Anda di halaman 1dari 16

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBLS 3403
HORTIKULTUR

NAMA :
NO. MATRIKULASI :
NO. KAD PENGENALAN :
NO. TELEFON :
ALAMAT E-MAIL :

NAMA TUTOR :
PUSAT PEMBELAJARAN :

SEMESTER JAN 2017


KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN 3

1.1 KONSEP PEMBUNGKUSAN 4

1.2 KEPENTINGAN PEMBUNGKUSAN SAYURAN 4

1.3 KRITERIA PEMILIHAN BAHAN PEMBUNGKUS 5

2.0 LAPORAN TINJAUAN 9

2.1 PEMBUNGKUSAN SAYUR TEMPATAN 9

2.2 PEMBUNGKUSAN SAYUR IMPORT 10

2.3 LOKASI 10

2.4 PERBANDINGAN PERLABELAN DAN GRAFIK 11

2.5 KESESUAIAN BAHAN BUNGKUSAN 13

3.0 KESIMPULAN 15

4.0 PERSEMBAHAN 16

5.0 RUJUKAN 17

1.0       PENGENALAN
2
Konsep pembungkusan telah wujud sejak manusia mula berniaga. Setelah zaman industri di
Eropah pada sekitar 1970-an, pembungkusan telah wujud menjadi satu bidang perdagangan
yang penting. Definisi pembungkusan ialah satu kaedah penyimpanan untuk melindungi
sesuatu barangan daripada rosak atau tercemar.

Kaedah pembungkusan merupakan salah satu elemen yang perlu dititik beratkan dalam
merancang pengeluaran sesuatu produk. Terutamanya kaedah pembungkusan bagi produk yang
melibatkan makanan seperti sayuran. Ini kerana, produk sayuran merupakan produk yang
menjadi keperluan harian kepada pengguna. Dalam memasarkan sayuran kaedah
pembungkusan merupakan satu elemen penting bagi memastikan sayuran yang akan dipasarkan
berada dalam keadaan yang sempurna dan baik bagi menjamin kualiti sayuran tersebut apabila
dijual kepada pengguna. Pengguna pula akan menilai sejauh mana kualiti sayuran yang akan
dibeli. Pembungkusan yang sistematik akan menarik minat pengguna untuk membeli sayuran
tersebut yang sudah semestinya kesegaran sayuran tersebut terpelihara.

Selain itu, kaedah pembungkusan yang baik dan bersistematik juga menggambarkan kualiti
sayuran dan identiti syarikat yang memasarkan sayuran tersebut. Kaedah pembungkusan
produk merangkumi bagaimana produk dibungkus, bahan yang digunakan dalam
pembungkusan, ciri-ciri dan spesifikasi pembungkusan. Proses pemilihan kaedah
pembungkusan yang terbaik perlu dilakukan agar sayuran yang dikeluarkan mudah mendapat
tempat di pasaran dan dapat dipasarkan dengan baik.

1.1      KONSEP PEMBUNGKUSAN

3
Pembungkusan makanan ialah suatu proses yang dilakukan terhadap makanan dan hasil
pertanian agar mutu dan hasil yang dikeluarkan oleh sesuatu pengusaha dapat sampai kepada
pengguna di dalam keadaan yang baik. Pembungkusan dapat dihuraikan sebagai satu bekas yang
mempunyai hubungan langsung dengan produk itu sendiri, ianya memegang, melindungi,
menyimpan dan mengenal pasti produk selain untuk memudahkan proses pengurusan dan
mengkomersialkan produk (Vidales Giovannetti, 1995).

Terdapat 3 kategori pembungkusan. Kategori pertama ialah pembungkusan yang berhubung


terus dengan produk. Kategori kedua pula merupakan pembungkusan yang mempunyai fungsi
atau hubungan untuk menjaga kualiti produk. Ianya mengandungi satu atau lebih pembungkusan
kategori pertama. Manakala pembungkusan kategori ketiga merupakan pembungkusan yang
mengandungi pembungkus kategori pertama dan kategori kedua. Fungsi pembungkus kategori
ketiga adalah untuk proses pengedaran, penyelarasan dan melindungi semasa proses
mengkomersialkan produk. Selain itu, ada juga pendapat yang menghuraikan bahawa
pembungkusan merupakan sebahagian daripada proses untuk membina produk dan jenama
sesuatu produk.. 

1.2      KEPENTINGAN PEMBUNGKUSAN SAYURAN

Pembungkusan merupakan satu aktiviti penting semasa pengendalian produk pertanian. Anda
sedia maklum bahawa produk pertanian sangat sensitif kepada keadaan persekitaran dan sangat
mudah rosak. Jadi, aktiviti pembungkusan perlu dilakukan dengan betul bagi memastikan kualiti
produk pertanian dapat dikekalkan untuk satu tempoh.

Terdapat pelbagai jenis bahan yang digunakan dalam aktiviti pembungkusan produk pertanian.
Oleh kerana produk pertanian juga terdiri daripada pelbagai jenis, pemilihan bahan pembungkus
perlulah disesuaikan dengan jenis dan kaedah pengendalian sesuatu produk pada pelbagai
peringkat.

1.3      KRETERIA PEMILIHAN BAHAN PEMBUNGKUSAN

4
Bagi mengekalkan kesegaran sesuatu produk contohnya makanan. Untuk melindungi produk dari
faktor-faktor yang mempengaruhi seperti masa, rasa, bau dan barangan yang mudah rosak dan
pecah. Terdapat 3 aspek penting dalam pemilihan pembungkusan sayur-sayuran. Aspek tersebut
adalah:

i. TUJUAN DAN FUNGSI PEMBUNGKUSAN

Pembungkusan hasil sayur-sayuran mempunyai pelbagai tujuan dan fungsi. Terdapat 5 tujuan
dan fungsi utama pembungkusan iaitu:

(a) Melindungi
Melindungi sayur-sayuran daripada pelbagai punca kecederaan mekanikal. Pembungkusan
keseluruhan produk sayur-sayuran dapat melindungi kesan pergeseran, gegaran dan hentakan
yang berlaku ketika pengendalian, pengedaran dan penjualan. Pembungkusan juga dapat
melindungi produk sayur-sayuran daripada keadaan persekitaran yang melampau yang boleh
mendatangkan kesan buruk terhadapnya.

(b) Memudahkan
Memudahkan pelaksanaan kerja yang perlu dilakukan semasa pengendalian dan pengangkutan.
Pembungkusan yang direka bentuk dengan baik membolehkan kerja mengangkat dan menyusun
dari stor ke kenderaan pengangkut dan sebaliknya dilakukan dengan pantas dan cekap.

(c) Membolehkan
Membolehkan kerja rawatan dan penyimpanan dilakukan dengan mudah dan berkesan.
Misalnya, bekas dengan dinding berlubang membolehkan produk yang disimpan di dalamnya
menerima peredaran udara yang sekata. Theadaan ini dapat mengelakkan sayur-sayuran daripada
rosak akibat daripada haba dan lembapan yang terkumpu
(d) Membantu
Membantu pengusaha dan pengguna mengenal pasti produk berdasarkan jenis, gred, saiz, berat,
pengeluar dan sebagainya dengan mudah. Misalnya, di pusat jualan yang berkonsepkan layan

5
diri, pengguna dapat membuat pilihan berdasarkan kehendak masing-masing secara bebas
dengan bantuan teknik pelabelan yang baik.

(e) Meningkatkan
Meningkatkan potensi pasaran dengan pewujudan daya tarikan kepada pengguna melalui reka
bentuk grafik dan pelabelan yang menarik.

Segala tujuan dan fungsi tersebut akan dapat dipenuhi sekiranya pemilihan bahan pembungkus
dibuat dengan teliti. Penilaian yang rapi terhadap bahan pembungkus perlu dilakukan terutama
sekali responsnya kepada keadaan persekitaran semasa pengendalian dan pengangkutan.

ii. JENIS-JENIS BAHAN PEMBUNGKUS

Terdapat pelbagai jenis bahan pembungkus di dalam pasaran. Sebahagian daripada bahan ini
sesuai digunakan untuk pembungkusan secara pukal, manakala yang lainnya sesuai untuk
pembungkusan runcit sayur-sayuran segar. Terdapat 7 jenis bahan pembungkus yang digunakan
dalam proses pembungkusan sayur-sayuran. Bahan tersebut adalah :

(a) Plastik
Plastik digunakan dengan meluas dalam pembungkusan makanan kerana murah, ringan, senang
didapati dan mudah dibentuk. Tahap perlindungan kepada bahan makanan adalah agak baik.
Kebiasaannya sayuran segar akan bungkus dengan plastik. Ini bertujuan untuk memastikan
sayuran ini akan kekal segar dalam tempoh tertentu. Bagi sayuran yang separa proses seperti
dalam bentuk hirisan atau potongan dibungkus dengan bekas polistirena. Bekas pembungkus ini
adalah lebih keras daripada filem plastik dan dapat memberi perlindungan yang baik kepada
produk semasa jualan. Terdapat 2 jenis plastik yang sering digunakan untuk sayuran segar iaitu :

(i) Polietilena ketumpatan rendah (Low Density Polyethylene – LDPE)


Bahan pembungkus jenis LDPE sesuai digunakan untuk pembungkusan
atmosfera terubah suai bagi beberapa jenis hasil, sama ada pembungkusan pukal
6
atau runcit. Ketebalan pembungkus LDPE mempengaruhi kadar ketelapan gas
oksigen dan karbon dioksida dan komposisi kedua-dua gas di dalam pembungkus.

(ii) Polivinil klorida (Polyvinyl Chloride – PVC)


Bahan pembungkus jenis PVC sesuai digunakan untuk jualan runcit seperti di pasar
raya. Kaedah pembungkusan mengecut atau pembungkusan regang dengan filem
PVC digunakan untuk membalut dan menambah daya tarikan terhadap sayur-
sayuran semasa jualan.

(b) Kertas
Kertas tidak digunakan dengan meluas untuk membungkus sayur-sayuran segar kerana bahan
pembungkus ini mempunyai ketelapan yang tinggi kepada wap air, mudah koyak dan hilang
kekuatan mekanikal apabila basah.

(c) Jaring
Jaring tidak memberi perlindungan yang baik terhadap kehilangan air dan kecederaan mekanikal.
Bahan pembungkus ini sering digunakan untuk membungkus hasil yang tidak mengalami
kehilangan air yang tinggi semasa pengendalian, pengangkutan dan jualan. Sayur-sayuran seperti
bawang, kentang, ubi kayu dan keledek dibungkus dengan jaring setelah dirawat semasa di
rumah pembungkusan

(d) Kotak kayu


Kotak kayu sesuai digunakan untuk pembungkusan pukal semasa pengendalian di ladang, rumah
pembungkusan dan pasar borong. Bahan pelapik kertas sering digunakan bersama kotak kayu
untuk mengelakkan kehilangan air yang tinggi daripada hasil. Walau bagaimanapun, kosnya
yang tinggi menyebabkan bahan pembungkus ini tidak digunakan dengan meluas oleh
pengusaha.

(e) Bakul buluh atau rotan


Bakul buluh atau rotan digunakan untuk pembungkusan pukal semasa di ladang, pasar borong
dan pasar runcit. Walaupun kosnya rendah, ia tidak memberi perlindungan yang cukup kepada
7
hasil semasa pengendalian dan pengangkutan. Bahan pelapik kertas atau plastik nipis sering
digunakan untuk memberi perlindungan kepada hasil daripada kehilangan air terutamanya
sayuran jenis daun. Di samping itu, ia tidak mempunyai kekuatan mekanikal yang tinggi, di
mana bahagian bakul buluh yang tajam boleh menyebabkan kecederaan kepada hasil.

(f) Kotak plastik


Sebagai alternatif yang lebih baik, kotak plastik pulang balik (returnable plastic container)
sesuai digunakan untuk pembungkusan pukal di ladang, rumah pembungkusan dan pasar borong.
Bahan pembungkus ini mempunyai sifat mekanikal yang tinggi dan memberi perlindungan yang
cukup kepada hasil semasa pengendalian dan pengangkutan. Di samping itu, ianya mudah
dibersihkan dan diatur di dalam bilik penyimpanan atau di atas kenderaan. Penggunaan kotak
plastik telah mendapat perhatian oleh pengusaha sayur-sayuran tempatan.

(g) Kotak gentian papan beralun (Corrugated Fibreboard – CFB)


Kotak yang dibuat daripada gentian papan beralun sesuai digunakan untuk pembungkusan pukal,
khususnya untuk eksport.

2.0       LAPORAN TINJAUAN PEMBUNGKUSAN SAYURAN

2.1 Pembungkusan sayur tempatan

BIL JENIS PEMBUNGKUSAN JENIS SAYURAN


- Bendi
1. Plastik Polietilena ketumpatan rendah (LDPE) - Cili Merah

8
- Cili Hijau
- Sawi
- Bayam
- Kangkung
- - Timun
2. Plastik Polivinil klorida kaedah pembungkusan mengecut - - Kubis
- - Kacang panjang
- - Peria
- - Petola
- - Tomato
3. Kotak kayu - - Terung
- - Petola
- - Nanas
- - Terung
4. Kotak plastik - - Tomato
- - Peria
- - Tomato
5. Bakul buluh atau rotan - - Labu
- - Nanas

2.2 Pembungkusan sayur import

BIL JENIS PEMBUNGKUSAN JENIS SAYURAN


- Lobak Merah
1. Plastik Polietilena ketumpatan rendah (LDPE) - Cili Merah/Hijau
- Pak Choi
- Kailan
- Salad
- Kacang Buncis
- - Asparagus
9
2. Plastik Polivinil klorida kaedah pembungkusan mengecut - - Capsicum
- - Brokoli
- - Capsicum
3. Kotak kayu - - Kentang
- - Petola
- - Nanas
- - Terung
4. Kotak gentian papan beralun - - Tomato
- - Kentang
- - Bawang besar
5. Jaring - - Bawang kecil
- - Bawang putih

2.3 Lokasi Tinjauan

Lokasi tinjauan adalah di sekitar Pasar Kuala kangsar dan Jaya Groser Ipoh Perade.

2.4 Perbandingan perlabelan dan grafik pada pembungkusan sayuran

Semua sayur-sayuran dan buah-buahan yang dihantar ke negara ini mestilah mempunyai
pembungkusan yang diserta nama dan alamat ladang pembekal. Pengimport mestilah
menunjukkan dokumen-dokumen berkenaan bagi pemeriksaan di pos-pos kawalan kemasukkan
barangan pertanian. Dokumen-dokumen dan syarat-syarat yang diteliti adalah seperti berikut:
i. Surat Kebenaran mengimport (Import Permit) yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian.
ii. Sijil Kesihatan Tumbuhan (Phytosanitary Certificate) yang dikeluarkan oleh Negara
Pengeksport (Negara Asal).
iii. Semua sayur-sayuran dan buah-buahan hendaklah diberikan penanda (tag) dan
dibungkus. Penanda dan Pembungkusan mestilah mengandungi maklumat seperti yang
dilampirkan pada Import Permit.

10
Jabatan Pertanian boleh mengambil contoh secara rambang sayur-sayuran dan buah-buahan
untuk dijalankan ujian musuh dan penyakit dan sisa racun kimia. Borang pelepasan barangan
tersebut akan diberikan setelah pemeriksaan dibuat dan diluluskan.
Pembungkusan:
 Menggunakan kotak, bakul plastik atau bahan yang sebanding dengannya.
 Satu jenis sayur bagi pembungkusan beratnya tidak lebih 30kg.
 Menggunakan bahan pelapik daripada kertas atau plastik, bahan-bahan tanaman tidak
boleh digunakan sebagai bahan pelapik.
Perlabelan:
Tiap-tiap unit pembungkusan hendaklah dilabel yang mengandungi maklumat berikut:-
 Tarikh,
 Nama/kod penanaman, 
 Nama/kod pengeksport, 
 Nombor kad pengenalan, 
 Nombor pendaftaran syarikat,
 Alamat,
 Komoditi,
 Berat bersih 
 Gred
 Menggunakan label dengan kod mewakili negara pengeluar .
 Labelnya dinyatakan nama negara pengeluar.
 Menggunakan bahan pembungkusan yang lebih menarik dan mempunyai grafik .
 Diletakkan di rak sayuran import

Jika dilihat secara teliti maklumat dan perlabelan sayuran tempatan tidak serumit prosedur
mengimport sayuran luar negara. Sebagai contoh sayur tempatan yang biasanya dibekalkan dari
kawasan perladangan Cameron akan terus dibawa ke tempat dimana sayur akan dipasarkan.
Kebiasaannya sayur akan terus dipasarkan di pasar tani ataupun pasar pagi. Jika sayur tempatan
tersebut dipasarkan ke pasaraya teknik pembungkusannya akan lebih diutamakan agar sayuran
tersebut akan sentiasa segar untuk dibeli oleh pengguna.

11
Pembungkusan:
 Menggunakan kotak, bakul plastik atau bahan yang sebanding dengannya.
 Satu jenis sayur bagi pembungkusan beratnya tidak lebih 30kg.
 Menggunakan bahan pelapik daripada kertas atau plastik, bahan-bahan tanaman tidak
boleh digunakan sebagai bahan pelapik
Perlabelan:
Tiap-tiap unit pembungkusan hendaklah dilabel yang mengandungi maklumat berikut:-
 Tarikh,
 Nama/kod penanaman, 
 Nama/kod pengeksport, 
 Nombor kad pengenalan, 
 Nombor pendaftaran syarikat,
 Alamat,
 Komoditi,
 Berat bersih 
 Gred.
 Menggunakan label dengan kod sayur tempatan.
 Labelnya dinyatakan nama pengeluar tempatan.
 Menggunakan bahan pembungkusan yang lebih menarik dan mempunyai grafik .
 Diletakkan di rak sayuran tempatan

Bagi sayuran tempatan Peladang menyediakan kemudahan pembungkusan termasuk bakul dan
juga kotak yang sesuai dengan jarak jauh dan pemasaran dan atas keperluan pelanggan.
Pembungkusan yang sesuai untuk pengkomersialan produk aspek pembungkusan bagi keluaran
hasil pertanian yang hendak dipasarkan perlulah mematuhi beberapa ciri yang disyaratkan, iaitu
mempunyai ukuran bersesuaian dengan kuantiti keluaran pertanian yang dibungkus
mengandungi keluaran pertanian daripada jenis dan standard yang sama dan tidak melebihi 30
kilogram. Pembungkusan juga harus memenuhi ciri kualiti, kebersihan dan ketahanan supaya
memberikan perlindungan yang maksimum daripada apa-apa kerosakan terhadap keluaran
pertanian semasa pengendalian dan pengangkutan.

12
2.5 Kesesuaian bahan pembungkusan bagi sayuran tempatan dan import

i. Plastik
Kelebihan :
i. Diperbuat daripada bahan yang tidak boleh memberikan kesan buruk kepada
keluaran pertanian yang dibungkus di dalamnya.
ii. Sesuatu bungkusan yang sudah ditanda atau dilekatkan padanya dan kemudian
hendak digunakan semula, maka tanda itu mestilah dipadamkan dan ditanggalkan
label sedia ada sebelum digunakan.
iii. Kos rendah mudah dibawa penghalang terhadap kelembapan dan gas
iv. Memiliki kekuatan basah dan kering
v. Mudah untuk digunakan dan selesa Mencegah kebocoran Lutsinar kualiti grafik
yg tinggi & pameran yg baik

Kelemahan :
i. Dihasilkan dari minyak yang tidak boleh diperbaharui
ii. Pengudaraan yang tidak elok
iii. Tidak terurai

ii. Kotak kayu


Kelebihan :
i. Menawarkan perlindungan mekanikal yang baik
ii. Mampu menampung berat beban dalam jumlah yang banyak
iii. Tahan lama terutama yang dilindungi daripada cuaca kukuh
iv. Mempunyai kekuatan yang tinggi

Kelemahan :
i. Mempunyai kos yang lebih tinggi daripada bekas plastik
ii. boleh merosakkan sayuran jika tidak diuruskan dengan baik.
13
3.0 KESIMPULAN       

Aktiviti pembungkusan akan melibatkan penggunaan bahan yang sesuai untuk membantu
pengeluar memelihara kualiti produk di samping meningkatkan potensi pasaran produk mereka.
Terdapat pelbagai jenis bahan yang digunakan sebagai pembungkus dan terdapat kekuatan dan
kelemahan yang tersendiri bagi setiap jenis bahan. Kesesuaian sesuatu bahan pembungkus
dengan jenis sayur ditentukan berdasarkan kepada kriteria tertentu. Penggunaan bahan
pembungkus yang sesuai serta tahan lasak semasa di ladang amat penting untuk mengurangkan
kerosakan semasa pengendalian dan pengangkutan. Kaedah pembungkusan yang baik dapat
mengurangkan kehilangan air daripada sayuran dan kerosakan mekanikal yang boleh
mempengaruhi mutu sayuran pada peringkat penggunaan.  Memasukkan hasil yang dituai terus
ke dalam bungkusan yang tersedia untuk dipasarkan adalah digalakkan bagi mengurangkan
kerosakkan disebabkan oleh pengendalian berganda.

14
4.0 PERSEMBAHAN     

Timun yang hendak dihantar ke pasar

15 Bayam yang di pasarkan di Jaya Groser

Pembungkusan bawang menggunakan jaring


5.0 RUJUKAN   

Buku : 

OUM (2007). HBLS 3403 Hotikultur

Internet :

http://www.scribd

http://www.slaidshere.com

https://www.slideshare.net/naeyzizar/post-harvest-material

http://agriculterelover.blogspot.my/2015/01/tanaman-tomato-pengenalan-nama.html

http://animhosnan.blogspot.my/2013/05/sayur-aktiviti-lepas-tuai.html

http://my-bumihijau.blogspot.my/p/pengendalian-lepas-tuai-sayur-sayuran.html

http://tangkapgambar.blogspot.my/2012/04/pembungkusan-p2.html

16

Anda mungkin juga menyukai