Anda di halaman 1dari 12

KERTAS KERJA

____________________________________________________

PERTANDINGAN ”JUMP ROPE” SEKOLAH KEBANGSAAN


TAMAN SEROJA
______________________________________________________________

TARIKH :
20 September 2021 – 30 September 2021

TEMPAT :
KEDIAMAN MASING-MASING

ANJURAN :
PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN SEKOLAH
KEBANGSAAN TAMAN SEROJA
PENDAHULUAN

Pertandingan ini adalah satu aktiviti yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan
Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Sekolah Kebangsaan Taman Seroja.

Panitia Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Sekolah Kebangsaan


Taman Seroja akan menganjurkan Pertandingan “Jump Rope” Peringkat Sekolah
Taman Seroja. Program ini bertujuan untuk murid dapat melakukan aktiviti fizikal
di dalam rumah di dalam suasana pandemic ini. Harapan kami juga agar
pertandingan ini dapat memberi peluang kepada murid-murid Sekolah
Kebangsaan Taman Seroja lebih berdaya saing ketika bertanding di dalam
pertandingan ini.

2.0 MATLAMAT

Pertandingan ini diharap dapat melahirkan perasaan berdaya saing di antara


pelajar, disamping dapat memupuk minat pelajar kepada aktiviti yang sihat dan
berfaedah. Sedikit sebanyak dapat membuat murid bergerak kerana keadaan
duduk di rumah yang pasif.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memberi peluang kepada peserta merasai pengalaman dalam menyertai


sesebuah pertandingan.
3.2 Melatih para peserta untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab
dalam sesebuah pertandingan.
3.3 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti ini.
3.4 Melahirkan generasi muda yang berupaya untuk mengeluarkan idea yang
bernas semasa mereka menyertai aktiviti individu.
3.5 Memupuk semangat berdaya saing di kalangan murid-murid.
3.6 Melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, sukan. emosi dan sosial.
4.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN

4.1 Tarikh yang dirancang ialah 20 September 2021 – 30 September 2021 iaitu
selama 10 hari.
4.2 Masa pelaksanaan mengikut kehenda peserta.
4.3 Tentatif program adalah seperti dalam Lampiran 1

5.0 TEMPAT (RASIONAL MEMILIH TEMPAT)

Rasional pemilihan tempat ini adalah kediaman masing-masing ;


5.1 Lebih selamat dan terlindung dari virus covid-19 .
5.2 Bebas dari sebarang gangguan luar dan memberikan tumpuan sepenuhnya
untuk peserta dalam aktiviti mereka.
5.3 Mengelakkan perkara yang tidak diingini seperti melanggar peraturan yang
ditetapkan oleh kerajaan semasa pandemik ini.

6.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN

Semua murid Sekolah Kebangsaan Taman Seroja

7.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN


Penaung : Mohamad Azami bin Ismail
Penasihat : Norasikin binti Adnan
JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi Program : Siti Ilyani binti Khairuddin


Naib Pengerusi : Mohd Suhaimi bin Osman
Setiausaha : Muhammad NoorFikri bin Shamsudin
Bendahari : Mohamad Khairul Azam bin Khairuddin

AHLI JAWATANKUASA

AJK Hadiah : Mashitoh binti Shaari


AJK Pertandingan : Naga Kannan a/l Vadivale
AJK Pengurusan Video : Faiz Othman
AJK Promosi : Muhammad NoorFikri bin Shamsudin

9.0 ANGGARAN BELANJAWAN


Lampiran A

10.0 FORMAT PERTANDINGAN


Lampiran B

11.0 RINGKASAN EKSEKUTIF


Berikut adalah ringkasan eksekutif bagi Pertandingan “Jump Rope” Sekolah
Kebangsaan Taman Seroja.

JAWATANKUASA Panitia Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan

TAJUK PROGRAM Pertandingan “Jump Rope” Sekolah Kebangsaan Taman Seroja

JENIS PROJEK KESUKANAN ( JUMP ROPE )

MATLAMAT ATAU  Memberi peluang kepada peserta merasai pengalaman dalam


PENCAPAIAN menyertai sesebuah pertandingan.
PROGRAM  Melatih para peserta untuk memupuk sikap toleransi,
bertanggungjawab dalam sesebuah pertandingan.
 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai
aktiviti ini.
 Melahirkan generasi muda yang berupaya untuk mengeluarkan idea
yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti individu.
 Memupuk semangat berdaya saing di kalangan murid-murid.
 Melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, sukan. emosi dan
sosial.

ANJURAN Panitia Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan

20 September 2021 – 30 September 2021


TARIKH

TEMPAT Kediaman Masing-Masing

BIL. MURID Semua Murid Sk Taman Seroja


ANGGARAN KOS RM 420

TANDATANGAN & COP : _________________________

TARIKH : ______________________
13.0 SURAT SOKONGAN DARI AGENSI KORPORAT (JIKA ADA)

14.0 PENUTUP

Diharap program yang dirancang mendapat kelulusan agar objektif program ini
tercapai. Segala kerjasama daripada semua pihak yang terlibat amatlah dihargai.
Sekian, Terima kasih.
LAMPIRAN A

ANGGARAN BELANJAWAN

ANGGARAN BELANJAWAN:
i) Permohonan Peruntukan RM 420.00
Jumlah Permohonan RM 420.00

ANGGARAN PERBELANJAAN:

PERKARA BILANGAN Harga per unit JUMLAH

Hadiah

 Tempat pertama RM 60.00

- Piala

- 1 set jersi eksklusif RM 60.00

 Tempat kedua

- Piala RM 60.00

- 1 Set jersi eksklusif

 Tempat ketiga

- Piala RM 140.00

- 1 set jersi eksklusif

 Tempat keempat- RM 20.00


kesepuluh

- Hadiah Saguhati Alat Tulis

 Kos Penghantaran
RM 50.00
 Kos Pembungkusan Hadiah
RM 50.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 420.00
Disediakan oleh :
.........................................................
Setiausaha Program
(MUHAMMAD NOORFIKRI BIN SHAMSUDIN )

Disokong oleh :
.........................................................
Pengerusi Program
(SITI ILYANI BINTI KHAIRUDDIN)

Disemak oleh :
.........................................................
Penasihat
(NORASIKIN BINTI ADNAN)

Permohonan diluluskan oleh :


.........................................................

...........................................................
LAMPIRAN B
PERATURAN PERTANDINGAN “JUMP ROPE” SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN
SEROJA

1. AM
Pertandingan ini dinamakan Pertandingan “Jumpe Rope” Sekolah Kebangsaan Taman
Seroja

2. PENGANJUR / PENGELOLA
Pertandingan ini dianjur oleh Panitia Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.

3. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

3.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid SKTS.


3.2 Setiap peserta dibenarkan mendaftar sebanyak satu kali sahaja. Pendaftaran
hendaklah menggunakan Borang yang telah disediakan.
3.3 Peserta hanya boleh menghantar satu video penyertaan sahaja.
3.4 Video perlu dihantar di dalam telegram yang akan disediakan
3.5 Tiada yuran penyertaan dikenakan bagi setiap peserta
3.6 Sila kemukakan borang penyertaan ini selewat-lewatnya / tarikh tutup 30
September 2021 beserta video
3.7 Tarikh pengiraan markah akan diadakan pada 30 September 2021

4. TEMPAT, MASA DAN JADUAL PERTANDINGAN

4.1 Semua pertandingan akan dijalankan di kediaman masing-masing .


4.2 Pertandingan akan bermula pada 20 September 2021 dan akan berakhir pada
30 September 2021.
4.3 Masa adalah mengikut kesesuaian masing-masing

5. FORMAT PERTANDINGAN
5.1 Pertandingan adalah secara maya
5.2 Penyertaan hanya terbuka untuk murid SKTS sahaja
5.3 Penyertaan adalah secara individu
5.3 Peserta perlu menghantar video berdurasi 1 minit di dalam medium yang
disediakan, jumlah tertinggi akan dikira sebagai pemenang
5.4 Teknik lompatan bebas
5.5 Boleh masukkan audio tambahan sebagai latarbelakang video
5.6 Video tidak boleh disunting dengan mencantumkan video-video lain

6. PENGADILAN

Markah akan dinilai oleh tiga orang juri

7. TARIKH TUTUP PENYERTAAN

Sila kemukakan borang penyertaan ini selewat-lewatnya / tarikh tutup 30 September


2021

Tarikh pengiraan markah akan bermula pada 20 September 2021 hingga 30 September
2021

8. KUASA PENGANJUR / PENGELOLA

*Penganjur / Pengelola Program BERHAK untuk mengubah syarat-syarat pertandingan


mengikut keperluan semasa.

Anda mungkin juga menyukai