Anda di halaman 1dari 2

CHICKEN POX

1. Menyatakan definisi chicken pox


 Penyakit virus yang acute bermula dengan simptom sederhana pada bahagian
tubuh dan kemudian berlakunya erupsi pada bahagian kulit yang bercirikan
macules, papules, vesicle dan parut yang mudah berjangkit.

2. Menyatakan agen penyebab chicken pox


 Varicella Zoster Virus (VZV)

3. Menyatakan cara transmisi chicken pox


1. Sentuhan secara langsung melalui titisan (droplet) yang di jangkiti yang di
singkirkan ketika bercakap, batuk atau bersin.
2. Sentuhan secara tidak langsung dengan peralatan pesakit seperti cawan, kainan
atau berkongsi tuala atau selimut.

4. Menyatakan manifestasi klinikal chicken pox


1. Demam di mana suhu 37.5°C - 38.5°C disebabkan infeksi sistemik.
2. Skin eruption berkeadaan maculopapular akibat proses inflamasi.
3. Lesion kelihatan di badan, kulit, kepala, ketiak, membrane mukosa dan salur
pernafasan atas serta konjuktiva.
4. Letih lesu dan malaise akibat kurang rehat dan tidur pada waktu malam.
5. Kurang selera makan kerana demam yang tinggi.

5. Menyatakan penyiasatan diagnostik chicken pox


1. Pemeriksaan fizikal pada pesakit seperti kelihatan lesion pada kulit.
2. Aduan pesakit seperti gatal di kulit.
3. Pengambilan culture pada vesikel untuk mengesan kehadiran varicella zoster
virus.

6. Menyatakan rawatan dan jagaan kejururawatan untuk chicken pox


 Rawatan Farmakologi
o Vaksin yang aktif varicella virus kepada kanak-kanak dan orang dewasa
untuk elak jangkitan.
o Varicella zoster immune globulin (VZIG) untuk mencegah jangkitan jika di
beri dalam tempoh 72 jam selepas pembedahan.
o Antiviral eg : Acyclovir (Zovirax) 200 mg setiap 4 jam untuk melawan
jangkitan.
o Antipyretic eg : Tab PCM 500mg-1000mg TDS untuk mengurangkan
demam.
o Antihistamine eg : Tab Piriton 4 mg BD untuk mengurangkan kegatalan di
kulit.
 Rawatan Konservatif
o Rehatkan pesakit sepenuhnya di atas katil untuk mengurangkan
metabolisma tubuh dan letih akibat demam.
o Asingkan pesakit yang mengalami chicken pox untuk elak rebakan
secara contact.
o Lakukan pemerhatian tanda vital seperti tekanan darah, nadi, pernafasan,
suhu badan setiap 4 jam untuk memantau progress penyakit.
o Lakukan pemerhatian keadaan am seperti demam, batuk, sesak nafas
untuk mengesan komplikasi awal seperti pneumonia.
o Beri iv drip normal saline 0.9% atas arahan doktor untuk mengekalkan
keseimbangan cecair dan elektrolit dalam badan pesakit.
o Lakukan tepid sponging sekiranya suhu melebihi 38.5°C supaya haba
dapat di keluarkan secara evaporasi dan konduksi.
o Lakukan cold compress sekiranya suhu kurang dari 38.5°C untuk
mengalakkan haba keluar secara konduksi.
o Galakkan pesakit minum air 2-3 litre sekiranya tiada kontraindikasi
supaya haba dapat di singkirkan melalui urin.
o Nasihatkan pesakit tidak menggaru di bahagian yang gatal atau pakaikan
stocking pada kaki kanak-kanak sebelum tidur untuk elak dari terluka dan
jangkitan mikroorganisma.
o Nasihatkan pesakit untuk mengamalkan kebersihan mulut seperti penjagaan
mulut iaitu berkumur dengan thymol gargle untuk elak jangkitan seperti
stomatitis, atau gingivitis.
o Beri ubatan antihistamine iaitu Tab Piriton 4mg dan calamine lotion untuk
kurangkan kegatalan akibat ruam atas arahan doktor.

7. Menyatakan cara kawalan dan pencegahan untuk chicken pox


1. Notifikasi segera kepada Pegawai Kesihatan untuk langkah pencegahan,mengesan
punca, dan merancang tindakan untuk mengelak rebakan penyakit chicken pox.
2. Asingkan pesakit yang menghidapi chicken pox untuk elak rebakan secara contact
kepada individu lain.
3. Beri suntikan vaksin varivella virus kepada kanak-kanak dan orang dewasa untuk
melindungi dari jangkitan yang teruk.
4. Galakkan pesakit mengambil makanan seimbang yang tinggi vitamin C untuk
meningkatkan imuniti badan melawan penyakit dan makanan yang lembut dan sejuk
untuk kurangkan kesakitan akibat ulser di mulut.
5. Elakkan kanak-kanak yang di jangkiti chicken pox pergi ke sekolah untuk mengelak
rebakan penyakit kepada kanak-kanak lain.
6. Lakukan disinfeksi pada barang-barang pesakit yang telah di gunakan seperti cawan,
kainan atau tuala untuk elak rebakan secara tidak langsung.
7. Amalkan penyucian tangan secara efektif bagi mengawal rebakan penyakit chicken
pox di kalangan masyarakat.
8. Nasihatkan pesakit untuk mengamalkan kebersihan mulut seperti penjagaan mulut
iaitu berkumur dengan thymol gargle untuk elak jangkitan seperti stomatitis, atau
gingivitis.
9. Beri pendidikan kesihatan kepada masyarakat tentang kepentingan imunisasi dan
cara mencegah supaya masyarakat lebih faham dan dapat mengambil langkah
inisiatif bagi mengelak rebakan penyakit chicken pox.

Anda mungkin juga menyukai