Anda di halaman 1dari 3

Bercita-cita menjadi pensyarah selepas tamat pengajian?

Nilai isu-isu berikut


sebelum membuat keputusan, ada kelebihan dan tidak kurang juga banyak
kekurangan.
Tugas hakiki. Ini mesti tahu, di antara tugas yang perlu dilakukan oleh pensyarah
termasuklah pengajaran, penyelidikan, penulisan untuk penerbitan (jurnal atau
persidangan),

penyeliaan

pelajar,

khidmat

nasihat,

pentadbiran,

menghadiri

seminar tahunan dan lain-lain tugas yang diberikan oleh Universiti. Banyak, tetapi
yang paling penting adalah 3 tugas pertama yang mana ia akan membantu
kenaikan pangkat. Yang lain kurang penting, tetapi tiada pilihan, kena buat jugak.
Gaji dan Emolumen. Skim pensyarah bermula dengan DS45 , kemudian boleh
dipertimbangkan ke gred DS52, DS54, Khas C, Khas B, Khas A dan Turus yang lain.
Skala gaji, boleh rujuk dari laman web sini [1]. Dibandingkan dengan skim lain, skim
ini tiada gred 48. Selain dari gaji, ada juga elaun-elaun lain yang dibayar, jumlah
minima RM1300 bagi pensyarah baru di gred DS45. Bagi pensyarah perubatan, ada
tambahan lain; sila lihat sini untuk elaun-elaun tambahan [2]. Untuk perbandingan
skim lain seperti PTD, aku penah bincangkan di sini [3]. Jika dibandingkan dengan
gaji pensyarah di IPS, memang jauh berbeza.
Cuti. Seperti skim lain dalam perkhidmatan awam, skim perkhidmatan pensyarah
aku rasa antara paling banyak cuti termasuk cuti tahunan, cuti belajar sabatikal,
cuti belajar dan cuti persidangan. Ikut perkiraan aku, cuti untuk pensyarah lebih
banyak berbanding cikgu sekolah; walaupun cikgu ada CUTI Sekolah, sebilangan
besar guru perlu hadirkan diri kesekolah juga pada musim cuti sekolah.
Kenaikan pangkat. Walaupun peluang kenaikan pangkat nampak mudah, iaitu terus
ke gred 52 dan hanya berdasarkan merit, berbeza dengan perkhidmatan lain yang
kebiasaannya menunggu kekosongan jawatan. Tambahan pula kenaikan pangkat
TIDAK mengikut seniority, sebagai contoh, gred DS45 boleh dinaikkan kepada
Profesor (gred Khas C) atau Profesor Madya (DS54) terus jika layak, tanpa melalui
tangga gred biasa. Walaubagaimanapun, kenaikan pangkat adalah berbeza antara
IPTA. Ada IPTA yang mengenakan syarat ketat dan ada juga IPTA menggunakan
syarat kurang ketat. Sebagai contoh, ada IPTA mengenakan syarat penerbitan jurnal
ISI, dan ada juga hanya menunggu 3 tahun. Isu kenaikan pangkat ini banyak

diperbincangkan, cuma pada aku, selagi kita penuhi kehendak Universiti, insyallah
peluang itu mudah berbanding skim lain.
Kepentingan

Ilmu. Paling penting dalam skim perkhidmatan

ini,

keperluan

pembelajaran berterusan untuk menambah dan memperkukuhkan ilmu. Bukan


untuk pengajaran sahaja, malahan perlu untuk penyelidikan dan jugak khidmat
nasihat. Berbanding dengan pengajar di sekolah, pensyarah perlu mengemaskini
maklumat hampir setiap hari, maka, skim ini BUKAN pilihan yang sesuai bagi
individu yang tidak minat membaca.
Peluang keluar negara. Skim ini juga menawarkan peluang ke luar negara
ditanggung

Universiti

dalam

tempoh-tempoh

tentu.

Berbanding

skim

lain,

pensyarah agak mudah mendapat peluang seperti ini. Pertama, pensyarah dapat
membentangkan kertas penyelidikan dalam tempoh perkhidmatan (2-7 hari
bergantung kepada persidangan). Kedua, pensyarah diberikan peluang untuk
membuat sabatikal selama 6 - 9 bulan bergantung kepada tahun perkhidmatan
(diberikan dalam jangka masa 3-5 tahun sekali). Ketiga, juga diberi peluang kepada
pensyarah untuk membuat post-doc yang selalunya mengambil masa 2-3 tahun.
Sepanjang keluar negara, elaun tambahan akan diberikan selain dari gaji pokok di
Malaysia.
Kemudahan penyelidikan. Bagi yang berminat untuk membuat penyelidikan
bergeran. Universiti penyelidikan seperti UM, UKM, UPM, USM dan UTM memberi
peluang yang besar kerana terdapat peruntukan khas dari kerajaan. Walaupun
demikian, pensyarah perlu memohon untuk mendapatkannya. BUKAN kasi FREE :).
Walaupun terpaksa diakui, geran yang diperuntukkan kecil berbanding universiti
antarabangsa, sekurang-kurangnya diberikan peluang.
Cabaran pengajaran. Selain dari kelebihan yang diperolehi, aku ingin kongsikan
pengalaman pengajaran, terutama mengajar di peringkat Sarjana yang umum tahu
kebanyakkan

mereka

adalah

pekerja

dari

Industri.

Sukar

tapi

adakala

menyeronokan. Bagi pengajaran diperingkat sarjana muda pula, agak mudah


berbanding sarjana, cuma kita perlu siapkan pelajar untuk industri, dan ia bukan
perkara yang mudah - tambahan pula ada ketika perlu berhadapan dengan pelajar
yang 'tercampak' ke fakulti yang kita mengajar. Yang penting, pensyarah perlu
lengkap kan diri supaya nampak ketinggian nilai ilmu berbanding pelajar.

Waktu kerja. Agak menarik dalam skim ini, tiada waktu kerja yang khas, tidak perlu
datang tepat jam 8.30 dan balik pukul 5.30. Yang penting, pengajaran dilakukan,
penyelidikan

di

teruskan

dan

menjalankan

tugas

hakiki

yang

dipertanggungjawabkan. Ia memberi ruang yang cukup untuk pensyarah yang


menjalankan penyelidikan. Ramai rakan pensyarah yang kekal menjadi pensyarah
kerana waktu bekerja yang fleksibel ini, walaupun ramai sedia maklum gaji kurang
berbanding dengan bekerja di swasta.
Pilihan universiti. Yang ini juga penting, pilih universiti mengikut kekuatan anda. Ada
universiti bertaraf APEX, Universiti Penyelidikan dan lain-lain. Setiap universiti
mempunyai peraturan mereka sendiri.
Akhir sekali, yang paling penting pada aku. Bagi orang islam, ilmu yang diajar
kepada orang lain dan dimanfaatkan itu tidak akan putus pahalanya.
Itu sahaja yang aku dapat kongsikan, insyallah, ada masa aku tambah lagi. Kepada
yang berminat, teruskan usaha untuk mendapatkan PhD dan seterusnya bergelar
pensyarah. Banyak cabaran lain, yang aku rasa ia perlu dilalui sendiri, terutamanya
pada peringkat menyiapkan sebuah PhD.

Anda mungkin juga menyukai