Anda di halaman 1dari 7

Penulisan dan Pengucapan Dakwah

)DWI 41303(

Pensyarah :
Dr. Nor Salimah binti Abu Mansor

Nama pelajar:

Muhammad Na’im Iman bin Zulkifly


(044341)
Pengucapan dakwah

Pengucapan awam adalah satu proses berkomunikasi di antara seseorang pengucap


dengan sekumpulan pendengar. Ianya melibatkan penghantaran mesej dalam bentuk lisan
dan bukan lisan( Salehuddin, Jallaluddin,Ishak, 2003: 3). Selain itu, pengucapan awam
adalah kombinasi unik elemen seperti perkataan yang diucapkan oleh pengucap, cara
pengucap menuturkannya dan percantuman hubungan istimewa di antara pengucap dan
pendengar. (Jumaili,Khaidzir,Shaharuddin,Helmi, 2012, 13). Pengucapan awam turut
mempunyai kemiripan makna dengan pidato. Hal ini kerana pidato sifatnya terhadap banyak
orang dan terbuka (A.Sunon, 1996:8). Di samping itu pengucapan merupakan sebahagian
dari cara komunikasi lisan yang penting bagi mencapai maklumat atau mesej. Oleh itu
seseorang perucapakan dapat menyalurkan idea, emosi, sikap, fakta dan cara
memanipulasikan komunikasi non-verbal dalam setiap pengucapan mereka. (Nor Raudah
Siren, t.thn : 197-198).

Manakala menurut Nasaruddin Lathif dakwah membawa maksud usaha atau


aktifitas dengan lisan atau tulisan dan lainnya yang bersifat menyeru, mengajak, memanggil
manusia lainnya untuk beriman dan mentaati Allah SWT sesuai dengan garis - garis aqidah
syari’at serta akhlak Islamiyyah. Dakwah juga diartikan sebagai ajakan atau seruan untuk
mengajak seseorang atau sekelompok orang untuk mengikuti mengajarkan ajaran dan nilai-
nilai Islam(Andi Dermawan, 2002:24). Syeikh Ali Mahfudz dalam kitabnya Hidayat Al
Mursyidin disebutkan bahawa dakwah mendorong manusia agar memperbuat kebaikan dan
menurut petunjuk, menyeru mereka berbuat kebaikan dan melarang mereka dari berbuat
munkar agar merka mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat (Armawati, 2003: 33).

Justeru itu dapat disimpulkan definis pengucapan dakwah adalah satu proses
ucapan kepada sesebuah kelompok dengan tujuan menyeru dan mengajak manusia kepada
Allah s.w.t dengan berkonsepkan mendorong manusia melaksanakan kebaikan dan
memperingati manusia akan perbuatan-perbuatan buruk sebagai langkah pencegahan.
Tujuan Pengucapan

Pengucapan yang hendak dibuat perlu mempunyai tujuan atau motif tertentu. Setiap motif
yang ingin dicapai pasti mempunyai perbezaan cara dalam berucap mengikut kesesuaian
pendengar dan persekitaran semasa. Pada umumnya, pengucapan mempunyai empat motif
atau tujuan utama. Antara motif dalam pengucapan ialah memaklumkan, mempengaruhi,
memberi inspirasi dan menghibur.

Memaklumkan dalam tujuan pengucapan ialah ingin memberitahu dan


memaklumkan kepada semua pendengar tentang sesuatu fakta. Penyampaian perlulah
mempunyai kesungguhan dalam menerangkan dengan melakukan persediaan. Persediaan
penyampai pada sesuatu ilmu pengetahuan haruslah luas serta mempunyai bantua
model,gambar-gambar,,rajah,carta atau apa sahaja dokumen yang boleh membantu
menerangkan fakta dikongsikan. Sebagai contoh seperti isu serangan virus dan penerangan
kepada dunia teknologi maklumat.

Seterusnya,motif mempegaruhi dalam pengucapan ialah bermatlamatkan untuk


mengesani para pendengar mengikut keadaan semasa. Kebiasaannya motif ini dibuat
berkait rapat dengan isu-isu semasa yang berlaku. Ini adalah bertujuan untuk menyedarkan
pendengar akan isu-isu semasa yang berlaku.

Di samping itu, pengucapan juga membawa motif memberi inspirasi. Ia mempunyai


matlamat untuk memberi inspirasi kepada pendengar mengenai pencapaian, kebaikan dan
kejayaan seseorang. Justeru itu, perkara-perkara yang dominan perlu ditonjolkan sebagai
fakta utama dalam merangsang pendengar kepada perkara yang diucapkan.

Motif menghibur dalam pengucapan, adalah sejenis ucapan yang ringan. Ia


selalunya tidak mengandungi bahan-bahan yang memerlukan hadirin berfikir secara
mendalam untuk memahaminya. ( Salehuddin, Jallaluddin,Ishak, 2003: 10-13)
Bentuk-Bentuk Pengucapan Awam

Pengucapan boleh dibahagikan kepada beberapa bentuk persembahan. Antara bentuk-


bentuk pengucapan yang ingin dibincangkan ialah impromptu,memorized, manuskrip dan
extemporaneous.

Impromptu bermakna memberi ucapan tanpa persediaan awal. Kebiasaan bentuk ini
diaplikasikan akibat kurangnya masa dan mendapat tugasa berucap secara mengejut.
Penyediaan rangka ucapan hanya bergantung kepada pandangan,pengetahuan sedia ada
dan juga pengalaman.

Memorized adalah ucapan yang dihafal sepenuhnya. Ucapan ini dhafal dari satu
perkataan demi satu perkataan. Penyampai menghafal fakta secara menyeluruh namun
mempunyai risiko yang tinggi seandainya lupa.

Manuskrip adalah sebentuk ucapan yang berteks iaitu ditulis dan dibaca
sepenuhnya. Penyampai akan lebih menumpukan perhatian kepada teks yang dibaca dan
hanya sekali sekala melemparkan pandangan kepada pendengar.

Extemporaneous memerlukan masa dan persediaan yang baik. Ucapan ini


memerlukan masa dan persediaan yang baik. Aplikasinya adalah tidak membaca atau
menghafal, tetapi berpandukan nota-nota sendiri sebagai idea. ( Salehuddin,
Jallaluddin,Ishak, 2003: 7-9)
Penulisan dakwah

Penulisan adalah pekerjaan menyusunkan perkataan dengan susunan yang elok kerana
menghalkan atau merupakan sesuatu fikiran hati atau sesuatu kisah cerita supaya dapat
difahamkan oleh orang lain apabila didengar atau dibaca (Za’ba,1965: 25). Penulisan
akademik adalah gabungan 2 perkataan iaitu Penulisan dan Akademik. Dewan Bahasa dan
Pustaka memberikan maksud “Penulisan adalah perbuatan menulis atau mengarang”
manakalan Akademik pula memberikan maksud “bersifat atau mengenai ilmu pengetahuan”.
Penulisan akademik bermaksud penulisan ilmiah yang dilakukan secara sistematik.
Sistematik di sini membawa maksud kajian yang dilaksanakan secara teratur dan teliti oleh
pengkaji berkaitan sesuatu persoalan yang timbul. Penulisan akademik adalah berbeza
berbanding kaedah-kaedah penulisan lain yang menjurus kepada fakta-fakta benar yang
disandarkan dengan teori-teori sedia ada serta mempunyai informasi yang tepat.
(http://prpm.dbp.gov.my/).

Justeru itu penulisan dakwah juga membawa maksud tersendiri. Jika dilihat pada
definisi dakwah ia membawa maksud memberangsang manusia kepada kebaikan dan huda
(petunjuk Allah), dan menyuruh membuat ma’ruf (kebaikan) dan melarang melakukan
munkar (kejahatan) supaya mereka itu berjaya mendapat kebahagiaan di dunia dan di
akhirat (Wan Hussein Azmi, 1984 : 3). Dakwah juga merujuk kepada seruan kepada
seseorang individu menerusi percakapan dan tingkah laku untuk menerima Islam sebagai
cara hidup seharian(Wai, Tawfiq, 1995: 15).

Maka dapat disimpulkan, penulisan dakwah adalah perkataan atau susunan yang
ditulis yang mempunyai tujuan kearah ma’ruf(kebaikan) dan melarang munkar (kejahatan)
yang memberi kesan pada kehidupan seharian manusia.
Bentuk-bentuk penulisan

Terdapat beberapa bentuk penulisan telah dibincangkan Sulaiman Masri (1990) antaranya
ialah berbentuk penerangan, sejarah,profil, pendapat, perbahasan,kritikan dan umum.
Kepelbagaian bentuk ini mempunyai teknik penulisan yang berbeza.

Bentuk penerangan,kebiasaanya ditulis dengan fakta. Tugas penulis adalah untuk


memberitahu pembaca tentang apa yang sudah terjadi dan tentang apa yang sedang
terjadi. Manakala penulisan berbentuk sejarah pula ditulis dengan fakta-fakta lampau
sebagai rujukan,panduan dan teladan pada generasi seterusnya. Penulisan berbentuk profil
pula lebih mengkisarkan seseorang yang dianggap tokoh.

Seterusnya berbentuk pendapat. Penulisan ini perlulah mempunyai kejelasan apa


diungkapkan berserta mempunyai hujah-hujah yang kuat. Selain itu, penulisan berbentuk
perbahasan, penulisan ini adalah untuk mempertahkan pendapat dengan hujah yang
mantap. Penulisan berbentuk kritikan pula adalah untuk menyatakan ketidaksetujuan
sesuatu perkara dengan hujah-hujah yang relevan. (Sulaiman Masri, 1990: 17-27)

Rujukan

Andi Dermawan, 2002. Metodologi Ilmu Dakwah. Yogakarta.LESFI.

Armawati Arbi, 2003. Dakwah Dan Komunikasi,Jakarta, UIN JKT Press.


A.Sunon, 1996. Tehnik Berpidato. Semarang. Astana buku
Jumali et al., 2012. Pengucapan Awam : Strategi dan Kemahiran. Bangi. Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nor Raudah Siren, t.thn. Retorik Pengucapan Dakwah Ustaz Ismail Kamus
Sallehuddin et al., 2003. Pengucapan Awam. Kuala Lumpur. Thomson.
Sulaiman Masri, 1990. Penulisan dalam Bahasa Melayu Baku. Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia.
Wan Hussein Azmi, 1984. Ilmu Dakwah. Kuala Lumpur. Dewan Bahas dan
Pustaka.
Wai, Tawfiq, 1995. al-Da’wah ila Allah : al-Risalah, al-Wasilah wa al-Hadaf.
Kaherah . Dar al-Yaqin li al-Tawzi‟ wa al-Nashr.
Za’ba, 1965. Pelita Bahasa Penggal 1. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan
Pustaka.
http://prpm.dbp.gov.my/

Anda mungkin juga menyukai