23
4.3.1 Taburan responden mengikut jantina

Rajah 4.3.1 Taburan responden mengikut jantina

Hasil daripada soal selidik yang diberikan kepada pelatih ILKKM Seremban
(PP) menunjukkan bahawa peratusan jumlah pelatih lelaki yang menjawab borang
soal selidik ialah sebanyak 76.36 % bersamaan dengan 42 orang pelatih lelaki.
Manakala pelatih perempuan yang telah menjawab borang soal selidik yang telah
diedarkan menunjukkan peratusan sebanyak 23.64 % bersamaan 14 orang pelatih
peempuan. Perbezaan peratusan di atas menunjukkan pelatih lelaki merupakan
golongan majoriti di dalam kajian ini.

4.3.2 Taburan responden mengikut taraf pendidkan

Rajah 4.3.2 Taburan responden mengikut taraf pendidkan

Rajah di atas menujukkan peratusan taraf pendidikan pelatih ILKKM


Seremban (PP) sebelum mereka memasuki ILKKM Seremban (PP). Taraf

24
pendidikan yang mempunyai peratusan tertinggi ialah taraf pendidikan Diploma
dimana sebanyak 63.64% bersamaan 35 orang pelatih mempunyai taraf
pendidikan Diploma. Seterusnya, taraf pendidikan SPM menunjukkan peratusan
sebanyak 34.55% bersamaan 19 orang pelatih yang mempunyai taraf pendidikan
SPM sahaja. Akhir sekali, peratusan tersikit ditunjukkan oleh taraf pendidikan
Ijazah iaitu sebanyak 1.82 % sahaja dengan bersamaan 1 orang pelatih yang
mempunyai taraf pendidikan di peringkat Ijazah.

4.3.3 Taburan responden mengikut taraf perkahwinan

Rajah 4.3.3 Taburan responden mengikut taraf perkahwinan

Hasil daripada soal selidik kepada pelatih ILKKM Seremban (PP) didapati
bahawa pelatih yang telah berkahwin mempunyai jumlah yang paling sedikit iaitu
sebanyak 2 orang pelatih bersamaan 3.64 %. Seterusnya, pelatih yang masih
bujang dan tidak berkahwin pula ialah sebanyak 53 orang pelatih dan bersamaan
93.36 % peratus. Hal ini berlaku mungkin disebabkan oleh polisi yang ditetapkan
dimana pelatih tidak dibenarkan berkahwin semasa latihan dijalankan di ILKKM
Seremban (PP).

25
4.4 ANALISIS TAHAP PENGETAHUAN PELATIH & KESEDARAN MENGENAI
PENYAKIT SIFILIS DI KALANGAN PELATIH ILKKM SEREMBAN (PP)

Tahap pengetahuan pelatih ILKKM Seremban (PP) telah dibahagikan


kepada 3 bahagian soal selidik dimana pelatih ILKKM Seremban (PP) dikehendaki
menjawab kesemua soalan yang telah diberikan. Bahagian 1 soalan bersifat
pengetahuan am mengenai penyakit sifilis akan diberikan. Manakala, bahagian 2
pula berkaitan tahap kesedaran pelatih mengenai penyakit sifilis. Akhir sekali,
bahagian 3 merupakan soalan berkaitan tahap pengetahuan risiko & intervensi
penyakit sifilis akan diberikan kepada pelatih ILKKM Seremban (PP) untuk
menjawabnya.

4.4.1 ANALISIS TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI PENYAKIT SIFILIS

Jadual 4.4.1 di atas menunjukkan sebanyak 21 orang pelatih sangat setuju


berkenaan pengetahuan mengenai penyakit sifilis dengan peratusan 38.18 % di
samping 23 orang pelatih setuju berkenaan tahap pengetahuan mengenai
penyakit sifilis dengan peratusan sebanyak 41.82 %. Bagi pelatih yang tidak pasti
akan penyakit sifilis pula menunjukkan peratusan sebanyak 14.55 %, dengan 8
orang pelatih yang memilih tidak pasti.

26
Rajah 4.4.2

Rajah 4.4.2 di atas merupakan hasil kajian untuk soalan soal selidik bagi
soalan penyakit sifilis berjangkit disebabkan oleh seks bebas. Sebanyak 35 orang
pelatih ILKKM Seremban (PP) sangat setuju akan penyataan seperti di dalam
rajah di atas dengan peratusan yang sangat setuju sebanyak 63.6 %. Berbanding
dengan pilihan setuju berdasarkan penyataan di atas, dapat dilihat bahawa
sebanyak 14 orang pelatih setuju akan penyataan yang diberikan berkaitan
penyakit sifilis bersamaan 25.5 %. Bagi pilihan penyataan untuk tidak pasti, tidak
setuju dan sangat tidak setuju masing- masing jumlah pelatih yang memilih
penyataan tersebut ialah 3 orang pelatih bagi tidak pasti, 2 orang pelatih bagi tidak
setuju dan 1 orang pelatih untuk sangat tidak setuju. Hasil dapatan di atas, dapat
disimpulkan bahawa secara majoritinya pelatih ILKKM Seremban (PP)
mempunyai pengetahuan berkenaan penyakit sifilis yang merebak disebabkan
oleh seks bebas. Walaupun terdapat 6 orang pelatih mempunyai tahap
pengetahuan yang kurang memuaskan, tetapi hasil dapatan kajian ini
menunjukkan majoriti pelatih mempunyai asas pengetahuan berkenaan penyakit
sifilis.

27
Rajah 4.4.3
Rajah 4.4.3 merupakan penyataan bagi soalan penyakit sifilis disebabkan oleh
virus. Sebanyak 17 orang pelatih telah memilih sangat setuju dan 14 orang
memilih setuju untuk pernyataan di atas dengan kadar peratusan masing – masing
sebanyak 30.9 % dan 25.5 %. Bagi pilihan untuk tidak pasti pula sebanyak 9 orang
pelatih bersamaan dengan 16.4 %. Bagi pilihan tidak setuju dan sangat tidak
setuju masing – 4 orang pelatih dan 11 orang pelatih. Kadar peratusannya pula
ialah masing – masing sebanyak 7.3 % dan 20.0 %.

28
Rajah 4.4.4
Rajah seterusnya merujuk kepada penyataan yang menyatakan penyakit sifilis
berupaya memusnahkan sel tisu organ dalam badan. Hasil penyataan diatas dan
seperti yang ditunjukkan oleh graf bar menyatakan bahawa yang sangat setuju
dengan penyataan tersebut ialah sebanyak 15 orang pelatih manakala sebanyak
22 orang pelatih yang tidak pasti akan penyataan bahawa penyakit sifilis ini
mampu memusnahkan sel tisu organ dalam badan. Peratusan ini agak tidak
normal oleh kerana majoriti pelatih tidak pasti akan penyakit sifilis ini boleh
memusnahkan tisu organ dalam badan.

29
Rajah 4.4.5
Graf bar di atas menunjukkan hasil peratusan bagi penyataan penyakit sifilis boleh
berlaku dalam jangka masa yang pendek. Sebanyak 41.82% bersamaan 23 orang
pelatih setuju bahawa penyakit sifilis boleh berlaku dalam jangka masa yang
singkat. Sebanyak 20% bersamaan 11 pelatih pula sangat bersetuju dengan
penyataan yang diberikan. Manakala, 11 pelatih yang tidak pasti akan penyataan
bahawa penyakit sifilis boleh berlaku dalam jangka masa yang pendek. Dalam hal
ini, hasil peratusan yang ditunjukkan oleh graf bar amat baik kerana secara majoriti
dengan sebanyak 34 orang pelatih tahu akan penyakit sifilis ini boleh berlaku
dalam jangka masa yang pendek.

30
Rajah 4.4.6
Hasil dapatan kajian di atas dapat ditunjukkan seperti di graf bar bagi penyataan
penyakit sifilis dapat menjangkiti fetus yang berada di dalam kandungan ibu yang
mengandung. Bagi penyataan ini, sebanyak 23.64% sangat setuju dengan
penyataan yang diberikan bersamaan 12 orang pelatih di samping bagi pilihan
setuju pula sebanyak 43.64% bersamaan 24 orang pelatih. Walau bagaimanapun,
sebabnyak 14 pelatih yang memilih tidak pasti dengan bersamaan 25.45%. Hal ini
berlaku mungkin kerana kurang pengetahuan akan kesan penyakit sifilis terhadap
fetus di dalam kandungan di kalangan pelatih.

31
4.5 ANALISIS TAHAP KESEDARAN PELATIH ILKKM SEREMBAN (PP)
MENGENAI PENYAKIT SIFILIS

Rajah 4.5.1
Graf bar di atas menunjukkan hasil dapatan kajian bagi analisis tahap kesedaran
pelatih mengenai penyakit sifilis. Hasil yang ditunjukkan bagi penyataan banyak
fasiliti kesihatan di Malaysia yang boleh menawarkan khidmat nasihat dan rawatan
mengenai penyakit sifilis ialah sebanyak 52.73% bersamaan 29 orang pelatih
sangat setuju dengan penyataan tersebut. Manakala bagi pilihan setuju pula
sebanyak 32.73% bersamaan 18 orang pelatih. Hasil peratusan di atas
menunjukkan jumlah yang signifikan berdasarkan polis-polisi yang diamalkan di
fasiliti kesihatan di Malaysia mengenai penyakit sifilis.

32
Rajah 4.5.2
Seterusnya, bagi penyataan stigma masyarakat terhadap individu yang
menghidapi penyakit sifilis tidak mempengaruhi mempunyai hasil peratusan yang
berbeza. Bagi pilihan sangat setuju dan setuju, sebanyak 12 orang pelatih dan 17
orang pelatih dengan peratusan masing-masing sebanyak 21.82% dan 30.91%.
Bagi pilihan tidak pasti pula menunjukkan peratusan sebanyak 23.64% bersamaan
13 orang pelatih. Hal ini menunjukkan bahawa stigma masyarakat masih dapat
mempengaruhi tanggapan terhadap individu yang menghidapi penyakit sifilis ini.

33
Rajah 4.5.3
Graf bar di atas menunjukkan peratusan bagi penyataan kempen yang dilakukan
oleh KKM menyedarkan pelatih mengenai penyakit sifilis. Hasil dapatan kajian
menunjukkan bahawa sebanyak 27 orang pelatih bersamaan 49.09% sangat
setuju di samping 20 orang pelatih bersamaan 36.36% setuju akan penyataan di
atas. Hal ini membuktikan bahawa kempen-kempen yang dilakukan oleh KKM
mengenai penyakit sifilis agak berkesan dan efektif untuk masyarakat.

34
4.6 ANALISIS SEJAUH MANA PELATIH ILKKM SEREMBAN (PP)
MENGETAHUI RISIKO DAN INTERVENSI PENYAKIT SIFILIS

Rajah 4.6.1
Analisis bagi risiko dan intervensi penyakit sifilis telah ditunjukkan hasil dapatan
kajian tersebut seperti di graf bar di atas. Bagi penyataan rawatan khusus bagi
penyakit sifilis ialah rawatan antibiotik menunjukkan bahawa sebanyak 20 orang
pelatih bersamaan 36.36% memilih untuk tidak pasti. Manakala, 14 orang
pelatih dan 18 orang pelatih dengan peratusan masing-masing sebanyak
25.45% dan 32.73% memilih untuk setuju dan sangat setuju akan penyataan di
atas tadi. Hal in berlaku mungkin kerana pelatih tidak lagi mengetahui jenis-jenis
rawatan yang boleh dilakukan bagi penyakit sifilis

35
Rajah 4.6.2
Hasil dapatan kajian yang seterusnya ialah mengenai sokongan moral perlu
diberikan kepada individu yang menghidapi penyakit sifilis. Sebanyak 34 orang
pelatih bersamaan 61.82% memilih untuk sangat setuju bagi penyataan ini.
Manakala, sebanyak 14 orang pelatih bersamaan 25.45% memilih untuk setuju
bagi penyataan ini. Hal ini menunjukkan bahawa secara majoritinya para pelatih
tahu akan kepentingan memberi sokongan moral kepada individu yang
menghidapi penyakit sifilis ini bagi membantu dalam proses rehabilitasi.

36
Rajah 4.6.3
Graf bar di atas menunjukkan penyataan mengenai pengetahuan am bahawa
penyakit sifilis ini boleh membawa maut jika tidak dirawat dengan sebaiknya. Oleh
yang demikian, bagi pilihan sangat setuju dan setuju masing-masing menunjukkan
sebanyak 18 orang pelatih dan 17 orang pelatih dengan kadar peratusan masing-
masing sebanyak 32.73% dan 30.91%. Hal ini sangat signifikan dengan kadar
majoriti sebanyak 35 orang pelatih. Walaupun begitu, sebanyak 16 orang pelatih
dengan kadar peratusan sebanyak 29.09% memilih pilihan tidak pasti yang
dimana ia mungkin terjadi disebabkan kurang pengetahuan am menngenai
penyakit sifilis ini.

37
Rajah 4.6.4
Rajah seterusnya menunjukan hasil dapatan kajian bagi penyataan perkongsian
barang peribadi seperti pisau cukur boleh merisikokan penularan penyakit sifilis.
Hasil yang diperoleh menunjukkan data yang setara dimana sebanya 17 orang
pelatih dengan kadar peratusan 30.91% memilih sangat setuju dan setuju bagi
penyataan tersebut. Jumlah yang tidak signifikan berlaku dimana bagi pilihan tidak
pasti menunjukkan sebanyak 16 orang pelatih dengan kadar peratusan 29.09%
memilih tidak pasti. Pelbagai faktor yang boleh dikaitkan bagaimana hasil dapatan
kajian ini berlaku antaranya ialah kurang pengetahuan mengenai bagaimana
penyakit sifilis tersebar dan sebagainya.

38
Rajah 4.6.5
Graf bar di atas menunjukkan hasil dapatan kajian mengenai penyataan
pengesanan awal kes penyakit sifilis dapat mengurangkan risiko jangkitan.
Sebanyak 26 orang pelatih bersamaan 47.27% memilih sangat setuju dan 22
orang pelatih dengan kadar peratusan 40.00% memilih setuju. Hal ini
menunjukkan hal positif kerana ia dapat mengambarkan sejauh mana
pengetahuan pelatih mengenai penyakit sifilis akan kaedah intervensi yang dapat
dilakukan serta berkesan dalam kes penyakit sifilis ini.

39
4.7 ANALISIS TABULASI SILANG JANTINA/UMUR & JANTINA/TARAF
PENDIDIKAN

Rajah 4.7.1
Hasil daripada tabulasi silang jantina/umur dapat dilihat bahawa terdapat
perbezaan yang berlaku. Secara umumnya, untuk pelatih lelaki berumur 22 tahun
merupakan majoriti dengan jumpalh pelatih 11 orang bersamaan 26.2% dalam
menjawab soalan yang diberikan dalam bentuk google form. Diikuti oleh pelatih
yang berumur 20 tahun sebanyak 7 orang pelatih bersamaan 16.7%. Bagi pelatih
perempuan pula, dapat dilihat cara purata umur pelatih yang menjawab soalan ini
di antara umur 19 hingga 25 tahun. Majoritinya adalah pelatih yang berumur 19
tahun dengan jumlah pelatih 3 orang bersamaan 23.1%

Rajah 4.7.2
Hasil tabulasi silang diatas pula menunjukkan hasil dapatan bagi jantina/taraf
pendidikan pelatih di ILKKM Seremban. Dapat dilihat dengan jelas bahawa bagi
pelatih lelaki sebanyak 27 orang pelatih mempunyai taraf pendidikan diploma
bersamaan 64.3%. Seterusnya, taraf pendidikan di peringkat SPM pula sebanyak
14 orang pelatih bersamaan 33.3%. Bagi pelatih perempuan pula, majoritinya
adalah 8 orang pelatih dengan taraf pendidikan diploma bersamaan dengan 61.5%
kadar peratusannya. Selebihnya pula ialah taraf pendidikan SPM dengan 5 orang
pelatih dengan kadar peratusan ialah 38.5%.

40
4.8 ANALISIS KOLERASI

Rajah 4.8.1
Hasil dapatan di atas menunjukkan hasil analisis kolerasi antara soalan-soalan
yang dijawab oleh pelatih ILKKM Seremban. Soalan di atas secara khusus
menjawab objektif kajian serta penyataan masalah bagi kajian ini. Secara
umumnya, analisis korelasi di atas menunjukkan korelasi di atas adalah
signifikan bagi ketiga-tiga soalan yang telah dipilih seperti jadual di atas dengan
nilai signifikan ialah 0.05.

41
4.9 ANALISIS DATA SKALA LIKERT

Rajah 4.9.1

Jadual di atas menunjukkan data skala likert dengan mean dan standard
deviation ditunjukkan di dalam jadual di atas. Bagi soalan faham berkaitan
dengan penyakit sifilis menunjukkan skor min sebanyak 4.11 dengan standard
deviation berjumlah 0.916. Skor min ini adalah skor yang kedua paling sedikit
berbanding dengan soalan fasiliti kesihatan menawarkan khidmat nasihat
dengan skor min sebanyak 4.33 dan merupakan skor tertinggi dengan jumlah
standard deviation sebanyak 0.883. Skor yang paling sedikit ditunjukkan oleh
soalan rawatan khusus antibiotik dengan skor min sebanyak 3.85 dengan
standard deviation sebanyak 0.951.

42
4.10 ANALISIS KEBOLEHPERCAYAAN INSTRUMEN

Rajah 4.10.1
Rajah di atas menunjukan analisis kebolehpercayaan instrumen Cronbach
Alpha.Cronbach Alpha bagi dapatan kajian ini secara keseluruhannya adalah
signifikan dimana skor yang diperolehi ialah 0.851. Skor normal pula ialah >0.70
dan ini membuktikan kajian ini adalah signifikan.

4.11 ANALISIS UJIAN NORMALITI

Rajah 4.11.1
Jadual Skewness & Kurtosis di atas menunjukkan hasil ujian normaliti bagi objektif
pertama kajian ini dengan soalannya ialah saya faham berkaitan penyakit sifilis.
Hasil yang ditunjukkan ialah nilai skewness -1.122 dan nilai kurtosis pula ialah
1.473. Nilai mean dan median pula ialah masing-masing sebanyak 4.11 dan 4.00.
Hal ini menunjukkan hasil normaliti ini berada pada taburan normal iaitu -2 dan 2.

43
Rajah 4.11.2
Jadual di atas pula menunjukkan soalan fasiliti kesihatan menawarkan khidmat
nasihat dimana ia bagi menjawab objektif kedua. Skewness skor menunjukkan -
1.542 dan skor kurtosis pula ialah 2.838. Nilai mean dan median pula masing-
masing hampir sama iaitu 4.33 dan 5.00. Hasil taburan ini normal iaitu pada -2 dan
2.

Rajah 4.11.3
Jadual normaliti di atas menunjukkan ujian normaliti soalan sokongan moral perlu
diberikan kepada penghidap bagi menjawab objektif ketiga dimana skor skewness
ialah -1.461 dan skor kurtosis ialah 1.511. Mean dan median pula masing-masing
skor ialah 4.45 dan 5.00. Hal ini menunjukkan hasil taburan ujian normaliti ini
normal dengan skor -2 dan 2

44
BAB 5

PERBINCANGAN

Perbincangan merupakan salah satu penganalisaan yang penting dalam


pengkajian ini. Perbincangan ini merangkumi demografi dan analisa kepada soal
selidik yang diedarkan kepada responden. Hasil daripada penganalisaan lengkap
pada bahagian ini akan memberikan keputusan sebenar pengkajian yang
dilaksanakan. Sampel yang diperoleh menggunakan sampel Krejcie & Morgan.

Menurut soalan demografi umur, sebanyak 42 responden (76.4%) adalah


lelaki. Kebanyakkan kes sifilis berlaku kepada lelaki. Hal ini dapat dibuktikan
daripada kajian yang dibuat oleh Wahab (2018) bahawa lelaki sebagai jantina
utama yang didiagnosis dengan sifilis .

Hasil analisis data mendapati 44 orang pelatih setuju perlu mempunyai


pengetahuan mengenai penyakit sifilis. Hal ini kerana penyakit sifilis merupakan
salah satu daripada penyakit berjangkit yang perlu dibendung terutama dalam
kalangan remaja. Jika seseorang tidak mempunyai pengetahuan mengenai
penyakit ini maka sukar penyakit ini dibendung.

Melalui tahap pengetahuan, menunjukkan 49 orang bersetuju bahawa penyakit


sifilis berjangkit disebabkan oleh seks bebas. Pernyataan ini disokong dengan

45
kajian yang dibuat oleh George (2017) bahawa melakukan hubungan seks yang
tidak selamat menjadi punca kepada berlakunya sifilis.

Tambahan pula, menurut kajian segi pengetahuan mengenai punca


penyakit sifilis, Sebanyak 17 orang pelatih telah memilih sangat setuju dan 14
orang memilih setuju bahawa penyakit sifilis disebabkan oleh virus. Ini
menunjukkan pelatih ini tidak mengetahui sepenuhnya berkaitan punca berlaku
penyakit sifilis. Pernyataan ini bertentangan dengan kajian yang dilakukan
Pónyai.K, Ostorházi.E, Marschalkó.M, Kárpáti.S, & Rozgonyi.F, (2010) bahawa
Sifilis disebabkan oleh Treponema spirochete pallidum subspesies pallidum.

Berdasarkan tahap pengetahuan, sebanyak 15 orang pelatih sangat setuju


bahawa penyakit sifilis berupaya memusnahkan sel tisu organ dalam badan. Hal
ini kerana jika tidak mendapat rawatan awal akan mendapatkan komplikasi
termasuk merosakkan beberapa organ seperti otak dan organ – organ yang lain
yang menyebabkan penyakit sifilis sukar untuk dirawat. Menurut Rebecca E.
LaFond (2006) sifilis di peringkat tertier paling kerap menjejaskan kulit dan tulang,
tetapi mungkin juga berlaku di hati, otak, perut, saluran pernafasan atas, mata,
dan organ lain.

Seterusnya, sebanyak 23 orang pelatih setuju bahawa penyakit sifilis boleh


berlaku dalam jangka masa yang singkat. Ini menunjukkan pelatih menganggap
sifilis boleh berlaku dengan cepat jika seseorang menghidap penyakit tersebut.
Menurut Rebecca E. LaFond (2006) penyakit sifilis akan berlaku dalam beberapa
peringkat iaitu peringkat primer, sekunder dan tertier. Sifilis primer dicirikan oleh
ulser kulit yang diperoleh melalui sentuhan langsung dengan luka berjangkit pada
kulit, mulut, dubur, atau alat kelamin Chancre berkembang di tempat sentuhan
awal, 10 hingga 90 hari selepas inokulasi. Sifilis sekunder terhasil daripada
penyebaran hematogen dan limfa bakteria T pallidum dalam beberapa jam
selepas inokulasi. Manifestasi sifilis sekunder biasanya berlaku dalam tempoh 3
bulan selepas jangkitan awal dan boleh menjadi agak halus. Sifilis tertier dicirikan
oleh sebilangan kecil organisma yang menimbulkan tindak balas imun selular yang

46
besar atau pantas, dengan banyak manifestasi klinikal. Sifilis tertier biasanya
berkembang 1 hingga 10 tahun selepas jangkitan awal.

Di samping itu, sebanyak 12 orang pelatih sangat setuju bahawa penyakit


sifilis dapat menjangkiti fetus yang berada di dalam kandungan ibu yang
mengandung. Pernyataan ini disokong oleh kajian yang dilakukan oleh Kojima &
Klausner (2018) bahawa sifilis juga boleh disebarkan secara kongenital, apabila
spirochetes melintasi plasenta wanita yang dijangkiti dan menjangkiti janin.

Dari segi kesedaran, sebanyak 52.73% bersamaan 29 orang pelatih sangat


setuju bahawa banyak fasiliti kesihatan di Malaysia yang boleh menawarkan
khidmat nasihat dan rawatan mengenai penyakit sifilis. Hal ini dapat membantu
mereka yang menghidap sifilis supaya mereka boleh menerima rawatan susulan
dengan mudah .

Selain itu, sebanyak 12 orang pelatih sangat setuju bahawa stigma


masyarakat terhadap individu yang menghidapi penyakit sifilis tidak
mempengaruhi seseorang. Ini kerana mereka menganggap stigma tersebut
sebagai pembakar semangat dan menerima dengan positif supaya proses
menerima rawatan dapat dilakukan.

Seterusnya, sebanyak 27 orang pelatih bersamaan 49.09% sangat setuju


di samping 20 orang pelatih bersamaan 36.36% setuju bahawa kempen yang
dilakukan oleh KKM menyedarkan pelatih mengenai penyakit sifilis. Dengan
kaedah ini pelatih dapat membuka mata tentang bahaya penyakit sifilis terutama
dalam kalangan remaja.

Di samping itu, 14 orang pelatih dan 18 orang pelatih dengan peratusan


masing-masing sebanyak 25.45% dan 32.73% memilih untuk setuju dan sangat
setuju bahawa rawatan khusus bagi penyakit sifilis ialah rawatan antibiotik. Hal ini
kerana sifilis disebabkan oleh bakteria dan hanya antibiotik sahaja yang boleh
merawat penyakit yang disebakan oleh bakteria.

Walau bagaimanapun, sebanyak 34 orang pelatih bersamaan 61.82%


memilih untuk sangat setuju bahawa sokongan moral perlu diberikan kepada

47
individu yang menghidapi penyakit sifilis. Hal ini kerana moral seseorang yang
menghidap penyakit sifilis akan rendah apabila tidak mendapat sokongan
daripada orang sekeliling. Jadi sokongan moral perlu diberikan supaya penghidap
sifilis dapat meneruskan intervensi .

Mengenai pengetahuan am bahawa penyakit sifilis ini boleh membawa


maut jika tidak dirawat dengan sebaiknya, sebanyak 18 orang pelatih dan 17 orang
pelatih masing-masing sangat setuju dan setuju dengan pernyataan ini. Hal ini
kerana sifilis sifilis berisiko menyebabkan komplikasi penyakit lain, seperti
kerosakan jantung, tumor, infeksi HIV, dan gangguan kehamilan serta persalinan
bagi ibu hamil.

Sebanyak 17 orang pelatih dengan kadar peratusan 30.91% memilih


sangat setuju dan setuju bahawa perkongsian barang peribadi seperti pisau cukur
boleh merisikokan penularan penyakit sifilis. Pernyataan ini adalah tidak tepat
kerana sifilis hanya boleh menular melalui hubungan seksual bukan melalui
perkongsian barang.

Sebanyak 26 orang pelatih bersamaan 47.27% memilih sangat setuju dan


22 orang pelatih dengan kadar peratusan 40.00% memilih setuju bahawa
pengesanan awal kes penyakit sifilis dapat mengurangkan risiko jangkitan.
Menurut Abdul (2017) pengesanan awal penyakit boleh mencegah daripada
menerima komplikasi yang teruk sekiranya tidak dirawat dengan lebih awal.

Menurut daripada tabulasi silang antara umur dengan jantina majoriti terdiri
daripada pelatih lelaki yang berumur 22 tahun sebanyak 11 orang. Ini
menunjukkan mereka lebih cenderung untuk menghidap penyakit sifilis. Hal ini
kerana mereka mudah terdedah dengan gejala sosial di luar.

Seterusnya tabulasi silang antara jantina dengan taraf pendidikan majoriti


terdiri daripada 27 orang pelatih lelaki yang mempunyai pendidikan bertaraf
diploma. Hal ini menunjukkan lelaki mempunyai pengetahuan yang tinggi
mengenai sesuatu perkara termasuk penyakit sifilis. Dengan pengetahuan yang
ada mereka dapat membezakan sesuatu perkara itu baik atau buruk.

48
Dalam analisis kebolehpercayaan instrumen, Cronbach Alpha akan
menentukan sesebuah kajian adalah signifikan atau sebaliknya. Cronbach Alpha
bagi dapatan kajian ini secara keseluruhannya adalah signifikan dimana skor yang
diperolehi ialah 0.851. Skor normal pula ialah >0.70 dan ini membuktikan kajian ini
adalah signifikan. Ini bermakna instrument untuk analisis ini boleh dipercayai.

49
BAB 6

RUMUSAN

Hasil daripada kajian mengenai tahap pengetahuan dan kesedaran


mengenai penyakit sifilis dalam kalangan pelatih ILKKM Seremban menunjukkan
keputusan yang positif. Kesemua responden yang disoal selidik memberikan hasil
keputusan yang positif berkaitan penyakit sifilis.

Usaha dalam mengurangkan kes penyakit sifilis ini amat diperlukan bagi
mengelakkan bilangannya terus meningkat. Jadi bagi memantapkan lagi tahap
pengetahuan masyarakat mengenai penyakit sifilis, di sini terdapat beberapa
cadangan yang dipilih oleh responden semasa menjawab soal selidik dan sesuai
untuk dipraktikkan.

Antara cadangan ialah memberikan pendedahan awal mengenai penyakit


sifilis bermula di sekolah. Sekolah adalah institusi yang paling penting untuk
mendidik generasi muda. Melalui pemberian input mengenai penyakit sifilis, anak-

50
anak muda dapat mendapat idea tentang bahaya penyakit sifilis dan memberi
kesedaran tentang penting menjaga kesihatan.

Selain itu, penyampaian maklumat mengenai penyakit sifilis melalui media


massa, surat khabar dan laman web adalah salah satu cadangan yang paling
penting dalam memupuk kesedaran penyakit sifilis. Media Massa dan media sosial
adalah platform yang paling efisyen di era ini. Pada era ini, media massa dan
media sosial menjadi sebati dengan golongan muda. Melalui penyampaian
informasi tentang penyakit sifilis dapat menyedarkan golongan muda serta
informasi ini dapat dicapai oleh semua peringkat umur. Hal ini memang penting
kerana penyampaian maklumat melalui media elektronik amat laju dan dapat
melalui telefon pintar. Penyampaian maklumat ini juga mampu memberi
kesedaran kepada golongan muda bahawa penyakit sifilis adalah penyakit
berjangkit dan berbahaya kepada setiap individu sekiranya tidak dirawat dengan
lebih awal.

Seterusnya,ibu bapa perlu memberikan pendidikan seksual kepada anak-


anak sebelum akil baligh. Hal ini kerana pada peringkat ini anak – anak akan
mudah terdedah kepada dunia luar tambahan pula pada zaman moden ini semua
maklumat berada di hujung jari dan senang diakses. Ini akan menyebabkan anak-
anak mudah terpengaruh dengan masalah sosial di luar.

Tambahan pula, saringan kesihatan perlu dilakukan secara berkala kepada


golongan remaja. Ini kerana golongan muda tidak mengetahui bahawa mereka
mempunyai faktor risiko seseorang individu menghidap penyakit sifilis.

Justeru, semua institusi pengajian tinggi dikehendaki mengadakan satu


sesi wajib untuk pendidikan mengenai kesihatan seksual dan reproduktif yang
memfokuskan kepada penyakit jangkitan seks , untuk pelajar yang baru
mendaftar. Contoh aktiviti termasuk program saringan dan pengurangan bahaya,
pendidikan kesihatan, perkhidmatan kaunseling dan rawatan.

Akhir sekali, diharapkan semoga adanya kajian-kajian yang lebih baik dapat
dilakukan supaya setiap informasi berkaitan penyakit sifilis dapat diperbaharui dari

51
semasa ke semasa agar kita dapat mengawal peningkatan penyakit sifilis dari
terus meningkat dalam kalangan rakyat Malaysia. Hipotesis kajian ini adalah
signifikan dan memenuhi objektif kajian.

52
RUJUKAN DAN BIBLIOGRAFI

Baughn, R. E., & Musher, D. M. (2005). Secondary Syphilitic Lesions. Clinical


Microbiology Reviews, 205- 216.

Craggs, A. (2022, December 1). Syphilis -- Global. Www.who.int.


https://www.who.int/health-topics/syphilis#tab=tab_1

Creswell, J. W., & Plano-Clark, V. L. (2007). Designing and conducting mixed


methods research. (58). SAGE Publications.

Dourmishev, L. A., & Dourmishev, A. L. (2005). Syphilis: Uncommon presentations


in adults. Clinics in Dermatology, 555-564.

Dottie. (2011, September 5). Syphilis. PORTAL MyHEALTH.


http://www.myhealth.gov.my/en/syphilis-2/

Ghanem, K. G., Ram, S., & Rice, P. A. (2020). The Modern Epidemic of Syphilis.
The New England Journal of Medicine, 845-854.

Habif, T. P. (2016). Syphilis. In Clinical Dermatology 6th ed (pp. 390-403).


Maryland Heights: Elsevier.

Kojima, N., & Klausner, J. D. (2018). An Update on the Global Epidemiology of


Syphilis. INFECTIOUS DISEASE EPIDEMIOLOGY (A REINGOLD,
SECTION EDITOR).

NM, Z., & JD, K. (2007). Syphilis and HIV infection:. Clinical Infectious Disease,
1222-1228.

Mansor, N., Ahmad, N., & Rahman, H. A. (2020). Determinants of knowledge on


sexually transmitted infections among students in public higher education
institutions in Melaka state, Malaysia. PLOS ONE, 15(10),e0240842.
https://doi.org/10.1371/journal.pone.0240842

53
Mustapa, M. C., Ismail, K., Mohamad, M. S., & Ibrahim, F. (2015). Knowledge on

Sexuality and Reproductive Health of Malaysian Adolescents – A Short


Review. Procedia Social and Behavioral
Sciences.https://doi.org/10.1016/j.sbspro.2015.11.088

Pónyai.K, Ostorházi.E, Marschalkó.M, Kárpáti.S, & Rozgonyi.F. (2010). Syphilis:


Today. Reviews in Medical Microbiology, 84-95.

Rebecca E. LaFond, S. A. (2006). Biological Basis for Syphilis. Clinical


Microbiology Reviews, 29-49.

Saharudin, N. S. A., & Fauzi, H. M. (2021). Sifilis. AMDI Newsletter, 2(2).


https://news.amdi.usm.my/fullarticle.php?id=S2ZVSWlFbjk4K1NGSlp1a
FdqMW9JZz09

World Health Organization. Global health sector strategy on sexually transmitted


infections 2016–2021. 2016. The WHO's strategy for STI treatment.

Wong W, Chaw JK, Kent CK, Klausner JD. Risk factors for early syphilis among
gay and bisexual men seen in an STD clinic: San Francisco, 2002–2003.
Sex Transm Dis. 2005;32(7):458–63.

Wahab, A. A., Ramli, M. E., Mustafa, R. A., Lim, G. M., Sahimi, W. N., Husyairi,
H., & Rahman, M. M. (2018). Sero-epidemiology of Syphilis in a Tertiary
Teaching Hospital in Kuala Lumpur. Bangladesh Journal of Medical
Science Vol. 17 No. 01 , 62-66.

54
LAMPIRAN A

STUDENT SHORT PROJECT

PROGRAM DIPLOMA PERUBATAN & SAINS KESIHATAN

BORANG SOAL SELIDIK TENTANG KAJIAN MENGENAI

TAHAP PENGETAHUAN DAN KESEDARAN MENGENAI PENYAKIT SIFILIS


DI KALANGAN PELATIH ILKKM SEREMBAN (PP)
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

ARAHAN KEPADA RESPONDEN :


1. KERTAS INI MENGANDUNGI 21 SOALAN MELIPUTI BAHAGIAN A, B,
C DAN D.
2. JAWAB SEMUA SOALAN YANG DIKEMUKAKAN DENGAN JUJUR.
3. HANYA TANDAKAN BULAT PADA JAWAPAN YANG DISEDIAKAN.
4. SETIAP MAKLUMAT YANG DIBERIKAN ADALAH SULIT DAN HANYA
AKAN DIGUNAKAN UNTUK TUJUAN KAJIAN SAHAJA.
5. KERJASAMA ANDA DALAM MENJAWAB SOALAN INI AMATLAH
DIHARGAI.

SELAMAT MENJAWAB

55
LAMPIRAN A

BAHAGIAN A : DEMOGRAFI RESPONDEN

JANTINA

LELAKI

PEREMPUAN

UMUR

.......................

TARAF PERKAHWINAN

BUJANG

BERKAHWIN

DUDA

JANDA

TARAF PENDIDIKAN

SPM

DIPLOMA

IJAZAH

PHD

56
LAMPIRAN A

BAHAGIAN B : TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI PENYAKIT SIFILIS


SKOR 1 : SANGAT TIDAK SETUJU
SKOR 2 : TIDAK SETUJU
SKOR 3 : TIDAK PASTI
SKOR 4 :SETUJU
SKOR 5 :SANGAT SETUJU

A. SAYA FAHAM BERKAITAN DENGAN PENYAKIT SIFILIS


1
2
3
4
5
B. SAYA MENGETAHUI BAHAWA PENYAKIT SIFILIS MERUPAKAN
SALAH SATU PENYAKIT BERJANGKIT DISEBABKAN HUBUNGAN
SEKS BEBAS.
1
2
3
4
5
C. PENYAKIT SIFILIS DISEBABKAN OLEH VIRUS.
1
2
3
4
5

57
LAMPIRAN A

D. SAYA MENGETAHUI PENYAKIT SIFILIS BERUPAYA


MEMUSNAHKAN SEL-SEL TISU ORGAN DALAM BADAN.
1
2
3
4
5
E. SAYA MENGETAHUI PENYAKIT SIFILIS BOLEH BERLAKU DALAM
JANGKA MASA PENDEK.
1
2
3
4
5
F. PADA PERINGKAT SEKUNDER, PENYAKIT SIFILIS MENUNJUKKAN
GEJALA SEPERTI RUAM MERAH YANG MEREBAK SERTA LESI
PAPUL MUNCUL DI SEKITAR DUBUL/KEMALUAN.
1
2
3
4
5
G. SAYA MENGETAHUI PENYAKIT SIFILIS JUGA MENGJANGKITI
FETUS YANG BERADA DALAM KANDUNGAN MELALUI IBU YANG
MENGANDUNG.
1
2
3
4
5

58
LAMPIRAN A

BAHAGIAN C : TAHAP KESEDARAN PELATIH MENGENAI PENYAKIT


SIFILIS
SKOR 1 : SANGAT TIDAK SETUJU
SKOR 2 : TIDAK SETUJU
SKOR 3 : TIDAK PASTI
SKOR 4 :SETUJU
SKOR 5 :SANGAT SETUJU

A. SAYA SEDAR PENYAKIT SIFILIS MEMBAYAKAN SAYA.


1
2
3
4
5
B. SAYA SEDAR BANYAK FASILITI KESIHATAN DI MALAYSIA YANG
BOLEH MENAWARKAN KHIDMAT NASIHAT DAN RAWATAN MENGENAI
PENYAKIT INI.
1
2
3
4
5
C. STIGMA MASYARAKAT TERHADAP INDIVIDU YANG MENGHIDAPI
PENYAKIT SIFILIS INI TIDAK MEMPENGARUHI SAYA.
1
2
3
4
5

59
LAMPIRAN A

D. KEMPEN YANG DILAKUKAN OLEH KKM MENYEDARKAN SAYA


TENTANG PENYAKIT SIFILIS INI.
1
2
3
4
5
E. STATISTIK BERLAKUNYA PENINGKATAN BERKAITAN PENYAKIT
SIFILIS TIDAK MEMBIMBANGKAN SAYA.
1
2
3
4
5
F. SAYA SEDAR SEKIRANYA PASANGAN SAYA DIJANGKITI PENYAKIT
SIFILIS, AKTIVITI PERSETUBUHAN PERLU DIELAKKAN SAMA SEKALI.
1
2
3
4
5
G. SAYA PERNAH MENDENGAR CERAMAH/SEMINAR/TAKLIMAT
MENGENAI PENYAKIT SIFILIS INI.
1
2
3
4
5

60
LAMPIRAN A

BAHAGIAN D : TAHAP PENGETAHUAN RISIKO & INTERVENSI PEYAKIT


SIFILIS
SKOR 1 : SANGAT TIDAK SETUJU
SKOR 2 : TIDAK SETUJU
SKOR 3 : TIDAK PASTI
SKOR 4 :SETUJU
SKOR 5 :SANGAT SETUJU

A. SOKONGAN MORAL PERLU DIBERIKAN KEPADA INDIVIDU YANG


MENGHIDAPI PENYAKIT SIFILIS INI.
1
2
3
4
5
B. PENYAKIT SIFILIS MERUPAKAN PENYAKIT YANG BOLEH MEMBAWA
MAUT JIKA TIDAK DIRAWAT.
1
2
3
4
5
C. SAYA SEDAR PERKONGSIAN BARANG PERIBADI SEPERTI PISAU
CUKUR BOLEH MERISIKOKAN DIRI SAYA DENGAN PENYAKIT SIFILIS.
1
2
3
4
5

61
LAMPIRAN A

D. PENGESANAN AWAL KES PENYAKIT SIFILIS INI DAPAT


MENGURANGKAN RISIKO JANGKITAN.
1
2
3
4
5
E. ADAKAH PERMBERIAN KONDOM SECARA PERCUMA DAPAT
MENGURANGKAN RISIKO JAGNKITAN PENYAKIT SIFILIS?
1
2
3
4
5
F. SAYA MENGETAHUI PENYAKIT SIFILIS BOLEH DIRAWAT DENGAN
RAWATAN SECARA BERKALA DAN BERDASARKAN ARAHAN
DOKTOR.
1
2
3
4
5

62
LAMPIRAN B

INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN ( PEMBANTU


PERUBATAN) SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN
JALAN RASAH, 70300 SEREMBAN

DISCUSSION RECORD OF STUDENTS & SUPERVISOR FOR


SHORT STUDENT PROJECT (SSP)
DIPLOMA IN MEDICAL AND HEALTH SCIENCE
SUPERVISOR
NO DATE ACTIVITY SIGNATURE
1. Discussion of topic with supervisor

2. Submission of supervisor nomination form and


discussion
3. Discussed with supervisor on literature reviews found
4. Advice on literature review and introduction of chapter 1
with supervisor
5. Review of chapter 1 with supervisor
6. Discussed on chapter 1 - 3 with supervisor
7. Discussed with supervisor via whatsapp application
8. Send all chapters to supervisor via telegram application
(Part 1 )
9. Review of edited chapters send via telegram application
to supervisor (Part 2 )
10. Meet supervisor on final review of chapter 1 – 3 and
questions
11. Submission of finalised proposal

63
LAMPIRAN C

PETA BUIH

DEFINISI

TAHAP
PENGETAHUAN
RISIKO /
PELATIH SIMPTOM
INTERVENSI
MENGENAI
PENYAKIT SIFILIS

KOMPLIKASI

64
LAMPIRAN D

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA


ILKKM SEREMBAN (PEMBANTU SEREMBAN)

SASARAN AKTIVITI MAKRO BAGI CCRM 2013


STUDENT SHORT PROJECT (SSP) KUMPULAN 95

BIL AKTIVITI TEMPOH MINGGU MINGGU MINGGU


1-5 6-19 20


1 KULIAH & TUTORIAL SSP 08.01.2023
-
10.02.2023
2 PERJUMPAAN DENGAN
SUPERVUSIR
 PERBINCANGAN
TAJUK DAN
PEMILIHAN TAJUK 16.01.2023 
SSP - 20.01.2023
 DRAFT PROPOSAL


3 PENGESAHAN PROPOSAL
SSP


4 BOOKLET SSP 23.01.2023
 BAB I : PENGENALAN - 03.02.2023


5 BOOKLET SSP 07.02.2023
 BAB II : KAJIAN - 17.02.2023
SEMULA


6 BOOKLET SSP 20.02.2023
 BAB III : -
METODOLOGI 04.03.2023


7 BOOKLET SSP 06.03.2023-
 BAB IV : ANALISIS 01.04.2023
DATA

65
LAMPIRAN D


8 BOOKLET SSP 03.04.2023
 BAB V : -
PERBINCANGAN 22.04.2023


9 BOOKLET SSP 24.04.2023-
 BAB VI : RUMUSAN 13.05.2023


10 PEMBENTANGAN/ORAL
PRESENTATION 16.05.2023


11 PEMBUKUSAN SSP (EMBOSS) 22.05.2023
- 26.05.2023


12 PENYERAHAN BOOKLET SSP
SEM 5 MELALUI PENYELARAS
KUMPULAN 29.05.2023
TAMAT SSP


13 PEMARKAHAN
30.06.2023
- 02.06.2023


14 PEMARKAHAN (2)

66

Anda mungkin juga menyukai