Anda di halaman 1dari 94

KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI DAN

PENDIDIKAN KESIHATAN SEKOLAH


RENDAH

ABAR 2021
RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-


cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam
kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara
hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi
kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama
secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang
liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya
dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat
progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi
moden;

ABAR 2020
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan
menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami
untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan
atas prinsip-prinsip berikut :-

• KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN


• KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
• KELUHURAN PERLEMBAGAAN
• KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
• KESOPANAN DAN KESUSILAAN

ABAR 2020
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang


berterusan ke arah memperkembang potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan
insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi bertujuan melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
ABAR 2020
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN
PENTAKSIRAN SEKOLAH RENDAH
ABAR 2020
SOALAN ?
RASIONAL PENDIDIKAN JASMANI DAN
PENDIDIKAN KESIHATAN SEK. REN.

 Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah adalah


bertujuan memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi, dan jasmani.
 Kurikulum ini menyediakan murid ke arah
pembinaan modal insan yang sihat dan cergas.
 Kajian yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia, menunjukkan 60.1% rakyat Malaysia tidak
melakukan aktiviti yang aktif dan menghadapi
pelbagai risiko penyakit kronik dan penyakit tidak
berjangkit seperti sakit jantung, diabetes, dan
tekanan darah tinggi (Noncommunicable Disease
Section - Disease Control Division, 2006). Justeru,
tahap kecergasan murid ditingkatkan melalui amalan
dan pengetahuan Pendidikan Jasmani sejak awal lagi.

ABAR 2020
MATLAMAT PENDIDIKAN JASMANI DAN
PENDIDIKAN KESIHATAN

 Kurikulum Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah


bertujuan membina murid menjadi individu yang
cergas dan sihat serta berkemahiran,
berpengetahuan, dan mengamalkan nilai murni
melalui aktiviti fizikal ke arah mencapai
kesejahteraan hidup.
 Kurikulum Pendidikan Kesihatan membolehkan
individu mengawal kesihatan diri, keluarga,
masyarakat dan persekitaran menerusi
pengetahuan, kemahiran, amalan gaya hidup sihat
dan bersikap positif untuk mencapai kesejahteraan
hidup serta jangka hayat panjang yang berkualiti.

ABAR 2020
SOALAN ?
OBJEKTIF PENDIDIKAN JASMANI DAN
PENDIDIKAN KESIHATAN
1. Mengaplikasi konsep pergerakan semasa melakukan
kemahiran asas pergerakan dengan lakuan yang betul;
2. Menguasai kemahiran asas permainan mengikut kategori
serangan, jaring, dan memadang dengan lakuan yang betul;
3. Mengaplikasi kemahiran asas pergerakan dan komponen
kecergasan semasa melakukan aktiviti rekreasi dan
kesenggangan;
4. Melakukan senaman yang dapat meningkatkan tahap
kecergasan fizikal;
5. Mengenal pasti kedudukan anggota badan yang betul
semasa melakukan pergerakan;
6. Mengenal pasti aktiviti yang dapat meningkatkan
tahap kecergasan fizikal;
7. Memerihal kepentingan melakukan aktiviti fizikal
secara berkala;
8. Mematuhi peraturan dan mengamalkan langkah
keselamatan semasa melakukan aktiviti fizikal;
9. Mempamerkan tanggungjawab kendiri semasa
melakukan aktiviti fizikal;
10. Berinteraksi dalam pelbagai cara semasa melakukan
aktiviti fizikal;
11. Membentuk kumpulan dan bekerjasama dalam
kumpulan; dan
12. Mengamalkan gaya hidup sihat untuk kesejahteraan.
ABAR 2020
(i) mempertingkatkan pengetahuan, sikap dan amalan
kesihatan diri, keluarga, masyarakat serta persekitaran;

(ii) mempamerkan kemahiran mencegah masalah


kesihatan dan penyakit; dan

(iii) menguasai keupayaan bagi menghadapi dan


menangani masalah serta isu berkaitan dengan
kesihatan.

ABAR 2020
SOALAN ?
STRUKTUR KURIKULUM PJPK SEKOLAH
RENDAH
KERANGKA DAN REKA BENTUK
KURIKULUM PJPK
Komunikasi
Penggabungjalinan kemahiran
berbahasa semasa berinteraksi
dalam bahasa Malaysia,
bahasa Inggeris, bahasa Cina
dan bahasa Tamil

Literasi Sains & Teknologi Kerohanian, Sikap & Nilai


Penguasaan pengetahuan sains, Penghayatan amalan agama,
kemahiran dan sikap saintifik kepercayaan, sikap dan nilai
Penguasaan pengetahuan dan
kemahiran matematik
Penguasaan pengetahuan dan
Insan
kemahiran berasaskan teknologi seimbang
Kemanusiaan
Penguasaan ilmu dan amalan
Fizikal & Estetika tentang kemasyarakatan dan alam
Perkembangan jasmani dan kesihatan sekitar setempat, negara dan global
untuk kesejahteraan diri Penghayatan semangat patriotisme
Pemupukan daya imaginasi, kreativiti, dan perpaduan
bakat dan apresiasi

Keterampilan Diri
Pemupukan kepimpinan dan
sahsiah diri melalui aktiviti
kurikulum dan kokurikulum
KSSR dibina berasaskan enam tunjang, iaitu Komunikasi;
Kerohanian; Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; Keterampilan
Diri; Perkembangan Fizikal dan Estetika; serta Sains dan
Teknologi. Enam tunjang tersebut merupakan domain
utama yang menyokong antara satu sama lain dan
disepadukan dengan pemikiran kritis, kreatif dan
inovatif. Kesepaduan ini bertujuan membangunkan
modal insan yang menghayati nilai-nilai murni
berteraskan keagamaan, menghayati nilai-nilai murni
berteraskan keagamaan, berpengetahuan,
berketerampilan, berpemikiran kritis dan kreatif serta
inovatif

ABAR 2020
SOALAN ?
STANDARD KANDUNGAN DAN
STANDARD PEMBELAJARAN
 Standard Kurikulum digubal dengan menetapkan
Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran
yang perlu dikuasai oleh murid.
 Tujuan utama penetapan standard adalah untuk
ekuiti dan kualiti.
 Ekuiti bermaksud semua murid diberi peluang
pendidikan yang sama, manakala kualiti bermaksud
semua murid perlu diberi pendidikan yang berkualiti.
 Justeru, kurikulum berasaskan standard memberi
pendidikan berkualiti yang sama kepada semua
murid.

ABAR 2020
 Standard Kandungan merupakan pernyataan spesifik
tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh
lakukan dalam suatu tempoh persekolahan.
Standard Kandungan merangkumi aspek
pengetahuan,kemahiran dan nilai.
 Standard Pembelajaran merupakan satu penetapan
kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan
pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard
kandungan. Standard yang ditetapkan mesti
dilaksanakan, mesti dicapai oleh murid dan mesti
ditaksir secara berterusan oleh guru. Pendekatan
menggunakan standard menuntut guru untuk lebih
bertanggungjawab ke atas pencapaian murid.
ABAR 2020
 Dokumen Standard Kurikulum Pendidikan Jasmani
merupakan dokumen pembelajaran untuk satu
tahun persekolahan yang disusun secara modular
mengikut Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR).
 Dalam kurikulum modular, kandungan
dikelompokkan kepada bahagian-bahagian yang
dinamakan sebagai modul. Modul merangkumi
kandungan pembelajaran dalam bentuk unit kendiri-
lengkap (self-contained) yang terdiri daripada
pengetahuan, kemahiran, dan nilai yang telah
dikenal pasti untuk dikuasai dan dicapai.

ABAR 2020
 Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani terdiri
daripada Modul Kemahiran dan Modul
Kecergasan. Kandungan kurikulum ini juga
dibahagikan pemberatannya sebanyak 75% Modul
Kemahiran dan 25 % Modul Kecergasan.
 Kurikulum Pendidikan Kesihatan terdiri daripada
Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial iaitu
PEERS (75%), pemakanan (15%) dan pertolongan
cemas (10%). Sejumlah 35 waktu dalam
penjadualan persekolahan setahun diagihkan
untuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Kesihatan bagi Tahap Satu dan Tahap
Dua sekolah rendah.
ABAR 2020
Modul Kemahiran terdiri daripada:

1. gimnastik asas;
2. pergerakan berirama;
3. kemahiran asas permainan yang melibatkan
kategori serangan, jaring, dan memadang;
4. olahraga asas yang melibatkan asas berlari,
asas lompatan, dan asas balingan;
5. akuatik asas; dan
6. rekreasi dan kesenggangan.

ABAR 2020
Modul Kecergasan pula terdiri daripada:-
1. konsep kecergasan;
2. komponen kecergasan berdasarkan kesihatan iaitu
kapasiti aerobik, kelenturan, kekuatan otot, daya
tahan otot, dan komposisi badan; dan
3. pengukuran kecergasan fizikal.

ABAR 2020
Kandungan bagi setiap modul disusun mengikut
domain psikomotor, kognitif, dan afektif. Domain-
domain tersebut mewakili lima aspek iaitu:-

Aspek 1 : Kemahiran Pergerakan (Domain Psikomotor)

 Melalui Aspek 1, murid menguasai pelbagai corak


pergerakan dan kemahiran motor yang diperlukan
untuk melakukan pelbagai aktiviti fizikal yang
terdapat di dalam Modul Kemahiran.

ABAR 2020
Aspek 2: Aplikasi Pengetahuan Dalam Pergerakan
(Domain Kognitif)

 Melalui Aspek 2, murid dapat mengaplikasi


pengetahuan berkaitan konsep, prinsip, dan strategi
pergerakan dalam pembelajaran serta
mengembangkan kemahiran motor dalam
melaksanakan aktiviti fizikal di dalam Modul
Kemahiran.

ABAR 2020
Aspek 3: Kecergasan Meningkatkan Kesihatan (Domain
Psikomotor)
 Melalui Aspek 3, murid berkeupayaan meningkatkan
dan mengekalkan tahap kecergasan untuk kesihatan
dan prestasi fizikal melalui Modul Kecergasan.

Aspek 4: Aplikasi Pengetahuan Meningkatkan


Kecergasan (Domain Kognitif)
 Melalui Aspek 4, murid dapat mengaplikasi
pengetahuan berkaitan konsep, prinsip, dan strategi
meningkatkan kecergasan untuk kesihatan dan
prestasi fizikal melalui Modul Kecergasan

ABAR 2020
Aspek 5: Kesukanan (Domain Afektif)

 Melalui Aspek 5, murid berkeupayaan


mengukuhkan amalan Pendidikan Jasmani menerusi
elemen keselamatan, konsep sosiologi, dan
psikologi, prinsip, dan strategi untuk melakukan
aktiviti fizikal dengan berkesan yang melibatkan:-
1. pengurusan dan keselamatan,
2. tanggungjawab kendiri,
3. interaksi sosial, dan
4. dinamika kumpulan.

ABAR 2020
 Kandungan Pendidikan Kesihatan memberi
penekanan terhadap gaya hidup sihat bersesuaian
dengan ciri dan keperluan murid serta disusun
mengikut tiga modul utama iaitu :

Modul 1 : Kesihatan Fizikal


 Modul ini menekankan aspek perkembangan fizikal
serta penjagaan kesihatan diri, keluarga dan
masyarakat. Fokus diberi kepada kesihatan diri dan
reproduktif, pemakanan dan penyalahgunaan bahan.

ABAR 2020
Modul 2 : Kesihatan Mental, Emosi dan Sosial
 Modul ini menekankan aspek perkembangan mental,
emosi dan sosial serta mengurus risiko, konflik dan
perubahan dalam kehidupan. Fokus diberi kepada
pengurusan mental dan emosi, kekeluargaan serta
perhubungan.

Modul 3 : Kesihatan Persekitaran


 Modul ini menekankan aspek kesihatan dan
keselamatan persekitaran. Fokus diberi kepada
pencegahan penyakit, keselamatan dan pertolongan
cemas.

ABAR 2020
PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF DAN SOSIAL
(PEERS) DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN
KESIHATAN

 Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS)


diajar melalui kurikulum Pendidikan Kesihatan.
PEERS adalah satu proses sepanjang hayat untuk
memperoleh pengetahuan dan membentuk sikap,
nilai serta kepercayaan terhadap identiti,
perhubungan dan keintiman sesama insan.

ABAR 2020
 PEERS bukan hanya terbatas kepada isu seksual atau
hubungan seks semata-mata. PEERS mencakupi
pengetahuan dari aspek biologikal, sosiobudaya,
psikologikal dan kerohanian ke arah amalan tingkah
laku yang sihat dalam kehidupan.

 Objektif PEERS adalah untuk membantu murid :


1. Membentuk pandangan yang positif tentang kesihatan
reproduktif dan sosial untuk diri, keluarga dan
masyarakat;

ABAR 2020
2. Menyediakan maklumat yang perlu diketahui supaya
murid mengambil berat tentang kesihatan seksual dan
keluarga sebagai institusi asas manusia serta
menyumbang kepada pemeliharaan integriti institusi
kekeluargaan secara berterusan dan berkekalan; dan

3. Memperoleh kemahiran membuat keputusan secara


bijak dan bertanggungjawab tentang kesihatan dan
tingkah laku seksual pada masa kini serta masa depan.

ABAR 2020
PEERS merangkumi :
(i) Kesihatan diri dan reproduktif
 Aspek perkembangan dan perubahan fizikal,
fisiologikal serta psikologikal semasa akil baligh, dan
penjagaan kesihatan reproduktif.

(ii) Penyalahgunaan bahan


 Kesan buruk pengambilan bahan berbahaya iaitu
rokok, dadah, inhalan dan alkohol, serta kemahiran
berkata TIDAK.

(iii) Kemahiran pengurusan mental dan emosi


 Kemahiran pengurusan konflik dan stres dalam diri,
keluarga, rakan sebaya dan masyarakat.
ABAR 2020
(iv)Kekeluargaan
 Kepentingan institusi perkahwinan, kekeluargaan,
peranan dan tanggungjawab ahli dalam keluarga.

(v) Perhubungan
 Kepentingan etiket perhubungan dan kemahiran
interpersonal yang positif dalam persaudaraan serta
persahabatan.

(vi) Pencegahan penyakit


 Pengetahuan dan kemahiran mengurus kesihatan
daripada penyakit berjangkit, tidak berjangkit,
genetik, keturunan dan mental.

ABAR 2020
(vii) Keselamatan
 Langkah-langkah keselamatan diri di rumah,
sekolah, taman permainan dan tempat awam, serta
akta perlindungan bagi kanak-kanak, gadis dan
wanita, termasuk kemahiran mengelak diri
daripada ancaman orang yang tidak dikenali dan
orang yang perlu dihubungi jika berlaku gangguan,
ancaman serta kecemasan.

ABAR 2020
 Susunan kandungan kurikulum ini bertujuan
memudahkan pelaksanaan kurikulum. Setiap Modul
dalam dokumen Kurikulum Standard Pendidikan
Jasmani yang hendak dicapai dinyatakan dalam lajur
utama iaitu Standard Kandungan, Standard
Pembelajaran, dan Standard Prestasi. Lajur Standard
Kandungan mengandungi kandungan yang perlu
murid pelajari dalam satu tempoh masa, manakala
lajur Standard Pembelajaran menunjukkan apa yang
murid perlu kuasai dan capai. Lajur Standard Prestasi
menunjukkan tahap pencapaian murid menguasai
modul-modul yang dipelajari.

ABAR 2020
SOALAN ?
ELEMEN NILAI TAMBAH

 Elemen Merentas Kurikulum (EMK) ialah unsur


nilai tambah yang diterapkan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran (PdP) selain yang
ditetapkan dalam standard kandungan. Elemen-
elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan
kemahiran dan ketrampilan modal insan yang
dihasratkan serta dapat menangani cabaran
semasa dan masa hadapan.
ABAR 2020
BAHASA

 Penggunaan bahasa pengantar yang betul perlu


dititikberatkan dalam semua mata pelajaran.
 Semasa Pdp bagi setiap mata pelajaran, aspek sebut,
struktur ayat, tatabahasa, istilah dan laras bahasa
perlu diberi penekanan bagi membantu murid
menyusun idea dan berkomunikasi secara berkesan
KELESTARIAN ALAM SEKITAR

 Kesedaran mencintai dan menyayangi alam


sekitar dalam jiwa murid perlu dipupuk melalui
PdP semua mata pelajaran.
 Pengetahuan dan kesedaran terhadap
kepentingan alam sekitar dalam membentuk
etika murid untuk menghargai alam
NILAI MURNI

 Nilai murni diberi penekanan dalam semua mata


pelajaran supaya murid akan kepentingan dan
mengamalkannya
 Nilai murni merangkumi aspek kerohanian,
kemanusiaan dan kewarganegaraan yang menjadi
amalan dalam kehidupan harian
SAINS DAN TEKNOLOGI
 Menambahkan minat terhadap sains dan teknologi dapat
meningkatkan literasi sains serta teknologi dalam kalangan
murid
 Penggunaan teknologi dalam pengajaran dapat membantu
serta menyumbang kepada pembelajaran yang lebih cekap dan
berkesan
 Pengintegrasian Sains dan Teknologi dalam PdP merangkumi
empat perkara iaitu :
(i) Pengetahuan sains dan teknologi (fakta, prinsip, konsep yang
berkaitan dengan sains dan teknologi)
(ii) Kemahiran saintifik (proses pemikiran dan kemahiran
manipulatif tertentu)
(iii) Sikap saintifik (seperti ketepatan, kejujuran, keselamatan)
(iv) Penggunaan teknologi dalam aktiviti PdP
PATRIOTISME

 Semangat patriotik dapat dipupuk melalui semua


mata pelajaran, aktiviti kokurikulum dan khidmat
masyarakat
 Semangat patriotik dapat melahirkan murid yang
mempunyai semangat cintakan negara dan
berbangga sebagai rakyat Malaysia
KREATIVITI DAN INOVASI

 Kreativiti adalah kebolehan menggunakan imaginasi untuk


mengumpul, mencerna dan menjana idea atau mencipta
sesuatu yang baharu atau asli melalui ilham atau gabungan
idea yang ada
 Inovasi merupakan pengaplikasian kreativiti melalui ubah
suaian, membaiki dan mempraktikkan idea
 Kreativiti dan inovasi saling bergandingan dan perlu untuk
memastikan pembangunan modal insan yang mampu
menghadapi cabaran Abad 21
 Elemen kreativiti dan inovasi perlu diintegrasikan dalam
PdP
KEUSAHAWANAN

 Penerapan elemen keusahawanan bertujuan


membentuk ciir-ciri dan amalan keusahawanan
sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan murid
 Ciri keusahawanan boleh diterapkan dalam PdP
melalui aktiviti yang mampu memupuk sikap seperti
rajin, jujur, amanah dan bertanggungjawab serta
membangunkan minda kreatif dan inovatif untuk
memacu idea ke pasaran
TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN
KOMUNIKASI

 Penerapan elemen TMK dalam PdP memastikan murid


dapat mengaplikasi dan mengukuhkan pengetahuan dan
kemahiran asas TMK yang dipelajari
 Pengaplikasian TMK bukan sahaja mendorong murid
menjadi kreatif malah menjadikan PdP lebih menarik dan
menyeronokkan serta meningkatkan kualiti pembelajaran
 TMK diintegrasikan mengikut kesesuaian topik yang
hendak diajar dan sebagai pengupaya bagi meningkatkan
lagi kefahaman murid terhadap kandungan mata pelajaran
KELESTARIAN GLOBAL

 Elemen Kelestarian Global bermatlamat melahirkan murid


berdaya dikur leastari yang bersikap responsif terhadap
persekitaran dalam kehidupan harian dengan mengaplikasi
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperolehi melalui
elemen Penggunaan dan Pengeluaran Lestari,
Kewarganegaraan Global dan Perpaduan
 Elemen kelestarian global penting dalam menyediakan
murid bagi menghadapi cabaran dan isu semasa di
peringkat tempatan, negara dan global
 Elemen ini diajar secara langsung dan secara sisipan dalam
mata pelajaran yang berkaitan
KEWANGAN
 Penerapan elemen pendidikan kewangan bertujuan
membentuk generasi masa hadapan yang berkeupayaan
membuat keputusan kewangan yang bijak, mengamalkan
pengurusan kewangan yang beretika serta berkemahiran
menguruskan hal ehwal kewangan secara bertanggungjawab
 Elemen pendidikan kewangan boleh diterapkan dalam PdP
secara langsung ataupun secara sisipan. Penerapan secara
langsung adalah melalui tajuk-tajuk seperti Wang yang
mengandungi elemen kewangan secara eksplisit seperti
pengiraaan faedah mudah dan faedah kompoun. Penerapan
secara sisipan pula diintegrasikan melalui tajuk-tajuk lain
merentas kurikulum. Pendedahan kepada pengurusan
kewangan dalam kehidupan sebenar adalah penting bagi
menyediakan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai
yang dapat diaplikasikan secara berkesan dan bermakna
SOALAN ?
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

 Pentaksiran adalah satu proses mengumpulkan


maklumat murid dan membuat penghakiman
tentang produk sesuatu proses pendidikan.
Pentaksiran bertujuan sebagai pengukur untuk
menilai pencapaian murid memperoleh
pengetahuan, menguasai kemahiran, dan
mengamalkan nilai semasa pengajaran dan
pembelajaran.
 Pentaksiran juga menyokong pembelajaran murid
dan memberi maklum balas berguna kepada
pentadbir, guru, murid, dan ibu bapa atau penjaga
tentang perkembangan dan tahap pencapaian murid.
 Bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani, pentaksiran
dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran
yang sedang berlaku. Ianya boleh mengukur
penguasan kemahiran-kemahiran Pendidikan Jasmani
menerusi domain psikomotor, kognitif, dan afektif.
Guru Pendidikan Jasmani boleh menggunakan
pelbagai kaedah untuk mengukur pencapaian murid.
Antaranya adalah seperti berikut:

ABAR 2020
1. Prestasi Kemahiran
Prestasi kemahiran boleh diukur berdasarkanpenguasaan
kemahiran mengikut petunjuk masa, jarak, ketepatan,
dan bentuk perlakuan. Elemen- elemen setiap kemahiran
dikenal pasti dan tahap penguasaan murid disenaraikan
di dalam ruangan yang disediakan.

2. Senarai semak
Senarai semak melibatkan senarai langkah-langkah
untukmenandakan Ya atau Tidak berdasarkan perlakuan
murid.

ABAR 2020
3. Rubrik
Rubrik melibatkan memerihal kemahiran yang perlu
dikuasai berdasarkan kriteria penilaian. Rubrik juga
memberi maklum balas kualitatif terhadap prestasi
murid yang melibatkan apa yang murid telah lakukan
dan tindakan yang boleh dilakukan untuk memperbaiki
kelemahan. Rubrik juga boleh digunakan oleh murid
sebagai penilaian kendiri.

ABAR 2020
4. Portfolio
Portfolio melibatkan persembahan visual berbentuk
sampel kerja dan data prestasi dalam bentuk koleksi
yang dibuat oleh murid. Portfolio juga menunjukkan
usaha, kemajuan, atau pencapaian dalam suatu tempoh
tertentu. Guru perlu membimbing murid menghasilkan
portfolio.

ABAR 2020
5. Penilaian Kendiri
Penilaian kendiri membolehkan murid menilai tahap
pencapaian sendiri. Kaedah ini membolehkan murid
lebih bertanggungjawab terhadap proses pembelajaran.
Melalui kaedah ini murid boleh merancang penetapan
matlamat, menyimpan progres penguasaan kemahiran
dan pelan kecergasan dengan menggunakan buku log,
diari atau carta.

ABAR 2020
6. Kertas-Pensel
Guru boleh mengemukakan soalan pendek yang
memerlukan murid menjawab secara ringkas
berkaitanmenghasilkan pergerakan yang dikenal pasti
atau perlakuan sesuatu kemahiran atau pengetahuan
Kertas-pencil juga merupakan satu cara tradisional
untuk mengukur kefahaman murid dengan
menggunakan item berbentuk aneka pilihan,
berstruktur, dan esei.

Guru-guru juga boleh menggunakan pelbagai kaedah


pentaksiran lain yang bersesuaian dengan keperluan
sekolah,ciri-ciri murid, dan tujuan pentaksiran.

ABAR 2020
 PBS merupakan satu pentaksiran yang bersifat
holistik yang mampu menilai aspek kognitif (intelek),
afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani)
selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

 PBS dioptimumkan untuk mentaksir bidang akademik


dan bukan akademik. PBS memberi pengiktirafan dan
autonomi kepada guru untuk melaksanakan
pentaksiran formatif (pentaksiran yang dijalankan
semasa proses pembelajaran berlangsung) dan
sumatif (pentaksiran yang dijalankan di akhir satu
unit pembelaran) yang berasaskan sekolah .

ABAR 2020
Komponen PBS dalam sistem pentaksiran kebangsaan
merangkumi:
 Pentaksiran Sekolah
 Pentaksiran Pusat
 Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum
 Pentaksiran Psikometrik

 Pentaksiran Sekolah (PS) dirancang, dibina, ditadbir,


diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru sekolah di
sekolah. Contoh instrumen pentaksiran yang boleh
digunakan ialah lembaran kerja, pemerhatian, kuiz,
senarai semak, laporan tugasan, tugasan rumah dan
ujian.

ABAR 2020
 Pentaksiran Pusat (PP) pula ditadbir, diperiksa,
direkod dan dilapor di peringkat sekolah oleh guru
berdasarkan tugasan dan skema pemarkahan yang
dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan dalam
tempoh yang ditetapkan mengikut mata pelajaran.
 Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum
(PAJSK) dilaksanakan di peringkat sekolah dan
ditadbir, direkod dan dilaporkan melalui penyertaan,
penglibatan dan pencapaian murid dalam aktiviti
jasmani dan kesihatan, sukan dan permainan, aktiviti
kokurikulum dan aktiviti ekstrakurikulum (contohnya
penglibatan sebagai ahli kumpulan marhaban yang
dianjurkan oleh JK Surau tempat murid tinggal dan
aktiviti bermanfaat lain yang dianjurkan oleh pihak
luar selain sekolah). ABAR 2020
KOMPONEN PAJK
Pentaksiran Aktiviti Jasmani dan Kokurikulum (PAJK)

Aktiviti Jasmani Aktiviti Kokurikulum

Penjagaan Penjagaan
Kelab/Persatuan Sukan/Permainan Beruniform
Kecergasan Kesihatan

- Kebersihan Diri
• SEGAK & keluarga Ekstrakurikulum**
• BMI - Gaya Hidup Sihat
- Kebersihan &
Keselamatan
Persekitaran
- Nilai
- Sosial

*BMI – Body Mass Index ** Kegiatan sukarela bukan anjuran sekolah


 Pentaksiran Pkisometrik pula dilaksanakan di
peringkat sekolah dan/atau pusat untuk mengukur
kebolehan (innate ability and acquired ability)
semulajadi murid, kemahiran berfikir, kemahiran
menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan,
sikap dan personaliti murid. Pentaksiran ini tidak
berasaskan kurikulum.

ABAR 2020
Pentaksiran Psikometrik
 Suatu instrumen pentaksiran yang direkabentuk untuk
mendapatkan maklumat secara kualitatif dan kuantitatif
tentang keupayaan seseorang untuk bertindak balas dalam
suatu cara tertentu
 Mengukur kebolehan semula jadi (innate ability) dan
kebolehan yang diperoleh (acquired ability) daripada
pengalaman dan persekitaran
 Tidak berasaskan kurikulum dan pengajaran-pembelajaran
 Dibangunkan atas nasihat pakar psikometrik dan ahli psikologi
 Ditadbir mengikut keperluan, secara manual atau berkomputer
oleh guru atau murid itu sendiri
 Tidak melaporkan prestasi dan laporan dalam bentuk deskriptif
 Jenis-jenis Ujian adalah Ujian Aptitud Am, Ujian Aptitud Khusus
dan Inventori Personaliti

ABAR 2020
Pelaporan…

UJIAN APTITUD AM
• Tahun 6 - bersama Slip Keputusan UPSR
• Tingkatan 3 & 5 – dilaporkan oleh pihak sekolah

UJIAN APTITUD KHUSUS


• Dilaporkan dalam bentuk deskriptif oleh pihak sekolah
• Dilaporkan setiap tahun dalam portfolio, Laporan Perkembangan
Murid dan Rekod Pembelajaran Murid
• Profil Aptitud Murid

INVENTORI PERSONALITI
• Dilaporkan dalam bentuk deskriptif oleh pihak sekolah atas
permohonan ibu bapa sahaja

(Sumber: Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2008)


 Objektif pelaksanaan PBS adalah untuk:
mendapatkan gambaran secara keseluruhan tentang

potensi individu memantau pertumbuhan dan


membantu meningkatkan potensi individu membuat

pelaporan bermakna tentang pembelajaran individu

 Kesimpulannya PBS akan memastikan murid yang


melalui sistem pendidikan negara mencapai taraf
antarabangsa dalam bidang ilmu pengetahuan,
kemahiran dan kecekapan.

ABAR 2020
INSTRUMEN PENTAKSIRAN
PAJK SEDIA ADA

• Aktiviti Jasmani
(Berdasarkan Standard Prestasi Jasmani)
- Panduan Pentaksiran Aktiviti Pendidikan Jasmani
- Format Pelaporan BMI
- Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK)
- Standard Kriteria Penjagaan Kesihatan

• Aktiviti Kokurikulum
(Berdasarkan Standard Prestasi Kokurikulum)
- Panduan Pentaksiran

(Sumber: Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2008)


PENGENDALIAN
PENTAKSIRAN PAJK
• Ditaksir menggunakan pelbagai jenis aktiviti dan instrumen
Kecergasan: Naik turun bangku, BMI
Kesihatan : Pemerhatian, Buku rekod kesihatan
Penyertaan : Keahlian, Kehadiran
Penglibatan : Jawatan, Komitmen, Peringkat
Prestasi : Pencapaian, Sumbangan

• Berkala atau berterusan, mengikut keperluan

• Ditaksir oleh guru, rakan sebaya, ibu bapa, agensi luar

• Instrumen khas berdasarkan standard prestasi khas untuk kes


khas seperti murid-murid Pendidikan Khas, kurang upaya,
berpenyakit kronik/luar biasa dan di sekolah kawasan
pendalaman
Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan
(SPPK)

SPPK
Pentaksiran
Aktiviti
Jasmani &
Ko kurikulum
(PAJK)

(Sumber: Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2008)


SUBJEK APAKAH YANG DINILAI MELALUI
PBS
 Semua subjek yang diajar di sekolah rendah akan
dinilai melalui PBS.
BAGAIMANAKAH GURU
MELAKSANAKAN PBS
 Bagi memastikan kelicinan pelaksanaan PBS,
guru seharusnya menggunakan Dokumen
Standard Kurikulum yang mengandungi perkara-
perkara yang patut dipelajari dan perlu
disampaikan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran manakala Dokumen Standard
Prestasi adalah rujukan utama untuk mentaksir
dan mengukur penguasaan murid.
BAGAIMANAKAH GURU
MELAKSANAKAN PBS
 Guru diberi pengiktirafan dan autonomi untuk
menjalankan pentaksiran secara formatif semasa
pengajaran dan pembelajaran ataupun secara
sumatif diakhir unit pembelajaran atau pun di akhir
tahun.
BAGAIMANAKAH GURU
MELAKSANAKAN PBS
 Untuk mentaksir guru tidak semestinya
menyediakan lembaran kerja bagi setiap
kemahiran yang hendak dinilai. Evidens atau bukti
penguasaan murid boleh diperolehi melalui
pemerhatian, jawapan lisan, latihan dalam buku
latihan atau buku kerja dan juga kerja rumah. PBS
tidak membataskan kreativiti guru yang sudah
tentunya lebih mengenali murid mereka.
APAKAH KELEBIHAN PBS

 Dalam usaha penambahbaikan kepada pentaksiran


sekolah sedia ada, Pentaksiran Rujukan Standard
diperkenalkan, iaitu menggunakan Standard Prestasi
untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth)
pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang
murid. Ia merupakan proses mendapatkan maklumat
tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh
buat atau telah menguasai apa yang dipelajari
berdasarkan pernyataan standard prestasi yang
ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti
yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum.
APAKAH KELEBIHAN PBS

 Pentaksiran Rujukan Standard tidak


membandingkan pencapaian seseorang murid
dengan murid lain tetapi melapor prestasi murid
dalam pembelajaran dengan menerangkan
tentang kemajuan dan pertumbuhan (growth)
murid dalam pembelajaran dengan merujuk
kepada pernyataan standard.
APAKAH KELEBIHAN PBS

 Murid-murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu


dalam masyarakat berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat,
kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang
lain.

 Pihak sekolah mampu mendapatkan maklum balas yang


lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang
merangkumi segala aspek tentang diri seseorang murid itu
bagi membolehkan pihak yang bertanggung jawab mengenali,
memahami, menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak
didik sebagai insan yang berguna, penting dan mempunyai
potensi untuk menyumbang kepada pembangunan negara dan
bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masing-masing.
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN
TAHAP PENGUASAAN
 Dalam PBS pencapaian murid dilaporkan
berdasarkan TAHAP PENGUASAAN dan bukan
lagi sebagai skor mentah seperti 81% atau pun
gred A,B,C,D.
TAFSIRAN TAHAP PENGUASAAN UMUM
TP TAFSIRAN
6 Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada
untuk digunakan pada situasi baharu secara sistematik, bersikap
positif, kreatif dan inovatif serta boleh dicontohi
5 Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baharu, dengan
mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap
positif.
4 Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu
mengikut prosedur atau secara sistematik.
3 Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu
kemahiran pada suatu situasi.
2 Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi
atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.
1 Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau
memberi respons terhadap perkara yang asas.

ABAR 2020
TAFSIRAN TAHAP PENGUASAAN PJ

TP PERNYATAAN STANDARD PRESTASI


3 Murid boleh mengaplikasi pengetahuan berkaitan konsep, prinsip,
dan strategi pergerakan bagi Modul Kemahiran dan mengaplikasi
pengetahuan berkaitan konsep, prinsip, dan strategi meningkatkan
kecergasan untuk kesihatan bagi Modul Kecergasan semasa
melakukan kemahiran pergerakan dan aktiviti kecergasan.
2 Murid boleh melakukan kemahiran pergerakan dan senaman
kecergasan fizikal serta menyatakan dengan ringkas atau
menterjemahkan pengetahuan berkaitan kemahiran dan senaman
tersebut dalam bentuk penerangan atau pergerakan.
1 Murid boleh melakukan kemahiran pergerakan dan senaman
kecergasan fizikal atau tahu perkara asas tentang sesuatu kemahiran
yang akan dilakukan.

ABAR 2020
TAFSIRAN TAHAP PENGUASAAN PJ
TP PERNYATAAN STANDARD PRESTASI
6 Murid boleh menghasilkan idea kreatif dan inovatif, melaksanakan
idea tersebut dalam kemahiran pergerakan dan kecergasan, boleh
menunjukcara sesuatu kemahiran secara tekal, mempamerkan
amalan kesukanan, dan boleh berkomunikasi tentang kemahiran
tersebut, serta boleh mempraktikkan kemahiran tersebut ke arah gaya
hidup sihat untuk kesejahteraan.
5 Murid boleh mengaplikasi pengetahuan tentang konsep pergerakan,
prinsip, dan strategi dalam kemahiran dan kecergasan ke dalam situasi
baharu secara positif dengan melakukannya mengikut prosedur yang
sistemati, lakuan yang betul, dan tekal serta mempamerkan amalan
kesukanan.
4 Murid boleh mengaplikasi pengetahuan tentang konsep pergerakan,
prinsip, dan strategi dalam kemahiran dan kecergasan semasa
melakukan kemahiran pergerakan dan senaman kecergasan fizikal
dengan lakuan yang betul, turutan yang betul atau mengikut prosedur
yang sistematik.

ABAR 2020
TAFSIRAN TAHAP PENGUASAAN PK
TP PERNYATAAN STANDARD PRESTASI
6 Mempunyai keupayaan membuat keputusan
untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran kehidupan seharian
meningkatkan literasi kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup sihat.
5 Mempunyai kemahiran kecekapan psikososial dalam mengurus hidup
secara positif dan sihat.
4 Memperkembangkan aspek penjagaan diri serta pengurusan mental,
emosi dan sosial terhadap keluarga dan masyarakat.
3 Memahami kepentingan dan boleh mengurus penjagaan diri,
pengurusan mental, emosi dan sosial, serta kesihatan dan
keselamatan diri.
2 Memahami aspek kesihatan fizikal, mental, emosi, sosial dan
persekitaran
1 Mempunyai pengetahuan tentang asas kesihatan fizikal, mental,
emosi, sosial dan persekitaran.

ABAR 2020
BOLEHKAH GURU DIPERCAYAI UNTUK
MENILAI MURID SENDIRI
 Kebolehpercayaan kepada pentaksiran yang dijalankan oleh
guru ditingkatkan melalui penjaminan kualiti. Semua hasil kerja
murid dijadikan evidens yang perlu difailkan sebagai bukti yang
menunjukkan murid telah menguasai kemahiran yang diajar.

 Penjaminan kualiti bagi pelaksanaan PBS dapat dicapai


melalui:
 Pementoran
 Penyelarasan
 Pemantauan
 Pengesanan
 Pementoran adalah proses membantu, memudah
cara dan membimbing guru untuk melaksanakan
PBS mengikut prosedur dan peraturan yang telah
ditetapkan dan boleh dilaksanakan secara formal
dan tidak formal.

 Penyelarasan adalah proses penyeragaman skor


dengan merujuk kepada Standard Prestasi yang
disediakan bagi memastikan skor yang diberikan
oleh guru adalah sah dan boleh dipercayai.

ABAR 2020
 Pemantauan pula ialah proses memastikan
pelaksanaan PBS mengikut prosedur dan garis
panduan yang ditetapkan bagi memastikan arahan
pelaksanaan PBS dipatuhi dan mengelakkan
penyelewengan dan ketidakakuran. Pemantau
Dalaman yang dilantik di peringkat sekolah dan
Pemantau Luaran yang terdiri daripada pegawai
PPD, JPN dan KPM terlibat dalam proses ini.

ABAR 2020
 Pengesanan pula adalah proses memastikan
kekuatan dan keberkesanan instrumen pentaksiran
yang digunakan bagi meningkatkan kesahan,
kebolehpercayaan dan kebolehtadbiran instrumen
pentaksiran. Pengesanan turut melibatkan guru dan
pegawai KPM.

ABAR 2020
 Ketua Panitia, Ketua Bidang, Guru Besar, pegawai
Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri
dan Kementerian Pelajaran Malaysia memastikan
PBS dilaksanakan dengan baik seperti dirancang.
Setiap individu yang terlibat dalam pembangunan
atau pelaksanaan sistem pentaksiran pendidikan
adalah bertanggungjawab menjamin kualiti dan
mutu pentaksiran yang dikendalikan. Kualiti
hendaklah menjadi tumpuan utama dalam semua
aspek dan peringkat pentaksiran.

ABAR 2020
PENUTUP PBS

 Pentaksiran pendidikan di Malaysia bertujuan


mendapatkan maklumat tentang prestasi murid
bagi memperkembangkan sepenuhnya potensi
setiap individu sebagai modal insan yang
harmonis dan seimbang selaras dengan hasrat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
 Proses penambahbaikan yang diperkenalkan
Kementerian Pelajaran menerusi PBS ini memberi
gambaran bahawa sistem peperiksaan berpusat
seperti UPSR dan PMR bukan lagi bentuk penilaian
tunggal dalam mengukur pencapaian murid
menguasai pembelajaran. Lebih dari itu, ia diharap
mampu melahirkan murid yang lebih cemerlang
dalam semua aspek kerana pentaksirannya
dilakukan daripada peringkat awal dan bukan sahaja
terhad kepada bidang akademik tetapi juga
merangkumi sahsiah, sukan dan kokurikulum.

ABAR 2020
 Murid-murid dinilai secara adil dan saksama sebagai
individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan,
kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa
dibandingkan dengan orang lain. Pihak sekolah
mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap
dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang
merangkumi segala aspek tentang diri seseorang
murid itu bagi membolehkan pihak yang
bertanggung jawab mengenali, memahami,
menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik
sebagai insan yang berguna, penting dan mempunyai
potensi untuk menyumbang .

ABAR 2020
SOALAN ?
ABAR 2020

Anda mungkin juga menyukai