Anda di halaman 1dari 2

Diari Cikgu Chom

PANDUAN, NOTA & LATIHAN BAHASA MELAYU BAGI PELAJAR SPM & PMR

Sabtu, 22 Jun 2013

Karangan Contoh 17 - Langkah-langkah Mengatasi Jerebu

LANGKAH-LAGKAH MENGATASI JEREBU


Oleh: Tan Hui Lian

Mutakhir ini, negara kita sedang bergelut dengan masalah pencemaran udara iaitu
jerebu yang semakin membimbangkan. Beberapa buah negeri telah dikenal pasti sebagai
negeri yang paling teruk terjejas akibat jerebu terutamanya negeri Johor. 491 buah
sekolah di beberpa daerah di Johor terpaksa ditutup. Beberapa lapangan terbang juga
ditutup manakala penerbangan dari Senai, Johor dijadual semula. Paling
membimbangkan, pesakit yang berkaitan pernafasan meningkat dengn mendadak.
Persoalannya, apakah langkah-langkah mengatasi masalah yang menjadi duri dalam
daging bagi negara kita?

Memang tidak dinafikan, tindakan segera untuk menghentikan pembakaran hutan


secara terbuka dan secara besar-besaran diperlukan. Tindakan secara kolektif dengan
penggunaan alat pemadam api yang canggih dan saintifik boleh membantu mengurangkan
masalah jerebu. Di samping itu juga undang-undang ketat perlu dikenakan terhadap pihak
atau syarikat tertentu yang sengaja membakar hutan untuk tujuan pertanian.

Selain itu, bahan pencemaran udara haruslah dikurangkan untuk mengelakkan


masalah jerebu di negara kita. Kesesakan lalu lintas menambahkan karbn dioksida,
karbn monoksida dan sebagainya yang menambahkan keadaan berjerebu. Oleh yang
demikian, bilangan kenderaan yang menggunakan jalan raya, khususnya di kawasan-
kawasan yang terlibat seperti Kuala Lumpur haruslah disekat atau dikurangkan.

Seterusnya, jerebu boleh dihilangkan dengan usaha pembenihan awan bagi


menurunkan hujan. Hujan adalah pembersih udara semula jadi yang terbaik. Pihak Jabatan
Alam Sekitar telah bekerjasama dengan Puncak Niaga Sdn. Bhd telah melakukan beberapa
siri pembenihan awan khususnya di sekitar Lembah Klang dan negeri Selangor.

Tambahan pula, masalah jerebu juga boleh dikurangkan dengan menggunakan Indeks
Pencemaran Udara (IPU) untuk mengenal pasti kawasan yang bermaslah dan mengambil
tindakan susulan untuk mengatasi maslah jerebu. Pembacaan indeks haruslah dilakukan
dari semasa ke semasa agar usaha mengehadkan kilang-kilang daripada pengeluaran
asap atau gas yang berlebihan dapat diatasi

Masalah jerebu juga boleh diselesaikan melalui persepakatan bersama antara negara
jiran dan pada peringkat global diperlukan untuk menangani masalah alam sekitar .
Kerjasama boleh dilakukan dari segi perlindungan alam sekitar secara kolektif dan kajian
saintifik dan kajian saintifik digiatkan untuk menangani masalah ini.

Intihanya, semua pihak termasuklah rakyat Malaysia haruslah bersinergi dan


berganding bahu dalam menyelesaikan masalah jerebu di Malaysia, bagai aur dengan
tebing. Sekiranya masalah ini dipandang enteng, nyawa modal insan negara kita akan
menjadi seperti telur di hujung tanduk. Sekiranya masalah jerebu di negara kita tidak
diatasi dengan segera, lama-kelamaan efek buruknya akan menjadi berpanjangan dan
berkekalan serta sukar untuk diselesaikan dan ketika itu kita akan berasa menyesal tetapi
sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi.

Cikgu Kalsom at Sabtu, Jun 22, 2013

Kongsi 4

Tiada ulasan:

Catat Ulasan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima
kasih atas komen ikhlas anda.

Laman utama
Papar versi web

Dikuasakan oleh Blogger.

Anda mungkin juga menyukai