Anda di halaman 1dari 8

DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN

INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA SULTAN AZLAN


SHAH [ILKKM SAS], ULU KINTA, PERAK DARUL RIDZUAN

Nama Pelatih : MUHAMMAD SHAHRIZ AIZAT BIN AZHAR

No. Matrik : BPP2018-0542

Semester : TAHUN II SEMESTER II

Kod Kursus : MAMD 2212

Nama Penyelaras : ENCIK MOHD FADZIL BIN RADZUAN

Clinical Instructor     : CI MOHAMAD FAIZAL ROSLAN


ISI MUKA
KANDUNGAN SURAT

DEFINISI 1

TUJUAN 2

INDIKASI 3

KONTRAINDIKASI 4

SENARAI PERALATAN & GAMBAR 5

TANGGUNGJAWAB
SEBELUM, SEMASA & SELEPAS 6

TATACARA 7-8

KOMPLIKASI 9

RUJUKAN 10
1.0 DEFINISI

Adalah satu graf bacaan yang dihasilkan oleh mesin elektrokardiograf untuk tujuan
menganalisa perubahan aktiviti elektrik dalam jantung.
Mesin ECG adalah peralatan yang digunakan untuk mengambil ECG 12 lead.
Mesin ini merekodkan aktiviti jantung ke atas kertas graf. Elektrod diletakkan di
bahagian strategik badan supaya ia dapat menyalurkan aktiviti elektrik dari jantung ke
mesin. Tenaga elektrik yang dikesan oleh mesin dan menukarkannya ke paparan graf.
Paparan ini dipanggil ‘electrocardiogram’.
Kertas ECG adalah kertas graf yang mempunyai paksi melintang dan menegak.
Masa diukur pada paksi melintang. Amplitud diukur pada paksi menegak. 1 kotak kecil
adalah bersamaan dengan 0.1mm voltage. Mesin ECG beroperasi dalam kadar
standard menggunakan kertas yang mengandungi ‘Standard Square’. Kelajuan mesin
ialah 25mm / saat.

2.0 TUJUAN

ECG adalah satu alat yang berguna dalam diagnosis keadaan-keadaan yang akan
menyebabkan gangguan kepada aktiviti elektrik jantung. Contoh keadaan adalah
seperti berikut:
1. Infarksi miokardium, Angina dan penyakit arteri koronari yang lain.
2. Aritmia jantung.
3. Kebengkakkan jantung.
4. Gangguan elektrolit, terutama paras kalsium dan kalium.
5. Penyakit inflamatori jantung.
6. Kesan ubat.
7. Efusi perikardium.
8. Perikarditis.
3.0 INDIKASI

1. Sakit dada.

1|Page
2. Sindrom koronari akut.
3. Aritmia.
4. Gangguan elektrolit, terutama kalium.
5. Gangguan konduksi jantung.
6. Keracunan ubat.
7.
4.0 KONTRAINDIKASI

Tiada sebarang kontraindikasi mutlak untuk pemeriksaan ECG melainkan jika


pesakit sendiri yang enggan melakukan pemeriksaan atau pesakit mempunyai alahan
kepada elektrod.
5.0 SENARAI PERALATAN & GAMBAR

2|Page
6.0 TANGGUNGJAWAB

TANGGUNGJAWAB SEBELUM:
1. Sediakan peralatan yang diperlukan untuk menjalankan prosedur ini.
2. Pastikan peralatan yang hendak digunakan dalam keadaan bersih dan selamat.
3. Minta izin pesakit untuk mendedahkan bahagian dada.
4. Arahkan pesakit menanggalkan barangan berlogam seperti tali pinggang besi,
kunci, cincin, duit syiling dan lain-lain.
5. Pastikan pesakit berada dalam keadaan supine.
6. Terangkan prosedur yang akan dilakukan supaya pesakit dapat memberikan
kerjasama.

TANGGUNGJAWAB SEMASA:
1. Skrinkan pesakit.
2. Bersihkan kulit dengan swab alkohol di anggota dan dada yang hendak diletakkan
elektrod.
3. Sapukan gel elektrod di kawasan yang telah dibersihkan.
4. Klip ‘Fast-Clip’ di bahagian kedua-dua tangan dan kaki.
5. Sambungkan kabel ke ‘Fast-Clip’ mengikut susunan yang betul.

3|Page
6. Letakkan elektrod dada di lokasi yang betul dan sambungkan dengan kabel
elektrod.
7. Arahkan pesakit jangan bergerak semasa rakaman dilakukan.
8. Mulakan rakaman dengan mesin ECG.

TANGGUNGJAWAB SELEPAS:
1. Tanggalkan semua elektrod dan kabel.
2. Bersihkan anggota dan bahagian dada pesakit.
3. Kemaskan pesakit dan ucap terima kasih.
4. Kemaskan mesin ECG.
5. Labelkan graf ECG dan klipkan pada kad rawatan pesakit.
6. Lakukan dokumentasi.

7.0 TATACARA

1. Beri salam / Ucap selamat.


2. Terangkan tentang prosedur yang akan dilakukan.
3. Skrinkan pesakit.
4. Baringkan pesakit dengan baringan supine.
5. Arahkan pesakit menanggalkan barangan berlogam seperti tali pinggang besi, duit
syiling, kunci, cincin dan lain-lain.
6. Dedahkan bahagian dada.
7. Bersihkan kulit dengan swab alkohol di anggota dan dada yang hendak diletakkan
elektrod.
8. Sapukan gel elektrod di kawasan yang telah dibersihkan.
9. Klip ‘Fast-Clip’ di bahagian kedua-dua tangan dan kaki.
10. Sambungkan kabel ke ‘Fast-Clip’ seperti berikut:
a) Tangan Kanan (RA) = Warna Merah
b) Tangan Kiri (LA) = Warna Kuning
c) Kaki Kiri (LL) = Warna Hijau
d) Kaki Kanan (RL) = Warna Hitam

4|Page
11. Letakkan elektrod dada di lokasi seperti berikut:
a) V1 = Ruang Interkostal (ICS) 4 sebelah kanan sternum
b) V2 = Ruang Interkostal (ICS) 4 sebelah kiri sternum
c) V4 = Ruang Interkostal (ICS) 5 garisan tengah tulang klavikel kiri (MCL)
d) V3 = Di antara V2 dan V4
e) V5 = Selari dengan V4, garisan anterior aksilari kiri (AAL)
f) V6 = Selari dengan V4 dan V5, garisan tengah aksilari kiri (MAL)
12. Sambung kabel elektrod dada seperti berikut:
a) V1 = Merah
b) V2 = Kuning
c) V3 = Hijau
d) V4 = Coklat
e) V5 = Hitam
f) V6 = Ungu
7. Arahkan pesakit jangan bergerak semasa rakaman dilakukan.
8. Mulakan rakaman dengan mesin ECG.
9. Tanggalkan semua elektrod dan kabel.

5|Page
10. Bersihkan anggota dan bahagian dada pesakit.
11. Kemaskan pesakit dan ucap terima kasih.
12. Kemaskan mesin ECG.
13. Labelkan graf ECG dan klipkan pada kad rawatan pesakit.
1.
8.0 KOMPLIKASI

ECG adalah satu prosedur yang selamat. Tiada risiko terkena renjatan elektrik
kerana elektrod yang digunakan tidak menghasilkan elektrik. Elektrod hanya merekod
atau merakam aktiviti elektrik jantung anda.
Anda mungkin mengalami sedikit ketidakselesaan sama seperti keadaan membuka
pembalut (bandage) apabila elektrod ditanggalkan. Sesetengah orang juga mungkin
mengalami ruam sedikit pada kawasan tampalan elektrod tersebut.
9.0 RUJUKAN

1. Nasution, R. (2017, July 25). Elektrokardiografi: Pendekatan Dasar & Analisis Klinis.
Retrieved July 20, 2020, from https://whitecoathunter.com/elektrokardiografi/
2. Electrocardiogram (ECG or EKG). (2020, April 09). Retrieved July 20, 2020, from
https://www.mayoclinic.org/tests-procedures/ekg/about/pac-20384983
3. Elektrokardiogram, Ini yang Harus Anda Ketahui. (2020, March 06). Retrieved July
20, 2020, from https://www.alodokter.com/elektrokardiografi-ini-yang-harus-anda-
ketahui
4. Nasrullah, M. (2016, July 02). ECG RECORDING 'ELECTROCARDIOGRAM'.
Retrieved July 20, 2020, from https://www.slideshare.net/nassruto/ecg-recording-
electrocardiogram
5. Nasrullah, M. (2016, July 02). MENGAMBIL & INTERPRETASI E.C.G. Retrieved
July 20, 2020, from https://www.slideshare.net/nassruto/mengambil-interpretasi-ecg
6. Qazzaz, M. (2013, March 04). ECG basics. Retrieved July 20, 2020, from
https://www.slideshare.net/mrmodaq/ecg-basics-16930301?next_slideshow=1

6|Page

Anda mungkin juga menyukai