Anda di halaman 1dari 5

Anda merancang untuk melakukan lawatan ke rumah Puan K yang gagal membawa

bayinya 6 bulan ke klinik Kesihatan mengikut tarikh temujanji yang ditetapkan

a. Nyatakan persediaan anda yang perlu dilakukan sebelum melakukan lawatan

ke rumah beliau [4m]

1. Mengumpul maklumat berkaitan masalah kesihatan dalam kad

kesihatan untuk merancang perawatan.

2. Pilih kad dan kaji kes kad untuk mengenal pasti masalah yang perlu di

beri penekanan semasa lawatan seperti teknik penyusuan, jagaan luka

episiotomi, pemakanan ibu, bagi memastikan pendidikan yang akan di

beri berkesan.

3. Sediakan kenderaan yang baik,mudah cepat seperti motor untuk

memudahkan perjalanan dan menjimatkan masa agar aktiviti lawatan

ke rumah berjalan lancar seperti di rancang.

4. Buat temujanji dengan klien dengan menelefon klien terlebih dahulu

sebelum membuat lawatan ke rumah untuk memastikan kllien ada di

rumah dan memberi klien ruang untuk lebih bersedia.

5. Sediakan barang lawatan rumah dan pastikan semua peralatan, losyen

dan ubatan adalah lengkap dan dalam keadaan baik untuk

memastikan keberkesanan rawatan.

b. Terangkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan semasa lawatan tersebut.

[6m]

1. Mewujudkan hubungan yang baik antara ibu dan jururawat dengan

memperkenalkan diri dan menerangkan tujuan lawatan adalah untuk


melakukan pemeriksaan fizikal pada ibu dan anak bagi mengekalkan

tahap kesihatan dalam keadaan yang baik

2. Melakukan temu bual mengenai kesihatan ibu dan anak atau masalah

kesihatan yang di hadapi, contoh pemakanan bayi sama ada anak

sudah mula makanan pelengkap atau tidak , pembancuhan susu

formula dari segi sukatan, kekerapan dan cara bancuhan, atau

pencapaian perkembangan untuk menilai sama ada perkembangannya

sejajar dengan umur.

3. Mengambil tanda vital bayi seperti tekanan darah, suhu badan, nadi ,

pernafasan pada bayi bagi mengesan sebarang keabnormalan.

4. Melakukan penilaian kesihatan contohnya timbang berat badan,

ukuran tinggi, lilitan kepala untuk mengetahui pertumbuhan dan

perkembangan bayi adalah sejajar dengan usia.

5. Melakukan pemeriksaan fizikal dari kepala hingga kaki pada bayi untuk

mengesan sekiranya bayi mengalami masalah seperti ruam, eczema

untuk tindakan lanjut.

6. Melakukan penilaian perkembangan dari segi motor,penglihatan,

pendengaran, pertuturan, adpatif dan kelakukan untuk mengesan

tahap pencapaian perkembangan adalah normal.

7. Memberi pendidikan kesihatan kepada ibu seperti cara pemberian

makanan pelengkap ,penyusuan susu ibu, kebersihan diri , cara

mengelak kemalangan di rumah dan rawatan susulan untuk

memastikan bayi memperoleh nutrient yang cukup untuk

tumbesarannya.
8. Membuat rujukan kepada doktor, dietician atau Pegawai Kebajikan

Masyarakat mengenai keperluan anak dan keluarga tersebut

berdasarkan masalah kesihatan yang dihadapi untuk pengendalian

seterusnya. , contohnya kanak-kanak yang demam atau selsema

melebihi 3 hari di rujuk kepada doktor untuk tindakan selanjutnya.

9. Rekod maklumat pada homed based dan kad anak dengan

lengkap,jelas,ringkas dan mudah di fahami seperti tarikh lawatan,

pemerhatian , tindakan yang di ambil semasa lawatan, rawatan yang di

berikan atau rujukan jika ada bagi memantau tahap kesihatan anak.

10. Memberi tarikh rawatan susulan akan datang kepada bayi bagi menilai

tumbesaran dan perkembangan atau pemberian imunisasi mengikut

jadual yang ditetapkan.

Semasa lawatan ke rumah anda mendapati ibu Puan K yang berusia 70 tahun yang

tinggal bersamanya mengalami gangguan penglihatan

c. Nyatakan lima (5) perubahan fisiologi dalam proses penuaan yang berlaku

kepada ibu Puan K [4m]

1. Sistem pernafasan

- Perubahan dalam jumlah pernafasan,rhythm, kedalaman dan

jangkamasa tarik dan hembus nafas serta peningkatan diameter

dada anterior-posterior kerana kurang pengembangan paru-paru

dan penurunan fungsi pertukaran gas.

2. Sistem kardiovaskular

- Salur arteri kurang elastic terutama di aorta menyebabkan kadar

nadi dan tekanan sistolik meningkat, tetapi tekanan diastolic tidak

brubah.
- Penebalan salur darah venous kerana kurangnya elastic

menyebabkan varicose vein kerap terjadi.

3. Sistem musculoskeletal

- Berlaku perubahan pada tulang di mana tulang hilang calcium dan

menjadi rapuh menyebabkan pergerakan menjadi terhad dan

kurang koordinasi mengakibatkan mudah jatuh.

4. Sistem gastrointestinal

- Perubahan di sistem penghadaman di mana kurang pergerakan

peristalsis di usus kecil menyebabkan sembelit.

5. Sistem integumentary

- Kulit hilang elastisiti, berkedut , kendur dan kering menyebabkan

kulit mudah terkoyak dan gatal.

d. Terangkan pendidikan kesihatan kepada Puan K mengenai langkah-langkah

pencegahan untuk mengelakkan kemalangan yang mungkin berlaku pada

ibunya di rumah. [6m]

1. Nasihatkan Puan K untuk menyediakan katil yang rendah di bilik tidur

untuk memudahkan ibunya turun dan naik dari katil bagi mengelakkan

risiko terjatuh.

2. Pastikan lantai di bilik air kasar untuk mengelakkan licin dan pasang

railing pemegang di tepi bilik air dan tandas untuk memudahkan

pergerakan.

3. Susun perabut ke tepi supaya tidak menghalang laluan dan selamat


4. Bekalkan alat-alat bantuan seperti tongkat, walking frame, atau tripods

untuk membantu dalam pergerakan harian kerana ketidakstabilan

untuk berjalan.

5. Pastikan pengcahayaan di dalam rumah secukupnya iaitu dengan

memasang lampu berhampiran tangga, bilik air, bilik tidur dan laluan

utama untuk memastikan laluan berjalan yang selamat. .

6. Elakkan alas kaki di bawah tangga atau di permukaan yang licin yang

boleh menyebabkan terjatuh.

Anda mungkin juga menyukai