Anda di halaman 1dari 19

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

AKTIVITI PERKHEMAHAN
Ahli Kumpulan : Siti Syaza Syahirah binti Ruslan
Fairuz Hidayah binti Isammudin
KONSEP PERKHEMAHAN
➢ Berkhemah adalah penghidupan di luar bangunan sama ada di hutan, dan gunung.
➢ Dahulu, berkhemah merupakan satu keperluan untuk hidup.
➢ Berkhemah berkait rapat dengan ikhtiar hidup secara individu atau berkumpulan. Berkhemah
bermakna menerima atau memikul beberapa tanggungjawab terhadap pengurusan makanan,
perlindungan dan melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan dengan persekitaran. Kini perkhemahan
menjadi satu aktiviti kegiatan luar kokurikulum di institusi-institusi pengajian.
➢ Perkhemahan sering dikaitkan dengan unit-unit beruniform.
➢ Berkhemah merupakan salah satu cabang ilmu yang menguji kemampuan mental dan fizikal untuk
menggunakan sumber-sumber yang terhad dengan kemudahan yang terhad.
➢ Aktiviti berkhemah akan menguji setakat mana kesanggupan seseorang menghadapi kekurangan dan
ketidakselesaan.
TUJUAN PERKHEMAHAN

Terdapat 2 tujuan utama dalam melaksanakan aktiviti


perkhemahan :

a) Tujuan umum
b) Tujuan khusus
Bertujuan untuk melatih ahli perkhemahan agar:

(i) dapat meningkatkan ketakwaan kepada Tuhan.

(ii) dapat menghayati erti batasan kehidupan.

(iii) mempunyai daya tahan mental dan fizikal, khususnya semasa menerima
Tujuan Umum arahan, melaksanakan arahan serta semasa menjalankan aktiviti-aktiviti yang
lasak.

(iv) mempraktikkan dan memahirkan ilmu-ilmu yang telah dipelajari secara


teori, seperti mendirikan khemah, memasang gejet, simpulan dan ikatan dan
sebagainya.

(v) menguatkan semangat dan mampu menghadapi pelbagai rintangan,


khususnya semasa aktiviti pengembaraan dijalankan seperti merentas
bukit-bukau, danau, lopak, dan sungai.
(vi) melaksanakan amanah dan tanggungjawab seperti mengurus diri sendiri dan kumpulan.

(vii) mematuhi segala peraturan yang telah di rancangkan atau ditetapkan.

(viii) memupuk nilai-nilai murni yang ada pada diri individu dengan meningkatkan semangat
kekitaan, berpersatuan dan berdisiplin sentiasa ringan tulang dan saling bekerja sama di
antara satu sama lain.

(ix) menghargai dan mencintai alam sekitar ciptaan Tuhan dengan memelihara kebersihan
dan tumbuh-tumbuhan yang ada di kawasan tapak perkhemahan.

(x) sentiasa berhati bersih, iaitu tidak berasa bongkak, sombong, iri hati, atau busuk hati
dengan anggota kumpulan yang lain.

(xi) berhibur dengan aktiviti-aktiviti yang sihat dan berfaedah.

(xii) menghilangkan stres atau ketegangan jiwa.

(xiii) mengelakkan daripada gejala sosial yang kurang sihat dan tidak berfaedah.
Tujuan Khusus
1. Rekreasi : Mementingkan kemudahan dan keselesaan dalam makan-minum dan tempat tidur.
Tidak mementingkan kegiatan kemahiran ilmu perkhemahan.
2. Khusus : Kurang mementingkan keselesaan tetapi lebih penekanan terhadap kemahiran-
kemahiran ilmu perkhemahan yang berlatar belakang suasana backwoods (ala hutan).
3. Pengembaraan ekspedisi : Berkhemah sementara di sesuatu lokasi sewaktu dalam perjalanan
jauh untuk tujuan berehat atau untuk aktiviti tertentu seperti memancing, team-building·,
perancangan baru organisasi dan sebagainya.
4. Misteri : Siri penjelajahan untuk mencari sesuatu yang tersembunyi berdasarkan
panduan yang diberikan sama ada menggunakan peta atau kompas atau
kedua-duanya, seperti aktiviti treasure hunt.

5. Penyelidikan : Membuat kajian terhadap sesuatu yang mungkin memerlukan


jangkamasa yang lama di sesuatu lokasi. Kajian arkeologi misalnya.

6. Ikhtiar hidup/survival : Untuk tujuan yang lebih khusus, biasanya untuk


pengembaraan yang lasak, berunsur ilmiah, menguji kemahiran yang telah dipelajari dan
membina semangat serta ketahanan diri.
JENIS PERKHEMAHAN
Terdapat tiga kategori atau jenis perkhemahan yang boleh dianjurkan
oleh Unit Kokurikulum atau Badan Beruniform

a) Perkhemahan b) Perkhemahan c) Perkhemahan


Ringkas Kumpulan/Unit besar-besaran
Perkhemahan Ringkas

❏ Tujuan utama sebagai pendedahan atau rekreasi semata-mata.

❏ Dalam kumpulan yang kecil (antara dua hingga 4 orang sahaja).

❏ Bilangan jurulatih/pemimpin yang tidak ramai (kadang-kadang hanya


seorang sahaja).

❏ Tempoh masa yang pendek (sekitar satu atau dua hari sahaja).

❏ Perancangan yang singkat dan cepat (adakalanya secara ad-hoc


sahaja).

❏ Kos yang rendah dan berpatutan.

❏ Tempat yang tidak jauh (adakalanya dalam kawasan sekolah).


Perkhemahan Kumpulan/Unit

❏ Tujuan utama sebagai penilaian (bukan rekreasi atau berkelah).

❏ Dalam kumpulan yang lebih besar (sekurang-kurangnya 15 orang).

❏ Melibatkan bilangan jurulatih/pemimpin yang ramai (antara tiga hingga lima


orang).

❏ Tempoh masa masih pendek (sekitar dua hingga tiga hari).

❏ Perancangan yang agak rapi dan teliti (ada jawatankuasa khas).

❏ Memerlukan kos yang tinggi dan berpatutan.

❏ Aktiviti di luar kawasan sekolah.


Perkhemahan Besar-besaran
❏ perkhemahan yang dianjurkan secara zon, daerah, negeri, negara dan antarabangsa.

❏ Bertujuan untuk menjalin dan merapatkan hubungan silaturahim sesama ahli.

❏ Dalam kumpulan amat besar (adakalanya mencecah hingga puluhan ribu orang yang melibatkan
pelbagai unit dan negara).

❏ Melibatkan bilangan jurulatih, pemimpin dan urus setia yang lebih ramai.

❏ Tempoh masih yang lebih panjang (antara lima hingga tujuh hari).

❏ Perancangan yang lebih rapi, teliti dan bersistematik (mengambil masa yang agak lama untuk
merancang, adakalanya melebihi setahun)

❏ Kos yang amat tinggi (memerlukan tajaan daripada pelbagai


pihak, termasuk kerajaan negeri dan kementerian, di samping agensi kerajaan dan pihak swasta).

❏ Memerlukan tempat yang luas (mampu menampung penglibatan sehingga berpuluh ribu orang)
STRUKTUR ORGANISASI AKTIVITI PERKHEMAHAN

Organisasi ialah jentera yang akan menggerakkan aktiviti untuk kumpulan. Oleh itu,
organisasi aktiviti perkhemahan perlu dirancang berdasarkan perkara-perkara
seperti yang berikut:

(i) Penganjur : Nama pihak yang menganjurkan perkhemahan tersebut perlu


dicatatkan, sama ada penganjuran utama atau penganjuran bersama.

(ii) Peserta : Menentukan kumpulan sasaran dan kriteria peserta perkhemahan.


Setiap peserta yang akan menyertai sesuatu perkhemahan mestilah sihat, bersedia
dan telah menjalani latihan-latihan asas yang berkaitan. Kejayaan menjalani
latihan-latihan asas ini mestilah dijadikan prasyarat kepada peserta.
(iii) Saiz Kumpulan : Menentukan jumlah bilangan minima atau maksima ahli bagi
setiap kumpulan.

(iv) Syarat : Menetapkan syarat-syarat tertentu perkhemahan seperti:


● jantina
● had umur
● keadaan tubuh badan
● kelulusan akademik
● kemahiran tertentu
● urusan-urusan lain yang berkaitan.

(v) Kepemimpinan : Menentukan organisasi kepimpinan dalam kumpulan-kumpulan


semasa perkhemahan.

(vi) Jawatankuasa : Ahli Jawatankuasa Induk perlu ditentukan terlebih dahulu


bagi melaksanakan perkhemahan
PESERTA PERKHEMAHAN

1 2
Sekolah Rendah Sekolah Menengah

3 4
Institusi Pemimpin
Pengajian Tinggi
PROSEDUR PERKHEMAHAN

Sebelum Semasa Selepas


SEBELUM
● Membentuk organisasi perkhemahan.
● Mengadakan mesyuarat jawatankuasa induk program perkhemahan.
● Menyiapkan senarai nama petugas dan peserta.
● Menentukan kos perbelanjaan.
● Menyiapkan jadual aktiviti perkhemahan.
● Menyiapkan Kertas Kerja Program untuk diserahkan kepada pihak-pihak yang berkenaan
● Mengemukakan permohonan kelulusan mengadakan aktiviti kepada pihak yang berkenaan
● Memperincikan peraturan-peraturan keselamatan
● Menyiapkan buku program dan borang-borang yang diperlukan semasa aktiviti perkhemahan
● Memastikan sijil penghargaan dan penyertaan telah ditandatangani oleh pihak yang berkaitan.
● Memastikan peralatan (logistik) dan bahan serta keperluan untuk aktiviti perkhemahan mencukupi.
SEMASA
● Memberikan taklimat kepada semua yang terlibat sebaik sampai di tapak perkhemahan
● Memastikan prosedur keselamatan sentiasa dipatuhi.
● Memastikan kebajikan dan kesihatan peserta dan jurulatih diberikan keutamaan.
● Melakukan Istiadat Pemeriksaan Pagi pada setiap pagi untuk memastikan peserta perkhemahan dapat
mencapai standard yang telah ditetapkan.
● Membuat pemantauan agar jadual perkhemahan sentiasa dipatuhi dan dilaksanakan mengikut
perancangan, kecuali jika berlaku sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan, termasuk mengadakan
mesyuarat jurulatih pada setiap malam.
● Menentukan semua peserta mengambil bahagian dalam semua aktiviti perkhemahan yang telah
direncanakan.
● Memantau dari semasa ke semasa agar setiap aktiviti yang dilaksanakan dapat dijalankan dalam keadaan
selamat dan baik serta sijil-sijil penghargaan diserahkan kepada para petugas dan sijil penyertaan
diserahkan kepada peserta perkhemahan pada akhir perkhemahan.
SELEPAS
● Mengemaskan peralatan dibawa digunakan.
● Memastikan keperluan logistik dan peralatan perkhemahan mencukupi dan berada dalam keadaan baik
serta bersih.
● Memulangkan semua peralatan logistik yang dipinjam.
● Meninggalkan kawasan perkhemahan dalam keadaan bersih.
● Mengadakan mesyuarat post-mortem untuk membuat penilaian terhadap aktiviti perkhemahan yang
telah dijalankan dan membentangkannya dalam mesyuarat.
● Mendokumentasikan aktiviti sebagai simpanan untuk dijadikan sebagai panduan dan bahan rujukan pada
masa yang akan datang.
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai