Anda di halaman 1dari 4

Diari Cikgu Chom

PANDUAN, NOTA & LATIHAN BAHASA MELAYU BAGI PELAJAR SPM & PMR

Khamis, 27 Jun 2013

Karangan Contoh 18 - Sediakan Payung Sebelum Hujan


Karangan Peribahasa Sediakan Payung Sebelum Hujan (Bentuk Ulasan)

Contoh soalan:
Peribahasa Melayu selalu menyebut sediakan payung sebelum hujan
Huraikan kepentingan pengamalan peribahasa tersebut dalam kehidupan masyarakat.

Dalam masyarakat Melayu terdapat begitu banyak peribahasa yang mempunyai


maksud yang mendalam. Kebiasaannya, peribahasa Melayu terhasil daripada pengamatan
masyarakat terhadap alam dan kehidupan manusia secara keseluruhan. Peribahasa
sediakan paying sebelum hujan merupakan bidalan yang bermaksud kita perlu bersedia
untuk menghadapi segala kemungkinan dalam kehidupan ini. Jelaslah, pengamalan
peribahasa ini mempunyai pelbagai kepentingan dalam kehidupan sesuatu masyarakat itu.

Seseorang yang mengamalkan peribahasa sediakan payung sebelum hujan akan


senantiasa meneroka ilmu sebagai persediaan untuk kehidupan masa depan mereka.
Kehidupan zaman moden yang penuh cabaran ini akan sesuai dilalui oleh mereka yang
mempunyai ilmu pengetahuan yang cukup. Ilmu sahaja yang membolehkan seseorang itu
menguasai apa-apa bidang yang wujud kerana berupaya untuk mengalahkan pesaing-
pesaing mereka. Oleh itu, pemahaman makna peribahasa ini menjadikan seseorang itu
meneroka ilmu sepanjang hidup mereka.

Selain itu, peribahasa ini turut mengaitkan sikap suka menabung. Anak-anak perlu
dididik sejak kecil untuk menabung buat kehidupan mereka yang lebih terjamin pada masa
depan. Wang yang dikumpulkan secara sedikit-sedikit itu akan mampu digunakan pula
untuk melanjutkan pelajaran mereka kelak. Jelaslah, amalan menabung menjadi
sebahagian makna dalam peribahasa ini yang banyak kepentingannya itu.

Malahan, peribahasa ini seolah-olah memberikan satu amaran awal kepada sesiapa
sahaja untuk bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dalam hidupnya. Mereka yang
memahami peribahasa ini pasti lebih sensitif dengan keadaan sekelilingnya supaya tidak
melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan kemudaratan pula kepada. Setiap tindakan
pasti akan mempunyai dua pilihan atau aspek yakni kebaikan dan keburukan yang harus
diteliti oleh seseorang itu. Sesungguhnya, peribahasa ini menjauhkan sebarang masalah
dalam kehidupan seseorang itu.

Peribahasa ini juga amat berguna buat pelajar terutama dalam menghadapi
peperiksaan yang begitu mencabar. Mereka yang memahami maksud mendalam
peribahasa ini sudah pasti akan bersedia dengan sering menghadiri kelas di sekolah
bersama-sama membuat latihan demi latihan. Persediaan sejak awal inilah yang bakal
memberikan pelajar satu kelebihan berbanding dengan pelajar lain yang hanya membuat
persiapan pada saat-saat akhir sahaja. Sesungguhnya, pelajar yang bersedia lebih awal
akibat memahami makna peribahasa ini bakal memperoleh kejayaan yang lebih manis
dalam hidup mereka.

Kesimpulannya, peribahasa sediakan payung sebelum hujan amat wajar diamalkan


dalam kehidupan kita. Peribahasa ini merupakan satu legasi masyarakat dahulu kepada
generasi kini yang perlu diteruskan kewujudannya. Kehidupan masyarakat dahulu kala
yang sentiasa berwaspada, beringat-ingat dan berhati-hati perlu dijadikan contoh teladan
oleh generasi kini pula. Peribahasa ini boleh disamakan dengan peribahasa beringat
sebelum kena yang menekankan aspek berhati-hati dalam setiap tindakan kita.

Hak Cipta Terpelihara. Cikguchom.blogspot.com.

Cikgu Kalsom at Khamis, Jun 27, 2013

Kongsi 0

10 ulasan:

Tintakalbu67 28 Disember 2013 1:44 PTG


Cikgu izinkan saya menjadikan karangan-karangan contoh dalam laman cikgu sebagai bahan
bacaan tambahan murid-murid saya di sekolah rendah.T.kasih..
Balas
Cikgu Kalsom 16 Mac 2014 9:52 PG
Silakan..bahan di blog saya boleh dikongsikan dan dimanfaatkan bersama-sama
Balas

Aiman Khairi 24 Disember 2014 9:39 PTG


assalamualaikum... karangan diatas ini karangan jenis ulasan ke peribahasa... mohon jasa baik
cikgu untuk menjawab persoalan saya...
Balas

Tanpa Nama 11 Julai 2015 8:04 PTG


Hi cikgu.the karangan was good.but have some spelling errors. Pls clear them.thank u
Balas

8931 31 Januari 2016 6:22 PTG


Karangan panjang
Balas

8931 31 Januari 2016 6:22 PTG


Karangan panjang
Balas

Tanpa Nama 4 September 2016 11:46 PG


karangan yang memuaskan .. harap perbaiki sedikit kesilapan yang terdapat dalam karangan di
atas... ada beberapa ayat yang agak janggal untuk dibaca
Balas

Adham Adhamsoleh 17 September 2016 10:56 PTG


Ade ayat yang tidak habis.. Mohon perbaiki
Balas

Adham Adhamsoleh 17 September 2016 10:59 PTG


Ade ayat yang tidak habis.. Mohon perbaiki
Balas
Tanpa Nama 24 Mac 2017 11:20 PG
terima kasih cikgu...
Balas

Masukkan ulasan anda...

Ulas sebagai: Akaun Google

Terbitkan Pratonton

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima


kasih atas komen ikhlas anda.

Laman utama
Papar versi web

Dikuasakan oleh Blogger.

Anda mungkin juga menyukai