Anda di halaman 1dari 41

ANALISIS BUKU TEKS PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS


Fakulti Pendidikan & Pembangunan Manusia

KPF 4023
PENGURUSAN KURIKULUM
BILIK DARJAH
Analisis Buku Teks
BAB

TOPIK

KECERGASAN FIZIKAL

DISEDIAKAN OLEH:
NAMA
SURIATI BINTI MOHD YUSOF

NO.
MATRIK
L20112007154

PENSYARAH:
PM MADYA DR NOOR SHAH

SEMESTER
2 - SESI
2012/13
KUMPULAN
KULIAH:
A

TANDA
TANGAN

2012

ANALISIS BUKU TEKS PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN

2012

KANDUNGAN

Muka Surat

1.0 Pengenalan

2.0 Matlamat/ Objektif mata pelajaran

3.0 Kekuatan yang terdapat pada buku teks

4.0 Kelemahan yang terdapat pada buku teks

5.0 Penutup

10

6.0 Bibliografi

11

7.0 Lampiran

12

ANALISIS BUKU TEKS PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN


1.0

2012

Pengenalan
Buku teks adalah wadah penyampaian ilmu dan dianggap sebagai jambatan
antara Sukatan Pelajaran dan pengguna. Buku teks adalah salah satu sumber
pengajaran yang penting untuk kegunaan murid dan guru dalam proses pengajaran
dan pembelajaran kerana kandungannya disediakan mengikut keperluan yang
ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Penekanan keperluan yang
seimbang dalam pembentukan emosi, rohani, jasmani dan intelek dititikberatkan
berpandukan kepada Falsafah Pendidikan Negara seperti yang terkandung dalam
semua Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran yang digariskan oleh
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. Kepentingan
buku teks dalam proses pengajaran dan pembelajaran sukar dipertikaikan kerana
buku teks merupakan terjemahan kurikulum bagi sesuatu mata pelajan pendidikan
jasmani dan pendidikan kesihatan dan menjadi medium yang penting untuk
membantu murid dan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Isi
kandungan bertulis mencerminkan Falsafah Pendidikan Negara disamping memandu
para guru untuk membimbing pelajar mengikut halatuju yang sebenarnya
berdasarkan Sukatan Pelajaran. Hal ini sejajar dengan Dasar Satu Murid Satu Sukan
(1M1S) yang memberi penekanan kepada sukan untuk semua dan sukan untuk
kecemerlangan. Dasar ini memberi perhatian yang utama kepada murid yang kurang
aktif supaya mereka melibatkan diri dalam aktiviti sukan. pada masa yang sama
mengoptimumkan keupayaan fizikal murid selaras dengan ungkapan minda yang
cerdas terletak pada tubuh yang sihat. Dalam konteks ini, bidang sukan memainkan
peranan yang penting bagi melahirkan modal insan yang sihat, cergas dan produktif
agar dapat memberi sumbangan kepada kesejahteraan sosial serta pembangunan
ekonomi negara.
Buku teks pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan tingkatan dua ini
mengandungi enam bab iaitu Kecergasan Fizikal, Kemahiran Sukan dan Rekreasi,
Kesukanan, Kesihatan Diri dan Keluarga, Gaya Hidup Sihat serta Kebersihan dan
Keselamatan Persekitaran. Analisis buku teks ini hanya memfokuskan isi kandungan
Bab 1 yang menekankan kecergasan fizikal. Bab 1 mengandungi tajuk seperti daya
tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot dan komposisi badan yang
berlandaskan aspek kesihatan manakala aspek kecergasan fizikal berlandaskan
kemahiran motor yang melibatkan kuasa, kelajuan dan prinsip latihan. Setiap bab
dimulakan dengan pengenalan terhadap tajuk setiap bab dalam buku teks bagi
menyediakan minda pelajar ke arah tajuk dan diikuti penyusunan sub topik mengikut
turutan kandungan isi pelajaran bagi membantu pelajar menentukan fokus untuk
pembelajaran seterusnya. Bagi setiap tajuk kecil dimulakan dengan
memperkenalkan definisi atau maksud setiap perkataan yang terdapat dalam tajuk
kecil tersebut serta faedahnya kepada pelajar dan diikuti dengan pecahan tajuk kecil
kepada beberapa subtopik yang menghuraikan setiap tajuk kecil dalam bab tersebut.

2.0

Matlamat / objektif mata pelajaran


Buku teks ini ditulis untuk merealisasikan matlamat Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah (KBSM) mata pelajaran pendidikan jasmani dan pendidikan
kesihatan iaitu bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran

ANALISIS BUKU TEKS PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN

2012

aktiviti fizikal dan amalan kecergasan melalui tunjang pembelajaran kecergasan yang
menitikberatkan keupayaan murid melakukan aktiviti fizikal secara berterusan tanpa
merasa lesu. Tumpuan diberi kepada komponen kecergasan fizikal berasaskan
kesihatan dan perlakuan motor. Sehubungan dengan budaya pembelajaran
pendidikan jasmani yang menekankan gaya hidup yang sihat dan aktif menggunakan
pendekatan pembelajaran melalui tiga aspek penting iaitu penglibatan murid secara
aktif dan selamat, interaksi yang kreatif dengan rakan, bahan dan alat serta
penyimpanan rekod kegiatan murid sebagai bukti pembelajaran.
Pada akhir pembelajaran objektif am mata pelajaran pendidikan jasmani
tingkatan satu yang pertama adalah pelajar dapat mengetahui maksud komponenkomponen kecergasan seperti daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan
otot, kelenturan, kuasa dan kelajuan. Kedua ialah melibatkan diri dan mengambil
bahagian dalam aktiviti fizikal untuk membina kemahiran motor dan kecergasan
fizikal. Objektif am yang ketiga adalah mengaplikasikan kemahiran asas dalam
permainan, olahraga, gimnastik pendidikan, pergerakan kreatif, gimnastik irama dan
pendidikan pergerakan dengan betul dan selamat. Keempat, pelajar dapat
memahami dan mematuhi arahan serta peraturan dalam semua aktiviti bagi menjaga
keselamatan.Kelima, pelajar dapat melibatkan diri dalam pengurusan alatan sukan
dan permainan serta mengetahui isu-isu dalam sukan dan permainan serta yang
keenam atau yang terakhir sekali ialah pelajar dapat berinteraksi dan berkomunikasi
dengan rakan semasa beraktiviti dalam suasana yang riang dan mengembirakan.
Bagi memastikan objektif am mata pelajaran pendidikan jasmani dan
pendidikan kesihatan tingkatan dua tercapai, setiap bab di dalam buku teks ini telah
dibahagikan kepada unit-unit yang kecil bagi memudahkan penyampaian maklumat
bagi penekanan setiap bab tertentu. Bab 1 merangkumi unit kecergasan fizikal yang
menekankan pelajar-pelajar menyatakan definisi komponen-komponen kecergasan,
menyatakan maksud prinsip latihan, melibatkan diri dalam aktiviti kecergasan fizikal,
menyatakan faedah latihan kecergasan fizikal dan mematuhi setiap aspek
keselamatan.
3.0

Kekuatan yang terdapat pada buku teks


Secara umumnya kekuatan buku teks ini dianalisis mengikut sembilan
komponen yang merangkumi komponen kesesuain isi kandungan dengan tahap,
komponen ketepatan isi kandungan, komponen kemutakhiran isi kandungan,
komponen kesesuain dengan kehidupan pelajar, komponen kepekaan terhadap nilai
tempatan, komponen fokus kandungan, komponen teknik penyajian kandungan,
komponen paparan kandungan pembelajaran dan kelengkapan dokumentasi
sesebuah buku. Pembahagian setiap komponen yang dianalisis dibahagikan lagi
kepada sub komponen mengikut sembilan komponen berkenaan. Selaras dengan
itu, isi kandungan buku teks ini masih memelihara sensitiviti rakyat Malaysia yang
berbilang kaum dan agama.
Kekuatan buku teks Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
tingkatan dua ialah penyediaannya dilakukan oleh panel penulis dan penilai yang
pakar dalam bidang mata pelajaran masing-masing, serta telah mengambil kira

ANALISIS BUKU TEKS PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN

2012

kehendak semua domain pendidikan, iaitu kognitif, afektif, dan psikomotor yang
menekankan kemahiran intelektual, kemahiran generik serta kemahiran teknik dan
praktikal. Kandungan buku teks ini jelas memperlihatkan ciri-ciri pengajaran dan
pembelajran yang sewajarnya terutamanya dari sedi ciri penggabungjalinan,
penyerapan, cara pelaksanaan aktiviti sebelum, semasa dan selepas aktiviti
pembelajaran, latihan pengukuhan dan laras bahasa yang digunakan adalah mudah
untuk dikuasai dan difahami. Kekuatan buku teks ini bukanlah hanya bergantung
kepada persembahan reka bentuk halaman malahan ianya amat bergantung kepada
persembahan penulisannya. Penulis-penulis buku teks ini dapat menyampaikan
maklumat, keterangan, pengetahuan dan pengajarannya denga berkesan kerana isi
kandungannya mudah difahami kerana perkataan yang digunakan secara konsisten
dan tidak mengelirukan.Hal ini amat penting diberi perhatian dalam analisis buku
teks kerana kefahaman terhadap sesebuah buku bergantung kepada pendekatan
ciri-ciri bahan pengajaran menggunakan pengetahuan sedia ada untuk melakukan
serentak pelabagai proses komponen dalam kefahaman bagi menghasilkan strukturstruktur kognitif atau pengetahuan baru. Oleh itu, ayat yang digunakan adalah jelas
dan bertenaga.
Satu aspek yang dipertimbangkan dalam susunan buku teks ialah kesukaran
murid memahami istilah yang sukar, abstrak dan di luar pengalaman seseorang
pelajar. Isi kandungan buku teks adalah lengkap dan bersesuaian dengan teori
perkembangan kognitif Jean Piaget yang mana mengambil tahap kesesuaian umur
dengan perkembangan operasi mental daripada konkrit kepada abstrak. Pelajarpelajar tingkatan dua yang berusia 14 tahun masih baru pada tahap operasi formal
yang mana teori perkembangan kognitifnya berkembang berasaskan tahap demi
tahap bergantung terhadap perkembangan indivitu itu sendiri. Oleh itu, banyak
ilustrasi gambar yang dipaparkan untuk menjelaskan cara-cara untuk memahami isi
pelajaran yang menekankan aspek kecerdasan kinestetik bagi mengimbangi antara
pergerakan fizikal dengan mental untuk menginterpretasi lakuan atau pergerakan
tubuh badan dengan betul. Proses pemikiran ini amat penting kerana mempengaruhi
penerimaan, penyusunan dan penyimpanan maklumat ke dalam ingatan jangka
masa panjang. Sehubungan dengan itu, persembahan halaman buku teks juga
seharusnya mudah dibaca dan difahami. Hal ini bergantung kepada beberapa faktor
seperti rupa taip, saiz taip, panjang garisan, tajuk, corak halaman termasuk ruang
ditepi halaman, kontra taip dan warna kertas, tekstur kertas dan kesesuaian
kandungan.
Format persembahan pada keseluruhan dalam buku teks adalah terancang,
berfungsi, jelas dan ramah pengguna serta mudah difahami. Hal ini kerana keluasan
dan kedalaman isi kandungan pelajaran mengikut sukatan pelajaran dicerakinkan
kepada beberapa unit kecil bagi memudahkan penyampaian ilmu mengikut subtopiksubtopik tajuk kecil bagi memahami keseluruhan tajuk besar bab kecergasan fizikal.
Penulisan buku teks yang terkandung dalam bab kecergasan ini menggunakan
pembelajaran berdasarkan pengalaman untuk membina kemahiran dan prinsip
latihan kecergasan. Misalnya dalam halaman 14, peta konsep latihan litar
menunjukkan dengan jelas aktiviti-aktiviti yang perlu dilakukan untuk meningkatkan
daya tahan otot. Ruang dalam reka bentuk ilustrasi gambar dan huraian isi pelajaran
dalam buku teks ini digunakan secara optimum untuk membolehkan pembaca

ANALISIS BUKU TEKS PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN

2012

merehatkan mata. Reka bentuk halaman buku teks ini adalaah baik kerana dapat
membantu pembaca membaca mengikut urutan dalam setiap aktiviti-aktiviti
pembelajaran.
Keluasan isi kandungan buku teks ini adalah baik kerana isi kandungan buku
teks mengikut susunan topik yang terkandung dalam sukatan pelajaran yang
bersesuaian dengan skop ilmu pendidikan jasmani yang diintegrasikan melalui
pengalaman sedia ada pembelajaran merentas disiplin ilmu dengan pencerakinan
bidang ilmu kepada tiga tunjang utama yang berbeza. Antara tunjang utama mata
pelajaran pendidikan jasmani merangkumi tunjang kecergasan, tunjang kemahiran
dan tunjang kesukanan. Misalnya tunjang kecergasan dibahagikan kepada enam
komponen kecergasan yang boleh disepadukan dalamKeluasan isi kandungan buku
teks ini adalah baik kerana isi kandungan buku teks mengikut susunan topik yang
terkandung dalam sukatan pelajaran yang bersesuaian dengan skop ilmu pendidikan
jasmani yang diintegrasikan melalui pengalaman sedia ada pembelajaran merentas
disiplin ilmu dengan pencerakinan bidang ilmu kepada tiga tunjang utama yang
berbeza. Antara tunjang utama mata pelajaran pendidikan jasmani merangkumi
tunjang kecergasan, tunjang kemahiran dan tunjang kesukanan. Misalnya tunjang
kecergasan dibahagikan kepada enam komponen kecergasan yang boleh
disepadukan dalam prinsip latihan (Rujuk halaman 39).
Kedalaman isi kandungan buku teks ini disusun mengikut turutan dan
menunjukkan kesinambungan bagi setiap subtopik dalam tajuk kecil bagi setiap tema
dalam pendidikan jasmani. Olahan bahan dan isi pelajaran berdasarkan tahap
kesukaran bersesuain dengan umur pelajar yang dalam permulaan peringkat operasi
formal. Bagi menyokong huraian isi pelajaran ilustrasi gambar dipaparkan untuk
membantu pelajar lemah dalam memahami sesuatu pelajaran yang bersifat abstrak.
Contoh aktiviti kecergasan yang dijalankan oleh pelajar lelaki dan perempuan
mempunyai perbezaan dan persamaan mengikut kemampuan gender pelajar.
Contohnya lakuan mendagu dalam latihan kekuatan otot untuk pelajar lelaki dan
perempuan tidak sama kerana perbezaan rembesan hormon dan pembinaan
kekuatan otot pelajar lelaki dan perempuan adalah berbeza (Rujuk halaman 21 dan
22) .
Ketepatan isi kandungan dari segi konsep, definisi dan fakta adalah baik.
Analisis buku teks dalam bab kecergasan fizikal menerangkan isi kandungan dengan
tepat melalui pencerakinan bab kepada sub bab. Olahan isi kandungan buku teks ini
adalah jelas kerana pada permulaan bab dan sub bab dimulakan dengan definisi
istilah komponen-komponen kecergasan seperti daya tahan kardiovaskular, daya
tahan otot, kekuatan otot, komposisi badan, kuasa dan kelajuan. Penerangan
huraian fakta berkaitan konsep komponen kecergasan adalah mengikut sub bab
yang mana apabila disintesiskan kembali isi kandungan kecergasan fizikal dalam
satu prinsip latihan yang dapat menyihatkan badan. Sebagai contoh, olahan sub bab
1.5 berkenaan kuasa dimulakan dengan definisi kuasa, faedah melakukan aktiviti
komponen kecergasan yang berasaskan kemahiran motor serta cara melaksanakan
latihan kuasa dengan selamat. Setiap urutan huraian fakta yang tersusun mampu
menyampaikan isi kandungan berkenaan konsep kuasa dengan tepat. (Rujuk
halaman 30 - 34)

ANALISIS BUKU TEKS PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN

2012

Ketepatan contoh, kes, dan ilustrasi gambar adalah baik dan menarik kerana
setiap huraian isi kandungan pelajaran yang melibatkan kecergasan fizikal
disertakan contoh perlakuan dalam bentuk gambar bagi memberikan gambaran jelas
dan tepat berkenaan bab dan sub bab yang dihuraikan. Sebagai contoh, merujuk
pada halaman 31, aktiviti untuk meningkatkan kuasa kaki ditunjukkan secara ansur
maju melalui ilustrasi gambar yang tepat untuk menerangkan perlakuan teknik
lompat dakap yang betul.Ketepatan dan konsistensi istilah dan simbol yang
digunakan dalam bab kecergasan fizikal adalah tepat .Penggunaan istilah sains
dalam sukan diperkenalkan dalam isi kandungan pelajaran melibatkan anatomi,
fisiologi, aplikasi biomekanik dan istilah dalam prinsip latihan dihuraikan dengan
tepat, jelas dan konsisten. Penggunaan istilah dan simbol dalam setiap sub bab
kecergasan adalah secara konsisten berdasarkan penggunaan otot yang terlibat
semasa perlakuan komponen - komponen kecergasan fizikal.
Kesesuaian kandungan dengan perkembangan ilmu dan teknologi adalah
sangat baik dengan penggunaan internet. Penyediaan maklumat tambahan menerusi
laman web turut dimuatkan dalam buku teks ini sesuai dengan peredaran masa dan
corak pembelajaran pada hari ini.(Rujuk halaman 29) .Penggunaan istilah sains
sukan dalam info sukan juga membantu perkembangan ilmu pendidikan jasmani.
(Rujuk halaman 13)Kemutakhiran contoh, gambar, ilustrasi peraturan dan kes
sebenar juga sesuai dengan aktiviti yang dijalankan oleh pelajar. Sebagai contoh
maklumat kejayaan yang dipersembahkan dalam info sukan menggambarkan kes
sebenar dalam kehidupan. Contohnya maklumat info sukan Raja Pecut Malaysia
yang memenangi pingat emas acara 100m dalam temasya sukan asia ialah Dr. M.
Jegathesan pada tahun 1962 dengan catatan masa 10.3 saat di Bangkok dan
Rabuan Pit pada tahun 1982 di New Delhi, India. (Rujuk halaman 37). Selain itu,
kesesuaian kandungan dengan perkembangan ilmu dan teknologi adalah sangat
baik dengan penggunaan internet. Penyediaan maklumat tambahan menerusi laman
web turut dimuatkan dalam buku teks ini sesuai dengan peredaran masa dan corak
pembelajaran pada hari ini. Kemutakhiran contoh, gambar, ilustrasi peraturan dan
kes sebenar juga sesuai dengan aktiviti yang dijalankan oleh pelajar. Kemutakhiran
daftar ejaan juga sesuai dengan tahap perkembangan pelajar kerana kandungan
pelajaran difahami oleh pelajar (Rujuk halaman 29). Penggunaan istilah sains sukan
dalam info sukan juga membantu menghuraikan perkembangan ilmu pendidikan
jasmani. (Rujuk halaman 13). Kemutakhiran contoh, gambar, ilustrasi peraturan dan
kes sebenar juga sesuai dengan aktiviti yang dijalankan oleh pelajar. Sebagai contoh
maklumat kejayaan yang dipersembahkan dalam info sukan menggambarkan kes
sebenar dalam kehidupan. Contohnya maklumat info sukan Raja Pecut Malaysia
yang memenangi pingat emas acara 100m dalam temasya sukan asia ialah Dr. M.
Jegathesan pada tahun 1962 dengan catatan masa 10.3 saat di Bangkok dan
Rabuan Pit pada tahun 1982 di New Delhi, India (Rujuk halaman 37).
Perkembangan dan kemampuan pelajar melalui aktiviti kecergasan fizikal
adalah sesuai digunakan dalam PJK berdasarkan buku teks ini. Keadaan dan situasi
lingkungan sosiobudaya pelajar juga sesuai kerana dalam tunjang pendidikan
kesihatan banyak menerapkan nilai-nilai murni serta amalan gaya hidup sihat dalam
kehidupan seharian. Hal ini bertepatan dengan budaya pembelajaran pendidikan

ANALISIS BUKU TEKS PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN

2012

jasmani yang menekankan gaya hidup sihat dan aktif melalui penglibatan murid
secara aktif dan selamat, interaksi yang kreatif dengan rakan-rakan, bahan dan
peralatan sukan seterusnya penyimpanan rekod kegiatan murid sebagai bukti
pembelajaran. Sehubungan dengan itu, perkembangan sosiobudaya yang sihat perlu
diterapkan atau dididik sejak bangku sekolah lagi bagi mengurangkan masalah
kesihatan kepada diri, masyarakat dan negara. Tunjang kecergasan dalam bab
kecergasan fizikal ini menggunakan contoh, gambar dan kes tempatan (Malaysia)
juga sesuai kerana banyak menggambarkan cara hidup masyarakat di Malaysia.
Sebagai contoh penggunaan pakaian yang sesuai, selesa dan selamat dan masa
yang sesuai semasa melakukan aktiviti kecergasan seharusnya bersesuaian dengan
cuaca atau iklim negara kita (Rujuk halaman 10).
Kepekaan terhadap nilai-nilai gagasan atau wawasan negara diterapkan
dalam domain afektif pembelajaran iaitu menyemai semangat kekitaan dalam diri
pelajar bagi merapatkan hubungan antara kaum melalui sukan. Hal ini sejajar
dengan dasar 1M1S bagi mengurangkan masalah kesihatan dalam kalangan pelajar
seterusnya memupuk amalan gaya hidup sihat dalam masyarakat Malaysia sebagai
satu tanda menghargai kesihatan diri dalam kehidupan. Pembelajaran dalam buku
teks ini menggalakkan pelajar melakukan pembelajaran kendiri. Kaedah
penyampaian isi pelajaran bervariasi kerana banyak aktiviti yang dijalankan
dipaparkan dengan variasi pergerakan dan gambar yang menarik. Buku teks ini
dapat mengembangkan daya kritikal dengan baik kerana dalam lakuan aktiviti
kemahiran komponen kecergasan melibatkan aktiviti mental secara analisis, sintesis
dan penilaian. Sebagai contoh info sukan yang dipaparkan dalam setiap tajuk kecil
membantu pelajar menilai kewajaran maklumat yang diberikan terhadap aktiviti
kecergasan yang dipaparkan untuk dilakukan oleh pelajar mempunyai alasan atau
sebab yang tersendiri. Sebagai contoh tujuan melakukan aktiviti menyejukkan badan
untuk menghantar semula asid latik yang terkumpul diotot untuk semasa aktiviti
kecergasan ke hati untuk disimpan dan dijadikan tenaga semula apabila diturunkan.
(Rujuk halaman 3).
Teknik Penyajian kandungan buku teks Pendidikan Jasamani
dan
Pendidikan Kesihatan adalah secara konsisten dan sistematik kerana tunjang utama
kecergasan dibahagikan mengikut bab dan sub bab. Pendidikan dalam kelas PJK
memberi peluang kepada pelajar untuk mencuba dan mengalami proses
pembelajaran melalui penglibatan aktiviti fizikal untuk membina pengalaman bagi
membentuk kemahiran lakuan kecergasan yang betul dan selamat. Ketertiban
konsep, definisi dan fakta isi pelajaran adalah seimbang diantara bab dan sub bab.
Terdapat kesinambungan diantara bab dan sub bab bagi memberikan keutuhan
makna isi pelajaran yang dipersembahkan. Sebagai contoh dalam halaman 12,
permulaan subtopik dimulakan dengan definisi komponen kecergasan daya tahan
otot dan diikuti dengan faedah latihan, cara melaksanakan latihan mengikut tertib
dengan betul dengan mengambil kira aspek keselamatan semasa melakukan aktiviti
tersebut. Ketertiban konsep daya tahan otot dapat difahami dengan mudah kerana
kronologi isi pelajaran tersusun dan teratur. Ilustrasi gambar dan latihan bagi setiap
sub bab dapat memberikan pengukuhan dari domain kognitif terhadap lakuan betul
dan selamat. Seterusnya buku teks ini menyediakan maklumat aspek keselamatan
yang perlu dipelajari dan dipatuhi. Pengukuhan diberikan dalam bentuk latihan

ANALISIS BUKU TEKS PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN

2012

kendiri untuk menguji kefahaman pelajar terhadap isi pelajaran yang telah
disampaikan melalui nota dan peta konsep di dalam buku teks.
Paparan kandungan pembelajaran dalam buku teks bagi tunjang kecergasan
bab 1 lebih menekankan aktiviti pembelajaran berpusatkan pelajar dan pembelajaran
kendiri. Penulisan Bab 1 yang memberikan penekanan dalam kecergasan fizikal
banyak menyediakan aktiviti berpusatkan pelajar kerana melibatkan domain
kognitif,psikomotor dan afektif pelajar untuk melakukan aktiviti fizikal diri. Gaya
penyampaian isi pelajaran disampaikan melalui komponen kecergasan seperti daya
tahan kardiovaskular. Orientasi aktiviti kecergasan fizikal berasaskan daya tahan
kardiovaskular amat penting untuk membina pengalaman pelajar melakukan aktiviti
yang berbentuk aerobik seperti latihan parcourse merangkumi lompat kuadran,
bergayut dipalang, duduk jangkau, memanjat tangga tegak, lompat sentuh palang,
meniti palang,dan latihan fartlek. Hasil pembelajaran berpusatkan pelajar lebih
berkesan kerana pelajar dapat melakukan aktiviti dan merasai kesan daripada aktiviti
kecergasan fizikal bagi menguji kecekapan otot jantung dan sistem pernafasan
(Rujuk halaman 2-10). Pembelajaran kendiri yang baik telah diolah dalam bentuk
latihan bagi setiap subtopik dalam bentuk latihan soalan struktur dan betul salah atau
permainan teka silangkata untuk menguji tahap kefahaman pelajar terhadap
komponen kecergasan yang dipelajari (Rujuk halaman 11, 24, 29, 38, 42, 43).Variasi
daripada aspek jenis aktiviti dapat dilihat dengan jelas dalam bab kecergasan fizikal
kerana isi pelajaran dihuraikan menggunakan aktiviti yang pelbagai. Sebagai contoh
latihan Fartlek dilakukan untuk meningkatkan daya tahan kardiovaskular dan untuk
mengelakkan kebosanan menyediakan contoh aktiviti yang bervariasi secara
berterusan seperti berjalan pantas, lari pecut, berjoging, berlari dalam kelajuan
sederhana pada pelbagai permukaan tanah seperti pasir, rumput, bukit dan jalan
raya. (Rujuk halaman 9).
Fokus kandungan buku ini tepat menunjukkan cara pembelajaran yang
dipersembahkan yang dikaji adalah menarik. Ia menggalakkan penyertaan pelajar
secara aktif dalam berfikir dan mengaplikasikan kandungan pelajaran tersebut.
Sebahagian daripada ilustrasi yang dipersembahkan adalah sesuai dari segi Saiz,
boleh membantu memahami teks, menarik minat, merangsang pembelajaran pelajar
sekaligus mendorong minat pelajar mempelajari isi kandungan buku teks.
Sehubungan dengan itu, perkembangan pemikiran kritis dan kreatif masih diberi
penekanan semasa pembelajaran kerana susunan kandungan huraian teks ini
menghuraikan fakta, cara pelaksanaan aktiviti, info sukan, bahagian aspek
keselamatan, dan latihan pengukuhan diakhir bab adalah mengikut aras kemahiran
mengikut domain kognitif, domain psikomotor dan domain afektif melalui kemahiran
intelektual, kemahiran teknika dan praktikal serta kemahiran generik.Secara tidak
langsung pelajar dapat mengembangkan kemahiran hidup dengan mengamalkan
gaya hidup sihat melalui aktiviti kecergasan fizikal dan kesihatan melalui mata
pelajaran pendidikan jasmani.
Nota, bahan rangsangan seperti ilustrasi gambar di dalam buku ini tidak
menimbulkan bias kerana kajian telah dilakukan terhadap aktiviti dan keupayaan
pelajar mengikut peringkat umur dan jantina masing-masing. Perkembangan
kemahiran proses pembelajaran
amat sesuai kerana dalam ilustrasi yang

ANALISIS BUKU TEKS PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN

2012

ditunjukkan banyak meletakkan lakuan dalam bentuk lukisan berbanding gambar


sebenar bagi mengelakkan bias dari segi kaum. Komunikasi interaktif dalam
penghasilan buku teks ini adalah baik kerana isi pelajaran yang disampaikan mudah
difahami dengan maklumat yang dipaparkan dalam bentuk info sukan. Info sukan
yang dipaparkan mengandungi maklumat seperti kejayaan jaguh sukan (rujuk
halaman 37), aplikasi biomekanik (rujuk halaman 9 atau halaman 30), maklumat
anatomi fisiologi (rujuk halaman 21 dan 39) serta fisiologi senam (rujuk halaman 3
dan 41). Tambahan kepada aspek keselamatan juga ditekankan dalam buku teks ini
bagi mengelakkan pelajar melakukan sesuatu aktiviti tanpa mendatangkan
kemudaratan kepada diri.
Aspek dokumentasi buku teks ini adalah lengkap kerana terdapat kata
pengantar telah disediakan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia iaitu Datuk
Abdul Rafie Bin Mahat yang menyatakan bahawa buku teks ini dibina semula
berdasarkan KBSR dan KBSM semakan semula (Rujuk halaman viii). Definisi istilah
menyatakan bahawa pelajar perlu memahami dan menghayati pengetahuan,
kemahiran dan pengalaman Pendidikan Jasmani dan Kesihatan agar dapat
mengamalkan gaya hidup cergas sebagai budaya Malaysia. Terdapat advance
organizer pada awal bab menjelaskan segala aktiviti yang melibatkan Tunjang
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang memerlukan keseluruhan konsep dan info
berkaitan dengan sukan. Terdapat sumber rujukan terkini untuk teks, gambar, jadual,
diagram, lampiran, nama, tarikh termasuk sumber atas talian secara keseluruhannya
boleh diguna pakai kerana ia dirujuk pada sumber-sumber yang terbaru. Rumusan
dalam buku teks ini disusun pada akhir bab bagi merumuskan isi pelajaran bagi
setiap bab.
Tugasan dan contoh-contoh soalan pada setiap bab adalah mencukupi untuk
pengukuhan minda pelajar kerana latihan yang disediakan tidak terlalu banyak
bersesuaian dengan semua peringkat pelajar untuk mengetahui asas komponen
kecergasan fizikal. Perkara penting yang perlu ditekankan disini adalah amalan ilmu
yang dipelajari supaya menjadi rutin atau gaya hidup sihat yang memberi implikasi
yang baik kepada pelajar dan masyarakat keseluruhannya. Seterusnya Indeks
tersusun dan diletakkan di belakang sekali buku teks (Rujuk halaman 198). Terdapat
2 lampiran dalam buku teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 2.
Sebagai contoh lampiran 1 yang memaparkan senarai 10 regangan yang tidak
digalakkan serta cadangan regangan yang boleh dilakukan dalam senaman untuk
meningkatkan tahap kecergasan fizikal bersesuain dengan tunjang kecergasan
dalam Pendidikan Jasmani. (Rujuk halaman 191 dan 192).
4.0

Kelemahan yang terdapat pada buku teks


Kelemahan yang terdapat pada buku teks ini hanya dari segi kemutakhiran
info sukan atau sumber yang terkini agak kurang kerana buku teks ini adalah terbitan
tahun 2009. Pembahagian bab dan sub bab dalam pendidikan jasmani dan
pendidikan kesihatan digabungkan dalam satu buku. Justeru itu, isu beban beg berat
yang berkaitan dengan ketebalan buku teks dapat diatasi jika naskhah buku teks ini
dipecahkan kepada beberapa jilid mengikut penggal persekolahan dalam setahun.
Selain itu, selaras dengan perkembangan teknologi dalam pendidikan selain

ANALISIS BUKU TEKS PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN

2012

daripada buku teks yang dibukukan, penggunaan cd juga boleh dilakukan.


Penggunaan buku teks dalam bentuk cd lebih interaktif kerana penggunaan video
pembelajaran yang berkesan.
5.0

Penutup
Perkembangan teknologi dalam arena pendidikan menyebabkan buku teks
menghadapi masa depan yang mencabar. Namun yang demikian, buku teks tetap
diperlukan untuk mentadbir sukatan pelajaran bagi setiap mata pelajaran. Secara
keseluruhannya, pendekatan penyusunan, penulisan, reka bentuk persembahan ,
kedalaman, keluasan dan keseimbangan isi kandungan adalah baik. Selaras dengan
itu, buku teks ini telah menekankan dua dimensi utama yang menjadikan sesebuah
buku teks yang baik iaitu dari segi pendekatan dimensi perancangan dan dimensi
pertimbangan reka bentuk untuk merancang dan menerbitkan teks pengajaran yang
berkesan. Justeru itu, isi kandungan yang merlibatkan pelaksanaan aktiviti fizikal
dapat disampaikan dengan berkesan. Hal ini jelas dapat diperhatikan daripada
analisis buku teks ini melalui bab 1 yang bertajuk kecergasan fizikal mempunyai
bahan pengajaran bercetak yang baik bermula dengan perancangan yang teliti
seperti mengenalpasti kumpulan sasaran dan menentukan objektif pembelajaran
yang boleh dicapai oleh pelajar tingkatan dua. Secara keseluruhan, buku teks ini
menyampaikan maklumat dalam bentuk kenyataan yang ringkas dan tepat serta
bersesuaian dengan tahap bacaan dengan umur pelajar bagi mengelakkan
kekeliruan. Penggunaan perkataan yang konkrit dalam menyampaikan teks serta
penggunaan contoh yang sesuai untuk menghuraikan isi kandungan pelajaran
adalah berkesan. Ketertiban serta kesinambungan bab dengan sub bab adalah
seimbang kerana bersesuain dengan kemampuan dan kemahiran pelajar. Secara
tidak langsung, buku teks ini dapat meningkatkan motivasi pelajar kerana aktiviti dan
latihan pengukuhan mudah dipelajari dan menimbulkan komunikasi sehala yang
menarik melalui ilustrasi gambar, permainan dalam latihanh pengukuhan serta info
sukan yang menarik perhatian. Oleh kerana, buku teks ini telah digunakan dalam
tempoh jangka masa yang lama, penggunaan buku ini telah terbukti berkesan kerana
telah diuji dalam proses pengajran dan pembelajran pendidikan jasmani dan
pendidikan kesihatan tingkatan dua.

ANALISIS BUKU TEKS PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN

6.0

2012

Bibliografi

Aminudin Yusof, Anuar Din, Enson Din. 2009. Pendidikan Jasmani dan Pendidikan
Kesihatan Tingkatan 2.Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jamal, Khuan, Marinah, Suzyanty dan Zuraidah. 2012. Pemikiran Kritis dan Kreatif:
Teori dan Aplikasi. Kuala Lumpur: Kaisar Media Kreatif.

N. Suppiah, Ramlah Jantan, Abdul Aziz Shukor. 2008. Psikologi Pendidikan.


Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Noor Azuwan Yaakob. 2000 Analisis kualiti buku teks Bahasa Melayu KBSM. Dewan
Bahasa 44:7 Julai, 777-796.

ANALISIS BUKU TEKS PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN

2012

LAMPIRAN 7 : BORANG ANALISIS & PENILAIAN BUKU TEKS


ANALISIS DAN PENILAIAN BUKU TEKS
SUBJEK

: Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan

JUDUL

: Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan

PENULIS

: Aminudin Bin Yusof, Anuar Bin Din, Enson Binti Din

PENERBIT

: Dewan Bahasa dan Pustaka

TEMPAT TERBIT: Kuala Lumpur

TINGKATAN : Dua

TAHUN TERBIT: 2009

ARAHAN
Tandakan ( ) pada skor:
1: Lemah

2: Sederhana

3: Baik

4: Cemerlang

Dalam ruangan ulasan, anda perlu menyatakan halaman dan justifikasi.


KOMPONEN
A. KESESUAIAN
ISI KANDUNGAN
DENGAN TAHAP

PERKARA
1. Kelengkapan isi
kandungan

SKOR
ULASAN
(Halaman & Justifikasi)
1 2 3 4

Ketepatan keseluruhan dalam isi


kandungan ini bersesuaian dengan
Huraian Sukatan Pelajaran
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan
Kesihatan untuk menyampaikan isi
pelajaran yang dapat
memperkembangkan potensi individu
yang seimbang dari segi jasmani,
emosi, rohani dan intelek melibatkan
perkembangan domain kognitif,
psikomotor dan afektif pelajar.

2. Keluasan isi
kandungan

3. Kedalaman isi
kandungan

Keluasan isi kandungan buku teks ini


adalah baik kerana isi kandungan
buku teks mengikut susunan topik
yang terkandung dalam sukatan
pelajaran yang bersesuaian dengan
skop ilmu pendidikan jasmani yang
diintegrasikan melalui pengalaman
sedia ada pembelajaran merentas
disiplin ilmu dengan pencerakinan
bidang ilmu kepada tiga tunjang
utama yang berbeza. Antara tunjang
utama mata pelajaran pendidikan
jasmani merangkumi tunjang
kecergasan, tunjang kemahiran dan
tunjang kesukanan. Misalnya
tunjang kecergasan dibahagikan
kepada enam komponen kecergasan
yang boleh disepadukan dalam
prinsip latihan. (Rujuk halaman 39)
Kedalaman isi kandungan buku teks
ini disusun mengikut turutan dan

ANALISIS BUKU TEKS PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN

2012

menunjukkan kesinambungan bagi


setiap subtopik dalam tajuk kecil bagi
setiap tema dalam pendidikan
jasmani. Olahan bahan dan isi
pelajaran berdasarkan tahap
kesukaran bersesuain dengan umur
pelajar yang dalam permulaan
peringkat operasi formal. Bagi
menyokong huraian isi pelajaran
ilustrasi gambar dipaparkan untuk
membantu pelajar lemah dalam
memahami sesuatu pelajaran yang
bersifat abstrak. Contoh aktiviti
kecergasan yang dijalankan oleh
pelajar lelaki dan perempuan
mempunyai perbezaan dan
persamaan mengikut kemampuan
gender pelajar. Contohnya lakuan
mendagu dalam latihan kekuatan
otot untuk pelajar lelaki dan
perempuan tidak sama kerana
perbezaan rembesan hormon dan
pembinaan kekuatan otot pelajar
lelaki dan perempuan adalah
berbeza. (Rujuk halaman 21 dan 22)
Rumusan dan cadangan penambahbaikan:
Secara ringkasnya,organisasi isi atau kandungan dalam buku teks pendidikan jasmani ini telah
dipersetujui dan kandungannya sah kerana penulisan buku ini telah ditulis oleh pakar-pakar
dalam bidang sains sukan. Kandungan yang telah dirancang mempunyai turutan dan
bersesuain dengan tahap keupayaan pelajar dari segi perkembangan domain kognitif, domain
psikomotor dan domain afektif pelajar tingkatan dua. Dari segi kedalaman dan keluasan isi
kandungan buku teks ini adalah berpandukan Sukatan Pelajaran seperti yang telah ditetapkan
oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. Oleh yang demikian,
buku teks amat sesuai digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani
dan pendidikan kesihatan bagi pelajar peringkat lemah, sederhana mahupun peringkat
cemerlang. Selain itu, buku teks ini banyak membantu guru mengikut apa yang telah ditetapkan
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

B. KETEPATAN
4. Ketepatan konsep,
Ketepatan isi kandungan dari segi
ISI KANDUNGAN
definisi dan fakta
konsep, definisi dan fakta adalah
baik. Analisis buku teks dalam bab
kecergasan fizikal menerangkan isi
kandungan dengan tepat melalui
pencerakinan bab kepada sub bab.
Olahan isi kandungan buku teks ini
adalah jelas kerana pada permulaan
bab dan sub bab dimulakan dengan
definisi istilah komponen-komponen
kecergasan seperti daya tahan
kardiovaskular, daya tahan otot,
kekuatan otot, komposisi badan,
kuasa dan kelajuan. Penerangan
huraian fakta berkaitan konsep
komponen kecergasan adalah

ANALISIS BUKU TEKS PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN

5. Ketepatan contoh,
kes, gambar,
diagram dan ilustrasi

6. ketepatan dan
konsistensi istilah dan
simbol

7. Ketepatan penulisan
mengikut daftar ejaan.

2012

mengikut sub bab yang mana


apabila disintesiskan kembali isi
kandungan kecergasan fizikal dalam
satu prinsip latihan yang dapat
menyihatkan badan. Sebagai
contoh, olahan sub bab 1.5
berkenaan kuasa dimulakan dengan
definisi kuasa, faedah melakukan
aktiviti komponen kecergasan yang
berasaskan kemahiran motor serta
cara melaksanakan latihan kuasa
dengan selamat. Setiap urutan
huraian fakta yang tersusun mampu
menyampaikan isi kandungan
berkenaan konsep kuasa dengan
tepat. (Rujuk halaman 30 - 34)
Ketepatan contoh, kes, dan ilustrasi
gambar adalah baik dan menarik
kerana setiap huraian isi kandungan
pelajaran yang melibatkan
kecergasan fizikal disertakan contoh
perlakuan dalam bentuk gambar bagi
memberikan gambaran jelas dan
tepat berkenaan bab dan sub bab
yang dihuraikan. Sebagai contoh,
merujuk pada halaman 31, aktiviti
untuk meningkatkan kuasa kaki
ditunjukkan secara ansur maju
melalui ilustrasi gambar yang tepat
untuk menerangkan perlakuan teknik
lompat dakap yang betul.
Ketepatan dan konsistensi istilah dan
simbol yang digunakan dalam bab
kecergasan fizikal adalah tepat
.Penggunaan istilah sains dalam
sukan diperkenalkan dalam isi
kandungan pelajaran melibatkan
anatomi, fisiologi, aplikasi
biomekanik dan istilah dalam prinsip
latihan dihuraikan dengan tepat, jelas
dan konsisten. Penggunaan istilah
dan simbol dalam setiap sub bab
kecergasan adalah secara konsisten
berdasarkan penggunaan otot yang
terlibat semasa perlakuan komponen
- komponen kecergasan fizikal.
Ketepatan penulisan buku teks
mengikut daftar ejaan adalah baik
kerana tiada kesalahan ejaan.

Rumusan dan cadangan penambahbaikan:


Secara ringkasnya, keseluruhan ketepatan isi kandungan dalam bab kecergasan adalah baik
kerana penggunaan istilah sains sukan yang merangkumi anatomi, fisiologi, aplikasi biomekanik
dan istilah yang digunakan dalam prinsip latihan kecergasan didefinisikan, dan dihuraikan

ANALISIS BUKU TEKS PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN


dengan baik dan konsisten.
C.
8. Kesesuaian
KEMUTAKHIRAN
kandungan dengan
KANDUNGAN
perkembangan ilmu
dan teknologi

9. Kemutakhiran contoh,
gambar, ilustrasi,
peraturan dan kes
sebenar.

10. Kemutakhiran daftar


ejaan

2012

Kesesuaian kandungan dengan


perkembangan ilmu dan teknologi
adalah sangat baik dengan
penggunaan internet. Penyediaan
maklumat tambahan menerusi laman
web turut dimuatkan dalam buku teks
ini sesuai dengan peredaran masa
dan corak pembelajaran pada hari
ini.(Rujuk halaman 29) .Penggunaan
istilah sains sukan dalam info sukan
juga membantu perkembangan ilmu
pendidikan jasmani. (Rujuk halaman
13)
Kemutakhiran contoh, gambar,
ilustrasi peraturan dan kes sebenar
juga sesuai dengan aktiviti yang
dijalankan oleh pelajar. Sebagai
contoh maklumat kejayaan yang
dipersembahkan dalam info sukan
menggambarkan kes sebenar dalam
kehidupan. Contohnya maklumat info
sukan Raja Pecut Malaysia yang
memenangi pingat emas acara 100m
dalam temasya sukan asia ialah Dr.
M. Jegathesan pada tahun 1962
dengan catatan masa 10.3 saat di
Bangkok dan Rabuan Pit pada tahun
1982 di New Delhi, India. (Rujuk
halaman 37)
Kemutakhiran daftar ejaan juga
sesuai dengan tahap perkembangan
pelajar iaitu pelajar mudah faham.

Rumusan dan cadangan penambahbaikan:


Secara umumnya, dalam bab kecergasan fizikal, buku teks ini memberikan maklumat yang jelas
tentang prinsip-prinsip asas komponen kecergasan fizikal dan juga menggunakan teknologi
seperti internet melalui laman web untuk mendapatkan maklumat lanjut. Cadangan
penambahbaikan dalam kemutakhiran kandungan berkenaan bab kecergasan adalah dengan
menambah cara pelaksanaan aktiviti pemanasan dan regangan secara dinamik berbanding
regangan secara statik. Hal ini amat penting untuk mengurangkan ketegangan otot semasa
pelaksanaan aktiviti yang lebih aktif seperti melakukan kemahiran permainan semasa
pembelajaran pendidikan jasmani.
D. KESESUAIAN
DENGAN
KEHIDUPAN
PELAJAR

11. Sesuai dengan


perkembangan dan
kemampuan pelajar

12. Sesuai dengan


keadaan dan situasi
lingkungan

Perkembangan dan kemampuan


pelajar melalui aktiviti kecergasan
fizikal adalah sesuai digunakan
dalam PJK berdasrkan buku teks ini.
.
Keadaan dan situasi lingkungan
sosiobudaya pelajar juga sesuai
kerana dalam tunjang pendidikan

ANALISIS BUKU TEKS PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN


sosiobudaya pelajar
13. Menggunakan
contoh, gambar dan
kes tempatan
(Malaysia)

2012

kesihatan banyak menerapkan nilainilai murni dan amalan gaya hidup


sihat dalam kehidupan seharian.
Menggunakan contoh, gambar dan
kes tempatan (Malaysia) juga sesuai
kerana banyak menggambarkan cara
hidup masyarakat di Malaysia

Rumusan dan cadangan penambahbaikan:


Buku teks ini menyediakan bahan rujukan yang bersesuain dengan kehidupan pelajar. Secara
keseluruhannya, isi kandungan pelajaran pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan adalah
ilmu untuk meningkatkan kecergasan dan kesihatan diri untuk melakukan aktiviti dalam
kehidupan seharian dengan lebih baik. Penyusunan ilmu dan olahan penyampaian isi
kandungan buku teks ini adalah bersesuain dengan lingkungan sosiobudaya pelajar. Aktiviti
kecergasan yang disediakan pada peringkat umur pelajar tingkatan dua adalah bersesuain
dengan tahap kemampuan umur remaja. Buku teks ini, banyak menekankan nilai-nilai murni
seperti kesedaran penjagaan kecergasan dan kesihatan diri, pembinaan keyakinan diri,
kesedaran tentang aspek-aspek keselamatan dalam kehidupan. Amalan gaya hidup sihat
berasaskan sumber yang telah disusun dalam buku ini amat berguna kepada pelajar bagi
menjalani kehidupan yang cergas iaitu pelajar berupaya melakukan aktiviti fizikal tanpa rasa lesu
kerana mempunyai kecergasan fizikal yang tinggi. Hal ini amat bertepatan dengan dasar
kerajaan yang melaksanakan program 1 Murid 1 Sukan.
E. KEPEKAAN
TERHADAP
NILAI
TEMPATAN

14. Menumbuhkan
kepekaan terhadap
nilai-nilai tempatan
(ikut subjek)

Menumbuhkan kepekaan terhadap


nilai-nilai tempatan melibatkan
domain afektif seperti nilai-nilai murni
merangkumi berkeyakinan
melakukan lakuan yang betul dengan
selamat semasa melakukan aktiviti
kemahiran dalam kecergasan fizikal,
semangat berpasukan dan
kerjasama antara kumpulan dalam
melakukan aktiviti kecergasan fizikal,
menjaga kesihatan diri dengan
mengamalkan gaya hidup sihat
seperti yang diperjelaskan dalam
Bab 1.

15. Menumbuhkan
kepekaan terhadap
nilai-nilai gagasan/
wawasan negara

Menumbuhkan kepekaan terhadap


nilai-nilai gagasan atau wawasan
negara diterapkan dalam domain
afektif pembelajaran iaitu menyemai
semangat kekitaan dalam diri pelajar
bagi merapatkan hubungan antara
kaum melalui sukan.

Rumusan dan cadangan penambahbaikan:


Secara keseluruhannya, buku teks ini turut memuatkan nilai-nilai tempatan seperti kesedaran
penjagaan kecergasan dan kesihatan diri tanpa mengabaikan aspek keselamatan. Selain itu,
buku teks ini juga turut memuatkan nilai-nilai gagasan satu Malaysia seperti bekerjasama,
bersatu-padu dan melalui semangat kesukanan.

ANALISIS BUKU TEKS PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN

F. FOKUS
KANDUNGAN

16. Mendorong
perasaan ingin tahu
pelajar.

17.
Memperkembangkan
daya kreativiti

18.Mengembangkan
daya
kritikal

2012

Gaya persembahan kandungan bab


kecergasan fizikal ini berupaya
menarik minat pengguna kerana
kandungan isi pelajaran banyak
dibantu dengan pengukuhan lakuan
aktiviti fizikal yang betul
menggunakan ilustrasi gambar yang
menarik. Ilustrasi gambar mendorong
perasaan ingin tahu dan mencuba
aktiviti kecergasan dengan betul
seterusnya pengguna buku teks
berupaya mengukur tahap kesihatan
dan kecergasan fizikal berdasarkan
kemahiran motor yang dihuraikan
dalam sub bab dalam bab ini.
Pembelajaran dalam buku teks ini
menggalakkan pelajar melakukan
pembelajaran kendiri. Hal ini kerana
dalam kandungan buku teks ini
terdapat beberapa gambar ansur
maju dalam beberapa aktiviti seperti
bergayut di palang, duduk jangkau
dan memanjat tangga tegak. Tahap
kecergasan juga disediakan supaya
dilakukan secara ansur maju kerana
fokus kandungan menyediakan
jadual tahap perlakuan aktiviti dari
peringkat permulaan, peringkat
sederhana seterusnya kepada
peringkat perlakuan yang baik.
(Rujuk halaman 4 5). Variasi aktiviti
yang dijalankan dipaparkan dengan
variasi pergerakan dan gambar yang
menarik.
Buku teks ini dapat mengembangkan
daya kritikal dengan baik kerana
dalam lakuan aktiviti kemahiran
komponen kecergasan melibatkan
aktiviti mental secara analisis,
sintesis dan penilaian. Sebagai
contoh info sukan yang dipaparkan
dalam setiap tajuk kecil membantu
pelajar menilai kewajaran maklumat
yang diberikan terhadap aktiviti
kecergasan yang dipaparkan untuk
dilakukan oleh pelajar mempunyai
alasan atau sebab yang tersendiri.
Sebagai contoh tujuan melakukan
aktiviti menyejukkan badan untuk
menghantar semula asid latik yang
terkumpul diotot untuk semasa
aktiviti kecergasan ke hati untuk
disimpan dan dijadikan tenaga

ANALISIS BUKU TEKS PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN

19. Mengembangkan
kemahiran hidup

2012

semula apabila diturunkan (Rujuk


halaman 3)
Bab 1 atau bab kecergasan fizikal
lebih memberi penekanan terhadap
perkembangan kemahiran
kecergasan yang dapat menyihatkan
badan dan wajar dijadikan amalan
dalam kehidupan seharian. Amalan
gaya hidup sihat dapat mengelakkan
penyakit yang mengancam kesihatan
pelajar, masyarakat dan modal insan
negara. Fokus kandungan bab
kecergasan fizikal dapat membantu
pengguna buku teks memahami
kecergasan fizikal amat penting
untuk melakukan aktiviti dalam
kehidupan seharian tanpa cepat
berasa lesu atau mempunyai daya
tahan otot yang tinggi untuk
melakukan aktiviti fizikal tanpa
mengundang sebarang kecederaan.

Rumusan dan cadangan penambahbaikan :


Rumusannya buku teks ini mempunyai fokus kandungan yang menunjukkan cara pembelajaran
yang dipersembahkan yang dikaji adalah menarik. Ia menggalakkan penyertaan pelajar secara
aktif dalam berfikir dan mengaplikasikan kandungan pelajaran tersebut. Sebahagian daripada
ilustrasi yang dipersembahkan adalah sesuai dari segi Saiz, boleh membantu memahami teks,
menarik minat, merangsang pembelajaran pelajar sekaligus mendorong minat pelajar
mempelajari isi kandungan buku teks. Sehubungan dengan itu, perkembangan pemikiran kritis
dan kreatif masih diberi penekanan semasa pembelajaran kerana susunan kandungan huraian
teks ini menghuraikan fakta, cara pelaksanaan aktiviti, info sukan, bahagian aspek keselamatan,
dan latihan pengukuhan diakhir bab adalah mengikut aras kemahiran mengikut domain kognitif,
domain psikomotor dan domain afektif melalui kemahiran intelektual, kemahiran teknika dan
praktikal serta kemahiran generik.Secara tidak langsung pelajar dapat mengembangkan
kemahiran hidup dengan mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti kecergasan fizikal dan
kesihatan melalui mata pelajaran pendidikan jasmani.
G. TEKNIK
PENYAJIAN
KANDUNGAN

20. Bab dan sub bab di


paparkan secara
konsistensi dan
sistematik

Teknik penyajian kandungan bab


dan sub bab adalah secara konsisten
dan sistematik kerana paparan isi
kandungan setiap sub bab dalam
bab berkenaan menggunakan
pengulangan ciri-ciri atau kriteria
yang sama. Misalnya, setiap sub bab
dalm bab kecergasan fizikal
dimulakan dengan definisi komponen
kecergasan, faedah melakukan
latihan untuk meningkatkan
komponen kecergasan, tatacara
sebelum dan selepas
melaksananakan aktiviti latihan
komponen kecergasan, cara
melaksanakan latihan komponen
kecergasan, tahap pengukuran

ANALISIS BUKU TEKS PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN

21. Ketertiban konsep,


definisi dan fakta

22. Bersifat konstekstual

2012

perlakuan latihan secara


berperingkat, aspek keselamatan
dan latihan pengukuhan. Teknik
penyajian kandungan secara
konsisten dan sistematik ini mampu
memberikan gambaran awal secara
terperinci melalui sub bab dan
disintesiskan pada akhit bab dalam
prinsip latihan bagi menggambarkan
keseluruhan satu bab kecergasan
fizikal. Pembentukan konsep
kecergasan fizikal yang digunakan
dalam teknik penyajian kandungan
adalah bersifat induktif untuk
menerapkan konsep kaedah
pembelajaran pendidikan jasmani
yang berkesan.
Pendidikan dalam kelas PJK
memberi peluang kepada pelajar
untuk mencuba dan mengalami
proses pembelajaran melalui
penglibatan mereka dalam aktiviti
fizikal. Oleh itu, ketertiban konsep,
definisi dan fakta serta sifat
konstekstual, keseimbangan,
kesinambungan dan Keutuhan
makna bab/ sub bab/ topik
keseluruhannya merangkumi kepada
pendidikan yang menyeluruh meliputi
domain psikomotor, kognitif, afektif,
sosial dan emosi. Sebagai contoh
dalam halaman 12, permulaan
subtopik dimulakan dengan definisi
komponen kecergasan daya tahan
otot dan diikuti dengan faedah
latihan, cara melaksanakan latihan
mengikut tertib dengan betul dengan
mengambil kira aspek keselamatan
semasa melakukan aktiviti tersebut.
Ketertiban konsep daya tahan otot
dapat difahami dengan mudah
kerana kronologi isi pelajaran
tersusun dan teratur. Ilustrasi
gambar dan latihan bagi setiap
subtopik dapat memberikan
pengukuhan dari domain kognitif
terhadap per lakuan aktiviti
komponen kecergasan yang
melibatkan domain psikomotor.
Teknik penyajian isi kandungan bab
kecergasan fizikal adalah bersifat
konstekstual kerana tajuk
kecergasan fizikal melibatkan
perlakuan diri pelajar. Pengalaman

ANALISIS BUKU TEKS PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN

23. Keseimbangan di
antara bab dan sub
bab

24. Kesinambungan di
antara bab/ sub bab/
topik.

25.Keutuhan makna
yang terdapat dalam
bab/ sub bab/ topik

2012

melakukan aktiviti berdasarkan


arahan atau cara-cara pelaksanaan
setiap aktiviti kecergasan mampu
meningkatkan keberkesanan
pembelajaran pelajar di sekolah.
Sebagai contoh tatacara sebelum
dan selepas latihan daya tahan
kardiovaskular memerlukan pelajar
mengambil bacaan nadi
dipergelangan tangan atau di karotid
arteri. Merujuk pada halaman 3,
teknik-teknik berserta gambar untuk
mengambil bacaan nadi dipaparkan
dengan jelas bagi membolehkan
pelajar melakukan teknik tersebut.
Penyajian isi kandungan diantara
bab dan sub bab adalah seimbang.
Pencerakinan sub bab dalam setiap
bab adalah logik mengikut tunjang
pembelajaran pendidikan jasmani
dan pendidikan kesihatan.
Isi kandungan sub bab mempunyai
kesinambungan hubungan diantara
sub bab yang lain bagi
menghuraikan keseluruhan sesuatu
bab dengan tepat, jelas dan
konsisten.
Setiap sub bab mempunyai keutuhan
makna yang jelas dan tepat kerana
menerangkan sesuatu maksud
komponen kecergasan dengan jelas
diikuti dengan huraian kaedah
melaksanakan komponen
kecergasan, seterusnya penyediaan
aktiviti pengukuhan adalah untuk
memastikan pemahaman pelajar
dalam pembelajaran kandungan
tersebut.

Rumusan dan cadangan penambahbaikan:


Rumusannya teknik penyajian kandungan yang merangkumi bab dan sub bab dalam buku teks
ini adalah mengikut ketertiban dan mempunyai kesinambungan kandungan pelajaran. Selaras
dengan itu, ketertiban konsep, definisi dan fakta kandungan mempunyai keutuhan makna dalam
pembelajaran pelajar. Hal ini adalah kerana mata pelajaran pendidikan jasmani bersifat
kontekstual. Kandungan bab dan sub bab mempunyai keseimbangan yang sesuai dengan tahap
semua peringkat pelajar dari segi latarbelakang sosioekonomi, jantina, peringkat umur dan tahap
perkembangan kognitif serta fizikal pelajar. Justeru itu, teknik penyajian kandungan buku teks
inni adalah baik kerana memudahkan pelajar memahami isi pelajaran yang disampaikan.
H. PAPARAN
26. Berpusatkan kepada
KANDUNGAN
pelajar
PEMBELAJARAN

Penulisan Bab 1 yang memberikan


penekanan dalam kecergasan fizikal
banyak menyediakan aktiviti
berpusatkan pelajar kerana
melibatkan domain

ANALISIS BUKU TEKS PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN

2012

kognitif,psikomotor dan afektif pelajar


untuk melakukan aktiviti fizikal diri.
Gaya penyampaian isi pelajaran
disampaikan melalui komponen
kecergasan seperti daya tahan
kardiovaskular. Orientasi aktiviti
kecergasan fizikal berasaskan daya
tahan kardiovaskular amat penting
untuk membina pengalaman pelajar
melakukan aktiviti yang berbentuk
aerobik seperti latihan parcourse
merangkumi lompat kuadran,
bergayut dipalang, duduk jangkau,
memanjat tangga tegak, lompat
sentuh palang, meniti palang,dan
latihan fartlek. Hasil pembelajaran
berpusatkan pelajar lebih berkesan
kerana pelajar dapat melakukan
aktiviti dan merasai kesan daripada
aktiviti kecergasan fizikal bagi
menguji kecekapan otot jantung dan
sistem pernafasan. (Rujuk halaman
2-10)
27. Pembelajaran
kendiri

Pembelajaran kendiri yang baik telah


diolah dalam bentuk latihan bagi
setiap subtopik dalam bentuk latihan
soalan struktur dan betul salah atau
permainan teka silangkata untuk
menguji tahap kefahaman pelajar
terhadap komponen kecergasan
yang dipelajari. (Rujuk halaman 11,
24, 29, 38, 42, 43)

28. Bervariasi

Variasi daripada aspek jenis aktiviti


dapat dilihat dengan jelas dalam bab
kecergasan fizikal kerana isi
pelajaran dihuraikan menggunakan
aktiviti yang pelbagai. Sebagai
contoh latihan Fartlek dilakukan
untuk meningkatkan daya tahan
kardiovaskular dan untuk
mengelakkan kebosanan
menyediakan contoh aktiviti yang
bervariasi secara berterusan seperti
berjalan pantas, lari pecut, berjoging,
berlari dalam kelajuan sederhana
pada pelbagai permukaan tanah
seperti pasir, rumput, bukit dan jalan
raya. (Rujuk halaman 9)

29. Adil & demokrasi


(tidak bias lokasi,
gender, etnik dll)

Keadilan & demokrasi tidak


menimbulkan bias dalam
penghasilan buku teks. Ia

ANALISIS BUKU TEKS PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN

2012

menggambarkan konsep 1 Malaysia.


Mengembangkan kemahiran proses
amat sesuai kerana dalam ilustrasi
yang ditunjukkan banyak meletakkan
lakuan dalam bentuk lukisan
berbanding gambar sebenar.
30. Mengembangkan
kemahiran proses

31. Mencipta komunikasi


interaktif

Buku teks ini mengembangkan


kemahiran proses asas bermula
daripada proses pemerhatian,
pengkelasan, pengukuran,
komunikasi, membuat inferens dan
membuat ramalan. Sebagai contoh
dalam bab 1, sub bab 1.1 dibawah
tajuk daya tahan kardiovaskular,
latihan berkonsepkan Parcourse
dijalankan mengikut stesen untuk
meningkatkan daya daya tahan dan
kekuatan otot jantung. Latihan
berkonsepkan Parcourse ini telah
dikelaskan kepada beberapa aktiviti
mengikut stesen seperti lompat
kuadran, bergayut di palang, duduk
jangkau, tangga tegak, angkat kaki,
lompat sentuh palang, naik turun
bangku dan meniti palang. Bagi
setiap stesen aktiviti, buku teks ini
juga turut memuatkan tahap
pengukuran bagi setiap aktiviti yang
dilakukan secara berperingkatperingkat. Pengguna buku teks
berupaya membuat ramalan
terhadap keupayaan melakukan
aktiviti dengan tahap pengukuran
aktiviti yang dilakukan bagi
meninggkatkan atau mengekalkan
kekuatan dan daya tahan
kardiovaskular. Pengembangan
kemahiran proses berlaku semasa
penggunaan buku teks ini kerana
susunan isi pelajaran menepati
urutan perkembangan kemahiran
proses pembelajaran dalam diri
pengguna buku teks ini. (Rujuk
halaman 1-8)
Komunikasi interaktif dalam
penghasilan buku adalah baik kerana
isi pelajaran yang disampaikan
mudah difahami dengan maklumat
yang dipaparkan dalam bentuk info
sukan. Info sukan yang dipaparkan
mengandungi maklumat seperti
kejayaan jaguh sukan (rujuk halaman
37), aplikasi biomekanik (rujuk

ANALISIS BUKU TEKS PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN

2012

halaman 9 atau halaman 30),


maklumat anatomi fisiologi (rujuk
halaman 21 dan 39) serta fisiologi
senam (rujuk halaman 3 dan 41)
32. Menekankan aspek
keselamatan (bagi
subjek amali/ praktik)

Aspek keselamatan juga ditekankan


dalam buku teks ini bagi
mengelakkan pelajar melakukan
sesuatu aktiviti tanpa mendatangkan
kemudaratan kepada diri.

Rumusan dan cadangan penambahbaikan:


Secara keseluruhan, paparan kandungan buku teks yang merangkumi berpusatkan kepada
pelajar, pembelajaran kendiri, bervariasi demokrasi, mencipta komunikasi interaktif dan
menekankan aspek keselamatan adalah baik. Reka bentuk paparan kandungan pembelajaran
bab kecergasan fizikal adalah mengikut urutan dan berkesinambungan diantara satu peringkat
mudah ke peringkat seterusnya yang lebih kompleks dengan komunikasi sehala yang baik
berdasarkan ilustrasi gambar yang tersusun, info sukan yang mengandungi huraian mendalam
aplikasi biomekanik, maklumat anatomi fisiologi, fisiologi senam serta jaguh sukan untuk
dijadikan sumber inspirasi atau idola sukan. Tambahan paparan yang paling penting mengenai
aspek keselamatan bertepatan dengan budaya pembelajaran pendidikan jasmani turut
dimuatkan bagi akhir setiap sub bab dalam bab kecergasan dan fizikal. Penekanan aspek
keselamatan yang berulang-ulang pada setiap bab menunjukkan buku teks ini menekankan
aspek keselamatan dalam melakukan aktiviti kecergasan fizikal. Seterusnya pengulangan
paparan bahagian aspek keselamatan adalah untuk menjdi peringatan serta menjadikan amalan
dalam menjalankan latihan atau aktiviti kecergasan.
I.
KELENGKAPAN
DOKUMENTASI

33. Ada kata pengantar

Pengantar telah disediakan oleh


Ketua Pengarah Pendidikan
Malaysia iaitu Datuk Abdul Rafie Bin
Mahat yang menyatakan bahawa
buku teks ini dibina semula
berdasarkan KBSR dan KBSM
semakan semula. (Rujuk halaman
viii)

34. Definisi istilah


dinyatakan

Definisi istilah menyatakan bahawa


pelajar perlu memahami dan
menghayati pengetahuan, kemahiran
dan pengalaman Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan agar dapat
mengamalkan gaya hidup cergas
sebagai budaya Malaysia.

35. Ada carta/ Advance


organizer pada awal
bab

36. Sumber maklumat


terkini: teks, data,

Advance organizer seperti


kandungan pendidikan jasmani dan
pendidikan kesihatan pada awal bab
menjelaskan segala aktiviti yang
melibatkan Tunjang Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan yang
memerlukan keseluruhan konsep
dan info berkaitan dengan sukan.
Sumber rujukan terkini untuk teks,
gambar, jadual, diagram, lampiran,

ANALISIS BUKU TEKS PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN


gambar, jadual,
diagram, nama, tarikh
& sumber internet.
37. Ada rumusan pada
setiap topik/ bab.

38.Tugasan, latihan
dan contoh soalan
diberi pada setiap
bab.

39. Ada bibliografi/


rujukan terkini

40. Terdapat Indeks

41. Ada lampiran (bagi


perkara yang
berkaitan

2012

nama, tarikh termasuk sumber atas


talian secara keseluruhannya boleh
diguna pakai.
Rumusan dalam buku teks ini adalah
mengikut setiap bab.
Tugasan dan contoh-contoh soalan
pada setiap bab adalah mencukupi
sebagai pengukuhan minda pelajar
kerana dalam bab 1 yang
mengandungi 7 sub bab mempunyai
latihan pengukuhan bagi setiap sub
bab. Tugasan berbentuk soalan
Buku teks ini mengandungi senarai
rujukan pada akhir buku ini
menunjukkan dapatan sumbersumber ilmu pendidikan jasmani dan
pendidikan kesihatan. (Rujuk 196
197)
Indeks tersusun dan diletakkan di
belakang sekali buku teks
(Rujuk halaman 198)
Terdapat 2 lampiran dalam buku
teks Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan Tingkatan 2. Sebagai
contoh lampiran 1 yang
memaparkan senarai 10 regangan
yang tidak digalakkan serta
cadangan regangan yang boleh
dilakukan dalam senaman untuk
meningkatkan tahap kecergasan
fizikal bersesuain dengan tunjang
kecergasan dalam Pendidikan
Jasmani. (Rujuk halaman 191dan
192)

Rumusan dan cadangan penambahbaikan:


Secara keseluruhan, buku teks ini mempunyai dokumentasi yang lengkap kerana mengandungi
isi kandungan pelajaran yang tersusun, kata pengantar , pendahuluan, susunan bab dan sub
bab, rumusan pada akhir setiap bab, latihan pengukuhan, sumber rujukan , indeks serta
lampiran. Dokumentasi lengkap buku teks ini menunjukkan bahawa nilai buku ini tidak boleh
digandingkan dengan buku rujukan lain kerana reka bentuk olahan dan penyusunannya amat
sesuai dengan pembelajaran pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan. Cadangan
penambaikan hanyalah pada sumber info sukan terkini bagi mendedahkan kemajuan sukan
pada hari ini.

ANALISIS BUKU TEKS PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN


LAMPIRAN 7.1

2012

ANALISIS BUKU TEKS PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN


LAMPIRAN 7.2

2012

ANALISIS BUKU TEKS PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN


LAMPIRAN 7.3

2012

ANALISIS BUKU TEKS PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN


LAMPIRAN 7.4

2012

ANALISIS BUKU TEKS PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN


LAMPIRAN 7.5

2012

ANALISIS BUKU TEKS PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN


LAMPIRAN 7.6

2012

ANALISIS BUKU TEKS PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN


LAMPIRAN 7.7

2012

ANALISIS BUKU TEKS PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN


LAMPIRAN 7.8

2012

ANALISIS BUKU TEKS PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN


LAMPIRAN 7.9

2012

ANALISIS BUKU TEKS PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN


LAMPIRAN 7.10

2012

ANALISIS BUKU TEKS PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN


LAMPIRAN 7.11

2012

ANALISIS BUKU TEKS PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN


LAMPIRAN 7.12

2012

ANALISIS BUKU TEKS PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN


LAMPIRAN 7.13

2012

ANALISIS BUKU TEKS PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN


LAMPIRAN 7.14

2012

ANALISIS BUKU TEKS PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN


LAMPIRAN 7.15

2012

ANALISIS BUKU TEKS PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN


LAMPIRAN 7.16

2012

Anda mungkin juga menyukai