Anda di halaman 1dari 6

TUGASAN 2: SINOPSIS KARYA

“BUKAN MIMPI”

WATAK-WATAK DALAM KARYA:

Milly Ibu Milly Nenek sakti Gergasi

Si bunga Makhluk aneh


PENGENALAN

Milly merupakan seorang kanak-kanak perempuan yang berusia enam tahun. Dia
merupakan anak tunggal kepada seorang balu. Mereka tinggal di sebuah taman perumahan
di pinggir bandar. Walaupun Milly kehilangan bapa, kehidupannya dalam keadaan baik kerana
arwah bapanya merupakan seorang pegawai kerajaan. Disebabkan kehilangan ayah, Milly
dimanjakan kerana dia merupakan satu-satunya permata hati ibu. Oleh itu, Milly sangat nakal
dan sering melawan kata ibunya terutama apabila kehendak tidak ditunaikan. Selain itu, Milly
bersekolah di sebuah prasekolah berdekatan dengan rumah mereka. Apabila ibu
mengambilnya di sekolah, Milly akan pulang bersama ibu. Namun, setelah dia berehat
sebentar, dia akan keluar bermain bersama rakan-rakannya atau seorang diri. Hal ini
merisaukan ibu kerana Milly bermain tanpa pengawasan serta tidak diketahui arah tuju. Ibu
selalu menegur Milly namun dia melawan malahan pernah juga dia menengking ibu. Ibu
sangat sedih dengan sikap anak kesayangannya itu.

Pada suatu hari, ibu mengambil Milly selepas tamat persekolahan seperti biasa.
Apabila pulang, Milly dihidangkan dengan makanan yang sangat enak. Ibu Milly seorang yang
rajin memasak dan sangat baik. Lauk pauk yang dimasak begitu sedap sehinggakan Milly
kekenyangan lalu dia berehat di atas sofa. Ibu Milly pula sedang mengemas di dapur lalu
masuk ke bilik untuk berehat. Cuaca pada hari itu begitu panas. Tiba-tiba milly mendapat idea.
Dia meninjau ibu di bilik dan ibu telah melelapkan mata. Kemudian dia melihat pintu utama
rumah. Pintu dalam keadaan tidak berkunci. Milly melompat-lompat gembira kerana sudah
seminggu dia tidak dapat keluar bermain bersama rakan selepas pulang dari sekolah. Milly
berjaya meloloskan diri.

BABAK PERTAMA: “AKU DI MANA?”

Milly berjalan (skip) di sekitar taman yang biasa dia bermain bermain bersama rakan.
Rakan-rakan bermain pondok-pondok namun milly tidak berminat. Semasa berjalan di sekitar,
tiba-tiba Milly terdengar bunyi sesuatu di sebalik pokok. “Prutt.. prutt”. Peluh mencurah-curah.
Cuaca yang panas menyebabkan milly menyesal keluar rumah bersama rakan. Kepalanya
pening namun disebabkan sifat ingin tahu kanak-kanak tinggi maka milly pun tetap mencari
bunyi tersebut. Puas mencari bunyi tersebut namun tidak dijumpai walhal bunyinya begitu
dekat dengannya. Dia semakin pelik.

“Debuukkkkk!”, Milly tercampak lalu terguling-guling badannya di angkasa lepas. Milly


semakin pening. Dia berdiri namun hanya mampu membongkokkan badan dan seterusnya
jatuh kerana tidak stabil. Dia melihat di sekitar kawasan. Pelbagai bentuk bulat di sekitar
seperti berada di planet bola. Tiba-tiba datang seekor makhluk aneh kepadanya sambil
mengetawakan dia. Milly ketakutan. Dia mencangkung dan berpeluk tubuh sambil menangis.

“Budak nakal!” “Budak nakal!” “Budak nakal!”, bergema suara si makhluk aneh di planet. Milly
menangis lagi. Milly hairan dengan gelaran “budak nakal”. Dia seakan-akan mengejek Milly.
Lalu dengan pantas Milly bangun dan mencari jalan keluar walaupun dia tidak tahu.
Disebabkan keadaan tidak stabil, dia merangkak dengan laju. Dalam kesamaran, Milly
terpegun dengan keadaan sekeliling yang pernah dilihat dalam buku malahan di televisyen
juga. Ini alam semesta katanya. Terdapat bulan, bintang dan pelbagai planet-planet yang
pelbagai bentuk. Cantik sekali. Teringin sekali menyentuh kesemuanya namun tidak tercapai.
Milly sekali lagi pengsan kerana pening melihat planet-planet bergerak laju.

BABAK KEDUA: “HIJAU”

“Hmmmm..hmmmm”, bunyi seruling di corong telinga Milly. Dia terbangun dari


pengsan setelah terdengar bunyi yang datang entah dari mana. Kotor bajunya kerana dia
berada di alam hutan yang berlantaikan tanah. Kepala Milly pusing sekali kerana dia seperti
bermimpi bertukar dari satu tempat ke tempat lain sekelip mata. Sesekali dia terdengar bunyi
haiwan-haiwan buas. Milly sangat takut. Perlahan-lahan dia merangkak dan sesekali
menyusur dalam semak-samun mencari bunyi seruling.

“Gruhh! Gruhh!”, bunyi kilat sabung-menyabung. Perlahan-lahan hujan turun. Milly berpeluk
tubuh. Dia menangis lagi dalam kesejukan. Dalam menangis, Milly melihat pelbagai bentuk
flora yang sangat cantik. Daun-daun hijau melambai-lambai ke arahnya. Milly merangkak
kearah pokok-pokok renek tersebut. Dia ingin melihat apa yang terdapat di sebalik pokok-
pokok. Tiba-tiba lantai tanah bergegar seperti nak terbelah.

“Dum! Dum! Bunyi tapak kaki datang kearah Milly. Dia disergah oleh seekor makhluk aneh.
Besar, busuk dan menakutkan. Milly melutut. Dia takut dimakan makhluk aneh yang seakan-
akan gergasi. Rupa-rupanya, gergasi itu membawa makanan kepada Milly.

“Kau mahu makan?,” garau suara si gergasi. Sambil melutut Milly mengangguk.

“Mari ambil makanan dari tanganku,” hulur si gergasi.

Dengan terketar-ketar milly melutut cuba mengambilnya.

“Hahahahahahaha. Aku tidak akan memberikan makanan ini kepadamu wahai budak nakal.
Rasakan kelaparan,” kata si gergasi sambil berlari laju. Milly menangis di tepi pokok-pokok
renek. Perlahan-lahan datang sekuntum bunga yang mengusap-usap belakang Milly.
“Jangan sedih wahai kawan. Aku akan membantumu,” pujuk si bunga.

Milly tidak mempedulikannya. Milly teruskan menangis.

“Aku akan tunjukkan jalan keluar. Kau lihat di sana ada jalan. Teruskan sehingga kau
berjumpa sebuah perkampungan yang indah. Pergi lah kawan. Jangan bersedih”. Kata si
bunga kepada milly.

BABAK KETIGA: “NENEK SAKTI”

Lenguh kaki berjalan dengan harapan terjumpa perkampungan yang dimaksudkan.


Milly tidak berputus asa. Dia menyesal dengan tindakannya. Dia mahu pulang ke rumah.
Hatinya rindu pada ibu. Terasa seperti sudah berhari-hari dia ke dunia lain. Dia teruskan
perjalanan sehingga terjumpa sebuah perkampungan yang sangat cantik dan penuh dengan
gelak ketawa. Kedengaran seperti sebuah perkampungan yang bahagia. Dengan baju yang
kotor dan muka yang comot, milly berjalan perlahan-lahan. Kemudian, dia disapa seorang
nenek.

“Cu, kamu dari mana? Ingin mencari siapa?” tanya nenek sambil tersenyum.

“Saya….saya sesat nek,” jawab milly dengan nada yang takut.

Nenek menghulurkan sebuah epal dan air kosong.

“Duduk lah dahulu. Kamu kelihatan penat.” kata nenek.

Milly pun duduk sopan lalu minum dan makan epal yang diberi nenek tanpa berfikir panjang.
Sambil makan, nenek bertanya soalan kepadanya.

“Saya tersesat selepas pergi ke semak berdekatan dengan taman permainan. Selepas itu,
saya telah pergi ke planet, hutan dan seterusnya ke sini. Saya seperti bermimpi. Saya mahu
pulang,” teresak-esak Milly menceritakan kepada nenek.

“Sudah, jangan bersedih lagi. Ini merupakan balasan kamu yang ingkar perintah ibu. Kamu
juga sering memarahi ibu, membuat ibu sedih dan kekecewaan ibu membuatkan kamu berada
di sini. Ibu sangat menyayangi kamu. Selepas ini berjanji dengan nenek bahawa kamu akan
jadi anak yang baik buat ibu. Boleh?” nasihat nenek.

“Saya menyesal nek. Saya mahu berjumpa ibu segera,” kata Milly sambil menghentak-hentak
kaki tanda merajuk.
“Baiklah. Nenek akan hantar kamu pulang. Tapi sebelum itu, jom lihat kawan-kawan di sana.
Kita menari bersama-sama sebelum kamu pulang. Mereka pun mahu mengenali kamu,” pujuk
nenek.

Milly pun menari bersama-sama rakan buniannya. Dia gembira. Dia akan pulang ke pangkuan
ibu. Mereka melompat, berskip, berjalan empat langkah besar ke hadapan dan empat langkah
kecil ke belakang (do si do) dengan gembirannya.

“Terima kasih nenek. Terima kasih kawan-kawan. Saya akan pulang ke rumah sekarang,”
kata Milly sambil melambai-lambai tangannya kepada mereka.

BABAK KEEMPAT: “IBU, MAAFKAN AKU”

Ibu menanti Milly di rumah dengan resah. Dia mundar-mandir. Sebelum itu ibu telah
pergi ke taman mencarinya. Namun, rakan-rakannya juga tidak perasan Milly telah hilang.
Jam sudah menunjukkan pukul 7.10 malam namun Milly belum pulang. Ibu memarahi dirinya
kerana lalai mengunci pintu rumah.

“Di mana kamu nak. Ibu risau,” kata ibu dalam hati.

Milly berlari kearah rumah. Sempat dia membuka kasut dan terus memeluk ibu. Milly
menangis teresak-esak. Ibu pelik dengan sikap Milly.

“Milly minta maaf. Milly minta maaf kerana Milly bukan anak yang baik. Maafkan saya, ibu.”

Milly pun menceritakan segala yang telah berlaku kepada ibu.

“Milly sangka Milly telah hilang selama beberapa hari. Rupanya tidak sampai sehari pun. Milly
risaukan ibu. Milly sayang ibu.” Milly memeluk erat ibu.

“Sudahlah nak, apa yang telah berlaku jadikan pengajaran. Ibu sangat sayangkan kamu.
Tiada permata lain yang ibu ada melainkan kamu saying,” kata ibu dengan sebak.

Sejak kejadian itu, Milly menjadi seorang anak yang baik, mendengar kata serta tidak
memberontak lagi. Dia sedar segala yang dilarang ibu mempunyai hikmah disebaliknya. Kasih
sayang ibu terhadap Milly tidak berbelah bagi walaupun anaknya seorang yang degil, nakal
dan sering melukakan hatinya. Begitulah pengorbanan dan kasih sayang ibu terhadap anak.
BIBLIOGRAFI

Ramlah Jantan. (2016). Aktiviti didik hibur dalam kalangan guru prasekolah daerah Gombak.
Jurnal Pendidikan Awal kanak-kanak, 19-29.

Mf Kencana. (2014). Bayangan masa hadapan. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nurazmi Kuntum. (2018). Sastera kanak-kanak dan kaedah pengajaran. University of


California, Berkeley: Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei.

Nurfarhana Shahira Rosly. (2015). Penerapan elemen penceritaan dalam teknik


pembelajaran kanak-kanak. Journal of business and social development, 76-87.

Arbai'e Sujud. (2014). Ekspresi emosi melalui bahan bacaan sastera kanak-kanak. Jurnal
Melayu, 72-84.

Youtube. (2019, March 7). Retrieved from Teater kanak-kanak (MIMPI) :


https://www.youtube.com/watch?v=W_IRXB8IFAk

Anda mungkin juga menyukai