Anda di halaman 1dari 4

BORANG PROGRAM PEMERKASAAN BUDAYA AMALAN MEMBACA BUKU KALANGAN

GURU PELATIH IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR

(a) NAMA : Chew Chun Ming


(b) AMBILAN : Jun 2018
(c) OPSYEN : 1 PISMP RBT
(d) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: Guru Sebagai Pendorong Dalam Darjah

2. Pengarang: Abdullah Hassan, Ainon Mohd

3. Tahun diterbitkan:
2002
4. Diterbitkan oleh: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd

5. Muka Depan Buku

6. Website Buku
-
(Jika E-book)
Buku ini adalah bacaan wajib bagi guru-guru yang mengajar murid-
7. Sinopsis Buku
Yang Dibaca: murid yang malas belajar di sekolah pada generasi ini yang amat
mencabar.

Setiap guru mengetahui mereka perlu mendorong murid-murid mereka


supaya rajin belajar dan menjadi individu-individu yang baik
peribadinya apabila dewasa nanti. Mereka juga sudah berusaha bagi
menjalankan tugas itu dengan niat yang baik dan penuh semangat.
Tetapi apabila sekolah perlu mengadakan program motivasi oleh pakar
luar, menandakan guru-guru di sekolah itu tidak menjalankan tugas
mendorong murid-murid mereka dengan cara yang berkesan.

Pakar-pakar motivasi dari luar datang sekali bagi menyampaikan


sesinya, kemudian mereka tidak datang lagi, oleh yang demikian
mereka tidak mungkin dapat mendorong murid dengan berkesan
disebabkan proses mendorong murid tidak dapat dilakukan sekali,
sebaliknya ia adalah proses yang perlu dilakukan sepanjang masa bagi
setiap murid.

Program motivasi bukan hanya tidak berkesan malah ia adalah mahal,


terutamanya bagi ibu bapa yang kurang berada, khususnya ibu bapa di
kawasan luar bandar. Program-program motivasi bagi murid-murid
sekolah adalah fenomena baru di negara ini di mana ia bermula sejak
lewat tahun 70-an dan menjadi popular pada tahun 90-an. Selepas itu,
seperti cendawan tumbuh pada musim hujan, negara menyaksikan
begitu ramai individu-individu yang digelar pakar-pakar motivasi dan
syarikat-syarikat swasta yang mengendalikan program-program
motivasi.

Perkataan motivasi disukai oleh guru-guru dan ibu bapa tetapi ia sering
kali ditakuti oleh murid-murid sekolah. Mereka mengalami perasaan
takut apabila guru memberitahu pihak sekolah mengadakan program
motivasi bagi murid-murid. Mereka juga takut apabila ibu bapa mereka
memberitahu mereka dihantar mengikuti kem motivasi.

Murid-murid sekolah mengaitkan sesi motivasi dengan pelbagai


pengalaman negatif dan menyakitkan jiwa. Mereka mengaitkannya
dengan pengalaman dikritik, dimarah, dinasihati, dipaksa dan
seumpamanya oleh motivator-motivator yang mengendalikan program
itu.

Tanggapan negatif murid-murid sekolah pada perkataan motivasi itu


bukanlah tanpa asasnya. Tidak dapat dinafikan majoriti sesi motivasi
yang dijalankan bagi murid-murid sekolah menggunakan teknik-teknik
yang salah sehingga menimbulkan kesan psikologi yang negatif
kepada murid-murid itu.
Majoriti mereka yang digelar pakar motivasi itu tidak mempunyai latar
belakang ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan sains motivasi bagi
melayakkan mereka menggunakan gelaran itu, oleh sebab yang
demikian mereka tidak berupaya menggunakan sebarang teori motivasi
dalam aktiviti mereka. Inilah punca utama mengapa aktiviti
memotivasikan murid-murid sekolah dipenuhi dengan isi kandungan
yang menimbulkan kesan-kesan negatif pada jiwa murid-murid yang
mengikutinya.

Masyarakat sendiri tidak mengetahui sains motivasi adalah sains yang


sudah lama diterokai oleh pakar-pakar psikologi, iaitu semenjak tahun
40-an lagi. Daripada sudut yang lain, pakar-pakar psikologi negara ini,
yang berada di universiti-universiti tempatan, tidak muncul ke depan
dan menerangkan kepada masyarakat apa yang dikatakan teori-teori
dan teknik-teknik motivasi. Akhirnya kekosongan ini diisi oleh individu-
individu yang pandai bercakap tetapi tidak mempunyai pengetahuan
dalam bidang sains motivasi itu sendiri.

Buku ini ditulis bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh


8. Manfaat/
pakar-pakar psikologi tempatan supaya kandungan ini dapat
pengajaran yang
diperoleh dijadikan panduan kepada tiga kumpulan utama:
daripada buku
1. Guru-guru sekolah supaya mereka menjadi lebih berkesan dalam
yang dibaca:
menjalankan tugas mendorong dan mengajar.
2. Individu-individu yang bergiat dalam sektor motivasi supaya
program mereka menjadi lebih berkesan.
3. Ibu bapa supaya mereka lebih memahami faktor-faktor yang
diperlukan oleh anak-anak menjadi manusia yang berjaya.

Nilai Pengetahuan/Pengajaran :
1. Menerangkan bagaimana murid dapat membina konsep diri yang
positif.
2. Melatih murid menggunakan gaya bahasa yang positif.
3. Faktor persekitaran bukan penghalang murid untuk Berjaya.
4. Melatih murid bersikap optimis.
5. Melatih murid tangguhkan kepuasan iaitu jangan bersikap puas
pada kejayaan.
6. Melatih murid berani melakukan kesilapan. IQ tinggi bukan
penentu kejayaan.
Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi /P&P :
1. Membangkit semangat murid yang malas supaya rajin belajar.
2. Memberi dorongan kepada murid yang malas untuk belajar.
3. Menerangkan teori-teori dan strategi motivasi yang mudah untuk
diamalkan didalam bilik darjah.
4. Menerangkan prinsip-prinsip meningkatkan daya kreativiti dan
melatih bagaimana murid dapat mengingat dengan mudah.
5. Memahami ilmu padagogi dan gunakan strategi motivasi
mendorong murid.
6. Meransang murid membina konsep diri yang positif.

Anda mungkin juga menyukai