Anda di halaman 1dari 2

Karangan Contoh - Punca-punca Masalah Jerebu

Masalah jerebu merupakan fenomena cuaca yang dialami oleh negara kita
saban tahun. Fenomena ini seolah-olah termaktub dalam takwim ramalan
cuaca negara kerana acap kali melanda negara.
Bincangkan punca-punca berlakunya masalah jerebu dan kesan-kesannya.

Analisis soalan:
Tema/Isu
: Masalah jerebu
Tugasan
: bincangkan punca-punca berlakunya jerebu dan kesan-kesannya
Format
: tiada (perbincangan)

Memang tidak dapat dinafikan, masalah jerebu merupakan fenomena cuaca yang
dialami oleh negara kita saban tahun. Fenomena ini seolah-olah termaktub dalam takwim
ramalan cuaca negara kerana acap kali melanda negara Jerebu berlaku apabila kehadiran
partikel terampai di atmosfera seperti gas-gas, debu, habuk, dan zarah di dalam keadaan
udara kering. Di Malaysia tahap kualiti udara ditunjukkan oleh Indeks Pencemaran Udara
(IPU). Tahap kualiti udara yang teruk ialah IPU 101-400. Namun, realitinya keadaan udara
yang berjerebu di negara kita amat membahayakan kesihatan rakyat. Persoalannya, apakah
punca-punca berlakunya masalah jerebu?

Sebenarnya, masalah jerebu berpunca daripada kegiatan manusia sendiri iaitu


pertamanya melalui pambakaran hutan secara besar-besaran tanpa menimbangkan kesan
terhadap alam sekitar. Contohnya, asap tebal hampir menjadi masalah tahunan kepada
Singapura dan Malaysia, selalunya bermula pada pertengahan tahun apabila peladang di
Indonesia membersihkan ladang secara murah dengan membakarnya. Maklumat daripada
ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC) juga menunjukkan lingkaran asap
jerebu dari kawasan kebakaran di Wilayah Riau, Sumatera Tengah, Indonesia hingga ke
selatan Pantai Barat Semenanjung. Keadaan ini telah menyebabkan Malaysia mengalami
masalah jerebu yang membimbangkan.
Selain itu, faktor yang memburukkan lagi keadaan ialah tindakan masyarakat yang
melakukan pembakaran secara terbuka tanpa kawalan sehingga menyebabkan keadaan jerebu
menjadi-jadi. Pembakaran terbuka ini dilakukan oleh pihak yang ingin menghapuskan
sesuatu seperti sampah sarap atau bahan buangan sama ada individu ataupun pemilik kilang.
Contohnya, sesetengah anggota masyarakat melakukan pembakaran terbuka di belakang

kawasan rumah mereka sendiri. Mereka telalu malas untuk membawa sampah sarap mereka
ke tempat pembuangan sampah atau pusat pengitaran sampah semula. Begitu juga pemilik
kilang kain, papan dan sebagainya bertindak membakar sendiri bahan buangan kilang
mereka. Mereka tidak betanggungjawab dan tidak mengambil kisah jika asap daripada
pembakaran terbuka itu sedikit demi sedikit membawa kepada masalah jerebu. Mereka juga
tidak sedar bahawa asap dari pembakaran ini tidak akan berada di suatu tempat sahaja tetapi
akan ditiup angin dan meliputi kawasan yang amat luas. Natijahnya, pembakaran terbuka ini
mengakibatkan asap dilepaskan ke udara dan mengakibatkan jerebu.

Tambahan pula, peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya yang bagaikan cendawan
tumbuh selepas hujan juga telah mengakibatkan masalah jerebu di Malaysia. Di Malaysia,
terdapat 9.3 juta buah kenderaan di jalan raya dan telah menyebabkan 16.2 tan karbon
monoksida dan dua tan sodium dioksida dikeluarkan setiap hari. Kesesakan lalu lintas
menyebabkan keadaan jerebu bertambah parah kerana kenderaan tidak bergerak tetapi
mengeluarkan asap yang mencemarkan udara. Peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya
akan menyebabkan jumlah asap yang dikeluarkan dari paip ekzos kenderaan meningkat dan
berlegar-legar di atmosfera dan terperangkap di lapisan ozon serta tidak dapat keluar ke
angkasa lepas. Hal ini menyebabkan udara menjadi tebal dan berlakulah jerebu di negara
kita.

Seterusnya, pengeluaran asap yang tidak terkawal dari kawasan perindustrian seperti
kawasan perindustrian yang menggunakan minyak dan arang batu turut menjadi punca utama
jerebu. Sikap pengusaha kilang yangbagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masingmasing menyebabkan asap-asap dari kilang dilepaskan ke udara dan telah mencemarkan
udara di negara kita. Mereka tidak sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk
mendapatkan alat penapisan asap untuk menapis asap yang dikeluarkan dari kilang mereka
sedangkan asap-asap yang dikeluarkan ini mengandungi sulfur dioksida dan nitrogen yang
boleh mengakibatkan udara menjadi berjerebu. Situasi ini bertambah buruk apabila ada
pihak pengusaha kilang yang memasang corong asap yang terlalu rendah sehingga
menyalurkan asap beracun ke udara. Contoh kawasan perindustrian ialah Seguntor di
Sandakan dan Lembah Klang.
Kesimpulannya, semua pihak perlu berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk
mengatasi masalah jerebu ini. Usaha ini sangat penting demi menjamin kesejahteraan rakyat
dan kemakmuran negara. sebelum terlambat, sebelum nasi menjadi bubur, , pihak kerajaan
terutamanya perlu mengorak langkah drastik bagi mengatasi masalah jerebu ini dari terusmenerus menghantui negara kita. Rakyat yang sihat merupakan tonggak utama untuk
memastikan kemajuan negara kerana 'Rakyat Sihat Negara Maju'.

Anda mungkin juga menyukai