Anda di halaman 1dari 5

TEKS EMCEE MAJLIS PERPISAHAN GURU

EMCEE TEKS CATATAN


BERTUGAS
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Mohon perhatian kepada para hadirin untuk mengambil tempat


kerana majlis kita akan bermula sebentar sahaja lagi.

KATA ALU-ALUAN Lihat siapa


barian tetamu

Tenang rasa berjalan dipermatang,


Berkicau si Merbah dihujung muara;
Pemanis kata selamat datang;
Awal bismillah pembuka bicara

Lenggang Dara pergi ke pekan


Di tepi sawah berjumpa Atan
Kehadiran anda kami alukan
Ke majlis ukhwah utuhkan ikatan

Yang berusaha
Encik Mohamad Azami Bin Ismail
Guru Besar SK Taman Seroja

Yang dihormati,
Pn Norasikin Bt Adnan
Penolong Kanan SK Taman Seroja

Yang dihormati,
Pn Salmah Bt Ghafan
Penolong Kanan HEM SK Taman Seroja

Yang dihormati,
Pn Norlela Bt Hassim
Penolong Kanan KOKO SK Taman Seroja

Yang dihormati
Encik Rafii Bin Mairi
Penolong Kanan Petang SK Taman Seroja

En Shahril Azam bin Abd Kahar

Nor Habshah Binti Hamzah

Barisan ketua-ketua panitia, AJK Kelab Guru dan Kakitangan


Sekolah, rakan-rakan guru seterusnya hadirin yang dihormati
sekalian.

BERMULA MAJLIS

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pertama sekali marilah kita sama sama panjatkan rasa jutaan


kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan taufik dan
hidayahNya dapat kita sama-sama berkumpul di Dewan Tertutup SK
Taman Seroja yang ceria ini dengan satu matlamat bagi menjayakan
majlis perpisahan dua orang warga SKTS kita yang amat kita
sayangi iaitu Ustadz Shahril dan Puan Norhabshah

Untuk maklumat para hadirin juga, antara tujuan majlis ini dijalankan
juga adalah sebagai tanda penghargaan kita kepada Ustadz Shahril
dan Puan NorHabshah yang akan meninggalkan kita untuk
berkhidmat dan menyahut cabaran yang sedia menanti di tempat
baru. Sebagai mana yang kita semua sedia maklum, tidak dapat
dinafikan lagi bahawa mereka merupakan seorang guru yang cukup
dedikasi serta efisyen dalam menjalankan setiap tugasan yang
diberikan. Sentuhan mereka umpama emas yang pasti memberikan
keunggulan buat SKTS. Oleh itu, saya sekali lagi mewakili pihak
penganjur mengalu-alukan kehadiran hadirin hadirat ke majlis yang
cukup bermakna ini.
BACAAN DOA
Lebat kemiri pohonnya rendah,
Dahan terikat tali perkasa,
Sepuluh jari kami menadah,
Memohon berkat yang Maha Esa.

Hadirin sekalia,
Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, majlis sukacitanya
menjemput Ustadz Saifudin untuk memimpin kita dalam bacaan doa.
Guru-guru bukan Islam boleh membaca doa mengikut agama
masing masing.

Aminn ya rab. Terima kasih diucapkan kepada Ustadz Saifudin atas


pimpinan bacaan doa sebentar tadi. Semoga dengan bacaan doa
tadi majlis kita mendapat keberkatan dan berjalan dengan lancer
dari awal hingga ke penghujung acara.

UCAPAN GURU BESAR

Hadirin sekalian,
Sebagai pembuka tirai majlis kita pada hari ini, majlis diteruskan lagi
dengan mempersilakan

Yang berusaha
Encik Mohamad Azami Bin Ismail
Guru Besar SK Taman Seroja
untuk memberikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Azami atas ucapan yang


diberikan

UCAPAN YANG DIRAI

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya,


Tak molek jika ada dayung tiada perahunya,
Tak berguna jika ada ilmu tanpa amalnya,
Tak lengkaplah majlis jika yang dirai pergi tanpa berbicara.

Kini tibalah masa yang dinanti, Marilah sama-sama kita mendengar


ucapan dan amanah terakhir daripada
Yang diraikan Ustadz Shahril
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Ustadz Shahril atas ucapan


sebentar tadi.

Kita teruskan lagi majlis ini dengan ucapan dan amanah terakhir
daripada Puan NorHabshah untuk memberikan sepatah dua kata
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Puan NorHabshah atas ucapan


sebentar tadi.

Kain berlipat dalam istana


pakaian puteri raja kayangan
sepatah nasihat ilmu berguna
Secubit budi jadi kenangan

PENYAMPAIAN CENDERAHATI

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati. Majlis


menjemput yang diraikan ______________ diiringi barisan pentadbir
untuk menerima cenderahati sebagai tanda kenang kenangan
daripada seluruh warga SKTS.

* dimulakan dengan hadiah KGK (kalua ada)


* wakil panitia / pentadbir

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah


memberikan cenderahati. Kepada yang diraikan _______________
terimalah tanda penghargaan daripda kami semua dan semoga ia
menjadi kenangan yang abadi.

*persilakan tetamu dan barisan pentadbira untuk duduk


PENUTUP

Tuan-tuan puan-puan, hadirin sekalian,


Disebabkan dengan pematuhan SOP pada ketika ini, tiada jamuan
secara langsung dijalankan. Oleh itu, tetamu, barisan pentadbir dan
guru-guru boleh mengambil makanan yang telah dibungkus di
bahagian yang disediakan.

Dengan berakhirnya majlis penyampaian cenderahati tadi, maka


berakhirlah majlis perpisahan kita pada hari ini.

Bunga seroja di atas para


Jatuh ditimpa buah berangan
Andai kata tersilap bicara
Kemaafan jua kami pohonkan

Kalau ada jarum yang patah


Jangan disimpan di dalam peti
Kalau ada silap sepatah
Jangan simpan di dalam hati.

Sebelum mengakhiri majlis pada hari ini, kami mewakili pihak


penganjur menyusun jari memohon kemaafan jika berlaku kecacatan
sepanjang majlis berlangsung, Sesungguhnya yang baik itu dating
dari Allah dan yang lemah itu dating dari kami sendiri. Sekalung
penghargaan juga buat semua pihak yang terlibat dalam
menjayakan majlis ini samada secara langsung mahupun tidak.

Sekian. terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai