Anda di halaman 1dari 21

PBKK 3183

Teori Personaliti

Pendekatan Imam
Pembentang

Amnani
Chen Cheau Ling
Choo Chiew Yenn
Goh Yong Hui
Nur Aina Muslihah
Nur Syazwani

Al Ghazali

Latar belakang
teori
Imam al-Ghazali menggunakan pendekatan
kaunseling berdasarkan sifat-sifat manusia
Teori muncul atas dasar sifat sifat manusia
Imam Al-Ghazali tidak banyak menggunakan
haiwan ataupun manusia sebagai role-model dalam
mengaplikasikan teori yang dicipta oleh beliau

Teknik yang digunakan adalah hikmah,


nasihat yang baik, perbincangan yang
baik, taqwa, taubat, tafakur,
mengerjakan solat dan berdoa
Buku ataupun hujah hujah yang di
keluarkan oleh Imam al-Ghazali banyak
terdapat dalam kitab ihyak ululmuddin

Terdapat tiga faktor utama yang


mempengaruhi pembentukan
personaliti :
hati,
nafs,
Akal.

Hati

secara lahiriah dikatakan


sebagai seketul daging yang berfungsi
untuk pengedaran darah. Pengertian kedua
merujuk hati sebagai rohaniah manusia
yang berpusat kepada naluri rasional.

Sejauh mana hati manusia itu dapat


menghayati risalah Allah menentukan kualiti
hati individu. Individu yang hatinya belum
kukuh dengan tuntutan agama memerlukan
akalnya untuk memandu ia bertindak.

Nafs

dirujuk sebagai tabii


keinginan. Untuk memahami nafs,
lihat individu di sekeliling anda. Anda
akan dapati adanya individu yang
bertindak mengikut runtunan hawa
nafsu hingga dia memperoleh sifat
kejahatan dan kerosakan. Individu
sedemikian dikatakan berfungsi pada
nafs yang terendah, iatu nafs
ammarah.

Nafs terbahagi kepada tujuh tahap. Susunan nafs


dari nafs terendah hingga tertinggi ialah
nafs ammarah,
nafs lawwamah,

nafs mulhamah,

nafs mutmainnah,
nafs radiah,
nafs mardiah dan
tertinggi ialah nafs kamilah.

Pernahkah anda bertemu dengan individu yang


lemah lembut tutur kata, menerima dengan
sepenuh hati (redha) atas ketentuan Allah ke atas
dirinya, berterima kasih kepada sesama manusia,
bersyukur di atas nikmat pemberian Allah, dan
merasai cukup dengan apa yang ada (qanaah)?
Individu sedemikian dikatakan sebagai malaikat
hidup di mana ia berfungsi pada nafs mardiah, nafs
yang arasnya yang kedua tertinggi. Nafs kamilah
hanya dicapai oleh para rasul yang mempunyai sifat
diri yang sempurna.

Akal merupakan anugerah

Allah yang khusus untuk


manusia. Ia dikatakan sebagai
intelek yang membolehkan
manusia membentuk konsep,
generalisasi, dan berdaya
rasional. Jelasnya, kehadiran
akal membolehkan manusia
berfikir secara rasional. Adakah
semua manusia bertindak
berpandukan akal yang rasional?

Tegasnya, kualiti akal manusia berbeza


hingga dikatakan terdapat tiga jenis akal.
Kanak-kanak berumur dua tahun
contohnya bertindak mengikut apa yang
dilihat. Jika bola ditutup dengan kain,
kanak-kanak akan mengalihkan
perhatian kepada objek lain kerana bola
itu telah tiada. Tegasnya, akal kanakkanak ini berfungsi kepada apa yang
dilihat sahaja. Terdapatkah tahap
pemikiran orang dewasa sedemikian?

Pemikiran individu ini dicorakkan oleh


apa yang dapat dilihat lalu menolak
perkara yang abstrak contohnya dosa
dan pahala. Akal ini dirujuk sebagai
akal biasa, kategori akal yang terendah.
Pernahkah anda melihat keupayaan
rakan menganalisis sesuatu perkara
berdasarkan sebab-musabab.
Contohnya, individu itu akan mencari
faktor penghurai kepada perlakuannya

Akal di peringkat ini dikatakan akal taakul,


kategori akal yang sederhana. Bagi
mereka yang boleh berfikir secara ikhlas
dan rasional berpandu kepada kekuatan
keimanannya, akal mereka
diklasifikasikan berkualiti tinggi (akal
tadabbur).

Manusia yang mencapai akal


sedemikian dapat bertindak
berpandukan fikiran rasional yang
dicorakkan oleh keyakinan diri dan
keikhlasan tindakan kerana Allah.

Interaksi antara Akal, Nafs dan Hati Dalam


Mempengaruhi Pembentukan Personaliti
Pilih seorang individu yang personalitinya
anda kagumi. Cuba anda kenalpasti kualiti
akal, nafs, dan hati individu itu. Rajah di
bawah menggambarkan interaksi antara
akal, nafs, dan hati dalam mencorakkan
personaliti manusia contohnya dari segi
tingkah laku, kawalan kendiri, nilai, emosi,
dan pemikiran.

Individu yang mempunyai dua personaliti


dalam dirinya, iaitu dirinya yang sebenar
dan diri pesona, dikatakan mempunyai
personaliti celaru.
Nafsu ammarah merupakan faktor penentu
mempengaruhi pembentukan personaliti
individu tersebut hinggakan membataskan
kemampuan akal untuk berfikir dan hati
untuk membuat pertimbangan.

Personaliti seimbang menggambarkan


individu yang tindakan nafsu dan hatinya
dikawal oleh akal.
Individu ini dapat mengimbang dan
menyepadukan tuntutan dunia dan
akhirat juga jasmani dan rohani.
Faktor penentu yang mempengaruhi
pembentukan personaliti ini ialah akal
yang rasional. Akal inilah pencorak kualiti
hati dan nafs.

Manusia yang memenuhi semua


kriteria insan yang sempurna
(insan kamil). Akal dan hati
merupakan faktor penentu
dalam mencorak personaliti.
Nafs individu ini terkawal
sepenuhnya.

Sabda Rasulullah s.a.w.


yang bermaksud :
Ingatlah, dalam jasad kamu itu ada
seketul daging, jika ia sihat maka
sihatlah jasad seluruhnya. Jika ia
rosak, maka rosaklah jasad
seluruhnya. Ketahuilah bahawa
daging itu adalah hati.

TAMAT
SEKIAN TERIMA KASIH

SEMOGA BERMANFAAT

Anda mungkin juga menyukai