Anda di halaman 1dari 47

SPECIAL SENSES:

Ears & Hearing

Unit Anatomi & Fisiologi


Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Johor Bahru
OBJEKTIF

 Menyenaraikan komponen telinga.


 Menerangkan struktur dan fungsi setiap
komponen telinga.
 Menerangkan dengan ringkas fisiologi
pendengaran.
 Menerangkan laluan auditori
 Menerangkan dengan ringkas fisiologi
keseimbangan.
 Menyatakan organ-organ deria yang lain.
Special senses centers.
TELINGA
(Ears)
Pengenalan

• Telinga merupakan organ deria untuk


pendengaran. Selain itu, ia juga mempunyai
reseptor untuk keseimbangan.
Pengenalan

• Telinga terbahagi kepada 3 bahagian utama:


– Telinga luar; mengumpul gelombang bunyi dan
membawanya ke telinga tengah.
– Telinga tengah; membawa getaran bunyi ke tingkap
bujur.
– Telinga dalam; mengandungi reseptor untuk
pendengaran dan keseimbangan.

• Ketiga-tiga bahagian ini bekerjasama dalam


memastikan kita dapat mendengar dan
memproseskan bunyi tersebut.
Bahagian Utama Telinga
Telinga Luar
• Telinga luar terdiri daripada:

• Aurikel (pinna)
• Saluran auditori
• (external acoustic meatus)
• Membran timpanik /
gegendang telinga.
Aurikel (pinna)

• Aurikel merupakan membran rawan elastik


yang diliputi oleh kulit; terdiri dari helix
(superior) dan lobul (inferior).

• Aurikel mengumpul dan membawa gelombang


bunyi dari luar masuk melalui salur auditori
(external acoustic meatus).

• Bahagian yang mudah dilihat.


Struktur Luaran Telinga
Telinga Luar
• Salur auditori (external acoustic meatus)
merupakan tiub yang panjangnya ~2.5cm mengunjur ke
dalam dari aurikel sehingga membran timpanik.
• Wujud kehadiran earwax.
– Fungsinya: membawa gelombang bunyi ke gegendang
telinga.

• Membran timpanik /gegendang telinga merupakan


membran nipis dan separa lutsinar yang menghubungkan
telinga luar dan telinga tengah.

– Fungsinya: bergetar apabila gelombang bunyi


melaluinya dan menyebabkan malleus turut bergetar.
Telinga Tengah
• Merupakan kaviti kecil dalam tulang temporal
yang mengandungi udara; dilapisi oleh
epitelium.

• Telinga tengah terdiri daripada:


– Tulang auditori osikel – membawa &
menguatkan getaran bunyi dari gegendang
telinga ke tingkap bujur.

– Tiub auditori/Eustachian – mengimbangkan


tekanan udara di kedua – dua bahagian
membran timpanik.
Tulang Auditori Osikel

• Terdiri dari 3 tulang kecil;


– Malleus /hammer (tukul)
– Incus /anvil (andas)
– Stapes /stirrup (rakap)
• Gelombang bunyi yang sampai di membran
timpanik akan menyebabkannya bergetar.
Getaran ini kemudian dipindahkan ke tulang
osikel, di mana bunyi akan dikuatkan lagi
dan getaran ini dipindahkan ke tingkap bujur
(oval window).
Tulang Osikel
Tulang Auditori Osikel, Cont..

Malleus (tukul) merupakan tulang berbentuk


tukul. Bahagian handle melekat pada
membran timpanik.
Incus (andas) tulang berbentuk andas (anvil).
Merupakan tulang tengah; bahagian badan
berartikulasi dengan malleus.
Stapes (rakap) berbentuk stirrup. Bahagian
kepalanya berartikulasi dengan tulang andas
dan bahagian leper pada bahagian hujung kaki
bersentuhan dengan tingkap bujur.
TULANG AUDITORI OSIKEL
Tiub Auditori / Eustachian

• Merupakan tiub sempit yang panjangnya


~4cm yang menghubungkan telinga tengah
dan nasofarinks.

• Membantu mengimbangkan tekanan udara


di kedua – dua bahagian membran timpanik.

• Telinga akan terasa berdengung ketika tekanan


di dalam telinga diseimbangkan.
Telinga Dalam
• Bahagian telinga dalam terdiri dari 2 struktur iaitu:

– Bony Labyrinth – terdiri daripada dinding tulang


yang terbahagi kepada 3 bahagian; koklea, vestibul,
dan 3 kanal semisirkular. Dilapisi oleh periosteum &
mengandungi cecair perilimfa.

– Membranous Labyrinth – satu siri kantung & tiub


yang terletak di dalam bony labyrinth dan
mempunyai struktur yang sama dengannya.
Mempunyai reseptor untuk pendengaran &
keseimbangan. Epiteliumnya mengandungi cecair
endolimfa.
Struktur Telinga
Dalam
Vestibule

• Terdiri daripada 2 kantung iaitu utricle &


saccule.
• Pada dinding kedua-duanya terdapat macula
iaitu reseptor untuk keseimbangan statik.
• Macula mempunyai 2 jenis sel iaitu sel rambut
dan sel penyokong.
• Sel rambut mempunyai stereocilia
dipermukaannya dan stereocilia yang
terpanjang dipanggil kinocilium.
• Sel penyokong merembeskan bahan bergelatin
yang dipanggil otolithic membrane yang
melitupi sel-sel rambut.
Vestibule

• Pada permukaan otolithic membrane terdapat


lapisan otoliths/otoconia.
• Sel rambut merupakan hujung saraf sensori &
motor yang bersambung dengan saraf vestibular.
Kanal semisirkular

• Berfungsi untuk keseimbangan dinamik.


• Mempunyai 3 bahagian iaitu anterior, posterior
& lateral.
• Bahagian dalam yang bermembran dipanggil
duktus semisirkular.
• Di hujung setiap kanal terdapat bahagian yang
membengkak dipanggil ampulla.
• Pada ampulla terdapat crista yang mengandungi
sel rambut dan sel penyokong.
Kanal semisirkular
• Pada permukaan crista terdapat bahan
bergelatin yang dipanggil cupula.
• Sel rambut merupakan hujung saraf sensori &
motor yang bersambung dengan saraf
vestibular.
Koklea

• Mempunyai 3 saluran yang mengelilingi bahagian


tengah yang dipanggil modiolus.
• Berbentuk seperti cengkerang siput.
• 3 saluran adalah skala vestibuli, skala
media/cochlear duct dan skala tympani.
• Skala media merupakan sambungan daripada
membranous labyrinth ke dalam koklea, dipenuhi
dengan endolymph.
• Saluran di atas skala media adalah skala vestibuli
yang berakhir di tingkap bujur (oval window).
Koklea

• Saluran di bawah skala media adalah skala


tympani yang berakhir di tingkap bulat (round
window).
• Kedua-dua skala vestibuli & tympani adalah
bahagian bony labyrinth koklea yang dipenuhi
dengan perilymph.
• Kedua-duanya juga tidak bersambung antara satu
sama lain kecuali di bahagian apex koklea yang
disebut helicotrema.
Koklea
Koklea: Spiral organ/organ of Corti

• Merupakan lapisan sel-sel epithelium iaitu sel


penyokong dan sel rambut (reseptor untuk
pendengaran).
• Terdapat dua kumpulan sel rambut iaitu inner
hair cells (satu barisan) dan outer hair cells (3
barisan).
• Spiral organ terletak di atas basilar membran
iaitu membran yang memisahkan skala media
dan skala tympani.
Koklea: Spiral organ/organ of Corti

• Membran yang memisahkan skala media dan


skala vestibuli adalah vestibular/Reissner’s
membrane.
• Tectorial membrane pula merupakan sejenis
membran bergelatin yang fleksibel dan melitupi
sel-sel rambut.
• Sel-sel rambut seterusnya akan bersambung
dengan hujung saraf koklea.
Bahagian yang berfungsi
dalam pendengaran
Koklea Sihat

Koklea Rosak
FISIOLOGI
PENDENGARAN
Fisiologi Pendengaran
1. Aurikel mengumpul dan menyalurkan
gelombang bunyi melalui salur auditori
(external acoustic meatus).

2. Gelombang bunyi menghentam gegendang


telinga menyebabkannya bergetar.

3. Getaran ini dipindahkan ke tulang osikel dan


getaran bunyi dikuatkan oleh tulang osikel.
Fisiologi Pendengaran

4. Getaran ini dipindahkan ke tingkap bujur dan


menyebabkan cecair dalam koklea (endolimfa)
turut bergetar.

5. Getaran cecair ini akan merangsang membran


basilar membrane dan spiral organ –
menghasilkan impuls saraf.

6. Impuls saraf dihantar ke lobus temporal


serebrum melalui saraf koklea.
FISIOLOGI
KESEIMBANGAN
Fisiologi KESEIMBANGAN

Dua organ yang terlibat dalam keseimbangan


(i) Vestibul (Utrikel dan Sakul)
(ii) Kanal Semisirkular
Fisiologi KESEIMBANGAN

KESEIMBANGAN STATIK
1. Utrikel dan sakul memainkan peranan dalam
keseimbangan statik.

2. Pergerakan kepala menghasilkan getaran


dalam cecair perilimfa dan endolimfa,
menyebabkan tekanan pada sel rerambut dan
seterusya merangsang makula hasilkan
impuls saraf.

3. Impuls dihantar melalui saraf vestibulokoklea


ke sereblum dan posisi kepala ditentukan.
Bahagian yang berfungsi dalam
keseimbangan badan statik
Fisiologi KESEIMBANGAN; Cont...

KESEIMBANGAN DINAMIK
1. Kanal semisirkular memainkan peranan dalam
keseimbangan dinamik.
2. Pergerakan kepala ke kanan menghasilkan getaran
dalam cecair perilimfa dan endolimfa ke kiri,
menyebabkan tekanan pada sel rerambut dan
seterusya merangsang Krista Ampullaris hasilkan
impuls saraf.
3. Impuls dihantar melalui saraf vestibulokoklea ke
sereblum untuk menghasilkan pergerakan bebas
kepala.
4. Mata dan proprioreseptor turut memainkan peranan
dalam pemposisian dan postur badan serta
pergerakan otot.
Bahagian yang berfungsi dalam
keseimbangan badan dinamik
FISIOLOGI KESEIMBANGAN;
RAJAH A: Kanal Semisirkular terlibat dalam keseimbangan dinamik
RAJAH B: Utrikel dan sakul terlibat dalam keseimbangan statik

Anda mungkin juga menyukai