Anda di halaman 1dari 5

Pendekatan Modular Dalam Pembelajaran

Matematik
Cikgu Ridzuan Al-Kindy5:01 PM
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Baru-baru ini penulis telah mengikuti Bengkel Penyelarasan Peringkat Negeri Kedah bagi
Penyebaran KSSR Semakan 2017 untuk Matematik Tahun 3 yang akan dilaksanakan bermula
Januari 2019 akan datang. Terdapat banyak input yang diperolehi daripada Jurulatih Utama
Kebangsaan (JUK). Antara topik yang sangat ditekankan adalah Pendekatan Modular dalam
Pembelajaran Matematik. 

Pendekatan modular merupakan suatu pendekatan yang telah sekian lamanya telah digunakan
dalam bidang pendidikan di Malaysia. Secara ringkasnya modular membawa maksud suatu bidang
ilmu yang dipecahkan kepada beberapa topik kecil bagi memudahkan penyampaian dan
pemahaman penerima ilmu tersebut. Namun, Bahagian Perkembangan Kurikulum mendifinisikan
modular secara lebih terperinci.

Konsep Kurikulum Modular (Sumber: BPK, 2017)


Prinsip Pelaksanaan Kurikulum Modular (Sumber: BPK, 2017)

Pelaksanaan kurikulum modular ini berasaskan empat prinsip seperti yang dinyatakan di atas, iaitu
berpusatkan murid, kesepaduan, linear / tak linear dan fleksibel. Dengan pelaksanaan kurikulum
modular ini, ianya dapat memberi ruang kepada para pendidik untuk membuat penyesuaian dalam
penyampaian isi pembelajaran kepada kumpulan sasaran yang tertentu. 

Pendekatan Modular Merentas Bidang Pembelajaran Matematik

BPK selaku badan berwajib telahpun menyusun Kurikulum Matematik berdasarkan tiga skop utama
iaitu Nombor, Operasi dan Aplikasi. Ketiga-tiga skop ini adalah merangkumi lima bidang
pembelajaran Matematik, iaitu:
1. Nombor dan Operasi
2. Sukatan dan Geometri
3. Perkaitan dan Algebra
4. Statistik dan Kebarangkalian
5. Matematik Deskret
Kelima-lima bidang pembelajaran Matematik diperincikan mengikut tajuk-tajuk yang perlu dipelajari
oleh murid-murid di sekolah rendah.

Kandungan matematik dalam kesemua lima bidang pembelajaran di sekolah rendah


Dalam pembelajaran Matematik menggunakan pendekatan modular, guru berpeluang
menggabungkan kemahiran-kemahiran Matematik dalam bidang yang sama mahupun merentas
bidang pembelajaran. 

Contoh Pendekatan Modular Dalam Pembelajaran Matematik

Untuk tujuan penerangan contoh, penulis kemukakan hanya dua contoh penggunaan pendekatan
modular sebagai panduan bersama. 

Contoh 1 (dalam bidang pembelajaran yang sama)


Contoh 2 (merentas bidang pembelajaran)

Demikianlah sedikit penerangan yang sempat dikongsikan. Diharapkan agar dapat memahami
konsep pendekatan modular yang telah ditekankan oleh KPM sejak pelaksanaan KSSR Semakan
bermula pada tahun 2017 lagi.

Sekian, perkongsian ringkas. Semoga kita bersama-sama beroleh manfaat.

Anda mungkin juga menyukai