Anda di halaman 1dari 3

Cikgu Roslan Daud

TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN KEPADA RAKYAT

Standard Pembelajaran
3.4 Menulis perenggan penutup penulisan yang lengkap serta menepati tema menggunakan ayat yang gramatis.

Seorang pemimpin yang dilantik hendaklah memiliki ciri-ciri yang layak dan sesuai untuk dijadikan pemimpin. Pemimpin
mempunyai tanggungjawab besar. Selain adil dan jujur, kriteria seterusnya termasuklah mengutamakan kepentingan rakyat
berbanding dengan peribadi. Hal ini bermakna mereka mempunyai tanggungjawab besar untuk menunaikan tanggungjawab
kepada rakyat sebaik-baik mungkin. Pilihlah pemimpin beragama, berintegriti, berpandangan jauh dan ikhlas.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Pilih pemimpin miliki jiwa rakyat, negara’
oleh ur Syahida Shafiron,
Berita Harian Online, 29 Ogos 2020

Petikan di atas menyatakan ciri-ciri pemimpin yang layak dipilih oleh rakyat. Pemilihan pemimpin yang memahami tanggungjawab
amat penting demi menjaga kepentingan rakyat.
Bincangkan tanggungjawab-tanggungjawab pemimpin kepada rakyat.

Analisis Soalan (IsTuDiF)


1. Isu : ______________________________________________________________________________
2. Tugasan : ______________________________________________________________________________
3. Dimensi : ______________________________________________________________________________
4. Format : ______________________________________________________________________________

Sumbangan Pemimpin Negara

TUNKU ABDUL RAHMAN TUN HUSSIEN ONN TUN MAHATHIR MOHAMAD


 Perdana Menteri Malaysia  Perdana Menteri Malaysia  Perdana Menteri Malaysia
Pertama Kedua Keempat dan Ketujuh
 Digelar sebagai Bapa  Digelar Bapa Perpaduan  Digelar Bapa Pemodenan
Kemerdekaan  Berjaya memperkukuh  Membina pelbagai projek mega
 Menuntut kemerdekaan Tanah semangat perpaduan dalam seperti Jambatan Pulau Pinang,
Melayu daripada British kalangan masyarakat berbilang Menara Berkembar Petronas,
 Mewujudkan keamanan negara kaum Lapangan Terbang
dengan mengadakan rundingan  Mewujudkan ekonomi yang Antarabangsa Kuala Lumpur
dengan pemimpin Parti Komunis saksama melalui Dasar Ekonomi dan Litar Antarabangsa
Malaya bagi menyelesaikan Baru (DEB) yang memfokuskan Sepang.
permusuhan. pertanian dan perindustrian.  Menekankan pendidikan.

1
Cikgu Roslan Daud

Cadangan Isi Penting


1. Pemimpin hendaklah menjamin keamanan negara untuk rakyat.
2. Pemimpin perlulah menyediakan infrastruktur yang lengkap untuk rakyat.
3. Pemimpin seharusnya merancang pembangunan negara.
4. Pemimpin haruslah menunjukkan nilai murni kepada rakyat.

Peribahasa Melayu ada mengungkapkan bahawa tuah yang disembah, junjung yang dipanjat kerana pemimpin atau ketua
perlulah diikut perintahnya. Hakikatnya, terdapat pemimpin yang menerajui tampuk kepemimpinan sesebuah negara kurang
berkualiti. Hal ini dikatakan demikian kerana …………[mengapakah anda berkata demikian? – pemimpin terlibat dalam jenayah
rasuah dan sanggup menerima tumbuk rusuk kerana gelap mata dengan wang ringgit]…… . Tambahan pula, …………[mengapakah
anda berkata demikian? – pemimpin kurang berintegriti dan mengamalkan prinsip moral yang tinggi hingga mudah diperdaya
oleh hawa nafsu]………… . Contohnya, bekas Presiden Indonesia, Suharto disabitkan kesalahan salah guna dana kerajaan untuk
kepentingan keluarga sendiri. Persoalannya, apakah …………[tugasan soalan]………… ?

Satu daripada …………[tugasan soalan]………… ialah …………[apakah tanggungjawab pemimpin kepada rakyat? – pemimpin
hendaklah menjamin keamanan negara untuk rakyat]…………… . Hal ini disebabkan oleh …………[mengapakah anda berkata
demikian? – keamanan sesebuah negara lambang kejayaan pemerintahan seseorang pemimpin dalam menyatupadukan rakyat
yang berbilang bangsa]…… . Sebagai contoh, ………[bagaimanakah anda dapat membuktikannya? – Perdana Menteri Malaysia
Kedua, Tun Hussien Onn berjaya memupuk perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini sehingga digelar Bapa Perpaduan
Negara]………… . Implikasinya, …………[apakah kesan daripadanya? – rakyat tidak berpecah belah dan saling menghormati antara
satu sama lain]…………… . Bukan itu sahaja, …………………[apakah kesan daripadanya? – rakyat dapat hidup dalam suasana muhibah
dan bersatu padu kerana bersatu teguh, bercerai roboh]…………… .

Selain itu, ………[apakah tanggungjawab pemimpin kepada rakyat? – pemimpin perlulah menyediakan infrastruktur yang
lengkap kepada rakyat]……… . Umum mengetahui bahawa ……[mengapakah anda berkata demikian? – infrastruktur yang lengkap
dapat memudahkan kehidupan rakyat terutamanya bagi golongan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang]………… .
Misalnya, …………[bagaimanakah anda dapat membuktikannya? – Perdana Menteri Malaysia Keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad
telah menyediakan kemudahan sistem transit aliran ringan (LRT) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi semasa tempoh
kepimpinan beliau]………… . Impaknya, …………[apakah kesan daripadanya? – rakyat dapat menikmati angin perubahan yang dibawa
oleh pemimpin]…………… . Tambahan pula, …………[apakah kesan daripadanya? – rakyat dapat menjimatkan masa dan wang melalui
inrastruktur yang disediakan oleh pemimpin]…………… .

Seterusnya, …………[apakah tanggungjawab pemimpin kepada rakyat? – pemimpin perlulah menunjukkan nilai murni
kepada rakyat]…………… . Seperti yang kita sedia maklum, ……………[mengapakah anda berkata demikian? – pemimpin yang baik
janganlah menjadi seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus, iaitu menyuruh orang lain berbuat baik tetapi diri sendiri
tidak melakukan demikian]…………… . Umpamanya, ………………[bagaimanakah anda dapat membuktikannya? – Perdana Menteri
Malaysia Pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj seorang berjiwa rakyat, membantu orang susah dan tidak rasis]…………… .
Natijahnya, …………[apakah kesan daripadanya? – rakyat akan menjadikan pemimpin sebagai idola dan suri teladan dalam
kehidupan mereka]…………… . Bukan itu sahaja, …………[apakah kesan daripadanya? – rakyat akan lebih menghormati dan
menyanjungi pemimpin yang unggul]………… .

Kesimpulannya, terdapat seribu satu …………[tugasan soalan]…………. Sehubungan dengan itu, ……………[apakah cadangan
anda tentang isu ini? – pemimpin perlulah menjalankan tanggungjawab mereka kepada rakyat dengan sepenuh hati]…………… .
Sekiranya usaha ini dipandang enteng, ………………[apakah keburukan jika dipandang enteng? – kemakmuran negara sukar dicapai
sekali gus merencatkan pembangunan negara]………………… . Di samping itu, ………………[ apakah keburukan jika dipandang enteng?
– negara tidak akan duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara maju]………………… . Moga-moga, ………………[apakah
harapan anda terhadap isu ini? – negara kita bertambah maju dengan adanya pemimpin yang berkualiti sekali gus martabat
negara kita dipandang tinggi oleh orang luar]………………… .

2
Cikgu Roslan Daud

JAWAPAN

Analisis Soalan (IsTuDiF)


1. Isu : pemimpin
2. Tugasan : tanggungjawab-tanggungjawab pemimpin kepada rakyat
3. Dimensi : pemimpin
4. Format : tiada [perbincangan]

Peribahasa Melayu ada mengungkapkan bahawa tuah yang disembah, junjung yang dipanjat kerana pemimpin atau
ketua perlulah diikut perintahnya. Hakikatnya, terdapat pemimpin yang menerajui tampuk kepemimpinan sesebuah negara
kurang berkualiti. Hal ini dikatakan demikian kerana pemimpin terlibat dalam jenayah rasuah dan sanggup menerima
tumbuk rusuk kerana gelap mata dengan wang ringgit. Tambahan pula, pemimpin kurang berintegriti dan mengamalkan
prinsip moral yang tinggi hingga mudah diperdaya oleh hawa nafsu. Contohnya, bekas Presiden Indonesia, Suharto
disabitkan kesalahan salah guna dana kerajaan untuk kepentingan keluarga sendiri. Persoalannya, apakah tanggungjawab-
tanggungjawab pemimpin kepada rakyat?

Satu daripada tanggungjawab pemimpin kepada rakyat ialah pemimpin hendaklah menjamin keamanan negara
untuk rakyat. Hal ini disebabkan oleh keamanan sesebuah negara lambang kejayaan pemerintahan seseorang pemimpin
dalam menyatupadukan rakyat yang berbilang bangsa. Sebagai contoh, Perdana Menteri Malaysia Kedua, Tun Hussien
Onn berjaya memupuk perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini sehingga digelar Bapa Perpaduan Negara.
Implikasinya, rakyat tidak berpecah belah dan saling menghormati antara satu sama lain. Bukan itu sahaja, rakyat
dapat hidup dalam suasana muhibah dan bersatu padu kerana bersatu teguh, bercerai roboh.

Selain itu, pemimpin perlulah menyediakan infrastruktur yang lengkap kepada rakyat. Umum mengetahui bahawa
infrastruktur yang lengkap dapat memudahkan kehidupan rakyat terutamanya bagi golongan kais pagi makan pagi, kais
petang makan petang. Misalnya, Perdana Menteri Malaysia Keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad telah menyediakan
kemudahan sistem transit aliran ringan (LRT) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi semasa tempoh kepimpinan
beliau. Impaknya, rakyat dapat menikmati angin perubahan yang dibawa oleh pemimpin. Tambahan pula, rakyat dapat
menjimatkan masa dan wang melalui inrastruktur yang disediakan oleh pemimpin.

Seterusnya, pemimpin perlulah menunjukkan nilai murni kepada rakyat. Seperti yang kita sedia maklum, pemimpin
yang baik janganlah menjadi seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus, iaitu menyuruh orang lain berbuat baik
tetapi diri sendiri tidak melakukan demikian. Umpamanya, Perdana Menteri Malaysia Pertama, Tunku Abdul Rahman
Putra Al-Haj seorang berjiwa rakyat, membantu orang susah dan tidak rasis. Natijahnya, rakyat akan menjadikan
pemimpin sebagai idola dan suri teladan dalam kehidupan mereka. Bukan itu sahaja, rakyat akan lebih menghormati dan
menyanjungi pemimpin yang unggul.

Kesimpulannya, terdapat seribu satu tanggungjawab pemimpin kepada rakyat. Sehubungan dengan itu, pemimpin
perlulah menjalankan tanggungjawab mereka kepada rakyat dengan sepenuh hati demi menjaga kebajikan rakyat.
Sekiranya usaha ini dipandang enteng, kemakmuran dan kemajuan negara sukar dicapai sekali gus merencatkan
pembangunan negara. Di samping itu, negara tidak akan duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara maju
sekali gus meranapkan aspirasi rakyat dan kerajaan. Moga-moga, negara kita bertambah maju dengan adanya pemimpin
yang berkualiti sekali gus martabat negara kita dipandang tinggi oleh orang luar.

Anda mungkin juga menyukai