Anda di halaman 1dari 3

Contoh karangan wawancara (gaya hidup sihat)

zakkre : Assalamualaikum Dr Aidil, terima kasih kerana sudi meluangkan masa


untuk diwawancara.
razzaq : Waalaikumussalam. Sama-sama.
Ismat : Saya Ismat dari kelab majalah sekolah SMK Bandar Seri Alam ingin
mewawancara berkaitan cara-cara untuk mengamalkan gaya hidup sihat.
Dr Aidil : Insya-Allah boleh.
Ismat : Dr Aidil, apakah yang dimaksudkan dengan gaya hidup sihat?
Dr Aidil : Gaya hidup sihat merupakan satu amalan yang perlu kita lakukan bagi
mewujudkan keadaan hidup yang selesa dan terhindar daripada pelbagai
penyakit. Apatah lagi, pada masa ini pihak media sering menayangkan
pelbagai berita mengenai penyakit-penyakit yang berbahaya dan mudah
menjangkiti kita sebagai manusia. Oleh itu, amalan gaya hidup sihat ialah
langkah yang paling berkesan dan sesuai.
Ismat : Apakah cara untuk mengamalkan gaya hidup sihat?
Dr Aidil : Baiklah, antara cara yang boleh dilakukan untuk mengamalkan gaya
hidup sihat adalah melalui pemakanan yang seimbang. Hal ini demikian
kerana pemakanan merupakan faktor utama yang menyebabkan kita
menghidapi penyakit. Contohnya, makanan yang berlemak akan
mengakibatkan seseorang mudah dijangkiti penyakit yang berbahaya
seperti tekanan darah tinggi dan sebagainya. Oleh itu, melalui gaya
pemakanan yang seimbang akan menbantu kita untuk mewujudkan gaya
hidup yang sihat.
Ismat : Selain gaya pemakanan yang seimbang, apakah cara lain yang boleh
kita amalkan?
Dr Aidil : Selain pemakanan yang seimbang, kita digalakkan untuk melakukan
senaman sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Hal ini demikian kerana
melalui aktiviti senaman badan kita akan menjadi lebih cergas dan sihat.
Tambahan pula, aktiviti ini turut membantu untuk menjaga kesihatan
jantung kita. Kita boleh lakukan aktiviti ini pada waktu pagi atau petang
dan jadikan aktiviti senaman ini sebagai satu aktiviti riadah bersama
keluarga. Secara tidak langsung kita juga dapat meluangkan masa
bersama keluarga. Oleh itu, saya menggalakkan masyarakat yang
hendak memiliki tubuh badan yang sihat perlulah rajin bersenam.
Ismat : Aktiviti senaman ini amat penting untuk kesihatan rupanya. Selepas ini,
saya juga akan rajin bersenam. Dr Aidil, kalau kita meneliti senario
masyarakat di negara kita pada masa ini dibebani dengan pelbagai tugas
dalam kerja dan ada antara mereka yang sering dilanda tekanan. Adakah
masalah tekanan akan memberikan kesan yang negatif terhadap
kesihatan mereka?
Dr Aidil : Satu pertanyaan yang bagus. Tekanan merupakan salah satu perkara
yang boleh menjejaskan kesihatan kerana masalah ini akan
mengakibatkan seseorang boleh menghidapi penyakit seperti tekanan
darah tinggi dan migrain. Sebagai jalan penyelesaiannya, seseorang
yang menghadapi masalah tekanan terutamanya tekanan di tempat kerja
dan keluarga, mereka perlu belajar cara untuk mengawal tekanan. Saya
sebagai pegawai kesihatan biasanya akan memberikan beberapa
alternatif kepada pelanggan saya seperti menggalakkan mereka untuk
mencari hobi atau menggunakan masa pada hujung minggu dan cuti
umum untuk mereka melakukan aktiviti riadah bersama keluarga.
Adakalanya, saya cadangkan supaya mereka adakan aktiviti sendiri di
rumah. Contohnya, aktiviti membasuh kereta bersama keluarga. Apabila
kita rasa seronok dan gembira, maka tekanan dalam diri kita dapat
dikurangkan.
Ismat : Alhamdulillah, satu info yang sangat berguna. Saya sendiri selalu juga
dilanda tekanan. Bolehlah saya menggunakan cara ini untuk kawal
tekanan saya. Dr Aidil, adakah menghindari tabiat merokok merupakan
gaya hidup sihat?
Dr Aidil : Sudah terang lagikan bersuluh, tabiat merokok merupakan tabiat yang
kurang baik untuk kesihatan. Apabila tabiat tersebut dihindari, maka hal
itu satu perkara yang baik. Hal ini demikian kerana, sebatang rokok
mengandungi pelbagai jenis bahan yang berbahaya. Kesan negatif rokok
bukan sahaja terhadap perokok itu sendiri, malah turut memberi kesan
buruk terhadap orang di sekeliling perokok yang dikenali sebagai perokok
pasif. Oleh itu, individu yang merokok berhentilah merokok sekiranya
anda menyayangi keluarga anda.
Ismat : Berhenti merokok jika anda sayangkan keluarga anda, satu pesanan
yang sangat bermakna. Saya rasa banyak input yang berguna telah Dr
Aidil berikan kepada saya. Saya sekali lagi mengucapkan terima kasih
kerana sudi meluangkan masa dan memberikan pelbagai tips yang
berguna untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Semoga maklumat ini
memberikan manfaat kepada warga sekolah kami.

Anda mungkin juga menyukai