Anda di halaman 1dari 18

Memahami Penyakit Skizofrenia

UTUSAN MALAYSIA, 8 JUN 2009


Pengulas: MOHD. YAHYA MOHAMED ARIFFIN

ADAKAH anda atau ahli keluarga mahupun kenalan berkelakuan seperti suka tinggal
bersendirian, tiada ramai kawan, tidak berkahwin, minat dengan perkara ghaib serta tergolong
dalam kelas sosioekonomi yang rendah?
Awas! Itu adalah tanda-tanda awal seseorang itu mungkin mengalami gangguan skizofrenia.
Skizofrenia sering disebut sebagai penyakit mental atau psikiatri paling serius dialami manusia.
Kajian menunjukkan pola kehidupan sebegini tidak sahaja berlaku apabila mereka mula
mengalami gejala-gejala skizofrenia, malah sejak dari kecil lagi.
Buku ini bertujuan memberi pemahaman dan penerangan mengenai skizofrenia terutama untuk
keluarga pesakit itu dan sesiapa sahaja yang mempunyai hubungan dengan mereka.
Pada bab awal, penulis menjelaskan bahawa penyakit itu banyak terjadi dalam kalangan kelas
sosioekonomi rendah kerana terdedah kepada tekanan kehidupan seperti pekerjaan bergaji
rendah, penyakit, pemakanan yang tidak seimbang serta kurangnya penjagaan kesihatan.
Bagaimanapun, kadar penghidap penyakit itu adalah kecil iaitu cuma satu peratus atau seorang
dalam 100 orang. Menariknya, kadar ini hampir sama di mana-mana negara di serata dunia.
Jika berasaskan peratusan itu, apakah ini bermakna terdapat 260,000 orang tergolong sebagai
pesakit skizofrenia di negara ini? (Malaysia mempunyai 26 juta penduduk).
Menurut pengarang, penyakit itu boleh muncul pada sebarang usia tetapi lazimnya bermula pada
peringkat remaja atau awal usia dewasa.

Kadar skizofrenia adalah sama antara orang lelaki dan wanita. Namun, lelaki bermula lebih awal,
iaitu peringkat remaja manakala wanita boleh mengalami pada umur 20-an.
Skizofrenia menjadikan seseorang berada dalam dunianya sendiri; pada masa yang sama mereka
menjauhkan diri dari dunia luar serta mengalami dunia fantasi yang menakutkan diri sendiri.
Tajuk: Skizofrenia penyakit mental
Pengarang: Nor Zuraida Zainal dan Jesjeet Singh Gill
Penerbit: Penerbit Universiti Malaya
ISBN: 978-983-100-469-2

http://umpress.um.edu.my/Newspaper/Memahami_Penyakit_Skizofrenia.html

In the Press

Skizofrenia bukan masalah disampuk jin


Date: 24 July 2008
Dianggarkan satu daripada 100 orang di seluruh dunia, menghidap skizofrenia, satu
daripada penyakit mental paling serius. Di Malaysia sahaja, dianggarkan satu peratus
penduduk menghidap skizofrenia yang mana bilangannya sama banyak antara lelaki dan
wanita.
Penyakit ini mempunyai gejala positif (halusinasi dan delusi), gejala negatif
(kemurungan, pengasingan diri dan emosi yang tidak terkawal) dan pemikiran yang tidak
teratur.
Antara faktor yang dikatakan meningkatkan risiko seseorang untuk menghidap
skizofrenia adalah pengaruh genetik, trauma (kecederaan) pada otak sewaktu atau ketika
dilahirkan selainnya dari kesan pengasingan sosial ataupun tekanan.
Ketua Jabatan Perubatan Psikologikal Universiti Malaya, Prof. Dr. Mohamad Hussain
Habil berkata, ramai pesakit skizofrenia lambat mendapatkan rawatan menyebabkan sukar
untuk pulih.
Ini kerana keluarga tidak tahu perubahan tingkah laku yang dialami oleh pesakit adalah di
sebabkan skizofrenia, malah yang biasa dilakukannya menghantar pesakit ini berubat
dengan cara keagamaan kerana dipercayai telah disampuk jin, syaitan dan pelbagai
makhluk halus.
Kerana wujudnya salah anggapan itu, maka pesakit lewat mendapat rawatan, cuma
datang ke hospital apabila pesakit bertindak agresif. Mereka agresif hanya pada keluarga
dan tidak kepada orang lain.
Justeru itu bagi mencegah schizofrenia, pesakit perlu mendapat rawatan awal sebaik
sahaja menyedari terdapat perubahan ke atas dirinya supaya kerosakan pada otak dapat
dirawat dan potensi untuk pulih lagi cerah, katanya ketika menyampaikan ceramah
mengenai All about Schizophrenia: The Facts and Myths and Bridging Psychosis with
Reality di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Menurut Dr. Mohamad Hussain, secara tipikalnya skizofrenia terbentuk pada remaja atau
awal usia 20-an sekali pun gejala yang ditunjukkan tidak jelas sehingga usia agak lewat.
Kebanyakan kaum lelaki jatuh sakit seawal usia 16 hingga 25 tahun manakala kaum
wanita mula menunjukkan gejala ini antara usia 23 hingga 36 tahun.

Penyakit mungkin terjadi tiba-tiba namun sebelum sebelum episod pertama berlaku, ada
perubahan ketara pada tingkah laku seseorang seperti mudah baran, murung,
mengasingkan diri dan tidak boleh belajar atau bekerja dengan baik.
Ramai orang muda mempunyai corak sikap begini tetapi tidak sakit. Namun, jika
keadaan ini sering berlaku dan semakin buruk, ia seharusnya diberi perhatian.
Penyakit ini boleh bermula dengan pengambilan dadah. Adakalanya penyakit ini
tersembunyi disebabkan dadah kerana dadah atau perbuatan menghidu gam yang
dikaitkan dengan tingkah laku tidak menentu, katanya.
Tambahnya, ramai pesakit menjadi penganggur atau diberhentikan kerja kerana penyakit
ini. Ramai majikan tidak mahu mengambil pekerja yang ada skizofrenia kerana kurang
faham mengenai keadaan mereka.
Gangguan ini memberi kesan besar pada aktiviti sosial mereka kerana kemampuan
berinteraksi adalah rendah, keadaan kesihatan mental dan fizikal mereka lemah, tidak
makan dengan baik, merokok dan mengambil minuman keras secara berlebihan dan
gangguan terhadap kehidupan keluarga tidak dapat dielakkan kerana secara puratanya
penjaga perlu menghabiskan 15 jam seminggu untuk menjaga ahli keluarga yang
menghidap skizofrenia.
Sementara itu, masyarakat juga menanggung beban kerana keperluan penjagaan di
hospital dan rumah, ubatan, keselamatan sosial dan sistem keadilan awam lain, jelasnya.
Beliau memberitahu, selain daripada pemberian ubatan bagi merawat pesakit, mereka
juga perlu menjalani beberapa program bagi membantu pesakit mencapai kefungsiannya
atau kembali normal.
Inilah yang menyebabkan kos untuk merawat penyakit skizofrenia ini merupakan yang
termahal. Di Amerika Syarikat sahaja pada tahun 1999, sebanyak AS$32.5 bilion
(RM100.75 bilion) dibelanjakan untuk merawat penyakit ini. Ini adalah kos yang terpaksa
digunakan kerana kelewatan pesakit mendapat rawatan, ujarnya.
Sementara itu, Profesor Bersekutu Klinikal Columbia University College of Physicians &
Surgeons, Prof. Zafar Sharif berkata, walaupun tiada rawatan yang boleh mengubati
skizofrenia, ia boleh diurus dengan rawatan tertentu iaitu rawatan oral dan penggunaan
ubat antipsikotik.
Suntikan intra-muskular iaitu antipsikotik konvensional sudah diperkenalkan sejak tahun
1960-an bertujuan bagi mengatasi masalah mematuhi rawatan. Kejayaan banyak terbukti.
Banyak kajian menunjukkan pesakit memilih suntikan yang bertindak jangka panjang
berbanding dengan rawatan oral. Namun begitu, antipsikotik ini mempunyai kelemahan
kerana ia berasaskan minyak dan sering dikaitkan dengan rasa sakit atau alahan.

Manakala, Risoerdal Consta adalah ubat antipsikotik antipikal yang pertama terdapat
dalam formulasi bertindak jangka panjang. Dengan menggunakan antipsikotik ini, pesakit
tidak perlu memikirkan untuk mengambil pil harian.
Kajian untuk penambahbaikan ubat antipsikotik ini sentiasa dijalankan bagi
meningkatkan keserasian, keselamatan dan kepatuhan rawatan. Sehubungan itu, baru-baru
ini, formulasi oral baru bagi meningkat rawatan pilihan diperkenalkan.
Invega adalah ubat antipsikotik atipikal oral dengan mekanisme perlepasan berlanjutan
bagi rawatan akut dan rawatan pencegahan berulang skizofrenia. Invega dengan dosnya
sekali sehari, direka khusus bagi pengeluaran paliperidone (bahan aktif) menerusi
teknologi perlepasan unik OROS terbukti akan profil keberkesanan, keselamatan dan
ketahanan.
Daripada kajian-kajian klinikal sudah terbukti pada ramai pesakit, Invega mampu
mengurangkan gejala skizofrenia, termasuk pada kali pertama, meningkatkan kefungsian
pesakit berdasarkan Performance and Social Performance Scale, jelasnya.
Menurut Zafar, kesannya dapat dilihat seawal hari keempat di mana kajian klinikal secara
statistiknya menunjukkan perbezaan ketara dibandingkan dengan penggunaan plasebo
atau gejala skizofrenia. Apabila digunakan pada kadar yang dicadangkan, kesan
sampingan Invega 6mg adalah berbandingan dengan plasebo.
Dengan teknologi inovatif OROS, Invega memberi peluang kepada ramai penghidap
skizofrenia menguruskan penyakit mereka bersama kumpulan rawatan untuk menikmati
kehidupan lebih bermakna dan produktif.
Invega melepaskan paliperidone iaitu satu entiti kimia dan merupakan rawatan bagi
skizofrenia yang menggunakan teknologi pengeluaran berterusan OROS. Teknologi
OROS menawarkan pelepasan ubatan yang konsisten dalam tempoh 24 jam dengan
mengurangkan fluktuasi puncak dan jurang pada kepekatan plasma ubatan, katanya.
Tambahnya, kelulusan penggunaan Invega adalah berdasarkan keputusan program
pembangunan klinikal membabitkan 1,306 pesakit dalam tiga kajian utama yang
dijalankan di Amerika Syarikat dan beberapa negara lain di seluruh dunia termasuk
Malaysia.
Sukatan primer untuk melihat keberkesanan ubat rawatan adalah dengan Positive and
Negative Syndrome Scale (PANSS), satu skala yang biasa digunakan dalam penyelidikan
skizofrenia bagi mengukur tahap gejala positif atau negatif.
Kadar pemberhentian pengambilan ubat Invega disebabkan kesan sampingan adalah
lebih rendah berbanding dengan plasebo (5 peratus plasebo dibandingkan dengan Invega.
Selain mematuhi arahan rawatan, keluarga dan pesakit perlu mempunyai pengetahuan
mengenai skizofrenia, gejala dan ubatan yang disyorkan bagi merawat pesakit kerana

maklumat ini adalah sebahagian daripada proses rawatan khususnya untuk menyokong
rasionalnya untuk mematuhi arahan, jelasnya.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?
y=2008&dt=0326&pub=Kosmo&sec=Kesihatan&pg=ke_01.htm

http://hmbp.moh.gov.my/modules/xt_conteudo/index.php?id=9

APAKAH PENYAKIT SKIZOFRENIA


Skizofrenia adalah penyakit gangguan otak yang wujud dalam pelbagai bentuk dan melibatkan
pemikiran, emosi, persepsi, kelakuan dan pergerakan.
MENGENALI GEJALA-GEJALANYA
Sesetengah gejala mungkin datang/pergi atau kekal. Gejala-gejala tersebut akan berubah tahap
keseriusannya. Gejala ini biasanya terbahagi kepada kumpulan berikut:

Gejala positif : Delusi, halusinasi, pertuturan yang tidak teratur, berkelakuan ganjil,
kegelisahan.

Gejala negatif : Kurang emosi, kurang upaya bertutur, kurang motivasi

Masalah-masalah yang melibatkan pemikiran: kurang daya penumpuan dan ingatan


kesukaran membuat keputusan

Modus (mood) : Kemurungan, perasaan yang tidak menggembirakan, merasa putus asa,
harga diri yang rendah

Masalah sosial dan kerja : Pengasingan sosial, kesukaran untuk terus bekerja, kurang
peka terhadap penampilan diri

RAWATAN PENYAKIT SKIZOFRENIA


Skizofrenia adalah penyakit yang boleh dirawati. Antara rawatannya:

Ubat-ubatan

Psikoterapi/kaunseling

Rehabilitasi

Terapi ECT

BILA PERLU MENGHUBUNGI DOKTOR

Bila mengalami perasaan kecewa dan ingin mati

Bila gejala bertambah buruk

Bila mengalami gejala awal

Kemungkinan mencederakan orang orang lain

Bila mengalami kesan sampingan ubat atau kesan sampingan bertambah buruk

Bila di dalam krisis

http://hmbp.moh.gov.my/modules/xt_conteudo/index.php?id=9

Schizophrenia
Date: 5 July 2006
What is Schizophrenia?
Schizophrenia is a serious mental illness and patients experience progressive personality changes
and a breakdown in their relationships with the outside world. They have disorganized and
abnormal thinking, behaviour and language and become emotionally unresponsive or withdrawn.
People who suffer from schizophrenia may have a very broad range of symptoms which can
cause great distress to themselves and their families. These symptoms can take many forms
including:
'Positive symptoms (abnormal experiences), such as hallucinations (seeing, hearing, feeling
something that isn't actually there), delusions (false and usually strange beliefs) and paranoia
(unrealistic fear)
'Negative symptoms' (absence of normal behaviour), such as emotional withdrawal, and lack
of motivation and enjoyment
Cognitive dysfunction (problems with concentration, learning abilities and memory)
Schizophrenia is now recognised as a severe brain disease that is found all over the world. About
1% of any population will develop schizophrenia during their lifetime. Although schizophrenia
affects men and women with equal frequency, the disorder often appears earlier in men, usually
in the late teens or early twenties, than in women, who are generally affected in the twenties to
early thirties.
Symptoms
The first signs of schizophrenia often appear as confusing, or even shocking, changes in
behaviour. People with schizophrenia often go on to suffer terrifying symptoms such as hearing
voices not heard by others, or believing that other people are reading their minds, controlling
their thoughts, or trying to harm them.

Their speech and behaviour can be so disorganised that they may be incomprehensible or
frightening to others.
Coping with the symptoms of schizophrenia can be especially difficult for family members.
Psychosis, a common condition in schizophrenia, is a state of mental impairment marked by
hallucinations, which are disturbances of sensory perception such as hearing voices and seeing
things that others cant, and delusions, which are strongly held personal beliefs that result from
an inability to separate real from unreal experiences.
Living in a world distorted by hallucinations and delusions, individuals with schizophrenia may
feel frightened, anxious, and confused. Less obvious symptoms, such as social isolation or
withdrawal, or unusual speech, thinking, or behaviour, may precede, be seen along with, or
appear later in the course of the illness.
Schizophrenia often affects a persons ability to think straight. Thoughts may come and go
rapidly; the person may not be able to concentrate on one thought for very long and may be
easily distracted, unable to focus attention. The person may be unable to connect thoughts into
logical sequences, with thoughts becoming disorganised and fragmented.
This lack of logical continuity of thought, termed thought disorder, can make conversations
very difficult and may contribute to social isolation. If people cannot make sense of what an
individual is saying, they are likely to become uncomfortable and tend to leave that person alone.

Some people have only one such psychotic episode; others have many episodes during a lifetime,
but lead relatively normal lives in between. Yet another group may have a continuous or
recurring pattern of illness, and often does not fully recover and typically requires long-term
treatment.
Suicide is a serious danger in people who have schizophrenia as approximately 10% to 15% of
them (especially younger adult males) commit suicide. If an individual tries to commit suicide or
threatens to do so, professional help should be sought immediately.
Due to the frequent, bizarre nature of symptoms, psychosis has frequently been attributed to the
supernatural, such as being possessed or charmed, leading family members to seek alternative
forms of treatment rather than medical treatment. The delay in medical treatment plays a
significant role in the long-term outcome of these patients. The longer the duration of untreated
illness, the more difficult it is to treat the patient and results in more permanent disabilities.
Causes of Schizophrenia

In reality, there is no known single cause of schizophrenia. The old theories that schizophrenia is
caused by poor parenting and abnormal interaction within the family have largely been
disproved. Many other factors probably interplay with each other to cause the illness.
It has long been known that schizophrenia runs in families. People who have a close relative with
schizophrenia are more likely to develop the disorder than are people who have no relatives with
the illness. For example, an identical twin of a person with schizophrenia has an almost one in
two chance of developing the illness. A child whose parent has schizophrenia has about a one in
10 chance.
By comparison, the risk of schizophrenia in the general population is about one in a 100. It is
also likely that the disorder is associated with some imbalance of the complex chemical systems
of the brain and abnormalities in brain structure.
The outlook for people with schizophrenia has improved over the last 25 years. The last decade
or so has been a time of hope for people with schizophrenia and their families. Research is
gradually leading to new and safer medications and unravelling the mysteries behind the causes
of the disease.
How serious is Schizophrenia?
Schizophrenia is a serious mental illness but it is not true that people who have schizophrenia are
very dangerous - this is rarely the case.
How long does Schizophrenia last?
Although schizophrenia is treatable, relapses are common and the illness may never fully
resolve.
How is Schizophrenia treated?
Antipsychotic medications have been available since the 1950s and have greatly improved the
outlook for patients. These earlier antipsychotic drugs are often very effective in treating certain
symptoms of schizophrenia, particularly hallucinations and delusions. Unfortunately, these drugs
may not be as helpful with other symptoms, such as reduced motivation and emotional
expressiveness. At the same time, these older antipsychotics frequently produce disabling sideeffects, which adds to the stigma associated with schizophrenia.
Since 1990, a number of new antipsychotic drugs (the so-called atypical antipsychotics) have
been introduced and these have revolutionised the treatment of schizophrenia.

These newer medications treat all the symptoms of schizophrenia equally well and at the same
time possess a lower propensity to cause the disabling side effects that are associated with the
older drugs, allowing patients to stay well, functioning more effectively and appropriately.
The outlook for sufferers has improved greatly in the last few decades and many people can be
treated outside hospital and live within the community for most of their lives.
When someone is first diagnosed as suffering from schizophrenia, they are usually treated in
hospital, but many people can then have treatment at home, particularly if they have a supportive
family.
Treatment includes counselling, social support and rehabilitation.
In addition anti-psychotic medicines are available to treat the worst symptoms of the illness, such
as hallucinations, but there is no "cure" at present.
In addition to medical treatment, support from family, friends and healthcare services is also a
vital part of therapy.
It is crucial to remember that psychosocial treatment is just as important as medication in treating
someone with schizophrenia. Even when patients with schizophrenia are free of psychotic
symptoms, many still have difficulty with communication, motivation, self-care, and
relationships with others.
Moreover, because patients with schizophrenia frequently become ill during the critical careerforming years of life (for example, ages 18 to 35), they are less likely to complete the training
required for skilled work. As a result, many with schizophrenia not only suffer thinking and
emotional difficulties, but lack social and work skills and experience as well.
It is with these psychological, social, and occupational problems that psychosocial treatments can
help the most. Numerous forms of psychosocial therapy are available, and most focus on
improving the patients social functioning, whether in the hospital or community, at home, or on
the job.

http://www.psychiatry-malaysia.org/article.php?aid=59

Skizofrenia, keretakan jiwa dan emosi


Written by Hafizuddin Taufik
Mereka bilang aku gila. Tegas seorang lelaki pesakit skizofrenia kepada tuan doktor di
sebuah hospital sakit jiwa. Berulang-ulang kali diulangnya begitu. Ironinya, sememangnya yang
berkata-kata itu adalah salah seorang pesakit jiwa yang dirawat di hospital tersebut. Akan tetapi,
apakah yang membuatkan dia begitu yakin dirinya normal?

Jika diteliti kondisi lelaki tersebut, dia sebenarnya mengalami gangguan pemikiran dan sering
memiliki khayalan serta halusinasi. Manifestasi daripada khayalan ini adalah mengeluarkan
perkataan yang bukan-bukan. Halusinasi tersebut benar-benar dapat didengar, dilihat, bahkan
dirasai oleh si penderita.
Seringkali halusinasi mengarahkan tindakan penderita, mengingati suatu bahaya atau
memberitahu dia apa yang harus dilakukan. Bahkan tak jarang si penderita asyik bercakap-cakap
dengan para tokoh yang muncul dalam halusinasi ini.

Para penderita skizofrenia sangat yakin bahawa apa yang ia dengar dan lihat juga didengar dan
dilihat oleh lingkungan sekelilingnya. Keyakinan ini, kadang-kadang menjadi halangan terbesar
bagi penyembuhannya. Kerana jika si penderita masih meyakini halusinasinya, maka ia tetap
menganggap dirinya waras.

Apakah itu skizofrenia?

Skizo membawa maksud retak, sedang frenia ertinya jiwa. Oleh yang demikian, seorang yang
menderita skizofrenia adalah seorang yang mengalami keretakan jiwa. Gangguan skizofrenia
mempengaruhi pelbagai area fungsi individu, termasuk berfikir dan berkomunikasi, menerima,
dan menginterpretasikan realiti, merasakan dan menunjukkan emosi, dan berperilaku dengan
sikap yang dapat diterima secara sosial.

Sedikit orang tahu bahawa John Forbes Nash Jr., peraih hadiah Nobel bidang Ekonomi tahun
1994, adalah seorang penderita skizofrenia, sampai kemudian sebuah filem yang digarap mantap
oleh sutradara Hollywood, Ron Howard membiografikan kisah hidupnya dalam A Beatiful Mind.
Dalam filem yang dibintangi oleh Russell Crowe tersebut, susuk tubuh John Nash mengundang
banyak simpati..

Filem A Beatiful Mind menggambarkan dengan cukup menarik bagaimana John Nash
berkomunikasi dengan tokoh-tokoh khayalannya seolah mereka benar-benar nyata. Ia bahkan
meyakini dirinya terlibat dalam sebuah konspirasi militan tingkat tinggi.

Hayati pula bagaimana kisah Amylia dalam novel Rahsia Perindu digarap kemas oleh penulis
thriller nombor satu Malaysia, Ramlee Awang Murshid. Amylia, seorang peguambela, bersetuju
membela seorang penjenayah yang kemungkinan besar akan menghadapi hukuman mati
mandatori kerana membunuh.

Tidak tertahan dengan dugaan yang dialaminya, suatu hari Amylia jatuh pengsan.

Dan satu demi satu persoalan mula dibongkar oleh Ramlee dengan liciknya bila mana Amylia
sebenarnya merupakan seorang pesakit skizofrenia yang mengalami halusinasi tanpa disedarinya
dia sendirilah pembunuh yang dicari-cari.

Bagaimanakah skizofrenia terjadi?

Skizofrenia merupakan penyakit yang mempengaruhi otak. Pada otak terjadinya proses
penyampaian maklumat secara kimiawi (neutotransmiter) yang akan meneruskannya ke
sekitar otak.

Pada penderita skizofrenia, produksi neurotransmiter dopamin berlebihan, sedangkan

kadar dopamin pada bahagian lain dari otak terlalu sedikit. Dopamin tersebut
berperanan penting pada perasaan senang dan pengalaman mood yang berbeza. Bila
kadar dopamin tidak seimbang (berlebihan atau berkurangan), penderita akan mengalami gejalagejala skizofrenia.

Apakah skizofrenia dapat disembuhkan?

Ubat antipsikotik banyak diedarkan di pasaran yang disarankan oleh doktor. Meskipun efektif
mengatasi gejala-gejala skizofrenia, ubat ini menimbulkan pelbagai efek sampingan seperti
kekakuan otot, gerakan kaku seperti robot, mengantuk, sindrom metabolik seperti peningkatan
berat badan (kegemukan), diabetes melitus, meningkatnya hormon prolaktin dalam darah
sehingga menyebabkan gangguan seksual, amenorrhoea (tidak haid), galaktorrhea (keluarnya air
susu) dan ginekomastia (membesarnya payudara pada lelaki).

Kesimpulan

Penyakit skizofrenia adalah salah satu daripada penyakit jiwa yang serius melanda manusia
dewasa ini, namun itu tidak bermakna pesakitnya tiada harapan untuk sembuh seperti sediakala.
Selagi ada usaha, di sana masih ada jalannya.

Sabda Rasulullah SAW: Li kulli daain dawaa. Illal maut.


Maksudnya: Bagi setiap penyakit itu ada ubatnya, melainkan mati.

http://www.psipum.org/component/content/article/45-perubatan-dalam-islam/110mereka-bilang-aku-gila.html

Skizofrenia
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar
PENAFIAN: Untuk pengetahuan sahaja. Sila
dapatkan nasihat doktor mengenai kesihatan anda.
Bahan dalam laman ini tidak bertujuan menggantikan
jagaan profesional, khidmat nasihat, diagnosis atau
rawatan doktor. Laman ini tidak mempunyai jawapan
kepada semua masalah. Jawapan kepada masalah umum
mungkin tiada kaitan kepada anda. Sekiranya anda
menyedari simptom kesihatan atau jatuh sakit, anda
perlu menghubungi doktor bagi rawatan lanjut.

Skizofrenia adalah penyakit mental yang teruk dengan ciri-ciri kecacatan berterusan pada
penerimaan seseorang (perception) pada gambaran alam sebenar (realiti). Seseorang yang
mengalami skizofrenia tanpa dirawat biasanya menunjukkan pemikiran yang tidak teratur, dan
mungkin mengalami delusi atau halusinasi pendengaran. Walaupun penyakit ini biasanya
memberi kesan kepada kognitif, ia juga menyumbang kepada masaalah teruk dengan perangai
manusia atau emosi. Disebabkan terdapat banyak gabungan simptom, ia sukar bagi menyatakan
samaada ia adalah masaalah psikiatrik tunggal; dan Eugen Bleuler sengaja mengelar penyakit ini
sebagai "the schizophrenias," (jamak) apabila dia mencipta istilah yang ada sekarang.
Diagnosis berasaskan pengalaman yang dilapurkan sendiri oleh pesakit, bersama tanda-tanda
yang dilapurkan oleh pakar psikiatri atau sebarang pegawai perubatan terlatih seperti doktor
dalam psychologi. Tidak terdapat ujian biologi objektif bagi skizofrenia, walaupun kajian
mencadangkan genetik dan biokimia adalah faktor penyumbang utama. Penyelidikan kini dalam
perkembangan masaalah ini sering kali menumpukan kepada peranan neurobiologi, walaupun
punca organik yang jelas dan boleh dikenal pasti masih belum dijumpai. Dengan ketiadaan ujian
makmal objektif untuk mengesahkan diagnosis, terdapat persoalan mengenai status skizofrenia
sebagai satu penyakit rasmi.
Istilah "skizofrenia" diterjemah secara kasar sebagai "fikiran berkecai," dan berasal dari bahasa
Greek (schizo, "memecahkan" atau "membahagikan") dan ? (phr?n, "minda").
Walaupun etymologinya, skizofrenia bukannya sama dengan masaalah identiti berpisah

(dissociative identity disorder), atau juga dikenali sebagai masaalah personaliti pelbagai
(multiple personality disorder) atau "personaliti terpisah - split personality"; dalam popular
culture keduanya sering kali dikelirukan. Walaupun skizofrenia seringkali mendorong kepada
difungsi (dysfunction) masyarakat atau pekerjaan, tidak terdapat kaitan penyakit ini dengan
kecenderungan kelakuan agresif.

[sunting] Gambaran keseluruhan


Skizofrenia sering kali digambarkan sebagai simptom "positif" dan "negatif". Simptom positif
termasuk delusion, auditory hallucinations dan thought disorder dan biasanya dianggap sebagai
manifestation psychosis. Simptom negetif digelar sedemikian kerana ia dianggap sebagai
kehilangan atau ketiadaan tabiat (traits) atau keupayaan normal, dan termasuk ciri-ciri seperti
kesan psychologi rata, blunted atau terhad dan emosi, lemah pertuturan dan ketiadaan dorongan
(motivasi). Sesetengah model skizofrenia termasuk kecacatan pemikiran rasmi (formal thought
disorder) dan kesukaran merancang dalam kumpulan ketiga, "sindrom bersepah (disorganization
syndrome)."
Tambahan lagi, mungkin terdapat kehadiran defesit neurokognitif (neurocognitive deficit). Ini
mungkin dalam bentuk fungsi psychologi yang kurang atau cacat seperti ingatan, perhatian,
menyelesaikan masaalah, fungsi exekutif (executive function) atau cognition sosial (social
cognition).
Permulaan skizofrenia biasanya berlaku pada lewat remaja atau awal dewasa, dengan kaum
lelaki cenderung menunjukkan simptom lebih awal berbanding kaum wanita.
Ahli Psychiatris Emil Kraepelin merupakan orang pertama membezakan antara apa yang
diistilahkan olehnya sebagai dementia praecox ("dementia pramatang") dan penyakit psykhotik
lain. Pada tahun 1911, "dementia praecox" dinamakan semula sebagai "skizofrenia" oleh pakar
psikiatri Eugen Bleuler, yang mendapati istilah Kraepelin sebagai mengelirukan, kerana
masaalah bukannya satu bentuk nyanyuk (dementia), samaada pramatang ataupun tidak.
Pendekatan diagnostik kepada skizofrenia telah ditentang, terutamanya oleh pergerakan antipsychiatry, yang mendakwa bahawa mengkelaskan pemikiran atau tabiat khusus sebagai
penyakit membenarkan kawalan masyarakat (social control) terhadap mereka yang dianggap
tidak diingini oleh masyarakat tetapi tidak melakukan sebarang jenayah.
Baru-baru ini, ia telah dikemukakan bahawa skizofrenia hanyalah dalam satu spektrum tabiat dan
pengalaman, dan semua orang dalam masyarakat mungkin mengalami pengalaman seumpama
itu dalam hidup mereka. Ini diketahui sebagai psychosis model continuum (continuum model of
psychosis) atau pendekatan dimensi 'dimensional approach' dan paling jelas diperjuangkan oleh
psychologist Richard Bentall dan psychiatrist Jim van Os.

Walaupun tiada punca yang sama penyebab skizofrenia telah dikenal pasti dalam kesemua
individual yang diagnosed dengan keadaan ini, kini kebanyakan penyelidik dan pakar perubatan
percaya bahawa ia disebabkan oleh gabungan oleh kedua-dua kelemahan otak manusia (samaada
diwarisi atau didapati) dan tekanan pengalaman hidup. Pendekatan meluas yang diambil ini
dikenali sebagai 'model tekanan-kelemahan' - (stress-vulnerability), dan banyak perdebatan
saintifik sekarang menumpu kepada berapa banyak setiap faktor ini menyumbang kepada
perkembangan dan pengekalan skizofrenia.
Ia juga dipercayai bahawa proses dalam awal [[perkembangan neural|perkembangan neural
(neurodevelopment) adalah penting, terutama bagi proses sebelum kelahiran (prenatal). Dalam
kehidupan dewasa, kepentingan khusus telah diletakkan pada fungsi (atau kegagalan berfungsi)
dopamine dalam laluan mesolimbik (mesolimbic pathway) dalam otak. Theori ini, dikenali
sebagai dopamine hypothesis of schizophrenia kebanyakanya hasil jumpaan secara tidak sengaja
bahawa kumpulan dadah yang menghalang fungsi dopamine, dikenali sebagai phenothiazines,
mengurangkan simptom psychotik. Bagaimanapun, teori ini dipercayai terlalu mudah (overly
simplistic) sebagai penjelasan lengkap. Dadah ini telah dimajukan lebih lanjut dan ubat-ubatan
antipsikhotik biasa digunakan sebagai rawatan barisan depan. Walaupun berkesan dalam
kebanyakan kes, ubat-ubatan ini tidak diterima baik oleh ramai pesakit disebabkan kesan
sampingannya yang kuat, dan kurang berkesan bagi sesetengah individual.
Perbezaan dalam struktur otak telah didapati diantara mereka dengan skizofrenia dan dengan
mereka yang lain. Bagaimanapun, ini cenderung boleh diharap pada tahap kumpulan, disebabkan
kepelbagaian yang meluas antara individual, mungkin tidak boleh diharap masa kini bagi
individual tertentu.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Skizofrenia

Anda mungkin juga menyukai