Anda di halaman 1dari 14

KOLEJ KESIHATAN BERSEKUTU KOTA KINABALU

KRUSUS DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN

MAOR 3112

JABATAN ORTOPEDIK ( KLINIK ORTOPEDIK )

( TUGASAN INDIVIDU 10% )

PENGKAJIAN KES

TAJUK:

‘PLASTER OF PARIS’ (POP)

NAMA FARIZ BIN MASIONG


NO.K/P 900726 – 12 - 5827
NO MATRIK BPP2014-2217

KUMPULAN: JANUARI 2014


ISI KANDUNGAN

BIL
PERKARA MUKA SURAT
PENDAHULUAN 3
1.1 PENGENALAN 3
1.2 TUJUAN PROSEDUR 3

PENYATAAN MASALAH 4

PENCARIAN LITERATUR 4-5

PENEMUAN/ RAWATAN/ PENGURUSAN 5-8

PROSEDUR PEMASANGAN POP 8 - 10


5.1 ALAT KELENGKAPAN DAN KEMUDAHAN YANG PERLU ADA
DALAM BILIK POP
5.2 PROSEDUR PEMASANGAN POP

PERBINCANGAN DAN PENYELESAIAN MASALAH 10 - 12

RUMUSAN 12

RUJUKAN 13

LAMPIRAN 14

PENDAHULUAN

2
1.1 PENGENALAN

Plaster of Paris (POP) adalah sejenis alat yang keras, kaku, dan tidak berubah yang
diperbuat daripada bahan bukan organik iaitu ‘anhydrous calcium sulphate’ atau juga
dipanggil ‘gypsum’. Ianya, merupakan satu kaedah rawatan yang digunakan dalam bidang
ortopedik untuk merawat kes-kes bukan pembedahan yang melibatkan trauma
musculoskeletal, kecederaan sukan, dan masalah kongenital. Terdapat dua jenis kas POP,
iaitu jenis ‘composed of plaster’ dan jenis ‘fiberglass’. Plaster of Paris telah diperkenalkan
pada tahun 1851 oleh Antonius Mathysen iaitu seorang pakar bedah tentera.Sejak itu, kas
plaster of paris mulai digunakan secara meluas dalam bidang perubatan.

1.2 TUJUAN PEMASANGAN PLASTER OF PARIS

1.2.1 Memelihara dan menahan kedudukan tulang.

1.2.2 Membolehkan pemberian tekanan yang seragam terhadap tisu lembut.

1.2.3 Membolehkan aktiviti ‘weight-bearing’ lebih awal.

1.2.4 Membetulkan kecacatan kronik.

1.2.5 Menyokong dan menstabilkan sendi yang lemah.

1.2.6 Menggalakkan penyembuhan tulang.

PENYATAAN MASALAH

3
NAMA : ADIK

JANTINA : MALE

UMUR : 15 UMUR

BANGSA :DUSUN

AGAMA : KRISTIAN

RN : 12 - 1523

Adik R telah dirujuk ke Klinik Orthopedic HQE II dengan iringan Penolong Pegawai
Perubatan dari Hospital Ranau dengan aduan sakit semasa mengerakan tangan kanan. Pakar
Perubatan mengesahkan bahawa Adik R telah mengalami kepatahan tertutup distal
metacarpal ke-4 dan ke-5 . Beliau kemudian ditahan di Wad Ortopedik Hospital Queen
Elizabeth untuk rawatan lanjut.

PENCARIAN LITERATUR

“Kecederaan muskuloskeletal terjadi kepada lebih 85 peratus orang yang mengalami


kecederaan multiple trauma terutamanya kecederaan di tangan Rosentra” (1984 ) .

“Pencegahan kecederaan ini boleh menyelamatkan nyawa dan mengurangkan kecacatan.


Semua lapisan umur perlu diberikan pengetahuan tentang pencegahan kecederaan. Tindakan
kejururawatan yang cepat dan tepat adalah penting dalam mencapai penyembuhan secara
optimum tanpa berlakunya komplikasi dalam pengurusan kepatahan ini” Malcolm (1984).

Sarmiento (1930), telah memperkenalkan teknik cast dan slab yang berperanan untuk
memberi sokongan kepada tisu-tisu lembut dalam keadaan yang kemas dan kuat. Apabila cast
ataupun slab telah dipasang, akan terhasil tekanan hidraulik antara cast dan slab dan akhirnya
akan memperbetulkan alignment kepatahan sesuatu tulang.

4
“20 tahun selepas itu, seorang saintis dari Rusia telah mencipta alat yang juga untuk
mengimmobilisasikan tulang yang patah. Teknik Illizarov telah dicipta dan telah
menerangkan berkenaan dengan tekanan yang akan membantu immobilisasi dan bagaimana
tisu-tisu baru yang terhasil pada penghujung tulang.” Gavril A. Illizarov (1950). 

B.B. Joshi (1950) telah mencipta sistem penstabilan atau immobilisasi yang


dipasangkan pada luar badan pesakit.Beliau merupakan seorang pakar bedah ortopedik yang
berbangsa India. Kaedah ini boleh diaplikasikan untuk merawat deformiti dan trauma pada
tangan mahupun kaki.

PENEMUAN/ RAWATAN/ PENGURUSAN

Aduan Utama (C/O) :


 Sakit di bahagian tangan kanan x 1/7
 Pergerakan tangan yang kurang.

Sejarah Penyakit Kini :


 Pesakit terjatuh dari tangga dengan ketinggian 1 meter dan mendarat di tangan
sebelah kanan .
 Pesakit bangun dengan keadaan tangan kanan yang sakit serta pergerakan yang
sedikit.
 Bapa pesakit kemudian membawa Adik R ke Unit Kecemasan Hospital Ranau.

Tanda-tanda Vital :
 Tekanan Darah :121/ 70 mmHg
 Kadar Nadi : 76/ minit
 Kadar Pernafasan : 20/ minit
 Suhu Badan :36.9 oc

Pemeriksaan Fizikal :
- GCS :

5
 Eyes : 4
 Verbal : 5
 Motor : 6
- Pernafasan :Normal
- Sirkulasi :Normal
- Kepala : Tiada pendarahan dan normal
- Leher : Normal
- Hidung, telinga, tekak:Tiada pendarahan, tiada pembesaran atau kebengkakan dan
normal.
- Dada :Normal
- Anggota atas :
- Ujian Pelvik :Normal
- Anggota bawah : Tiada deformiti dan keabnormalan pada anggota bawah
- Power Test : Tangan kanan – 3
Anggota badan yang lain – 5 (normal)
- Neuromotor : Tiada hemiparesis, tiada quadriplegia, tiada sawan.

KAJIAN SEMULA SISTEM-SISTEM TUBUH BADAN :


Pesakit telah dirujuk oleh Pegawai Perubatan di Unit Trauma dan Kecemasan ke Wad
Ortopedik dalam keadaan stabil untuk diberi rawatan lanjut.

Sistem Kardiovaskular:
 Normal
 DRNM (Dual Rhythm No Murmur)
 Ada bunyi S1S2 normal.
 Bunyi ritma adalah regular.
 Tiada kesakitan dada semasa pernafasan

Sistem Respiratori :
 Normal
 Kadar pernafasan 20/ minit
 Tiada dyspnea, orthopnea, batuk, stridor, dan wheezing semasa bernafas
 Pengembangan dada semasa bernafas adalah simetri.

6
Sistem Skeletal :
 Terdapat deformity pada bahagian tangan kiri
 Refleks motor adalah positif
 Tiada kyphosis
 Tiada scoliosis
 Tanda Brudzinski adalah negatif
Sistem Alimentari :
 Ada bunyi bowel / peristalsis
 Normal
Sistem Muskular :
 Tonus dan refleks otot pada tangan kiri adalah lemah
 Tonus dan refleks otot bagi anggota bawah adalah baik dan normal
 Tiada dystrophy

Sistem Endokrin :
 Normal
 Tiada tremor
 Tiada sindrom cushing
 Tiada moonface

Diagnosa Sementara : CLOSED FRACTURE RIGHT 4TH AND 5TH METACARPAL


BONE.

Diagnosa Perbezaan :
 Hand Dislocation
 Metacarpophalangeal Joint Dislocation
 Skier's Thumb
 Bennet fracture
 Scaphoid fracture

7
Penyiasatan :
 Ujian radiografi Sinar-X dijalankan ke atas tangan kanan pesakit dengan pandangan
Anterior Posterior dan Lateral untuk mendapatkan diagnosis yang tepat.

Rawatan/ Pengurusan Kepatahan :


 Memasang ulnar gutter slab pada tangan kanan pesakit  yang mengalami kepatahan
supaya dapat immobilize pesakit daripada menggerakkan tangannya.
 Tangan kanan pesakit diletakan pada aras yang tinngi dari aras jantung bagi
membantu mengurangkan kebengkakan pada bahagia yang patah.
   Selepas bengkak berkurang CMR ( Closed Manipulation Reduction ) dilakukan bagi
mengembalikan kedudukan tulang pada keadaan anatomi yang betul.
 Prosedur pembedahan juga dilakukan bagi membantu dalam memperkukuhkan
kedudukan tulang dengan memasang K Wire.
 Apabila bengkak telah berkurang, pemasangan POP (plaster of paris) dilakukan
supaya pergerakan pada tulang yang patah dapat diminimumkan.
 Memberikan temu janji akan datang iaitu 3/52 selepas dikelurakan dari wad untuk
pemantauan dan rawatan lanjut di Klinik Ortopedik.

PROSEDUR PEMASANGAN POP

5.1 Alat Kelengkapan dan Kemudahan yang perlu ada dalam Bilik POP
 Bilik kondusif dan sesuai untuk memasang POP
 Basin atau Baldi
 Plaster Table/ Couch
 Apron
 Mackintosh
 Gloves
 Skrin
 Stockinet
 Padding Orthoban Wool
 Pembalut
 Triangular Bandage
 Gunting Plaster

8
 Plaster Spreader
 Elektrik Plaster Saw
 Bahan Kas (POP/ Fiberglass)
 Adjustable leg rest
 Pisau Plaster
 Plaster Shears
 Troli POP
 Troli

5.2 Prosedur Pemasangan POP


1. Dapatkan kebenaran daripada pesakit.
2. Terangkan prosedur kepada pesakit berkenaan.
3. Tanggalkan perhiasan dan jam pesakit jika ada.
4. Selesakan pesakit dan skrinkan pesakit untuk menjaga privasi pesakit.
5. Posisikan anggota yang terlibat.
6. Sokong anggota yang hendak dipasang POP.
7. Cuci anggota yang terlibat sebelum pemasangan
8. Pasangkan padding iaitu orthoban dan stockinet pada anggota tersebut.
9. Pasangkan orthoban dari atas ke bawah.
10. Sediakan dan buka bungkusan POP (mengikut saiz yang sesuai).
11. Rendam POP sehingga habis/tiada buih selama 5 saat.
12. Perah sedikit dengan cermat.
13. Hamparkan POP pada anggota yang dialaskan dengan padding bermula dari kawasan
anggota yang patah ke atas.
14. Tindih permukaan balutan POP sebanyak 2/3 daripada balutan sebelumnya.
15. Jangan tarik POP semasa memasangnya.
16. Lipat keluar POP bila perlu.
17. Jangan memasang POP melebihi orthoban wool.
18. Tinggalkan sekurang-kurangnya ½ inci daripada hujung orthoban wool.
19. Pakai gloves semasa membuat acuan POP.
20. Acu dengan cepat dan kemas untuk membentuk POP sesuai dengan contour.
21. Teruskan gulungan POP seterusnya sampai kas POP terbentuk.
22. Lipat ke atas tepi orthoban wool sebelum golongan POP terakhir dilakukan.

9
23. Terus mengacu dan melicinkan kas POP sampai siap.
24. Selepas pemasangan selesai,periksa dan perhatikan keadaan pesakit untuk kesan
sampingan kas POP.

PERBINCANGAN DAN PENYELESAIAN MASALAH

Di dalam rawatan bidang Ortopedik, ‘Plaster of Paris’ (POP) atau juga dikenali
sebagai ‘Plaster Casts’ memainkan peranan yang begitu penting di dalam memastikan
keberkesanan rawatan kepatahan. Terdapat beberapa persoalan mengenai POP yang sering
timbul dalam kalangan masyarakat khususnya pesakit itu sendiri, antaranya adalah :
 Bagaimanakah penjagaan plaster kas semasa di rumah?
 Apakah komplikasi pemasangan Plaster of Paris?

Bagaimanakah penjagaan plaster kas semasa di rumah?


Kebiasaannya, pesakit yang dipasangkan plaster kas akan diberikan pendidikan
kesihatan mengenai penjagaan plaster sebelum dibenarkan discaj dari hospital atau klinik.
Pendidikan kesihatan pula selalunya diberikan oleh anggota kesihatan, sama ada daripada
Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan mahupun Jururawat kesihatan yang
bertugas itu sendiri. Antara pendidikan kesihatan mengenai cara menjaga plaster kas tersebut
ialah :
 Jangan berdiri atau menekan ke atas plaster dalam masa 48 jam bersamaan dengan
dua hari kerana plaster kas tersebut berkemungkinan belum kering sepenuhnya.
 Jangan membasahkan plaster kas itu.
 Jangan mencucuk atau memasukkan benda-benda asing ke dalam plaster itu.
 Jangan memotong atau melanggar plaster kas itu dengan sengaja.
 Jangan kotorkan dan jangan menconteng kas itu.
 Jangan membuka atau menarik orthoban pada kas itu.
 Lakukan senaman untuk jari-jari secara rutin.
 Tinggikan bahagian anggota yang ada kas semasa rehat untuk menggalakkan
peredaran darah dan mengelakkan bengkak pada kawasan berkenaan.
 Gunakan alat bantuan berjalan seperti ‘crutches’ mengikut arahan penggunaan (untuk
anggota bawah).

10
Kesemua pendidikan kesihatan yang telah diberikan adalah bertujuan untuk mencegah
jangkitan mikroorganisma dan komplikasi sekunder pada bahagian badan yang telah
dipasangkan plaster kas tersebut. Namun, pesakit harus datang ke pusat kesihatan berdekatan
dengan segera untuk rawatan awal sekiranya berlaku tanda-tanda kesan penggunaan kas
seperti berikut :
 Kesakitan yang kuat pada bahagian dipasang plaster kas.
 Bengkak setempat.
 Perubahan warna kulit di bahagian distal kas seperti kebiruan atau pucat.
 Paralysis pada jari-jari tangan.
 Paraesthasia (kebas) pada anggota ada kas.
 Kapilari refill yang lambat iaitu melebihi 3 saat.
 Tanda infeksi seperti pesakit demam serta terdapat bau dan discaj dari bahagian yang
dipasang kas tersebut.

Apakah komplikasi pemasangan Plaster of Paris?


Selain pendidikan kesihatan, pesakit juga akan didedahkan dengan pengetahuan
mengenai risiko dan komplikasi pemasangan kas Plaster of Paris.Di mana pemasangan POP
boleh menyebabkan :
1. Compartment Syndrome iaitu pemasangan kas yang terlalu ketat sehingga anggota
menjadi bengkak dan menyekat peredaran darah ke distal lalu mengakibatkan tisu
iskemia dan akhirnya mengalami nekrosis. Tanda-tanda sindrom ini ialah :
 Sakit yang kuat pada jari atau kawasan yang dipasang kas
 Pucat pada kuku jari
 Paraesthesia (kebas)
 Paralysis (jari tidak mampu bergerak)
 Pulseless (nadi lemah atau sukar dikesan)
 Sejuk
2. Gangguan Saraf berlaku akibat tekanan pada saraf menyebabkan pesakit merasa sakit
setempat yang kuat, kebas, dan paralysis.
3. ‘Plaster Sore’ terjadi apabila berlaku luka pada kawasan POP akibat geseran plaster
dengan kulit yang terlalu lama ditambah dengan jangkitan pada luka tersebut di mana
kejadian ini boleh dikesan apabila kas berbau, terdapat kesan ‘drainage’ di permukaan
kas, pesakit merasa demam dan terdapat kesan panas di permukaan kas.

11
4. Komplikasi pelbagai sistem yang diakibatkan oleh immobilisasi dan kongkongan
plaster kas seperti loya, muntah, distensi abdomen,Thrombophlebitis dan
kemungkinan embolisma paru-paru.
5. Atelektasisdan pneumonia.

RUMUSAN

Kesimpulannya, Plaster of Paris (POP) terdapat dua jenis iaitu ‘composed of plaster’
dan ‘fiberglass’. POP dipasang sama ada atas tujuan untuk menyokong sendi yang lemah,
menahan kedudukan tulang, dan menggalakkan penyembuhan tulang serta sebagai traksi
alternatif (weight-bearing). POP mengambil masa sekurang-kurangnya 72 jam untuk kering
sepenuhnya. Pesakit yang dipasang dengan plaster kas haruslah diberikan pendidikan
kesihatan mengenai penjagaan plaster tersebut agar penyakit atau masalah yang dialami
mereka boleh sembuh dengan baik dan cepat tanpa komplikasi yang teruk. Pesakit juga perlu
didedahkan dengan risiko dan komplikasi yang boleh berlaku dengan pemasangan POP
supaya mereka dapat mengambil tindakan awal apabila mendapati tanda-tanda berlakunya
komplikasi tersebut. Pengetahuan serta maklumat mengenai kepatahan, pengurusan dan juga
cara penjagaan POP tersebut akan membantu pesakit dalam penjagaan plaster kas yang
dipasang padanya itu.

12
RUJUKAN

Adams J C. & Hamblen D L (1994) Outline Of Orthopaedics, ELBS / Churchill


Livingstone , Great Britain.

Apley’s A G & Solomon L (1995) System Of Orthopaedic And Fracture 7th Edition,
ELBS / Butterworth – Heinemann , Great Britain.

Christine Gunn (1992) Bones and Joints, Churchill Livingstone, Edinburgh London.

Mc Rae R &Esser M (2002) Principal Fracture Treatment 4th Edition, Churchill


Livingstone, Edinburgh London.

R.K. Gupta (1990) Illustrated Orthopaedics, Aditya Medical Publishers, United Kingdom.

McMahon, M. (2014, March 06). WiseGeek. Retrieved from What is Plaster of Paris?:
http://www.wisegeek.org/what-is-plaster-of-paris.htm

13
LAMPIRAN

Ulnar gutter slab


Scaphoid Cast

volar wrist splint

14

Anda mungkin juga menyukai