Anda di halaman 1dari 3

FUNGSI, PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB SISC+

(SCHOOL IMPROVEMENT SPECIALIST COACHES )


Peranan yang terpenting yang perlu dimainkan oleh seorang
SISC+ adalah berperanan sebagai seorang mentor atau
pembimbing.
1. Maklum balas dan bimbingan haruslah perbincangan
dua hala: Anda harus sentiasa memberi soalan terbuka,
menggalakkan guru berkongsi perasaan mereka. Dengan
memahami sepenuhnya kedudukan mereka barulah anda dapat
membimbing
mereka
untuk
mengharungi
ketakutan,
kebimbangan atau kekurangan persefahaman mereka.
2. Peranan anda adalah untuk menyokong guru, bukan
memerhatikan guru: Lawatan guru bukan mengenai penilaian
untuk melaporkan prestasi mereka. Penilaian guru bertujuan
untuk memahami cara bantu pembangunan mereka bagi menjadi
guru yang lebih efektif dalam kelas. Menganggap anda sebagai
mentor, bukan bos.
3. Fokus kepada yang positif, bukan yang negatif:
Memastikan anda memuji guru atas usaha mereka. Kita ingin para
guru berasa seronok dengan tugas mereka, perubahan yang
mereka lakukan, dan bermotivasi untuk melakukan lebih banyak
perubahan pada masa akan datang .
TIGA TANGGUNGJAWAB UTAMA SISC+
1. Mengadakan lawatan bimbingan guru
Melawat sekolah untuk mengadakan pemerhatian dalam bilik
darjah dan
bimbingan guru (secara individu atau
berkumpulan).
2. Melaksanakan program yang diluluskan oleh pusat
DISEDIAKAN OLEH: HAMSIAH BT JUKI ( PEGAWAI INISIATIF DTP )

Melatih guru-guru dalam program yang diluluskan oleh pusat


(cth. KSSR, KSSM, SBA and LINUS).
3. Membuat laporan, pemantauan,pembangunan
Membuat laporan dan memberi bantuan dalam penyelesaian
masalah yang dihadapi oleh guru-guru.

FUNGSI, PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB SIPartners+


(SCHOOL IMPROVEMENT PARTNERS PLUS )
1. Mengadakan lawatan bimbingan pengetua
Melawat sekolah untuk mengadakan pemerhatian sekolah dan
bimbingan
pengetua (secara satu-per-satu atau komuniti
pembelajaran rakan sebaya)
2. Melaksanakan program yang diluluskan oleh pusat
Melatih pengetua tentang program yang diluluskan oleh pusat
(cth. KSSR, KSSM, SBA dan LINUS).
3. Penyelesaian masalah dan pemantauan
Melapor dan membantu dalam penyelesaian masalah-masalah
dan isu-isu yang dihadapi oleh pengetua.
FELLOW KANAN SERTA FUNGSINYA TERHADAP SIPartner+
1. Mengadakan lawatan bimbingan kepada SIPartner+
Bertemu
dengan
SIPartner+
sebulan
sekali
untuk
menyelesaikan, memberi bimbingan dan berkongsi amalanamalan yang baik.
2. Membantu dalam hal berkaitan psikologi dan motivasi
Pegawai SIPartner+ perlu mendapat bimbingan berterusan dan
komprehensif bagi memastikan mereka memperoleh keyakinan
DISEDIAKAN OLEH: HAMSIAH BT JUKI ( PEGAWAI INISIATIF DTP )

dan pengalaman untuk berhadapan dengan barisan pentadbir


sekolah.
3. Penyelesaian masalah dan pemantauan
Membantu dan memberi sumbangan idea dari segi pengurusan
pentadbiran dan penyelesaian masalah.

DISEDIAKAN OLEH: HAMSIAH BT JUKI ( PEGAWAI INISIATIF DTP )

Anda mungkin juga menyukai