Anda di halaman 1dari 5

Modul HEBAT Bacaan Bahasa Melayu

Modul 1

LAMPIRAN 1

PUNCA-PUNCA JEREBU
Dalam mendepani realiti baru dunia yang pantas dan
berkembang ini, masyarakat pada hari ini sering berhadapan
dengan masalah jerebu yang bagaikan bangkai gajah yang
tidak dapat ditutup dengan nyiru lagi. Fenomena jerebu ini
seolah-olah telah termaktub dalam takwim ramalan cuaca
negara kerana telah acapkali melanda negara kita. Pada tahun
2005, kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan telah
menyebabkan jerebu yang teruk di Semenanjung Malaysia
terutamanya di sekitar Lembah Kelang. Di samping itu, Kuala
Selangor dan Pelabuhan Kelang telah diiystiharkan darurat
kerana Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kedua-dua
kawasan itu telah melebihi 500, iaitu tahap darurat. Pada
tahun 2006, masalah jerebu turut berlaku sekali lagi. Masalah
jerebu yang banyak mengundang kontroversi ini, sebenarnya
disebabkan oleh beberapa punca, persis kata orang tua-tua ,
jikalau tiada angin, masakan pokok bergoyang .
Faktor dominan yang menyumbang kepada masalah jerebu
ialah pembakaran hutan secara besar-besaran. Sebenarnya,
keadaan cuaca di kawasan hutan hujan tropika memang
terlalu panas sehingga boleh menyebabkan tumbuh-tumbuhan
terbakar dengan sendirinya akibat suhu meningkat . Hal ini
berlaku demikian kerana fenomena pemanasan global yang
sedang berlaku di muka bumi ini. Di negara jiran kita,
Indonesia pembakaran hutan sering berlaku kerana pihak
1

Modul HEBAT Bacaan Bahasa Melayu


Modul 1

Indonesia ingin membina infrastrukturyang baharu seperti


bangunan, sekolah dan lebuh raya. Hal ini mengakibatkan
pembakaran hutan secara berleluasa. Apabila angin bertiup
dari Sumatera ke Malaysia, angin tersebut akan membawa
jerebu bersama-sama ke negara kita. Natijahnya, udara kita
semakin tecemar sementelahan pula Indeks Pencemaran
Udara di negara kita melebihi paras berbahaya. Oleh itu,
pembakaran hutan akan menyebabkan asap dan debu serta
bahan yang telah separuh bakar berterbangan di atmosfera
lalu
berlakulah
jerebu.
Seterusnya, masyarakat yang melakukan pembakaran secara
terbuka tanpa kawalan juga menyebabkan keadaan jerebu
menjadi-jadi. Pembakaran terbuka ini dilakukan oleh pihak
yang ingin menghapuskan sesuatu seperti sampah sarap.
Sesetengah rakyat negara pula melakukan pembakaran
terbuka di belakang kawasan rumah mereka sendiri. Mereka
telalu malas untuk membawa sampah sarap mereka ke tempat
pembuangan sampah atau pusat pengitaran sampah semula.
Jadi, mereka telah mengambil jalan mudah dengan membakar
sampah sarap mereka tanpa kisah jika asap daripada
pembakaran terbuka itu yang sedikit demi sedikit membawa
kepada masalah jerebu. Ada pula sesetengah petani yang
membakar jerami padi untuk membersihkan kawasan
sawahnya sebelum melakukan penanaman semula. Mereka
tidak sedar bahawa asap dari pembakaran ini tidak akan
berada di suatu tempat sahaja tetapi akan ditiup angin dan
meliputi kawasan yang amat luas. Natijahnya, pembakaran
terbuka ini melepaskan asap ke udara dan mengakibatkan
2

Modul HEBAT Bacaan Bahasa Melayu


Modul 1

jerebu.
Peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya yang bagaikan
cendawan tumbuh selepas hujan juga telah mengakibatkan
masalah jerebu di Malaysia. Di Malaysia, terdapat 9.3 juta
buah kenderaan di jalan raya. Kenderaaan yang tidak
dilengkapi pengubah pemangkin telah menyebabkan 16.2 tan
karbon monoksida dan dua tan sodium dioksida dikeluarkan
setiap hari. Kesesakan lalu lintas menyebabkan kenderaan
tidak bergerak tetapi mengeluarkan asap pencemar. Gas-gas
pencemar ini merupakan bahan terampai yang memenuhi
udara. Gas-gas yang dibebaskan pula tidak dapat dibebaskan
ke atmosfera dan sebaliknya terperangkap dalam lapisan
bumi. Kejadian gas-gas yang terperangkap ini bagai selimut
yang menutupi bumi. Peningkatan jumlah kenderaan di jalan
raya akan menyebabkan jumlah asap yang dikeluarkan dari
paip ekzos kenderaan meningkat dan berlegar-legar di
atmosfera dan terperangkap di lapisan ozon serta tidak dapat
keluar ke angkasa lepas. Hal ini menyebabkan udara menjadi
tebal
dan
berlakulah
jerebu
di
negara
kita.
Selain itu, masalah jerebu juga berpunca daripada kegiatan
industri yang tidak terkawal. Hal ini berlaku demikian kerana
sesebuah negara banyak bergantung pada bidang perindustrian
yang mengaut keuntungan yang lumayan demi kemajuan
negara. Malangnya, sikap pengusaha kilang yang bagai enau
dalam
belukar,
melepaskan
pucuk
masing-masing
menyebabkan asap-asap dari kilang yang dilepaskan ke udara
3

Modul HEBAT Bacaan Bahasa Melayu


Modul 1

telah mencemarkan udara di negara kita. Mereka tidak


sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk
mendapatkan alat penapisan asap untuk menapis asap yang
dikeluarkan dari kilang mereka sedangkan asap-asap yang
dikeluarkan ini mengandungi sulfur dioksida dan nitrogen
yangboleh mengakibatkan udara menjadi berjerebu. Situasi ini
bertambah buruk apabila ada pihak pengusaha kilang yang
memasang corong asap yang terlalu rendah sehingga
menyalurkan asap beracun ke udara. Pelepasan asap kilang
yang tidak terkawal dan tidak mengikut prosedur tertentu
akan memburukkan keadaan jerebu di negara kita lagi.
Sebagai penutup bicara, jerebu merupakan fenomena alam
yang memberi kesan yang buruk kepada manusia. Fenomena
jerebu yang disebabkan oleh proses alam semula jadi tidaklah
menyebabkan jerebu yang buruk berbanding dengan jerebu
yang disebabkan oleh aktiviti manusia. Kita tidak wajar hanya
akur dengan arus yang songsang ini, sebaliknya langkahlangkah efektif perlu diambil sebelum kemelut tersebut berada
di luar kawalan persis kata orang tua-tua, sebelum nasi
menjadi bubur. Sekiranya masalah jerebu tidak mendapat
perhatian ramai, nescaya generasi yang akan datang
ketandusan nilai cinta akan alam sekitar. Oleh itu, semua
wargabumi haruslah berganding bahu untuk menyelesaikan
masalah berjerebu di Malaysia yang semakin serius supaya
masyarakat sejagat dapat hidup dengan selamat. Tidak
gunanya kita meratapi kehilangannya suatu ketika nanti jika
langkah-langkah pencegahantidak dimulakan dan dilakukan
4

Modul HEBAT Bacaan Bahasa Melayu


Modul 1

dari sekarang kerana pepatah melayu ada berbunyi, sesal


dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Anda mungkin juga menyukai