Anda di halaman 1dari 13

KONSEP ASAS PSIKOLOGI

TOPIK 1

PENGENALAN
Coopes (1988) berpendapat guru yang berkesan ialah guru yang mempunyai ilmu pengetahuan, khususnya kemahiran mengajar seperti: Menguasai ilmu pengetahuan dalam teori pembelajaran dan psikologi manusia. Menunjukkan sikap jujur yang dapat menggalakkan pembelajaran serta mewujudkan interaksi yang positif dalam pelbagai hala. Mempunyai ilmu pengetahuan yang lengkap dalam mata pelajaran yang diajar. Menggunakan kaedah dan teknik mengajar yang membolehkan pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran mereka dengan kaedah dan teknik yang betul.

Apakah yang anda faham tentang ilmu psikologi?

Definisi Psikologi

Perkataan tamadun Greek purba iaitu Psyche : Jiwa dan Logos : Kajian mengenai sesuatu Satu kajian mengenai sesuatu yang memberi kesan kepada jiwa seseorang. Mengkaji dan memahami tingkahlaku serta tindakbalas individu dalam satu-satu situasi. Eg :- Membeli pakaian di kedai. Ada yang susah pilih pakaian dan ada yang terus beli apa yang dikehendakinya. Ada yang beli pakaian yang murah dan ada yang kaitkan pakaian murah dengan status. Jadi beli pakaian mahal. Maka tingkah laku manusia berbeza-beza. Kita perlu mengkaji untuk memahami tingkahlaku ini.

Bidang-bidang Psikologi

Psikologi umum ; kaji prinsip-prinsip asas tingkahlaku manusia. Psikologi klinikal ; membuat diagnosis dan rawatan masalah emosi dan tingkahlaku, alkoholosme, sakit mental dll. Psikologi pendidikan ; kajian tingkahlaku manusia dalam situasi pendidikan. Psikologi perkembangan : Kaji faktor-faktor yangmenentukan tingkahlaku manusia dari masa pralahir hingga dewasa. Psikologi Kanak-kanak : Kaji pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak dari aspek jasmani, emosi, mental dan sosial.

Definisi Psikologi

Kajian tentang proses mental dan pemikiran, terutamanya berhubung dengan perlakuan manusia dan haiwan; pola pemikiran dan perlakuan seseorang atau sesuatu kumpulan tertentu; dan kebijaksanaan memahami sifat manusia. ( Kamus Dewan ) Kalat (1999) mengatakan bahawa psikologi ialah kajian sistematik tentang tingkah laku manusia dan pengalaman. Williams (1960) pula telah mendefinisikan psikologi sebagai satu cabang penyiasatan saintifik untuk tingkah laku dan aktiviti. Wittaker (1970) dalam bukunya Introduction to Psychology mengatakan psikologi ialah sains tingkah laku. Oleh itu dapat dikatakan bahawa psikologi ialah kajian mengenai jiwa atau aspek rohani manusia secara saintifik.

Faedah yang diperolehi daripada bidang psikologi :

Memahami tingkahlaku manusia untuk menjalin hubungan yang baik. Guru dengan pelajar. Merancang aktiviti yang dapat membentuk tingkahlaku yang diingini. Mengawal tingkahlaku yang tidak diingini / tidak membawa faedah kepada masyarakat . Eg, kawal tingkah laku agresif. Memahami perbezaan individu dari segi fizikal mental dan emosi. Memahami faktor-faktor yang mempengaruhi personaliti seseorang individu.

Pengertian Psikologi Pendidikan ( PP ).

Psikologi : Kajian tentang pemikiran dan tingkahlaku individu dan kumpulan individu secara saintifik. Pendidikan : Proses untuk mengembangkan potensi dan kemahiran individu dalam bidang tertentu. PP : Kajian tentang perlakuan / tingkahlaku manusia dalam proses P&P dalam bilik darjah. Pengetahuan tentang bidang ini akan meningkatkan keberkesanan pengajaran guru.

Tugas ahli PP : aplikasikan prinsip psikologi dalam pendidikan, kaji pelajar, proses belajar dan strategi pengajaran untuk meningkatkan pembelajaran. Matlamat PP : memahami tingkahlaku pelajar dalam proses P&P, meramal tingkahlaku gantian ( -ne kpd +ve ) dan mengawal tingkahlaku tersebut. Matlamat PP ditumpukan pada 4 bidang iaitu describe ( hurai ), explain ( terang ) , control ( kawal ) dan predict ( ramal ). Cth, merokok. Bagaimana / dimana, sebabsebab, cara mengawal dan berhenti / kurangkan.

Sebagai seorang guru bagaimanakah anda dapat menggunakan pengetahuan tentang PP untuk meningkatkan mutu P&P di dalam bilik darjah anda ?

Kepentingan PP Kepada Guru

Fahami tingkahlaku pelajar : rancang objektif pembelajaran; rumuskan langkah-langkah untuk mencapai matlamat dan objektif pembelajaran. Ramal tingkahlaku : berminat / tidak berminat. Merancang pengukuhan dan pemulihan. Meningkatkan motivasi pelajar supaya rajin belajar. Fahami pertumbuhan dan perkembangan manusia : Perkembangan fizikal, kognitif, sosial dan emosi. Rancang P&P mengikut tahap perkembangan pelajar. Menjalankan R&D tentang isu-isu dalam bidang pendidikan. Masalah disiplin dalam bilik darjah, ponteng, merokok dll. Selesaikan masalah & meningkatkan kualiti P&P. Fahami personaliti dan konsep kendiri pelajar. Bantu pelajar ke arah pembentukan konsep kendiri yang positif.

Soalan

Dengan menggunakan pengurusan grafik huraikan secara ringkas sejarah perkembangan psikologi Rujuk : www.ship.edu/~cgboeree/historyofpsych.html & www.usca.sc.edu/psychology/histor~1.html

12

TERIMA KASIH

13

Anda mungkin juga menyukai