Anda di halaman 1dari 5

Maklumat Peribadi Pesakit

Nama

: Jumaatiah Bt Mohd Zim

Umur

: 25 Tahun

No K/P

: 840309-12-5832

Tarikh Lahir : 9 Mac 1984


Kump. Etnik : Bajau
Warganegara: Malaysia
Pekerjaan

: Suri Rumah

Alamat

: No.30 Taman Seroja, 33100 Pengkalan Hulu Perak

Tarikh Haid Akhir

: Tidak Dapat Dipastikan

Tarikh Akan Melahirkan

: 20 Februari 2010

Tarikh Mula Mendapatkan Rawatan


Gravida : 3 Para : 2

: 4 Ogos 2009

Pendahuluan

Anemia biasa terjadi dikalangan wanita dalam lingkungan umur reproduktif,


terutama dikalangan ibu semasa hamil, kanak-kanak dan remaja perempuan.
Kajian menunjukkan bahawa kejadian anemia semasa hamil meningkatkan
risiko keguguran,kelahiran pramatang,kurang berat lahir dan kematian perinatal.
Ia juga boleh menjejeaskan kesihatan ibu dimana ia juga berkemungkinan
meningkatkan risiko kejadian pre-eklampsia/eklampsia dan kematian ibu
semasa bersalin.

Masalah anemia dikalangan ibu hamil masih merupakan masalah kesihatan


yang utama. Hampir 40% penduduk dunia dilaporkan mengalami masalah
anemia. Manakala benua Asia mempunyai kadar mengalami anemia yang
paling tinngi dimana 88% daripada ibu hamil mengalami anemia semasa hamil.

Di Malaysia, ibu hamil yang datang ke klinik kerajaan dibekalkan dengan


hematinik dan diberikan nasihat pemakanan sebagai langkah pencegahan dari
berlakunya anemia akibat kekurangan zat besi semasa hamil.

Kurang Darah ( Anemia ) Semasa Hamil

Definisi
Keadaan dimana paras hemoglobin di dalam sel darah merah kurang daripada
normal iaitu kurang dari 11 gram %.

Punca
Kurang makan makanan yang kaya dengan zat besi, asid folik, dan
vitamin B12.
Keadaan kehilangan darah yang kronik seperti menorrhagia, ulser peptik
dan buasir, keguguran yang kerap, pendarahan semasa hamil dan
semasa kelahiran.
Jarak kehamilan yang rapat iaitu kurang dari 2 tahun
Jangkitan seperti jangkitan cacing dan malaria
Kelainan hemoglobin (hemoglobinopathies) seperti Talasemia.
Tanda-tanda
Pucat terutama di bibir dan kelopak mata
Rambut mudah putus/gugur
Spoon shape nail (koilonychia)
Letih lesu
Gejala
Rasa pitam semasa bangun dan sentiasa rasa pening
Kebas kaki dan tangan
Rasa mengah dan berdebar-debar
Degupan jantung cepat
Kurang daya tumpuan
Kerap mengantuk
Sukar bernafas (dyspnea)
Penyiasatan Terhadap Ibu Hamil Anemia

Ujian-ujian berikut perlu dilakukan ke atas setiap ibu hamil yang mempunyai
paras hemoglobin kurang daripada 10 gm% :

Ujian darah
Hemoglobin, Total White Differential Count (TWDC), Platelet Count
Blood Film for malaria parasite
Ujian urin
Urine FEME
Ujian najis
Stool for ova and cysts

Jika paras hemoglobin ibu kurang daripada 9 gm%, ibu perlu dirujuk Pegawai
Perubatan untuk ujian berikut :

Full Blood Picture


Peripheral Blood Film
Renal Function Test

Komplikasi
Kepada Ibu:
Mudah mendapat jangkitan
Jika berlaku pendarahan keadaan akan bertambah mudarat
Mudah mendapat penyakit lemah jantung
Kematian ibu
Kepada Anak:
Keguguran
Pembesaran janin terbantut
Anak lahir tidak cukup bulan
Anak lahir kurang berat badan
Anak mati dalam perut
Langkah Pencegahan Dan Kawalan Anemia

Langkah-langkah pencegahan anemia perlu dimulakan awal. Semua


wanita dan remaja perempuan perlu digalakkan mengambil makanan
yang seimbang dan kaya dengan zat besi. Wanita yang bercadang untuk
hamil dinasihatkan juga mengambil asid folik sekurang-kurangnya tiga
bulan sebelum hamil.
Ibu hamil digalakkan mengambil hematinik disamping makanan yang
kaya dengan zat besi. Ini kerana makanan sahaja tidak dapat
menampung keperluan zat besi yang meningkat semasa hamil terutama
pada trimester kedua dan ketiga.
Ibu hamil perlu dibekalkan hematinik untuk sekurang-kurangnya 6 bulan
sepanjang kehamilan. Jika hematinik tidak dapat diberikan selama 6
bulan sepanjang kehamilan, pemberian hematinik hendaklah diteruskan
selama 6 bulan selepas bersalin.
Meningkatkan Penyerapan Zat Besi dari Makanan
Panduan bagi meningkatkan penyerapan zat besi dikalangan ibu hamil adalah
seperti berikut :
Galakkan ibu mengambil makanan dari sumber haiwan seperti daging,
ayam, dan makanan laut.
Galakkan ibu mengambil buah-buahan yang kaya dengan vitamin C atau
asid askorbik. Asid askorbik adalah penggalak penyerapan zat besi yang
baik kerana ia boleh menurunkan ferik kepada ferus untuk memudahkan
penyerapan.
Galakkan ibu menggunakan perahan air limau di dalam sambal belacan
dan pencecah makanan.
Sekiranya ibu meminum teh, galakkan ibu meminum air teh limau atau
teh susu atau minum teh dua jam selepas waktu makan utama.

Anda mungkin juga menyukai