Anda di halaman 1dari 8

Laporan Pementoran Guru Baharu

Sesi Pementoran Kali Pertama


BULAN: Januari
TARIKH: 26 Januari 2015
AKTIVITI: Perbincangan mengenai kebajikan dan kesejahteraan diri sebagai pendidik.
KAEDAH PELAKSANAAN:
i.
Perbincangan bersama dengan guru mentor.
ii.
Penerangan ringkas mengenai maklumat asas sekolah.
PROSES PELAKSANAAN:
i.
Guru mentor, Puan Hajah Rosliza menjalankan sesi perkenalan dengan menerangkan latar
belakang diri, latar belakang akademik, dan keluarga beliau.
ii.
Saya menerangkan serba sedikit mengenai latar belakang keluarga, latar belakang
akademik dan sebab mengapa saya memilih guru sebagai kerjaya.
iii.
Puan Hajah Rosliza menerangkan sedikit sebanyak mengenai pelan sekolah, organisasi
sekolah, takwim dan lokasi sekolah.
iv. Puan Hajah Rosliza kemudian menjalankan perbincangan mengenai kepentingan proses
pementoran.
v. Saya mengemukakan beberapa soalan berkaitan jenis-jenis cuti, tuntutan dan cara-cara
untuk menyesuaikan diri dengan rakan sekerja.
vi.
Sesi pementoran ditangguhkan.
REFLEKSI:
i.
Guru mentor telah menerangkan sedikit sebanyak mengenai latar belakang beliau.
ii.
Saya telah dapat mengenal pasti sedikit sebanyak mengenai latar belakang sekolah dan
struktur organisasinya.
iii.
Saya telah memperolehi keyakinan untuk memulakan tugas di sekolah ini.
RUMUSAN:
Sesi pada kali ini telah berjalan lancar. Banyak maklumat yang telah dapat dikongsi.

Tarikh:
...
Mohanah A/P M Javalan
(Guru Baharu)

..
Puan Hajah Rosliza Bt Khamis
(Guru Mentor)

Sesi Pementoran Kali Kedua


BULAN: Februari
TARIKH: 5 Februari 2015
AKTIVITI: Penerangan mengenai penyediaan bilik darjah yang kondusif, selesa, selamat,
menarik dan persekitaran pembelajaran yang efisien.
KAEDAH PELAKSANAAN:
i.
Membuat pemerhatian terhadap kelas-kelas yang lain.
ii.
Sesi perbincangan bersama guru mentor mengenai pengurusan bilik darjah, , jadual waktu
P&P, buku kedatangan, buku pergerakan pelajar dan papan kenyataan kelas.
PROSES PELAKSANAAN:
i.
Guru mentor memberikan senarai semak mengenai perkara-perkara yang wajib ada di
dalam sesebuah bilik darjah.
ii.
Saya membuat pemerhatian terhadap beberapa kelas dan menilai kelebihan dan kelemahan
setiap kelas.
iii.
Mentor kemudian menerangkan mengenai tugas sebagai guru tingkatan dari segi
tanggungjawab dan pengurusan.
REFLEKSI:
i.
Sesi pada kali ini telah banyak memberi saya maklumat berkenaan penyediaan bilik darjah
yang kondusif, selesa, selamat dan menarik.
ii.
Selain itu, saya juga telah dapat mengetahui ruang lingkup tanggungjawab seorang guru
tingkatan.

RUMUSAN:
Bilik darjah yang kondusif memerlukan usaha yang berterusan. Selain guru, pelajar juga perlu
dididik untuk mengekalkan kelas yang kondusif. Sesi pada kali ini telah memberikan pengetahuan
mengenai pengurusan bilik darjah dan tanggungjawab sebagai guru tingkatan.

Tarikh:
...
Mohanah A/P M Javalan
(Guru Baharu)

....
Puan Hajah Rosliza Bt Khamis
(Guru Mentor)

Sesi Pementoran Kali Ketiga


BULAN: Mac
TARIKH: 11 Mac 2015
AKTIVITI: Penerangan mengenai strategi pengajaran dalam bilik darjah.
KAEDAH PELAKSANAAN:
iii.
Guru mentor membimbing dan membantu guru baharu membuat perancangan pengajaran
dalam bilik darjah untuk melaksanakan P&P dengan berkesan.
iv. Guru mentor memantau sesi P&P
PROSES PELAKSANAAN:
iv. Saya berbincang dengan guru mentor berkenaan pedagogi da alat bantu mengajar yang
bersesuaian untuk melaksanakan P&P bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup tingkatan 2.
v. Guru mentor kemudian membuat pemerhatian terhadap sesi P&P yang saya jalankan di
kelas 1 UKM bagi topic OPS English.
vi.
Puan Rosliza kemudian membuat penilaian dan memberi maklum balas mengenai sesi
P&P yang telah saya jalankan.
REFLEKSI:
iii.
Sesi pada kali ini telah memberikan peningkatan terhadap P&P saya.
iv. Penerangan oleh guru mentor berkenaan pedagogi telah memberikan idea untuk
mempelbagaikan sesi P&P supaya tidak hanya tertumpu pada chalk and talk sahaja.

RUMUSAN:
P&P yang berkesan dapat dicapai melalui pengetahuan yang mendalam terhadap ilmu pedagogi.
Selain itu, pendekatan berbeza perlu digunakan bagi kumpulan pelajar yang berbeza. Aktiviti
pengukuhan dan pengayaan perlu dititik beratkan supaya hasil pembelajaran dapat diukur.

Tarikh:
...
Mohanah A/P M Javalan
(Guru Baharu)

..
Puan Hajah Rosliza Bt Khamis
(Guru Mentor)

Sesi Pementoran Kali Keempat


BULAN: Julai
TARIKH: 1 Julai 2015
AKTIVITI: Pendedahan kepada pelaksanaan dan pengurusan aktiviti kokurikulum.
KAEDAH PELAKSANAAN:
v. Guru mentor membimbing dan membantu guru baharu dalam memahami tugas dalam
bidang kokurikulum sebagai Guru Penasihat Bahasa Inggeris, Hoki dan Pengakap.
vi.
Guru baharu kemudian berbincang dengan lebih lanjut dengan GPK Kokurikulum, Pn.
Norleila Binti Ismail.
PROSES PELAKSANAAN:
vii.
Pn Hjh Rosliza menerangkan kepentingan pendedahan aspek pengurusan kokurikulum
terhadap seseorang guru.
viii.
Pn Hjh Rosliza menjelaskan aspek-aspek tugas yang perlu saya laksanakan sebagai
seorang Guru Penasihat Bahasa Inggeris, Hoki dan Pengakap.

REFLEKSI:
v. Sesi pada kali ini telah memberikan pengetahuan tambahan terhadap ruang lingkup tugas
bidang kokurikulum yang diamanahkan kepada saya.

RUMUSAN:
Sesi pementoran kali ini telah memberikan saya banyak informasi yang sangat berguna dalam
menjalankan tugas saya kelak. Sebagai guru baharu, pengetahuan dalam pengurusan tugas sangat
penting bagi memastikan kelancaran tugas yang diamanahkan kepada saya.

Tarikh:

Mohanah a/p M Javalan


(Guru Baharu)

..
Pn Hjh Rosliza Bt Khamis
(Guru Mentor)

Sesi Pementoran Kali Kelima


BULAN: Ogos
TARIKH: 11 Ogos 2015
AKTIVITI: Peningkatan Motivasi dan Penghargaan Kendiri Murid.
KAEDAH PELAKSANAAN:
i.
Guru baharu menemubual guru mentor.
ii.
Guru baharu menemubual kaunselor.
PROSES PELAKSANAAN:
i.
Saya menemubual Pn Hjh Rosliza berkenaan kaedah yang boleh digunakan bagi
meningkatkan motivasi dan penghargaan kendiri murid.
ii.
Pn Hjh Rosliza kemudian memberi beberapa kaedah yang sesuai seperti memberi
penghargaan dan layanan yang adil kepada semua murid.
iii.
Saya kemudian merujuk kepada kaunselor berkenaan aktiviti yang boleh dikendalikan di
dalam kelas untuk meningkatkan motivasi dan penghargaan kendiri murid.

REFLEKSI:
i.
Sesi pada kali ini telah memberikan saya pengetahuan baru mengenai peningkatan
motivasi dan penghargaan kendiri murid.
ii.
Saya mampu berfikir dengan lebih kretif untuk mempelbagaikan kaedah P&P di dalam
kelas.

RUMUSAN:
Murid yang cemerlang adalah murid yang mempunyai motivasi diri dan juga penghargaan kendiri.
Saya menyedari bahawa sebagai seorang guru, saya mestilah mampu membantu murid-murid saya
agar bermotivasi dan mempunyai penghargaan kendiri yang tinggi.

Tarikh:

...
Mohanah A/P M Javalan
(Guru Baharu)

..
Puan Hajah Rosliza Bt Khamis
(Guru Mentor)

Sesi Pementoran Kali Keenam


BULAN: Julai
TARIKH: 16 Julai 2102
AKTIVITI: Kaedah Pelaksanaan Penilaian dan Pentaksiran Terhadap Murid.
KAEDAH PELAKSANAAN:
i.
Guru mentor membimbing dan membantu guru baharu membuat penilaian dan pentaksiran
terhadap murid
ii.
Guru mentor memberi panduan dalam memberi penilaian terhadap murid.
PROSES PELAKSANAAN:
i.
Pn Hjh Rosliza memberi bimbingan berkenaan penilaian dan pentaksiran terhadap murid.
ii.
Pn Hjh Rosliza kemudian menyemak Fail PBS dan OPS English Tingkatan 1 USM dan
memberi komen.

REFLEKSI:
i.
Saya telah dapat mempelajari kaedah yang lebih sesuai untuk melakukan penilaian dan
pentaksiran terhadap murid.
ii.
Penerangan oleh guru mentor tentang pengurusan fail juga telah memberikan pengetahuan
baru bagi saya dan membolehkan saya memperbaiki kelemahan.

RUMUSAN:
Penilaian dan pentaksiran yang betul adalah penting bagi memastikan murid benar-benar
mencapai tahap mengikut kemampuan masing-masing. Dalam masa yang sama, kelemahan
mereka dapat diperbaiki.

Tarikh:

...
Mohanah A/P M Javalan
(Guru Baharu)

..
Puan Hajah Rosliza Bt Khamis
(Guru Mentor)

Sesi Pementoran Kali Ketujuh


BULAN: Ogos
TARIKH: 18 Ogos 2015
AKTIVITI: Kajian Tindakan.
KAEDAH PELAKSANAAN:
i.
Guru mentor membimbing dan membantu guru baharu membuat kajian tindakan.
ii.
Guru mentor menjelaskan keperluan kajian tindakan.
PROSES PELAKSANAAN:
i.
Cikgu Khairulazhar menerangkan keperluan kajian tindakan dilakukan.
ii.
Saya merujuk kepada sumber internet mengenai beberapa contoh kajian tindakan yang
telah dilakukan.
REFLEKSI:
i.
Sesi pada kali ini telah memberikan pemahaman berkenaan kepentingan kajian tindakan.
ii.
Saya telah memahami kaedah penghasilan kajian tindakan.

RUMUSAN:
Kajian tindakan perlu bagi meningkatkan pemahaman pelajar dan mengesan kelemahan strategi
P&P seseorang guru.

Tarikh:

...
Mohanah A/P M Javalan
(Guru Baharu)

..
Puan Hajah Rosliza Bt Khamis
(Guru Mentor)

Sesi Pementoran Kali Kelapan


BULAN: Julai
TARIKH: 30 Julai 2015
AKTIVITI: Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti Sekolah.
KAEDAH PELAKSANAAN:
i.
Guru mentor membimbing dan membantu guru baharu membuat perancangan pengajaran
dalam bilik darjah untuk melaksanakan P&P dengan berkesan.
ii.
Guru mentor memantau sesi P&P
PROSES PELAKSANAAN:
i.
Saya berbincang dengan guru mentor berkenaan pedagogi dan alat bantu mengajar yang
bersesuaian untuk melaksanakan P&P bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris Tingkatan 3.
ii.
Pn Hjh Rosliza kemudian membuat pemerhatian terhadap sesi P&P yang saya jalankan di
kelas 3 USM bagi Literature Component, Novel How I Met Myself.
iii.
Pn Hjh Rosliza kemudian membuat penilaian dan memberi maklum balas mengenai sesi
P&P yang telah saya jalankan.
REFLEKSI:
i.
Sesi pada kali ini telah memberikan peningkatan terhadap P&P saya.
ii.
Penerangan oleh guru mentor berkenaan pedagogi telah memberikan idea untuk
mempelbagaikan sesi P&P supaya tidak hanya tertumpu pada chalk and talk sahaja.

RUMUSAN:
P&P yang berkesan dapat dicapai melalui pengetahuan yang mendalam terhadap ilmu pedagogi.
Selain itu, pendekatan berbeza perlu digunakan bagi kumpulan pelajar yang berbeza. Aktiviti
pengukuhan dan pengayaan perlu dititik beratkan supaya hasil pembelajaran dapat diukur.

Tarikh:

...
Mohanah A/P M Javalan
(Guru Baharu)

..
Puan Hajah Rosliza Bt Khamis
(Guru Mentor)

Anda mungkin juga menyukai