Anda di halaman 1dari 31

Topik  Aktiviti Darat I

7 ă Asas
Perkhemahan
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Membincangkan konsep asas perkhemahan dan cara pemilihan
tapak untuk perkhemahan;
2. Menghuraikan peralatan-peralatan yang sering digunakan dalam
perkhemahan;
3. Menjelaskan tugasan dan bagaimana pembahagian tugasan ketika
aktiviti perkhemahan dilaksanakan;
4. Mengenal pasti jenis ikatan dan kegunaannya; dan
5. Menghuraikan konsep asas gejek.

 PENGENALAN
Melalui topik ini, anda akan didedahkan dengan pengetahuan mengenai
pelaksanaan aktiviti luar perkhemahan yang akan merangkumi daripada
persiapan hingga menyediakan peralatan. Pengetahuan yang dibincangkan ini
boleh dijadikan panduan dalam merangka pengisian aktiviti dan pelaksanaan
pelbagai tugas ketika melaksanakan aktiviti kraf perkhemahan. Ianya merupakan
satu aktiviti yang berupaya mendekatkan manusia dengan alam semula jadi.
142  TOPIK 7 AKTIVITI DARAT I – ASAS PERKHEMAHAN

7.1 DEFINISI, TUJUAN DAN OBJEKTIF


Khemah secara ringkasnya adalah umpama satu rumah kecil. Khemah biasanya
akan digunakan oleh pengembara, pemburu, pendaki dan individu yang
mengikuti program pendidikan luar. Namun, secara spesifiknya, khemah dibina
sebagai tempat berteduh buat sementara waktu sebelum meneruskan perjalanan
ke destinasi tertentu.

Pada dasarnya, khemah mempunyai peralatan yang ringkas dan mudah kerana
senang untuk dibawa ke mana-mana sahaja. Khemah yang terdapat di negara
kita pada hari ini, direka bentuk khusus mengikut situasi dan persekitaran di
Malaysia yang beriklim khatulistiwa dan menerima hujan sepanjang tahun.

Secara umumnya, peralatan asas khemah adalah terdiri daripada khemah,


helaian terbang gly-sheet, ground sheet, tiang penegak, palang, tali pancang, tali
penegak dan pancang. Kesemua peralatan ini adalah alatan asas yang perlu dan
harus ada dalam peralatan perkhemahan.

Khemah seperti yang telah dinyatakan adalah seumpama sebuah rumah kecil
yang boleh memuatkan beberapa individu iaitu empat hingga enam orang. Satu
khemah itu mempunyai saiz yang berbeza-beza. Sebenarnya, tujuan khemah
adalah tempat berlindung sama ada untuk berlindung daripada terkena hujan,
cuaca panas dan ribut. Ia juga berguna sebagai tempat tidur. Di samping itu,
khemah adalah untuk mengelakkan individu daripada ancaman haiwan buas
seperti harimau, ular, beruang, serangga berbisa dan sebagainya.

Khemah mempunyai kelebihannya yang tersendiri selain senang dibawa.


Khemah juga tempat untuk menyimpan barang seperti beg pakaian, makanan
dan juga peralatan ringkas yang dibawa bersama. Namun, dalam aktiviti
pendidikan luar, khemah amat penting kerana khemah yang direka bentuk khas
adalah berbentuk segi empat. Tujuan khemah dibuat begitu adalah untuk
menjimatkan ruang. Seandainya khemah tidak didirikan dengan betul, maka
ruang yang sepatutnya mencukupi akan menjadi sebaliknya. Seharusnya khemah
didirikan mengikut cara yang betul agar ruang dapat dijimatkan.

Pelbagai jenis pengalaman boleh ditimba daripada penglibatan dalam aktiviti


perkhemahan (Rajah 7.1) dan ia merupakan satu bentuk aktiviti luar bilik darjah
yang cukup menyeronokkan, di samping mendekatkan diri kita dengan alam
semula jadi. Jadual 7.1 menerangkan tentang lima objektif asas pelaksanaan
aktiviti perkhemahan.
TOPIK 7 AKTIVITI DARAT I – ASAS PERKHEMAHAN  143

Rajah 7.1: Aktiviti perkhemahan

Jadual 7.1: Lima Objektif Perkhemahan


Objektif Deskripsi
Pendekatan Melalui aktiviti perkhemahan, ianya mampu memberikan pelbagai
pendidikan bentuk pendidikan yang boleh diperoleh secara langsung dan tidak
langsung. Sebagai contoh, berdikari, bekerjasama, pembinaan
sahsiah, disiplin, berani berhadapan cabaran, memantapkan fizikal
dan mental dan sebagainya.
Interaksi sosial Aktiviti perkhemahan adalah tempat di mana peserta akan
berpeluang berinteraksi antara satu sama lain ketika menjalankan
aktiviti. Peserta akan sentiasa bersama ketika beraktiviti, bertukar-
tukar fikiran dan bekerja bersama dalam melengkapkan sebarang
tugasan yang diberikan. Peserta juga akan terdedah kepada situasi
penyelesaian masalah dan menyemat semangat kekitaan dalam diri
masing-masing.
Berekreasi Aktiviti perkhemahan adalah salah satu komponen aktiviti dalam
bidang rekreasi. Ianya merupakan satu aktiviti yang terancang yang
disusun untuk mencapai matlamat yang dinginkan.
Mempertingkat Aktiviti perkhemahan juga mampu merangsang kita daripada aspek
keupayaan fizikal dan mental. Program yang dirancang sepanjang perkhemahan
fizikal dan memberikan ruang kepada kita untuk mencabar tahap fizikal melalui
mental pelbagai aktiviti sepanjang perkhemahan seperti melalui aktiviti
mendaki, trekking dan sebagainya. Begitu juga dengan mental,
berhadapan dengan pelbagai cabaran membantu menguji, dan
memantapkan keupayaan mental.
Memperoleh Aktiviti perkhemahan merupakan tempat di mana anda boleh
pengalaman menimba pengalaman baru setiap hari kerana dalam perkhemahan,
dan kemahiran aktiviti yang dirancang adalah bertujuan untuk memberikan
pengalaman dan mempertingkat kemahiran dalam pelbagai aspek
kegiatan luar. Antara kemahiran yang boleh ditimba adalah ilmu
hutan, ikhtiar hidup dan pandu arah.
144  TOPIK 7 AKTIVITI DARAT I – ASAS PERKHEMAHAN

7.2 BAHAGIAN DAN JENIS KHEMAH


Asas khemah terdiri daripada beberapa bahagian (Rajah 7.2) seperti:

(a) Dinding;
(b) Bumbung;
(c) Pancang;
(d) Tali pancang;
(e) Penahan angin;
(f) Tiang (terdiri daripada kayu atau besi); dan
(g) Pintu.

Rajah 7.2: Bahagian khemah

Sesetengah khemah mempunyai pintu dan penahan angin dan kadangkala tidak
mempunyai tiang besi dan bumbung. Terdapat juga khemah yang tidak
mempunyai kayu atau besi di bahagian bumbung dan juga terdapat juga khemah
yang mempunyai pancangan dan tali pancang yang tersedia pada khemah
berkenaan seperti khemah jenis ridge. Bentuk khemah terdiri daripada lima jenis
dan diterangkan dalam Jadual 7.2.
TOPIK 7 AKTIVITI DARAT I – ASAS PERKHEMAHAN  145

Jadual 7.2: Lima Bentuk Khemah

Bentuk Khemah Butiran


Khemah satu tiang  Ringan, senang didirikan dan sesuai digunakan untuk
(Rajah 7.3) perkhemahan ringkas.
 Senang dibawa dan murah harganya.
 Kapisiti boleh menampung satu dan dua orang sahaja.
 Mempunyai ruang untuk menyimpan alat perkhemahan.
 Ditegakkan dengan menggunakan satu tiang sahaja.

Khemah bentuk A  Sesuai digunakan untuk perkhemahan ringkas dan


(Rajah 7.4) berkumpulan.
 Senang dibawa, mudah didirikan serta ringan.
 Kapasiti boleh menampung antara tiga hingga enam orang.
 Ditegakkan menggunakan dua batang tiang dan sebatang
galang (bumbung).
 Ukuran antara 2m hingga 3m panjang dan 3.6m lebar.

Khemah bentuk  Sesuai digunakan untuk perkhemahan berkumpulan.


dinding
(Rajah 7.5)  Senang dibawa, disimpan dan didirikan serta lebih selesa.
 Mempunyai lebih ruang untuk berehat dan meletakkan
peralatan perkhemahan.
 Kapasiti boleh menampung sebanyak enam orang.
 Bentuk lebih kurang sama dengan khemah bentuk A tetapi
mempunyai penahan angin (ketinggian antara 15cm hingga
20cm) atau hujan di tepinya.
 Ukuran antara 2.7m panjang dan 4m lebar.
146  TOPIK 7 AKTIVITI DARAT I – ASAS PERKHEMAHAN

Khemah ridge  Khemah jenis ridge ini mempunyai sempadan lebih panjang
dan luas berbanding dengan khemah jenis lain.
 Sesuai digunakan bagi perkhemahan di kawasan
pergunungan, tepi sungai, untuk jambori dan sebagainya.
 Dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:
(a) Khemah ridge jenis helaian terbang (Rajah 7.6):
(i) Senang dibawa dan ringan.
(ii) Diperbuat daripada nilon atau terylene.
(iii) Tiang diperbuat daripada aluminium atau aloi.
(iv) Kapasiti boleh menampung antara empat hingga
tujuh orang.
(b) Khemah ridge dua tiang (Rajah 7.7):
(i) Bentuk lebih kurang sama dengan khemah
bentuk dinding dan lebih selesa.
(ii) Mempunyai pintu yang boleh dibuka tutup,
selamat digunakan apabila hari hujan dan waktu
panas kerana ia mempunyai pintu.
(iii) Harganya lebih mahal.
(iv) Kapasiti boleh menampung sehingga tujuh orang.
(v) Tiang daripada aluminium.
(c) Khemah ridge besar (Rajah 7.8):
(i) Diperbuat daripada kanvas.
(ii) Kapasiti boleh menampung antara 20 hingga 40
orang.
(iii) Terlalu berat dan biasanya digunakan dalam
perkhemahan tertentu sahaja (tentera).
(iv) Ditegakkan dengan menggunakan pancalogam.

Khemah berbentuk  Paling popular.


kubah atau iglu
(Rajah 7.9)  Sesuai digunakan untuk perkhemahan individu dan
kumpulan kecil.
 Senang dibawa, disimpan dan didirikan serta lebih selesa.
 Mempunyai lebih ruang untuk berehat dan meletakkan
peralatan perkhemahan.
 Kapasiti boleh menampung kira-kira tiga orang.
TOPIK 7 AKTIVITI DARAT I – ASAS PERKHEMAHAN  147

Rajah 7.3: Khemah satu tiang

Rajah 7.4: Khemah bentuk A

Rajah 7.5: Khemah bentuk dinding

Rajah 7.6: Khemah ridge jenis helaian terbang


148  TOPIK 7 AKTIVITI DARAT I – ASAS PERKHEMAHAN

Rajah 7.7: Khemah ridge dua tiang


Sumber: http://www.slideshare.net

Rajah 7.8: Khemah ridge besar

Rajah 7.9: Khemah berbentuk kubah atau iglu


TOPIK 7 AKTIVITI DARAT I – ASAS PERKHEMAHAN  149

LATIHAN 7.1

Apakah objektif asas pelaksanaan sesuatu perkhemahan?

7.3 PEMILIHAN TAPAK PERKHEMAHAN


Perkara yang paling diutamakan dalam aktiviti perkhemahan adalah memilih
tapak perkhemahan. Rajah 7.10 memperlihatkan pelaksanaan aktiviti perkhemahan
iaitu memasang khemah.

Rajah 7.10: Pelaksanaan aktiviti perkhemahan

Berikut adalah beberapa perkara penting perlu diambil perhatian dalam


menentukan tapak yang dipilih sesuai dan selamat:

(a) Anda perlu memastikan permukaan tanah yang hendak didirikan khemah
berada dalam keadaan rata dan tidak dipenuhi sebarang batu tajam atau
akar kayu yang boleh merosakkan permukaan bawah (ground sheet)
khemah;

(b) Tidak berada di atas tanah yang berlubang-lubang kerana ini boleh
mengundang pengumpulan angin sejuk pada waktu malam;

(c) Tapak tersebut juga perlu dipastikan bukan di kawasan aliran air yang telah
kering kerana dikhuatiri banjir mungkin akan berlaku ketika hujan;

(d) Memastikan tapak perkhemahan yang dipilih telah mendapat kebenaran


pihak berwajib seperti Jabatan Perhutanan, polis, pihak berkuasa tempatan
atau daripada orang perseorangan;
150  TOPIK 7 AKTIVITI DARAT I – ASAS PERKHEMAHAN

(e) Perlu memastikan tiada dahan atau pokok yang telah mati berhampiran
khemah atau di atas khemah;

(f) Jangan berkhemah terlalu hampir dengan sumber air seperti sungai atau
laut. Anda perlu sentiasa memantau keadaan pasang surut air dan
mengetahui bahaya yang bakal mengundang;

(g) Pastikan anda tahu tiada serangga atau binatang berbisa dan sarangnya
berada di dalam kawasan tapak perkhemahan yang dipilih kerana ia boleh
mengundang bahaya;

(h) Kawasan khemah yang redup boleh dijadikan kawasan perkhemahan.


Anda tidak terdedah kepada sinaran matahari yang melampau, di mana
keadaan ini boleh menyebabkan ketidakselesaan dan hidrasi;

(i) Pastikan kawasan perkhemahan tidak terlalu hampir dengan kawasan


habitat atau tempat tinggal binatang liar kerana dikhuatiri ia menjadi
tempat binatang berkumpul; dan

(j) Anda juga disarankan untuk sentiasa mengambil tahu sama ada kawasan
yang dipilih untuk tapak perkhemahan bukan laluan binatang dan habitat
semula jadinya ataupun ia adalah bekas tinggalan habitat binatang.

7.4 PERALATAN PERKHEMAHAN


Dalam memilih peralatan perkhemahan, ia memerlukan pengalaman untuk
mempelajari bagaimana memilih peralatan-peralatan yang sesuai dan perlu
dibawa untuk aktiviti pendidikan luar. Anda seharusnya meninggalkan
peralatan yang dirasakan tidak akan digunakan dan membawa hanya peralatan
yang benar-benar diperlukan.

Membawa peralatan yang terlalu banyak akan menyukarkan anda jika aktiviti
yang akan dilaksanakan memerlukan anda banyak bergerak dari satu destinasi
ke satu destinasi yang lain. Peralatan yang mempunyai pelbagai kegunaan
adalah peralatan utama yang sangat berfaedah untuk dibawa. Contohnya, pisau
pelbagai guna yang memiliki berbagai fungsi dalam satu.
TOPIK 7 AKTIVITI DARAT I – ASAS PERKHEMAHAN  151

Untuk memudahkan anda memilih dan menyediakan peralatan, disarankan


untuk menyediakan satu senarai semak peralatan yang mengandungi pelbagai
jenis peralatan yang telah dikelaskan mengikut keperluan. Beberapa peringatan
penting yang perlu diambil kira mengenai kepentingan menyediakan senarai
semak peralatan adalah seperti berikut:

(a) Sebelum kita keluar untuk mengikuti aktiviti luar seperti perkhemahan,
pendakian gunung, berkayak atau sebarang jenis aktiviti luar, kita haruslah
sentiasa membuat persediaan senarai peralatan perjalanan;

(b) Senarai peralatan akan membantu kita untuk mengenali apakah jenis
peralatan yang diperlukan dan sesuai untuk aktiviti kita;

(c) Senarai peralatan akan bertindak sebagai petunjuk kepada kita untuk
membuat persiapan untuk keluar. Pada dasarnya, lebih banyak barang
yang telah disenaraikan, akan memberikan kita idea untuk beberapa
peralatan lain.

Senarai semak perlu disediakan bagi memastikan semua peralatan perkhemahan


dibawa. Ia juga perlu mengambil kira kumpulan pengguna dan sebagai
perancang aktiviti, dua perkara utama yang perlu diambil kira iaitu:

(a) Peralatan bagi setiap individu yang menyertai perkhemahan. Sebagai


contoh, beg galas, pakaian, makanan tambahan, botol air dan sebagainya;
dan

(b) Peralatan sama yang digunakan untuk semua peserta perkhemahan.


Contohnya, khemah pusat, alatan memasak, generator, lampu, bekalan
makanan mentah dalam jumlah besar dan sebagainya.

Jadual 7.3 menyenaraikan cadangan senarai semak peralatan peribadi yang boleh
digunakan sebagai panduan pemilihan jenis peralatan yang perlu dibawa ketika
aktiviti perkhemahan.
152  TOPIK 7 AKTIVITI DARAT I – ASAS PERKHEMAHAN

Jadual 7.3: Contoh Senarai Semak Peralatan Perkhemahan

Senarai Semak Alatan Perkhemahan Peribadi


Pakaian Peribadi Peralatan Peribadi
 Seluar panjang  Bag Galas
 Seluar pendek  Mess Tin
 Kemeja-T  Botol Air
 Tuala  Pisau/Parang/Golok
 Pakaian solat  Pembuka Tin
 Pakaian aktiviti lasak  Lampu Picit/Lampu kepala
 Pakaian sukan  Alat tulis/buku log
 Topi  Mancis
 Baju hujan/jaket kalis air
 Kasut sukan/trek
 Sandal
 Stokin tambahan

Peralatan untuk Khemah Peralatan Dapur dan Memasak


 Beg tidur (sleeping bag)  Plastik sampah
 Alas tidur (sleeping pad)  Mancis/Pemetik api
 Khemah  Dapur gas (stove)
 Tali  Gas memasak
 Lampu (lantern)  Periuk
 Kuali
 Gelas
 Sudu/senduk/garpu
 Pinggan
 Bekalan makanan
 Bekas air besar/kecil

Kit Kecemasan Peribadi Kit Perubatan Peribadi


 Mancis  Kapas
 Pemula api  Pencuci luka/antiseptik
 Kompas  Plaster luka
 Pisau  Anduh
 Wisel  Pad luka pelbagai saiz
 Tali nilon  Pil anti asid
 Sulfur  Pembalut (bandage)
 Ubat-ubatan  Pin
 Aspirin/parasetamol
 Perekat
 Manual kecemasan
 Ubat-ubatan peribadi
TOPIK 7 AKTIVITI DARAT I – ASAS PERKHEMAHAN  153

Peralatan Kebersihan Diri Pelbagai atau Tambahan


 Losen  Cermin mata
 Ubat gigi/berus gigi  Losen pelindung matahari
 Sikat  Mentol lampu picit
 Cermin mini  Bateri simpanan
 Lilin tambahan
 Kamera

Seterusnya, marilah kita lihat dengan lebih lanjut penerangan mengenai lapan
komponen utama dalam aktiviti perkhemahan.

(a) Pakaian Peribadi


Pakaian peribadi adalah pakaian kegunaan sendiri dan terdiri daripada
pakaian yang sesuai digunakan untuk aktiviti perkhemahan dan lasak. Kita
perlu bijak menentukan jumlah pakaian yang perlu dibawa berdasarkan
jumlah hari kita akan mengikuti aktiviti perkhemahan.

Bagi cuaca panas dan lembap seperti di negara kita, adalah disarankan
memilih pakaian yang diperbuat daripada kain kapas kerana dapat
membantu peredaran udara dan menyejukkan.

Beg Galas

Rajah 7.11: Reka bentuk beg galas


154  TOPIK 7 AKTIVITI DARAT I – ASAS PERKHEMAHAN

Peralatan peribadi adalah peralatan asas sokongan yang terdiri daripada


peralatan yang sering digunakan ketika aktiviti perkhemahan. Antara yang
paling utama untuk dibincangkan ialah beg galas yang mana ianya
merupakan alatan paling penting untuk membawa kesemua peralatan yang
telah disenaraikan untuk perkhemahan. Secara asas, beg galas diperbuat
daripada nilon yang tahan lasak dan kalis air.

Terdapat tiga jenis dan reka bentuk beg yang boleh kita dapati di pasaran,
sepertimana ditunjukkan dalam Jadual 7.4.

Jadual 7.4: Tiga Jenis Beg Galas

Jenis Beg Deskripsi


Beg balik hari Berukuran 20 liter hingga 35 liter dan kebiasaan berkapasiti 11kg dan
(day pack) hanya sesuai digunakan jika pengguna tidak bermalam.
Beg bermalam Berukuran 35 liter hingga 55 liter ianya sesuai digunakan bagi
(overnight perkhemahan yang merangkumi tempoh dua hingga tiga hari.
pack) Berkapasiti 27kg dan hanya sesuai digunakan dalam tempoh tiga hari
dan ke bawah.
Beg berangka Berukuran 55 liter hingga 120 liter pula memiliki ciri-ciri tahan lasak
(expedition dan memiliki kekuatan yang tinggi kerana rangka yang diperbuat
pack) daripada aloi dan berkapasiti muatan hingga 100kg. Ia amat sesuai
untuk digunakan dalam tempoh 10 hari atau lebih.

(b) Peralatan Dapur dan Memasak


Ada dua perkara yang perlu anda ambil perhatian ketika ingin membawa
peralatan memasak iaitu berdasarkan jenis perkhemahan. Ada jenis
perkhemahan yang biasa dilaksanakan iaitu:

(i) Perkhemahan Jenis Lightweight

Rajah 7.12: Memasak menggunakan dapur gas dan mess tin


TOPIK 7 AKTIVITI DARAT I – ASAS PERKHEMAHAN  155

Bagi perkhemahan jenis ini, ia memaksa kita untuk tidak membawa


terlalu banyak peralatan kerana ia tidak muat untuk dibawa di dalam
beg. Perkhemahan jenis ini biasanya membawa peserta banyak
bergerak dari satu tempat ke satu yang lain. Sebagai contoh, ekspedisi
mendaki gunung, perkhemahan yang dilaksanakan hanya dibuat
ketika hendak bermalam dan berehat sahaja.

Menunya juga ringkas kerana banyak memasak menggunakan


makanan dalam tin dan cepat dimasak. Perkhemahan jenis ini tidak
memungkinkan kita untuk membawa banyak makanan basah kerana
tempoh masa yang lama dan kesukaran dalam mendapatkan bekalan.

Antara contoh peralatan memasak yang sesuai dibawa ditunjukkan


dalam Rajah 7.13.

Rajah 7.13: Mess tin, dapur gas, bahan api pepejal dan set sudu/garpu yang boleh
dilaraskan merupakan peralatan memasak yang sesuai untuk perkhemahan

(ii) Perkhemahan Jenis Base Camp

Rajah 7.14: Contoh khemah masak jenis base camp


156  TOPIK 7 AKTIVITI DARAT I – ASAS PERKHEMAHAN

Perkhemahan jenis ini adalah perkhemahan yang lebih bersifat


menetap dalam jangka masa yang agak lama dan tidak memerlukan
kita untuk banyak bergerak keluar, melainkan ketika perlu melakukan
aktiviti. Di kem ini, kita mempunyai banyak ruang untuk memasak
pelbagai makanan yang agak rumit (lihat Rajah 7.14). Pilihan
peralatan memasak boleh menggunakan peralatan memasak yang
lebih besar dan ia dipilih berdasarkan jumlah peserta yang terlibat
dalam perkhemahan tersebut.

(c) Kit Kecemasan Peribadi dan Pelengkapan Ikhtiar Hidup (Survival Kit)

Rajah 7.15: Contoh kit kecemasan peribadi dan pelengkapan ikhtiar hidup

Kit kecemasan peribadi dan pelengkapan ikhtiar hidup (Rajah 7.15) ini
merupakan peralatan wajib yang perlu dibawa bersama ketika melakukan
aktiviti perkhemahan. Ia merupakan peralatan yang boleh digunakan untuk
ikhtiar hidup ketika berlaku kecemasan seperti sesat di dalam hutan.
Antara kepentingan utama kit ini ialah ianya boleh membantu kita untuk
terus hidup bagi tempoh 24 hingga 72 jam, jika kita sesat dan cedera.

Antara peralatan yang dicadangkan untuk diletakkan di dalam kit ini


adalah seperti berikut:

(i) Mata pancing;


(ii) Tali pancing;
(iii) Pisau lipat/pisau;
(iv) Mancis kalis air;
(v) Pin;
(vi) Lilin;
TOPIK 7 AKTIVITI DARAT I – ASAS PERKHEMAHAN  157

(vii) Kompas;
(viii) Wisel;
(ix) Lampu;
(x) Lampu suluh saiz mini; dan
(xi) Garam.

(d) Kit Perubatan Peribadi

Rajah 7.16: Kit perubatan peribadi

Kit perubatan peribadi (Rajah 7.16) perlu dibawa setiap kali melaksanakan
aktiviti perkhemahan. Ketika beraktiviti, kita terdedah kepada pelbagai
bahaya dan ketika kecemasan, kit perubatan yang lengkap berisi boleh
menyelamatkan nyawa.

7.4.1 Peralatan Kebersihan Diri


Peralatan kebersihan diri pula adalah terdiri daripada peralatan yang digunakan
untuk membersihkan dan merapi anggota badan. Kita disarankan untuk
membawa satu beg kecil yang boleh memuatkan kesemua peralatan ini. Antara
peralatan yang disarankan adalah:

(a) Losen;
(b) Ubat gigi;
(c) Sabun mandi;
(d) Berus gigi;
(e) Cermin mini; dan
(f) Sikat.
158  TOPIK 7 AKTIVITI DARAT I – ASAS PERKHEMAHAN

LATIHAN 7.2

Apakah peringatan yang perlu diambil kira ketika hendak menyediakan


senarai semak peralatan perkhemahan?

7.5 PEMBAHAGIAN TUGAS DALAM AKTIVITI


PERKHEMAHAN
Dalam pelaksanaan sebarang aktiviti pendidikan luar, kebanyakan pecahan dan
pembahagian tugasan perlu dirancang bermula dari peringkat awal lagi.
Biasanya, tanggungjawab tugasan bermula di peringkat pelantikan jawatankuasa
utama program perkhemahan. Peranan utama semua jawatankuasa ini adalah
untuk memastikan program perkhemahan yang dirancang berjalan lancar.
Kesemua aspek perlu diambil kira seperti urusan penyediaan peralatan,
kewangan, penetapan aktiviti, peralatan aktiviti dan sebagainya.

Lazimnya, pembahagian tugas ini bermula daripada pelantikan dan penubuhan


jawatankuasa dan tugasan ini diserahkan kepada semua ketua jawatankuasa
yang akan memantau dan memastikan tanggungjawab jawatankuasanya berjalan
lancar. Tugasan ini merangkumi tugasan sebelum, semasa dan selepas program.

Tugasan sebelum program perkhemahan banyak menumpukan kepada


penyediaan keperluan asas perkhemahan seperti:

(a) Kertas kerja dan kelulusan program;

(b) Mengumpul dana atau mendapatkan kelulusan peruntukan khas program;

(c) Menyedia dan membeli peralatan am perkhemahan;

(d) Menyedia semua peralatan aktiviti seperti kayak, bersnorkel, orienteering


dan sebagainya;

(e) Kelulusan dan tempahan kenderaan seperti bas dan kenderaan sokongan
misalnya kenderaan pacuan empat roda, bot kargo, feri, lori dan
sebagainya; dan

(f) Mengenal pasti tempat dan tempahan tempat melalui kelulusan jabatan
tertentu atau orang perseorangan.
TOPIK 7 AKTIVITI DARAT I – ASAS PERKHEMAHAN  159

Bagi tugasan semasa program perkhemahan, banyak menumpukan kepada


pelaksanaan program perkhemahan seperti yang telah dirancang dalam kertas
kerja dan termaktub dalam buku program perkhemahan. Ianya amat bergantung
kepada guru dan pengerusi untuk bersama-sama memantau dan memastikan
setiap agenda yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik.

Walaupun kita telah merancang program perkhemahan dengan baik tetapi


dalam aktiviti pendidikan luar, apa yang dirancang kadangkala tidak dapat
dilaksanakan. Ini kerana kemungkinan kita berhadapan dengan keadaan tertentu
seperti hujan, dipukul ribut dan sebagainya. Kita harus bijak menggunakan budi
bicara atau menyediakan pelan alternatif untuk berhadapan dengan situasi ini
kerana dalam aktiviti pendidikan luar, keselamatan harus diutamakan.

Seterusnya, bagi tugasan selepas program perkhemahan, kita akan banyak


menumpukan kepada aktiviti mengemas dan membersihkan peralatan. Peralatan
yang telah digunakan perlu diperiksa dan dibersihkan sebelum disimpan dalam
stor ataupun jika dipinjam, dipulangkan dengan keadaan baik.

Perkara yang paling akhir dan penting tetapi sering kita lupakan ialah menilai
semula akan keberkesanan program dan kesannya kepada peserta. Pendekatan
ini perlu sentiasa diamalkan kerana fungsinya yang berperanan memberikan
input- input yang berguna kepada guru untuk memperbaiki program dan
mengetahui tahap kemahiran pelajar melalui pendidikan luarnya

LATIHAN 7.3

Apakah antara tugasan yang perlu dilakukan sebelum pelaksanaan


aktiviti perkhemahan?

7.6 KEMAHIRAN ASAS IKATAN TALI


Tali adalah satu alat asas yang sering digunakan dalam aktiviti luar dan akan
digunakan setiap masa. Antaranya adalah ketika menyediakan tempat
perlindungan, menyelamat, mengikat gejek dan sebagainya. Begitu juga dalam
melakukan aktiviti-aktiviti bertali seperti abseiling dan reppelling, tali adalah
alatan utama di samping peralatan-peralatan yang lain. Terdapat beberapa jenis
tali yang selalu digunakan dan ianya berbeza dari segi saiz dan kegunaan.
Berikut adalah contoh ikatan asas yang kita boleh praktik:
160  TOPIK 7 AKTIVITI DARAT I – ASAS PERKHEMAHAN

7.6.1 Simpul Angka Lapan (Figure of Eight)


Berikut adalah penerangan tentang jenis ikatan tali ini (lihat Rajah 7.17):
(a) Boleh digunakan untuk mematikan hujung tali khemah ke pancang;
(b) Ketika aktiviti abseiling, ia boleh digunakan untuk mengikat tali ke abah-
abah (di tengah-tengah);
(c) Kelebihan: Senang untuk diikat, serba guna; dan
(d) Kekurangan: Sukar untuk mengagak keketatan ikatan.

Rajah 7.17: Simpul angka lapan

7.6.2 Simpul Angka Lapan Berganda (Double Figure


of Eight)
Penerangan tentang ikatan tali ini (lihat Rajah 7.18) adalah:
(a) Menyambungkan tali dengan abah-abah;
(b) Kelebihan: Ikatan senang untuk dibuka berbanding ikatan jenis tindih
kasih; dan
(c) Kekurangan: Rumit untuk diikat.

Rajah 7.18: Simpul angka lapan berganda


TOPIK 7 AKTIVITI DARAT I – ASAS PERKHEMAHAN  161

7.6.3 Tindih Kasih (Bowline)


Butiran tentang ikatan tindih kasih (lihat Rajah 7.19) adalah:
(a) Menyambungkan tali kepada abah-abah dengan mengikat terus kepada tali
utama;
(b) Kelebihan: Senang dilaraskan keketatan ikatan; dan
(c) Kekurangan: Mudah longgar ketika tali longgar.

Rajah 7.19: Tindih kasih

7.6.4 Simpul Manuk (Clove Hitch)


Ciri-ciri simpul manuk (lihat Rajah 7.20) adalah:
(a) Digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau balak;
(b) Kelebihan: Senang diikat dan untuk dilaraskan; dan
(c) Kekurangan: Ikatannya tidak seteguh ikatan simpul angka lapan.

Rajah 7.20: Simpul manuk


162  TOPIK 7 AKTIVITI DARAT I – ASAS PERKHEMAHAN

7.6.5 Simpul Balak (Timber Hitch)


Berikut adalah deskripsi tentang simpul balak (lihat Rajah 7.21):
(a) Digunakan untuk mengikat balak atau pokok yang besar;
(b) Kelebihan: Senang diikat dan untuk dilaraskan; dan
(c) Kekurangan: Sukar untuk melaraskan ikatan.

Rajah 7.21: Simpul balak


Sumber: Panduan perkhemahan dan pioneering Abdul Halim (2004)

7.6.6 Simpul Rama-rama (Butterfly Knot)


Penerangan tentang simpul rama-rama (lihat Rajah 7.22) adalah:
(a) Untuk mengangkat sesuatu yang bercabang atau orang yang terperangkap
di tempat yang sempit;
(b) Kelebihan: Mudah diikat dan senang untuk dilaraskan mengikut saiz
badan; dan
(c) Kekurangan: Ikatan yang tidak kemas boleh menyebabkan bebanan yang
ingin diangkat terjatuh.
TOPIK 7 AKTIVITI DARAT I – ASAS PERKHEMAHAN  163

Rajah 7.22: Simpul rama-rama

7.6.7 Buku Sila (Reef )


Berikut adalah penerangan tentang ikatan buku sila (lihat Rajah 7.23):
(a) Ikatan ini dipraktikkan ketika ingin mengikat anduh bagi orang yang
tercedera, dan juga untuk menyambung tali;
(b) Kelebihan: Senang untuk dipelajari; dan
(c) Kekurangan: Mudah longgar.

Rajah 7.23: Buku sila


164  TOPIK 7 AKTIVITI DARAT I – ASAS PERKHEMAHAN

7.6.8 Simpul Himpit (Fisherman Knot)


Ciri-ciri bagi ikatan simpul himpit (lihat Rajah 7.24) adalah:
(a) Digunakan untuk menyambung dua tali yang berlainan atau sama jenis;
(b) Kelebihan: Ikatan ini kukuh dan tidak akan terbuka apabila diisi bebanan;
dan
(c) Kekurangan: Sukar untuk diikat dan kadangkala memerlukan lebih
daripada satu tali.

Rajah 7.24: Simpul himpit

7.6.9 Ikatan Pencuri (Quick-Release Knot)


Ikatan pencuri (lihat Rajah 7.25) boleh dibuka dengan menyentap satu tali
penghurai.

Rajah 7.25: Ikatan pencuri


TOPIK 7 AKTIVITI DARAT I – ASAS PERKHEMAHAN  165

7.6.10 Ikatan Seraya (Square Lashing)


Ikatan ini (lihat Rajah 7.26) digunakan bagi mengikat dua batang kayu yang
bersilang.

Rajah 7.26: Ikatan seraya

7.6.11 Ikatan Serong (Diagonal Lashing)


Ikatan serong (lihat Rajah 7.27) digunakan untuk merapat dan mengikat dua
batang kayu yang bersilang.

Rajah 7.27: Ikatan serong


166  TOPIK 7 AKTIVITI DARAT I – ASAS PERKHEMAHAN

7.7 GEJEK DAN PENGGUNAAN


Gejek boleh didefinisikan sebagai peralatan yang dibina di kawasan
perkhemahan bagi menggantikan peralatan yang sedia ada di rumah. Ia juga
boleh disebut sebagai alat reka ganti kerana ia hanya berubah dari segi bentuk
tetapi masih mengekalkan fungsinya. Sebagai contoh, buluh boleh digunakan
untuk menggantikan pembuatan meja atau rak pelbagai guna. Untuk
menyediakan gejek tidaklah serumit seperti membina perabot tetapi ianya hanya
memerlukan kemahiran ikatan tali yang baik. Subtopik berikut memaparkan
beberapa contoh reka bentuk gejek yang boleh dijadikan panduan kepada kita
dalam membina gejek yang diingini.

7.7.1 Reka Bentuk Gejek


Rajah 7.28 memperlihatkan beberapa contoh reka bentuk gejek manakala Rajah
7.29 mengilustrasi jenis ikatan tali pada gejek.
TOPIK 7 AKTIVITI DARAT I – ASAS PERKHEMAHAN  167

Rajah 7.28: Beberapa contoh gejek


168  TOPIK 7 AKTIVITI DARAT I – ASAS PERKHEMAHAN

Rajah 7.29: Contoh dua jenis ikatan tali yang digunakan untuk menyambungkan gejek
TOPIK 7 AKTIVITI DARAT I – ASAS PERKHEMAHAN  169

7.7.2 Konsep Asas Gejek


Untuk memudahkan kita memahami apa itu gejek, berikut adalah konsep asas
sebuah gejek:

(a) Boleh direka bentuk dalam pelbagai bentuk dan saiz;


(b) Biasanya hanya digunakan dalam kegiatan luar seperti berkhemah;
(c) Berupaya untuk membantu memudahkan tugasan harian di tapak
perkhemahan;
(d) Memberikan kelebihan untuk membantu ketika melakukan aktiviti
memasak;
(e) Peralatan yang mudah dibina dan dibuat daripada sumber semula jadi;
(f) Boleh dibina menggunakan kayu ataupun buluh; dan
(g) Kebiasaannya dibina berdasarkan imaginasi manusia.

 Perkhemahan berupaya mendekatkan manusia dengan alam semula jadi.

 Perkhemahan adalah aktiviti yang mampu mencapai lima objektif asas.

 Tapak perkhemahan yang dipilih perlu sesuai dan selamat.

 Peralatan yang mempunyai pelbagai kegunaan sangat berfaedah untuk


dibawa.

 Pembahagian tugas perlu dilakukan dari peringkat awal.

 Tali sangat penting dan adalah alat asas yang sering digunakan dalam aktiviti
luar.

 Gejek adalah peralatan yang dibina di kawasan perkhemahan bagi


menggantikan peralatan yang sedia ada di rumah.
170  TOPIK 7 AKTIVITI DARAT I – ASAS PERKHEMAHAN

Base camp Ikatan tali


Beg galas Khemah
Gejek Lightweight
Ground sheet Tapak khemah

1. Terangkan bagaimana untuk memilih tapak untuk dijadikan kawasan


perkhemahan.

2. Apakah yang dimaksudkan dengan gejek dan apakah konsep asas sebuah
gejek?

1. Terangkan tiga jenis dan bentuk beg yang sering digunakan dalam aktiviti
perkhemahan.

2. Senaraikan peralatan yang dicadangkan untuk diletakkan di dalam kit


kecemasan peribadi dan ikhtiar hidup.

Abdul Alim. (2004). Panduan perkhemahan, simpulan dan pioneering: Untuk


pengakap dan pandu puteri serta badan uniform lain. Selangor: Fajar Bakti.

Budworth, G. (2003). Knots. New York: Sterling.

Davies, B. (2002). The encylopedia of outdoor survival: Based on the training and
techniques of the SAS. Florida: Lewis.

Drake, P. G. (2004). A practical manual of camping, hiking and wilderness


techniques. London: Hermes House.
TOPIK 7 AKTIVITI DARAT I – ASAS PERKHEMAHAN  171

Graydon, & Hanson, K. (2002). Mountaineering: The freedom of the hills. Seattle:
The Mountaineers.

Hattingh, G. (2003). The outdoor survival manual. London: New Holland.

Manners, H. M. (1995). The backpackers handbook. London: Dorling Kindersley.

Zora & Aiken, D. (1996). Simple tent camping: The basics of camping from car or
canoe. US: McGraw-Hill.

Anda mungkin juga menyukai