Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

KEJOHANAN MINI OLAHRAGA


SMK MUNSHI ABDULLAH

TARIKH
17 JULAI 2019 ( Rabu )
7.30 pagi – 9.30 pagi (Sesi Pagi)
4.45 petang – 6.45 petang (Sesi petang)

TEMPAT
PADANG SMK MUNSHI ABDULLAH, KULAI

1.0 PENGENALAN

Kejohanan olahraga mini SMK Munshi Abdullah adalah satu pelan


pembangunan Olahraga bagi memberi peluang kepada murid-murid yang tidak
mewakili sekolah dalam mana-mana acara olahraga di peringkat MSSD.. Aktiviti ini
melibatkan semua murid SMK Munshi Abdullah meliputi tingkatan 1, 2, 3 dan 4.
Acara yang di pertandingkan dalam mini olahraga ini hanya meliputi 6 acara iaitu
100m, 400m, 1500m, lompat jauh, lompat tinggi dan lontar peluru.

Kejohanan yang dilaksanakan adalah mendokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan


Kebangsaan yang memberi tumpuan kearah melahirkan insan yang seimbang dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Kejohanan ini juga selaras dengan aspirasi
pendidikan negara iaitu membentuk perpaduan di kalangan warga sekolah .

2.0 RASIONAL

Kejohanan mini olahraga ini adalah sebagai satu pelan pembangunan Olahraga
bagi memberi peluang kepada murid-murid yang tidak mewakili sekolah dalam
mana-mana acara olahraga di peringkat MSSD.

3.0 MATLAMAT

i) Dapat mencungkil bakat-bakat baru di kalangan pelajar dalam sukan


olahraga.

ii) Melahirkan insan yang cergas dan cerdas dari segi mental dan fizikal.

4.0 OBJEKTIF

i) Dapat mencungkil bakat-bakat baru di kalangan pelajar dalam sukan

olahraga.

ii) Memberi pengalaman secara langsung kepada murid untuk mengelolakan


satu acara olahraga.

5.0 BUTIRAN PROGRAM

Kejohanan Mini Olahraga 2019

6.0 TARIKH

17 Julai 2019 (Rabu)


7.0 MASA

 7.35 - 9.30 pagi (sesi pagi)


 4.45 – 6.45 petang (sesi petang)

8.0 LOKASI PROGRAM

Padang SMK Munshi Abdullah

9.0 KUMPULAN SASARAN

Semua murid tingkatan 1, 2, 3 dan 4

10.0 ACARA

Acara yang akan dipertandingkan dalam Kejohanan Mini Olahraga 2019 terdiri
daripada :

Acara Balapan : 100 M, 400 M dan 1500M

Acara Padang : lompat jauh, lontar peluru

11.0 PERBELANJAAN

Perbelanjaan Kejohanan Mini Olahraga SMK Munshi Abdullah Tahun 2019:

BI BUTIRAN KUANTITI HARGA NAMA CATATAN


L PEMBEKAL
1 Pingat 60 x RM3.50 = RM210.00 RM 210.00 Perniagaan Kejohanan
Piala Emas Mini
Olahraga
17 Julai
JUMLAH RM210.00

12.0 PENUTUP
Adalah diharapkan agar Kejohanan Mini Olahraga SMK Munshi Abdullah Kali ini
dapat berjalan dengan lancar dan mencapai objektif. Ini kerana melalui acara sukan
ini kita dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan memupuk perpaduan antara
kaum. Di samping itu kita dapat melahirkan murid yang cergas dan cerdas dalam
menghadapi cabaran yang mendatang. Di harapkan melalui acara sukan ini dapat
mencungkil bakat-bakat baru dan sebagai persiapan kontinjen sekolah untuk
bertanding ke Kejohanan Olahraga MSSD Kulaijaya pada tahun hadapan.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

.................................................. ...............................................
(MOHAMAD FAIZAL BIN DAULAT GUN) (EN. VIDANAIGAM A/L NYANASANDARAM)
Setiausaha Sukan, Penolong Kanan Kokurikulum,
SMK Munshi Abdullah SMK Munshi Abdullah,Kulai

Disahkan oleh,

……………………………….
(EN. MD HASRAM BIN OMAR)
Pengetua,
SMK Munshi Abdullah, Kulai

Anda mungkin juga menyukai