Anda di halaman 1dari 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA

PENTAKSIRAN ALTERNATIF MEI 2020

PROGRAM
PISMP PAKK
(Programme)

AMBILAN
(Intake) JUN 2016

SEM 8
(Sem)
ANGKA GILIRAN
(Index Number ) 2016142340028

NO.K/PENGENALA
N
970713385172
(Identity Card No.)
KOD KURSUS
(Course Code) EDUP3083

NAMA KURSUS
(Course Title) ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU

TARIKH
PEPERIKSAAN
3 JUN 2020
(Examination Date)

ARAHAN KEPADA CALON

1. Semua jawapan calon hendaklah ditaip dalam perisian Microsoft Words


menggunakan font Arial 12, serta langkau 1.5 baris. Setiap helaian jawapan
hendaklah dilabelkan dengan nombor angka giliran di sebelah kiri header dan kod
kertas peperiksaan di sebelah kanan header.

2. Calon diingatkan untuk tidak melakukan plagiarisme dan hendaklah mematuhi


peraturan penulisan akademik yang ditetapkan oleh IPG.

3. Calon hendaklah menjawab soalan secara individu dan diingatkan agar tidak
berbincang dan meniru jawapan calon-calon lain.

4. Calon yang GAGAL menghantar jawapan pada masa yang ditetapkan adalah
dikira telah gagal peperiksaan berkenaan.
KOD KURSUS : EDUP3083 NO. AG: 2016142340028

SOALAN 1:

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) yang telah diperkenalkan oleh


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah meletakkan peningkatan profesionalisme
profesion keguruan sebagai salah satu fokus utama. Dalam usaha untuk memastikan
hasrat tersebut direalisasikan dengan jayanya, guru seharusnya mengambil tindakan
proaktif ke arah meningkatkan kualiti profesion keguruan sejajar dengan hasrat murni
Kementerian Pendidikan Malaysia tersebut.
Strategi yang pertama yang mampu meningkatkan kualiti profesion guru adalah
dengan memperketatkan syarat kemasukan guru. Hal ini demikian, dengan adanya
sistem yang ketat kualiti bakal guru dapat ditapis selaras dengan hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu melahirkan murid yang seimbang dari aspek
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Bertitik tolak daripada itu, guru dan bakal guru
sendiri perlu memenuhi kelima-lima aspek tersebut sebelum kemenjadian murid. Di
dalam pemilihan bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) calon mesti mempunyai
sekurang-kurangnya 5A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mengikuti kursus
yang ditawarkan oleh IPG. Di samping itu, menurut (Sahari Nordin, 2016) IPG
melengkapkan pelatih dengan pelbagai kompetensi pengajaran secukupnya, khususnya
kompetensi penaksiran dan pengujian, sebagai pendedahan awal kepada bakal
pendidik. Pendedahan terhadap cabaran sebenar guru juga dihadapi oleh pelatih
semasa berada di lapangan pratikal dan internship. Sebagai perbandingan negara
Finland, Hong Kong dan Singapura mengehadkan kemasukan guru pelatih kepada
hanya 20 hingga 30 peratis graduan lulusan terbaik (Haspizi Mohd Zain, 2015).
Selain itu, pendekatan berkesan untuk melatih diri menjadi seorang guru yang
perfesional dan berkualiti adalah melalui ‘lesson study’. Kaedah ini merupakan salah
satu daripada aktiviti yang dicadangkan di dalam Professional Learning Community
(PLC). Perkara ini dilaksanakan melalui peningkatan kualiti program Pembangunan
Profesionalisme Berterusan (PPB). ‘Lesson Study’ berkonsepkan pementoran dan
perkongsian kepakaran memberi peluang kepada guru untuk mencari kelemahan dan
membuat penambahbaikan melalui teguran serta cadangan membina yang diberikan
oleh rakan sekerja lain. Malah, guru dapat berkongsi pengalaman dan kepakaran guru
KOD KURSUS : EDUP3083 NO. AG: 2016142340028
lain dalam mencari kaedah paling berkesan bagi P&P yang dijalankan. Lantaran itu,
penglibatan dalam program ‘Lesson Study’ perlu dibudayakan secara konsisten dari
masa ke semasa. Kolaborasi yang mantap dalam PLC memerlukan suatu proses yang
sistematik melibatkan guru bekerja dalam satu pasukan untuk menganalisis dan
penambaikan amalan dalam bilik darjah (McLaughlin & Talbert, 2001). Dengan erti kata
lain, guru perlu bekerja dalam satu pasukan yang berterusan sehingga mewujudkan
sebuah pasukan pembelajaran. Implikasinya, usaha tersebut menghasilkan peningkatan
dalam pencapaian murid (Mohd Faiz, 2016).
Seterusnya, tugas guru kini lebih mencabar kerana perlu menyediakan murid
untuk masa hadapan dengan kerjaya yang belum lagi wujud pada masa kini.
Pengetahuan yang wujud pada hari ini mungkin tidak relevan dalam beberapa tahun
akan datang, justeru murid perlu dipersiapkan dengan ciri-ciri yang digariskan dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) iaitu Enam Aspirasi Murid iaitu
Pengetahuan, Kemahiran Berfikir, Kemahiran Dwibahasa, Kemahiran Memimpin, Etika
dan Kerohanian serta Identiti Nasional. Antara langkah yang direncanakan adalah
dengan memperkemas dan mempermudahkan proses pengumpulan dan pengurusan
data sedia ada. Selain itu, beberapa tugas pentadbiran akan diserahkan kepada pusat
perkhidmatan terpusat atau kepada guru pentadbiran peringkat sekolah. Langkah ini
wajar memandangkan tugas guru sepatutnya fokus kepada mendidik murid sekolah bagi
menghasilkan pengajaran berkualiti diterima oleh murid dan tidak terganggu dengan
urusan pentadbiran sekolah. Dengan menjadikan pembelajaran murid sebagai hala tuju
utama, pendidik akan melihat secara positif dan menggunakan peluang yang ada untuk
mengatasi masalah-masalah pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, dan bukan
lagi sekadar menyuarakan rungutan atau kesedihan dengan bebanan kerja lain yang
mengganggu tugas hakiki seorang guru (Sahari Nordin, 2016).
Kementerian Pendidikan Malaysia membuka ruang untuk guru yang ingin
memainkan peranan kepimpinan, pakar pengajaran dan pakar bidang. Oelh itu, guru
boleh memilih untuk meneruskan laluan kerjaya yang menarik berdasarkan prestasi,
potensi dan minat mereka untuk menjalankan tugas kepimpinan di peringkat sekolah,
daerah, negeri atau persekutuan. Guru boleh memilih untuk menjadi pakar dalam bidang
tertentu seperti pembangunan kurikulum, pentaksiran, dan program latihan untuk sistem
yang lebih luas selain berperanan sebagai guru pakar di sekolah. Menurut Hailan
Salamun (2012), kepemimpinan guru dapat membangkitkan suasana sekolah ke arah
perkembangan profesional, kejeleketan, autonomi guru, dan keterbukaan. Langkah pro
aktif ini dijangka mampu menjadi pemangkin kepada guru untuk terus memberi
KOD KURSUS : EDUP3083 NO. AG: 2016142340028
sumbangan dengan lebih berkesan pada masa hadapan tanpa mengira laluan kerjaya
yang dipilih.

Kesimpulannya, guru yang berkualiti membantu melonjakkan kualiti pendidikan


Negara sebagaimana yang diharapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Bagi
mencapai tahap tersebut, setiap guru perlu menghayati tugas dan peranannya sebagai
pendidik agar tidak tersasar daripada fungsinya yang sebenar sebagai agen sosial
utama dalam masyarakat.
KOD KURSUS : EDUP3083 NO. AG: 2016142340028

RUJUKAN:

Azilah Lambri. (2019). Pelaksanaan Aktiviti Pembelajaran Berasaskan Masalah dalam


Proses Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Fakulti Bahasa dan
Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris., 99-110.

Berhannudin Mohd Salleh, Denmark, Husain Othman, Ahmad Esa, Asri Selamat &
Abdullah Sulaiman. (2009). Problem based learning across

Hailan Salamun. (2012). Pengupayaan Kepemimpinan Guru Di Sekolah . Universiti


Teknikal Malaysia, 1-10.

Haspizi Mohd Zain. (2015, Julai 28). Berita Harian Online. Kementerian perketat syarat
masuk PISMP.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia


2013-2025. Kementerian Pendidikan Malaysia.

McLaughlin MW, Talbert JE (2001) Professional Communities and the Work of High
School Teaching. University of Chicago Press, Chicago.

Mohamad Sahari Nordin. (2016). Meninggikan Profesionalisme Pendidik Menerusi


Peningkatan Kempetensi Pengajaran. Institute of education International Islamic
University Malaysia, 7-20.

Mohd Faiz Mohd Yaakob. (2016). Konsep kolaborasi dalam komuniti pembelajaran
professional. GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space , 1-
9.

Noor Aini Ahmad dan Norhafizah Abu Hanifah. (2015). Tahap Pengetahuan Guru
Pendidikan Khas mengendalikan pendidikan masalah pembelajaran. Asia
Pacific Journal of Educators and Education, 75-88.
KOD KURSUS : EDUP3083 NO. AG: 2016142340028

SOALAN 2:

Pembelajaran berasakan masalah (PBM) ialah kaedah pembelajaran yang


menggunakan masalah sebenar yang relevan serta bermakna sebagai fokus dalam
proses pembelajaran. PBM adalah salah satu daripada strategi pembelajaran yang
berpusatkan pelajar. Menurut Berhanuddin et.al (2009), PBM ialah pembelajaran aktif
dan berpusatkan pelajar yang menggunakan masalah tidak berstruktur sebagai titik
permulaan proses pembelajaran. Selain itu, PBM juga merupakan aktiviti P&P yang
menyokong teori pembelajaran konstruktivisme, iaitu pelajar secara aktif membina
kefahaman sendiri apabila melalui pengalaman pembelajaran yang memerlukan mereka
banyak berdikari dalam mencari jawapan dan penyelesaian kepada masalah.

Cadangan aktiviti PBM bagi murid prasekolah dipilih berdasarkan tunjang


Kemanusiaan iaitu Standard Kandungan KM5.3.2 Melaksanakan aktiviti pemeliharaan
dan pemuliharaan alam sekitar. Topik ini dipilih berdasarkan kepada konsep kontekstual
iaitu pembelajaran berdasarkan ruang lingkup kehidupan murid sendiri. Kredibiliti guru
turut ditentukan dalam perancangan dan pemilihan bahan pengajaran yang bersesuaian
(Noor Aini Ahmad dan Norhafizah Abu Hanifah, 2015). Tempoh aktiviti pembelajaran ini
selama 60 minit. Dalam proses PBM ini melibatkan pembahagian kumpulan,
mengenalpasti masalah, menjana idea, isu pelajaran, pembelajaran kendiri, aplikasi dan
refleksi.

Langkah pertama ialah pembentukan kumpulan. Guru meminta murid membentuk


kumpulan masing-masing. Dalam proses penentuan ahli kumpulan, guru memberi
autonomi kepada murid untuk menentukan ahli kumpulan sendiri. Walau bagaimanapun,
guru menetapkan had bilangan ahli sesebuah kumpulan. Bagi murid prasekolah,
bilangan ahli bagi sebuah kumpulan ialah lima orang. Hal ini bertujuan memberikan
peluang kepada pelajar memilih sendiri rakan-rakan mereka yang boleh bekerjasama
dalam melaksanakan tugasan. Pemilihan ahli kumpulan secara autonomi ini dipersetujui
dan disukai oleh murid.
KOD KURSUS : EDUP3083 NO. AG: 2016142340028
Langkah kedua, guru menayangkan video berkaitan dengan pencemaran alam
sekitar. Pada peringkat ini setelah pembentukan ahli kumpulan, pensyarah memberikan
senario dan masalah kepada murid. Dalam aktiviti PBM, murid diminta untuk
menyelesaikan punca masalah pencemaran alam sekitar yang ditayangkan. Setiap
kumpulan mendapat senario permasalahan dan arahan tugasan yang sama. Guru
memberikan arahan dengan jelas perkara yang perlu dilakukan oleh murid. Dalam aktiviti
ini, murid diminta membincangkan isu pencemaran alam sekitar iaitu pencemaran air,
udara, tanah dan bunyi. Oleh itu, skop yang lebih luas memudahkan tahap murid
prasekolah berbincang dalam kumpulan untuk mengenalpasti punca berlakunya
pencemaran alam sekitar di dalam negara kita.

Pada peringkat ketiga, guru memberikan tempoh masa selama 30 minit untuk
murid menjana idea melalui perbincangan dan kolaboratif bersama rakan-rakan dalam
kumpulan. Selain itu, murid prasekolah juga dibenarkan untuk mencari maklumat sama
ada temu bual bersama guru lain dan pembantu pengurusan murid, staf sekolah, pekerja
kantin dan pekerja swasta atau membuat rujukan di rak mini dalam prasekolah. Aktiviti
mencari maklumat melalui temu bual semestinya diiringi oleh guru prasekolah bersama-
sama murid prasekolah yang ingin menemu bual individu yang dinyatakan. Namun
begitu, murid lain yang ditinggalkan di kelas dikawal oleh pembantu pengurusan murid.
Walaupun pembelajaran berlangsung, aspek keselamatan terhadap murid prasekolah
sangat dititiberatkan oleh guru prasekolah.

Seterusnya, bagi peringkat isu pelajaran, murid perlu mengenalpasti apa yang
perlu dipelajari dan mencari langkah penyelesaian yang perlu diambil bagi
menyelesaikan masalah tersebut. Seterusnya, murid akan mengenalpasti tindakan yang
sesuai untuk menyelesaikan masalah pencemaran air yang dibincangkan. Dalam
peringkat ini, murid telah mengumpul maklumat yang dibincangkan bersama pelbagai
individu di sekolah dan mengenalpasti kesesuaian tindakan yang dipilih. Murid bersama
ahli kumpulan membentangkan dapatan dan berbincang dalam kumpulan masing-
masing kerelevanan langkah yang perlu diambil untuk mengatasi pencemaran yang
merupakan pokok masalah yang diketengahkan oleh guru.

Selain itu, peringkat pembelajaran kendiri pula, guru meminta murid berada di
tempat duduk masing-masing. Murid diberikan sehelai kertas untuk menulis atau melukis
langkah mengatasi masalah pencemaran alam sekitar. Murid melakukan aktiviti pada
tahap ini secara individu. Hal ini bagi memastikan semua murid dapat input dan tahu
untuk menyelesaikan masalah yang dibincangkan. Namun, bagi tahap prasekolah, guru
KOD KURSUS : EDUP3083 NO. AG: 2016142340028
lebih fleksibel dalam meminta murid membentangkan hasil dapatan kerana keupayaan
dan kebolehan murid berbeza-beza seperti terdapat murid yang masih lemah dalam
kemahiran menulis, murid boleh membentangkan dengan menyebut poin sahaja
manakala bagi murid yang mempunyai kemahiran melukis boleh melukis untuk
menunjukkan gambaran dan begitu juga dengan murid yang sudah menguasai
kemahiran menulis boleh menulis menggunakan peta i-Think seperti peta buih.

Justeru, setelah murid selesai melalui proses pembelajaran kendiri, peringkat


seterusnya ialah peringkat aplikasi. Dalam peringkat ini murid diberikan masa untuk
membentangkan dapatan masing-masing. Dapatan ini dibentangkan secara inidividu
sama ada berbentuk penceritaan lukisan, menerangka peta atau menyebut langkah-
langkah pemeliharaan alam sekitar. Seterusnya, murid akan berbincang dan membuat
penerangan terhadap penyelesaian yang diambil. Sebagai contoh, murid A menjelaskan
langkah menjaga alam sekitar adalah dengan memupuk nilai melalui media massa dan
media elektronik. Murid lain boleh bersoal jawab dengan penjelasan yang diberikan oleh
murid A tersebut. Hal ini akan mewujudkan pembelajaran aktif antara satu sama lain.

Pada peringkat terakhir ialah refleksi dan tindak balas. Guru akan memberikan
tindak balas terhadap hasil pembentangan murid seterusnya membuat kesimpulan
terhadap aktiviti yang dijalankan. Dalam peringkat ini, guru boleh membetulkan konsep
yang salah atau perkara yang kurang tepat semasa pembentangan setiap murid.
Misalnya, guru boleh melengkapkan fakta murid A di atas seperti memberikan contoh
situasi. Sebagai contoh, media massa seperti Youtube atau iklan di televisyen boleh
memberikan pendidikan sivik dengan menunjukkan iklan kesan menjaga alam sekitar 20
tahun akan datang. Hal ini lebih jelas difahami bagi murid prasekolah. Hasil kajian
menunjukkan aktiviti PBM yang dilaksanakan oleh pensyarah telah memberi manfaat
kepada murid. Menurut Azilah Lambri (2019), melalui aktiviti PBM dapat meningkatkan
motivasi mereka untuk belajar, menggalakkan pemikiran kreatif dan kritis, memberi
peluang kepada murid untuk mencetuskan idea, memperoleh maklumat yang banyak
tentang isu yang dibincangkan, meningkatkan keyakinan diri, membina kemahiran
berhujah serta menggalakkan murid yang pasif untuk melibatkan diri untuk bercakap di
hadapan kelas.

Anda mungkin juga menyukai