Anda di halaman 1dari 14

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBHE 3103
GAYA HIDUP SIHAT

NAMA :
NO. MATRIKULASI :
NO. KAD PENGENALAN :
NO. TELEFON :
ALAMAT E-MAIL :

NAMA TUTOR :
PUSAT PEMBELAJARAN :

SEMESTER MEI 2016


Teks ceramah

Assalamualaikum wbt, selamat pagi dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada hadirin. Terima
kasih diucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis. Yang Berbahagia Tuan Pengetua SMA Maahad
Al-Mizan, Yang berusaha YDP PIBG sekolah, guru-guru, ibu bapa serta anak didik yang saya
kasihi sekalian.

Para hadiri yang dihormati,


Apakah yang dimaksudkan dengan jerebu? Menurut Kamus Dewan DBP, jerebu
bermaksud fenomena atmosfera yang berlaku apabila debu,asap dan zarah pencemaran lain
mengaburi kejelasan langit. Fenomena ini disebabkan kewujudan partikel-partikel kecil yang
tidak boleh dilihat mata kasar dalam kuantiti yang banyak dan terapung-apung di udara. Partikel-
partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti
manusia.

Jerebu bukanlah sekadar asap yang  biasa. Ianya adalah asap yang mendatangkan kesan
sampingan bagi sesiapa yang menghidunya tanpa disedari. Para pakar alam sekitar dan
kejuruteraan kimia memberi amaran jerebu itu amat bahaya kerana ia mengandungi campuran
gas beracun dan bahan kimia termasuk magnesium. Bahan-bahan itu mampu menghakis
permukaan paru-paru sekali gus melumpuhkan sistem pernafasan manusia. Campuran bahan
terampai tersebut menjadi lebih berbahaya kerana ia bergabung dengan asap-asap kilang dan
kenderaan yang mengandungi plumbum serta nitrogen oksida yang boleh menyebabkan
gangguan otak dan berbahaya kepada paru-paru dan kesihatakan tubuh badan seseorang.

Hadirin ibu bapa dan para pelajar sekalian,

Di Malaysia, memang tidak dapat dinafikan, masalah jerebu merupakan fenomena cuaca yang
dialami saban tahun kebelakangan ini. Keadaan udara yang berjerebu di negara kita amat
membahayakan kesihatan rakyat. Sepertimana yang kita sedia maklum, keadaaan jerebu di
2
Semenanjung Malaysia kelihatan semakin membimbangkan. Persoalannya, apakah punca-
punca berlakunya masalah jerebu? Sebenarnya, masalah jerebu berpunca daripada kegiatan
manusia sendiri iaitu pertamanya melalui pambakaran hutan secara besar-besaran tanpa
menimbangkan kesan terhadap alam sekitar.  Contohnya, asap tebal hampir menjadi masalah
tahunan kepada Singapura dan Malaysia, selalunya bermula pada pertengahan tahun apabila
peladang di Indonesia membersihkan ladang secara murah dengan membakarnya.  Maklumat
daripada ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC) juga menunjukkan lingkaran asap
jerebu dari kawasan kebakaran di Wilayah Riau, Sumatera Tengah, Indonesia hingga ke selatan
Pantai Barat Semenanjung.  Keadaan ini telah menyebabkan Malaysia mengalami masalah
jerebu yang membimbangkan.

Selain daripada faktor metedeologi ini, sikap manusia juga merupakan faktor yang menyumbang
kepada fenomana jerebu di negara kita dimana terdapat segelintir manusia yang tidak
bertanggungjawab yang suka melakukan pembakaran terbuka.Tindakan  masyarakat yang
melakukan pembakaran secara terbuka tanpa kawalan sehingga menyebabkan keadaan jerebu
menjadi-jadi. Pembakaran terbuka ini dilakukan oleh pihak yang ingin menghapuskan sesuatu
seperti sampah sarap atau bahan buangan sama ada individu ataupun pemilik kilang. Contohnya,
sesetengah anggota masyarakat melakukan pembakaran terbuka di belakang kawasan rumah
mereka sendiri. Mereka telalu malas untuk membawa sampah sarap mereka ke tempat
pembuangan sampah atau pusat pengitaran sampah semula. Begitu juga pemilik kilang kain,
papan dan sebagainya bertindak membakar sendiri bahan buangan kilang mereka. Ada pula
sesetengah petani yang membakar jerami padi untuk membersihkan kawasan sawahnya sebelum
melakukan penanaman semula. Mereka tidak sedar bahawa asap dari pembakaran ini tidak akan
berada di suatu tempat sahaja tetapi akan ditiup angin dan meliputi kawasan yang amat luas.
Natijahnya, pembakaran terbuka ini melepaskan asap ke udara dan mengakibatkan
jerebu. Mereka juga tidak sedar bahawa asap dari pembakaran ini tidak akan berada di suatu
tempat sahaja tetapi akan ditiup angin dan meliputi kawasan yang amat luas. Natijahnya,
pembakaran terbuka ini mengakibatkan asap dilepaskan ke udara dan mengakibatkan jerebu. Hal
ini nampaknya remeh, kerana yang kelihatan hanyalah asap, namun asap inilah yang
menyebabkan kejadian jerebu yang menyulitkan kehidupan manusia, haiwan dan tumbuh-
tumbuhan.
3
Hadirin ibu bapa dan para pelajar sekalian,

Selain daripada asap yang terhasil dari pembakaran terbuka, peningkatan bilangan kenderaan di
negara kita juga salah satu punca yang menyumbang kepada keadaan jerebu. Ini dibuktikan
dengan peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya yang bagaikan cendawan tumbuh selepas
hujan juga telah mengakibatkan masalah jerebu di Malaysia. Di Malaysia, terdapat 9.3 juta buah
kenderaan di jalan raya dan telah menyebabkan 16.2 tan karbon monoksida dan dua tan sodium
dioksida dikeluarkan setiap hari. Kesesakan lalu lintas menyebabkan keadaan jerebu bertambah
parah kerana kenderaan tidak bergerak tetapi mengeluarkan asap yang mencemarkan udara.
Peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya akan menyebabkan jumlah asap yang dikeluarkan
dari paip ekzos kenderaan meningkat dan berlegar-legar di atmosfera dan terperangkap di lapisan
ozon serta tidak dapat keluar ke angkasa lepas.  Hal ini menyebabkan udara menjadi tebal dan
berlakulah jerebu di negara kita.

Selain itu, faktor yang memburukkan lagi keadaan ialah pengeluaran asap yang tidak terkawal
dari kawasan perindustrian seperti kawasan perindustrian yang menggunakan minyak dan arang
batu turut menjadi punca utama jerebu.   Sikap pengusaha kilang yang bagai enau dalam belukar,
melepaskan pucuk masing-masing menyebabkan asap-asap dari kilang dilepaskan ke udara dan
telah mencemarkan udara di negara kita. Mereka tidak sanggup membelanjakan wang yang
banyak untuk mendapatkan alat penapisan asap untuk menapis asap yang dikeluarkan dari kilang
mereka sedangkan asap-asap yang dikeluarkan ini mengandungi sulfur dioksida dan nitrogen
yang boleh mengakibatkan udara menjadi berjerebu.  Situasi ini bertambah buruk apabila ada
pihak pengusaha kilang yang memasang corong asap yang terlalu rendah sehingga menyalurkan
asap beracun ke udara.  Contoh kawasan perindustrian ialah Seguntor di Sandakan dan Lembah
Klang.

Selain dari sikap manusia, masalah jerebu juga berpunca daripada faktor semulajadi iaitu
fenomena El-Nino. Akibat dilanda El-Nino, suhu perairan di Lautan Pasifik meningkat secara
tinggi berikutan pergerakan angin timuran yang perlahan di tengah dan barat perairan tersebut.
Pada masa yang sama, Asia Tenggara akan mengalami musim kemarau yang kering
4
memudahkan kebakaran hutan seperti yang berlaku di Sumatera dan Kalimantan. Akibatnya,
asap terlepas ke ruang udara dan terperangkap di ruang angkasa sehingga menghasilkan keadaan
yang berjerebu. Sementara itu, keadaan cuaca di kawasan hutan hujan tropika memang terlalu
panas sehingga boleh menyebabkan tumbuh-tumbuhan terbakar sendiri akibat suhu meningkat
sehingga menyebabkan jerebu berlaku. Hal ini demikian kerana fenomena pemanasan global.

Di samping itu, pembebasan debu daripada letupan gunung berapi juga menyebabkan keadaan
cuaca berjerebu. Gunung-gunung berapi yang masih aktif di negara Indonesia mengeluarkan
asap tebal sebagai fenomena gunung berapi akan meletus. Hal ini menyebabkan jarak
penglihatan terbatas. Selain itu, faktor angin barat laut dan angin barat daya yang bersilih ganti
sebelum kekal untuk monsun barat daya sehingga November menjadi punca jerebu ini ditiup
masuk ke semenanjung dan menunjukkan bahawa ia merupakan permulaan yang tidak sihat
kerana diramalkan kemarau akan berlaku dalam tahun ini. Daripada peristiwa ini, kita boleh
membayangkan bahawa jerebu yang lebih teruk akan melanda menjelang pertengahan monsun
barat daya ini. Hanya hujan lebat atau ribut petir yang menyeluruh dengan arus menaik dan
menurun yang kuat boleh menyingkirkan jerebu dengan berkesan. Tempoh hujan renyai yang
singkat biasanya tidak berkesan dalam menghilangkan

Para hadirin ibu bapa dan pelajar sekalian,

Seterusnya kita lihat pula kesan jerebu terhadap kesihatan. Memang tidak dinafikan, fenomena
jerebu mendatangkan kesan negatif terutama terhadap tahap kesihatan rakyat di negara kita.
Antaranya ialah, jerebu boleh menjejaskan kesihatan rakyat terutamanya sistem pernafasan dan
boleh menyebabkan penyakit asma, sakit kerongkong, selesema, batuk, nemonia dan penyakit-
penyakit yang berkaitan dengan jantung.  Hal ini berlaku kerana jerebu menyebabkan badan
menjadi lemah dan imunisasi semakin rendah.  Oleh itu bilangan golongan tua dan kanak-kanak
yang jatuh sakit berkaitan dengan sistem pernafasan telah meningkat mendadak akibat jerebu dan
terpaksa menerima rawatan di hospital atau di klinik.

Selain itu, kesan jerebu juga boleh mengurangkan jarak penglihatan. Keadaan ini berlaku
disebabkan oleh komponen-komponen yang ada di dalam jerebu berupaya menyerap dan
5
menyerakkan cahaya matahari.    Hal ini amat menakutkan kerana risiko kemalangan boleh
berlaku seperti kapal terbang dan kapal laut atau kenderaan di jalan raya menjadi semakin besar.
Keadaan ini amat membahayakan keselamatan rakyat kerana kemalangan boleh mengakibatkan
kemusnahan harta benda, kecederaan dan kehilangan nyawa.

Tambahan pula, aktiviti harian masyarakat turut terjejas akibat masalah jerebu.  Apabila Indeks
Pencemaran Udara (IPU) berada di tahap tidak sihat atau membahayakan, sebarang bentuk
aktiviti luar tidak digalakkan.  Contohnya, di kawasan-kawasan yang dilanda jerebu, banyak
sekolah terpaksa ditutup demi menjamin kesihatan pelajar.  Program-program dan acara luar
seperti sukan, dibatalkan.  Keadaan ini menunjukkan bahawa masalah jerebu telah mengganggu
aktiviti harian masyarakat di negara kita.

Berikut adalah kandungan jerebu, yang boleh menjejaskan kesihatan.

i. Partikulat terampai
Didapati dalam asap kebakaran hutan, pembakaran terbuka, debu letusan gunung
berapi, perlepasan asap kenderaan khususnya yang berkuasa diesel serta loji tenaga
dan kilang
ii. Sulfur dioksida
Berpunca daripada letusan gunung berapi, loji tenaga, industri berat dan enjin diesel
iii. Karbon monoksida dan karbon
Diakibatkan oleh aktiviti pada loji tenaga, idustri menggunakan dioksida bahan api
fosil, sumber kenderaan bergerak khususnya yang menggunakan minyak diesel dan
berplumbum

iv. Nitrogen dioksida


Diakibatkan oleh loji tenaga, industri berat dan kenderaan bermotor
v. Plumbum
Dihasilkan oleh industri tertentu dan cat yang berasaskan plumbum serta sumber
kenderaan.

6
Para hadirin ibu bapa dan pelajar sekalian,

Selain kemerosotan taraf kesihatan rakyat Malaysia, sektor ekonomi negara turut terjejas akibat
kerenah jerebu yang berlaku di Malaysia. Tahap penglihatan yang rendah menyebabkan aktiviti
luar disekat dan industri perikanan dan pertanian terpaksa dihentikan demi menjamin
keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerja. Rakyat Malaysia yang terlibat dalam bidang
perikanan dan pertanian terpaksa mencari alternatif yang lain untuk mencari pendapatan buat
sementara waktu.

Apabila masalah jerebu menjadi semakin meruncing, kesan negatif yang lebih serius akan
timbul. Sumber pendapatan negara turut terancam akibat jerebu. Sumber pendapatan negeri-
negeri yang berasaskan industri pelancongan seperti Sabah dan Sarawak akan merosot kerana
industri pelancongan terjejas akibat jerebu. Para pelancong bukan sahaja dari dalam negeri malah
dari negara asing tidak akan melawat ke Malaysia sekiranya jerebu masih berlaku di Malaysia
kerana bimbang akan keselamatan dan kesihatan mereka semasa melancong ke Malaysia. Secara
tidak langsung, ekonomi negara kita akan terjejas akibat jerebu.

Masalah jerebu telah menjadi duri dalam daging kepada Malaysia. Bagi menyelesaikan
masalah jerebu yang merunsingkan ini, semua pihak harus memainkan peranan dalam mengatasi
masalah tersebut, persis kata orang-orang tua, “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”.
Pelbagai langkah perlu diambil demi mengelakkan masalah jerebu daripada berlaku lagi.
Sekiranya Malaysia bebas daripada belenggu masalah jerebu yang melanda rakyat Malaysia
selama 20 tahun, sudah pasti negara Malaysia dapat berkembang maju dalam banyak bidang.

Terdapat banyak kesan negatif akibat jerebu. Antaranya ialah, ia boleh menjejaskan kesihatan
manusia serta binatang dan boleh membantutkan tumbesaran tumbuhan. Kesan kesihatan
manusia yang paling ketara adalah  terhadap sistem pernafasan dan boleh menyebabkan
penyakit asma, sakit kerongkong, neumonia dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan
jantung. Bagi haiwan pula,, kesihatan terganggu sekiranya haiwan tersebut memakan tumbuh-

7
tumbuhan yang diselaputi oleh zarah-zarah beracun. Ternakan seperti lembu, kerbau dan
kambing  yang memakan tumbuhan ini akan menjadi mangsa keracunan makanan.

Selain itu, kesan jerebu juga boleh mengurangkan jarak penglihatan. Keadaan ini berlaku
disebabkan oleh komponen-komponen yang ada di dalam jerebu berupaya menyerap dan
menyerakkan cahaya matahari. Pengurangan jarak penglihatan membawa masalah besar kepada
aktiviti ekonomi dan harian penduduk. Ia akan mengganggu aktiviti perkhidmatan udara dan laut
serta ketidaklancaran perjalanan darat. Risiko kemalangan boleh berlaku seperti kapal terbang
dan papal laut atau kenderaan di jalan raya menjadi semakin besar. Di dalam kes jerebu 1997,
negeri Sarawak merupakan negeri yang paling teruk dengan IPU mencecah angka 800. Sarawak
diisytiharkan darurat Jerebu selama hampir seminggu. Akibatnya, sebahagian besar aktiviti
ekonomi di bandar Kuching lumpuh dan semua sekolah terpaksa ditutup. (Kes terbaharu, IPU
terburuk dicatatkan di Muar Johor iaitu mencecah angka 750)

Selain daripada itu, jerebu juga memberi kesan kepada sektor pertanian kerana menghalang
kemasukan cahaya matahari yang cukup bagi membolehkan tumbuhan menjalankan proses
fotosíntesis. Kesannya tumbesaran tumbuhan pendebungaan, dan penghasilan buah berkurangan.
Selimut jerebu ini biasanya hilang selepas hujan turun. Namun begitu, hujan yang turun selepas
fenomena jerebu berlaku akan memberikan kesan sampingan yang berpunca daripada hujan asid.
Hujan ini seterusnya akan merosakkan tanaman dan tumbuhan, meningkatkan nilai keasidan
tanah dan air sekali gus mengganggu keseimbangan dalam ekosistem seperti ekosistem akuatik,
ekosistem hutan dan ekosistem muara.
Ibu-bapa dan para pelajar yang dikasihi,

Mari kita lihat pula Apa yang dikatakan Indeks Pencemaran Udara (IPU)? IPU diperolehi
daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh
menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU
digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan
seperti berikut :

NILAI IPU STATUS

8
0 - 50 Baik
51 - 100 Sederhana
101 - 200 Tidak Sihat
201 - 300 Sangat Tidak Sihat
301 - 500 Berbahaya

Kita perlu sentiasa mengikuti perkembangan semasa melalui media massa seperti akhbar,
televisyen dan radio untuk mengetahui tahap jerebu semasa di tempat sendiri supaya dapat
mengambil langkah - langkah pencegahan yang sewajarnya.

Tahukah kita bahawa kualiti udara boleh mengancam nyawa kita? Keadaan jerebu yang
berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang. Kesan komponen utama
jerebu adalah :

1. Karbon monoksida
- melemahkan pengecutan jantung serta merendahkan jumlah oksigen yang dibawa oleh
darah. Mengurangkan keupayaan beriadah dan merbahaya bagi pengidap penyakit jantung
yang kronik.
2. Sulfur dioksida
- meruncingkan lagi masalah penyakit yang sedia ada terutamanya bronkitis. Mengganggu
saluran pernafasan pengidap penyakit asma dan batuk.
3. Nitrogen dioksida
- merangsang hidung dan tekak terutamanya yang mengidap asma. Meningkatkan jangkitan
penyakit melalui udara.
4. Plumbum
- merosakkan sistem saraf dan otak.
5. Partikulat terampai
- meruncingkan penyakit paru-paru dan jantung, mengubah ketahan badan melawan bahan
yang disedut dan merosakkan tisu paru-paru terutamanya yang berpenyakit jantung dan paru-
paru kronik.

Para hadirin yang dihormati,

9
Mutakhir ini, negara kita sedang bergelut dengan masalah pencemaran udara iaitu jerebu yang
semakin membimbangkan.  Beberapa buah negeri telah dikenal pasti sebagai negeri yang paling
teruk terjejas akibat jerebu terutamanya negeri Johor.  491 buah sekolah di beberpa daerah di
Johor terpaksa ditutup.  Beberapa lapangan terbang juga ditutup manakala penerbangan dari
Senai, Johor dijadual semula.  Paling membimbangkan, pesakit yang berkaitan pernafasan
meningkat dengn mendadak.  Persoalannya, apakah langkah-langkah keselamatan dan cara
mengatasi masalah jerebu dinegara kita? Memang tidak dinafikan,  tindakan segera untuk
menghentikan pembakaran hutan secara terbuka dan secara besar-besaran diperlukan. Tindakan
secara kolektif dengan penggunaan alat pemadam api yang canggih dan saintifik boleh
membantu mengurangkan masalah jerebu. Di samping itu juga undang-undang ketat perlu
dikenakan terhadap pihak atau syarikat tertentu yang sengaja membakar hutan untuk tujuan
pertanian.

Selain itu,  bahan pencemaran udara haruslah dikurangkan untuk mengelakkan masalah jerebu di
negara kita. Kesesakan lalu lintas menambahkan karbon dioksida, karbon monoksida dan
sebagainya yang menambahkan keadaan berjerebu. Oleh yang demikian, bilangan kenderaan
yang menggunakan jalan raya, khususnya di kawasan-kawasan yang terlibat seperti Kuala
Lumpur haruslah disekat atau dikurangkan.

Seterusnya,  jerebu boleh dihilangkan dengan usaha pembenihan awan bagi menurunkan hujan.
Hujan adalah pembersih udara semula jadi yang terbaik. Pihak Jabatan Alam Sekitar telah
bekerjasama dengan Puncak Niaga Sdn. Bhd telah melakukan beberapa siri pembenihan awan
khususnya di sekitar Lembah Klang dan negeri Selangor.

Tambahan pula, masalah jerebu juga boleh dikurangkan dengan menggunakan Indeks
Pencemaran Udara (IPU) untuk mengenal pasti kawasan yang bermaslah dan mengambil
tindakan susulan untuk mengatasi maslah jerebu. Pembacaan indeks haruslah dilakukan dari
semasa ke semasa agar usaha mengehadkan kilang-kilang daripada pengeluaran asap atau gas
yang berlebihan dapat diatasi.

10
Masalah jerebu juga boleh diselesaikan melalui persepakatan bersama antara negara jiran dan
pada peringkat global diperlukan untuk menangani masalah alam sekitar . Kerjasama boleh
dilakukan dari segi perlindungan alam sekitar secara kolektif dan kajian saintifik dan kajian
saintifik digiatkan untuk menangani masalah ini. Partikel yang mempunyai bahan kimia iaitu
penyebab jerebu boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan. Kesannya, pelbagai
penyakit wujud terutama yang melibatkan penyakit salur pernafasan seperti asma dan
konjunktivitis serta mengancam golongan yang berisiko dan mereka yang mengalami alahan
kepada udara yang tidak sihat.

Oleh kerana jerebu berbahaya kepada kesihatan manusia, maka nasihat dan perlindungan
daripada bahaya jerebu amat penting diikuti oleh masyarakat. Kandungan jerebu dan kesannya
amat signifikan kepada masyarakat dalam jangkamasa pendek dan panjang bagi kehidupan yang
sihat. Jerebu memberi kesan terhadap kesihatan seseorang terutama kepada golongan tertentu
yang berisiko tinggi iaitu orang tua, kanak-kanak, perokok, mereka yang sentiasa bekerja di luar
rumah, golongan berpenyakit seperti asma, bronchitis, radang paru-paru, penyakit paru-paru
yang kronik, penyakit jantung dan alahan. Untuk maklumat para hadirin, kesan-kesan yang akan
di alami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah gatal-gatal di bahagian
kerongkong dan batuk. sukar bernafas atau sesak nafas, mata pedih dan berair, hidung berair dan
kerap bersin, kulit badan terasa gatal-gatal dan sakit-sakit dada.

Para hadirin yang dihormati,

Justeru, langkah pencegahan perlu di ambil apabila terdapat tanda-tanda tersebut bagi mengelak
diserang penyakit yang boleh membawa maut. Di antara langkah-langkah pencegahan tersebut
ialah :

i. Mereka yang mengalami penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung
atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika
keadaan penyakit bertambah buruk.Mereka yang berisiko tinggi hendaklah sentiasa
mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.

ii. Penutup hidung hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang
bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan kumpulan berisiko
11
tinggi.Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit
yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.

iii. Gunakan alat penghawa dingin dalam kenderaan ketika sedang memandu.Orang ramai
dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.

iv. Tidak merokok di dalam rumah terutamanya mereka yang mempunyai anak kecil, ibu
bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit. Perokok dinasihatkan supaya tidak
merokok apabila keadaan udara tidak sihat (iaitu IPU yang melebihi 100).

v. Orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah. Kurangkan
aktiviti sukan di luar rumah.Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di
luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya
di kawasan mereka. 

Kesedaran di kalangan masyarakat dan pihak yang berwajib sudah semakin meningkat. Namun
begitu, masih banyak yang perlu dilakukan untuk mengekalkan kesejahteraan alam sekitar dan
kualiti hidup kita. Antara langkah-langkah yang boleh diambil ialah :

1. Penguatkuasaan undang-undang.

Kilang-kilang diwajibkan memasang alat penapis asap di serombong asap. Serombong asap
hendaklah ditinggikan 30 meter melepasi lapisan atmosfera bumi.Tindakan tegas perlu
diambil terhadap syarikat perladangan yang membakar ladang kelapa sawit di Sumatera,
Riau atau Sumatera yang telah menyebabkan kejadian jerebu yang teruk di rantau ini.

2. Pendidikan alam sekitar.

Melalui pendedahan dalam mata pelajaran geografi dan sains, diharap dapat menyemai rasa
mencintai alam sekitar. Diharap pembakaran terbuka sampah sarap oleh sektor rumah tangga
dapat dikurangkan apabila telah ada kesedaran untuk melindungi bumi daripada fenomena
cuaca seperti jerebu.

3. Kempen kesedaran alam sekitar.

12
Kempen yang dijalankan oleh badan bukan kerajaan (NGO) seperti MNS dan WWF
Malaysia juga dapat mengatasi masalah jerebu. Badan NGO melalui ceramah dan seminar
boleh memberi kesedaran kepada orang ramai untuk menghargai alam sekitar.

4. Pembenihan awan untuk menghasilkan hujan.

Walaupun hujan yang turun merupakan hujan asid, tetapi dapat mengurangkan masalah
jerebu. Udara akan kembali bersih selepas berlakunya hujan.

5. Penggunaan petrol tanpa plumbum

Ini dapat mengurangkan pengeluaran asap karbon kenderaan yang mencemarkan udara.

6. Penggunaan catalytic converter

Penggunaan alat ini juga mampu mengurangkan pengeluaran asap kenderaan. Oleh itu
keadaan jerebu juga dapat dikurangkan.

7. Memakai topeng muka.

Untuk mengatasi daripada mendapat kesesakan nafas, batuk dan selsema pemakaian topeng
muka ketika berada di luar rumah amatlah digalakkan.

8. Kempen kitar semula.

Melalui kempen kitar semula bahan buangan/sisa pertanian boleh dikitar menjadi bahan baru.
Sisa-sisa pertanian seperti hampas kelapa sawit boleh dijadikan baja kompos ataupun
makanan ternakan. Manakala kayu getah pula boleh dijadikan perabot seperti meja dan
kerusi.

Ibu-bapa dan para pelajar yang dikasihi,

Kesimpulanya, jerebu merupakan fenomena alam yang memberi kesan yang buruk kepada
manusia. Fenomena jerebu yang disebabkan oleh proses alam semula jadi tidaklah menyebabkan
jerebu yang buruk berbanding dengan jerebu yang disebabkan oleh aktiviti manusia. Kita tidak
wajar hanya akur dengan arus yang songsang ini, sebaliknya langkah-langkah efektif perlu
diambil sebelum kemelut tersebut berada di luar kawalan persis kata orang tua-tua, “sebelum
nasi menjadi bubur”. Sekiranya masalah jerebu tidak mendapat perhatian ramai, nescaya

13
generasi yang akan datang ketandusan nilai cinta akan alam sekitar. Oleh itu, semua wargabumi
haruslah berganding bahu untuk menyelesaikan masalah berjerebu di Malaysia yang semakin
serius supaya masyarakat sejagat dapat hidup dengan selamat. Tidak gunanya kita meratapi
kehilangannya suatu ketika nanti jika langkah-langkah pencegahan tidak dimulakan dan
dilakukan dari sekarang kerana pepatah melayu ada berbunyi, “sesal dahulu pendapatan, sesal
kemudian tidak berguna”.

Sebelum saya mengakhiri ceramah ini, ingin saya tegaskan bahawa kualiti udara yang bersih
amat penting untuk menjamin kesihatan penduduk di rantau ini. Semua pihak perlu berganding
bahu bagai aur dengan tebing untuk mengatasi masalah jerebu ini.  Usaha ini sangat penting
demi menjamin kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.  

Rakyat yang sihat merupakan tonggak utama untuk memastikan kemajuan sesebuah negara
kerana 'Rakyat Sihat Negara Maju'. 

Sampai disinilah ceramah saya pada pagi yang mulia ini. Segala yang baik dan sempurna itu
datangnya dari Allah swt. dan segala yang lemah itu datangnya dsegala datangnya dari
kelemahan diri saya sendiri. Wallahua’lam.. Sekian, terima kasih.

14

Anda mungkin juga menyukai