Anda di halaman 1dari 11

1.

Pengenalan Samada kita sedar atau tidak, gegala rasuah telah menjadi satu budaya yang
membentuk satu sistem yang semakin dapat diterima dan telah berfungsi dalam masyarakat negara
kita hari ini.Walaupun kita mungkin menunjukkan sikap penentangan terhadap gejala rasuah pihak
lain, tetapi seringkali kita mengambil sikap berbeza apabila menghadapi situasi sama yang
melibatkan kepentingan sendiri atau pihak yang mempunyai kaitan dengan kita.Banyak terdapat
tanda rasuah di negara ini telah mula diterima dalam masyarakat sebagai satu sistem dan tanda-
tanda ini dapat dilihat di mana-mana sahaja tidak mengira samada di kalangan masyarakat bandar
atau pun luar bandar dan tidak mengenal taraf kehidupan 1.1 Definisi, 1.1.1 Apa itu Rasuah
Penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana
melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi. Suapan
terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan upah, diskaun. Berdasarkan
Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (ASPRM 2009) (Akta 694), terdapat empat
kesalahan rasuah yang utama iaitu:  Meminta/Menerima rasuah [seksyen 16 & 17(a) ASPRM
2009]  Memberi suapan [seksyen 17(b) ASPRM 2009]  Mengemukakan tuntutan palsu
[Seksyen 18 ASPRM 2009]  Salah guna kuasa [Seksyen 23 ASPRM 2009] Gagal Melapor :-
Gagal melapor pemberian, janji atau tawaran rasuah Seksyen 25 (1) dan (2) Akta SPRM 2009 
DENDA : Tidak lebih RM100,000  PENJARA : Tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya sekali
Gagal melapor permintaan atau memperoleh suapan
2. 3. 3 Seksyen 25 (3) dan (4) Akta SPRM 2009  DENDA : Tidak lebih RM100,000  PENJARA :
Tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya sekali Anda Dilindungi :- Masyarakat tidak perlu gentar
untuk membantu membanteras kes rasuah. SPRM sentiasa memastikan kerahsiaan maklumat yang
diberikan dan PEMBERI MAKLUMAT adalah dilindungi serta tidak boleh didedahkan kepada
mana-mana pihak dalam apa jua keadaan.  PEMBERI MAKLUMAT adalah orang yang
membuat pendedahan tentang jenayah rasuah berdasarkan pengetahuannya. Mereka dilindungi di
bawah Seksyen 65 Akta SPRM 2009.  PEMBERI MAKLUMAT juga dilindungi di bawah Akta
Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.  PEMBERI MAKLUMAT yang menjadi SAKSI bagi
sesuatu kes rasuah dilindungi di bawah Akta Perlindungan Saksi 2009 www.sprm.gov.my/apa-itu-
rasuah.html 1.2 Sejarah dan amalan rasuah 1.2.1 Sejarah penubuhan SPRM Pada hari ini dalam
tahun 2009, Perdana Menteri YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi melancarkan dengan
rasminya penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertempat di Dewan
Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). SPRM ditubuhkan melalui penggubalan Akta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2008 [Akta 694], mula beroperasi secara rasmi pada 1
Januari 2009 menggantikan Badan Pencegah Rasuah Malaysia. Penubuhan SPRM bertujuan
meningkatkan keberkesanan, kecekapan dalam usaha pencegahan rasuah serta memperbaiki
persepsi kebebasan dan ketelusan BPR. Usaha pencegahan rasuah di Malaysia bermula pada tahun
1959 oleh sebuah unit di bawah Jabatan Perdana Menteri yang
3. 4. 4 menjalankan aktiviti pencegahan rasuah melalui ceramah dan dialog. Manakala
tanggungjawab siasatan kes rasuah dijalankan oleh Cawangan Special Crime yang di letakkan di
bawah Jabatan Polis, sementara proses pendakwaan dikendalikan oleh Bahagian Pendakwaan,
Kementerian Undang-undang. Pada 1 Oktober 1967, ketiga-tiga agensi ini digabungkan dan
dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR). BPR kemudiaanya ditukar namanya kepada Biro
Siasatan Negara pada tahun 1973. Mulai 13 Mei 1982 badan ini dikenali semula sebagai Badan
Pencegah Rasuah apabila Akta Badan Pencegah Rasuah, 1982 diluluskan. Sesungguhnya
pelancaran penubuhan SPRM pada hari membuktikan kesungguhan kerajaan menjadikannya
sebuah institusi anti rasuah yang unggul, disegani dalam negara dan dihormati di peringkat
antarabangsa. http://www2.arkib.gov.my/hids/print.php?type=A&item_id=6770 RANG Undang-
Undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2008 yang diluluskan kelmarin,
selepas dibentangkan di Parlimen melegakan semua pihak kerana kini negara berada di landasan
tepat untuk mencapai tahap integriti yang selari dengan pembangunan negara menjelang
2020.Selepas dibahaskan selama dua hari membabitkan Ahli Parlimen kerajaan dan
pembangkang, akhirnya ia diluluskan menerusi suara majoriti anggota Dewan yang bersidang
dalam suasana agak tegang. Ternyata hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi, yang mahu melihat perubahan dalam sistem penyampaian kerajaan ketika mula
memegang jawatan pada 2004, mula menampakkan hasil.Ia bermula dengan penubuhan Institut
Integriti Malaysia yang bertujuan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap keupayaan
pentadbiran dan tadbir urus negara, diikuti SPRM, Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman dan
Program Perlindungan Saksi. Semua ini adalah ilham Abdullah ketika mengambil alih jawatan
untuk memperlihatkan keterbukaan dalam pentadbiran kerajaan, malah ia menjadi sebahagian
manifesto Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum 2004. Seperti dijangkakan, perubahan
berlaku secara berperingkat-peringkat dalam usaha kerajaan merealisasikan Wawasan 2020, untuk
menjadikan negara dalam kelompok negara maju. SPRM yang bakal menggantikan Badan
Pencegah Rasuah (BPR) mulai Januari depan, mempunyai struktur pentadbiran dan bidang
pelaksanaan yang menyeluruh serta mampu memberi impak besar dalam usaha membasmi rasuah
dan penyelewengan.
4. 5. 5 Sebagai rakyat, kita cukup gembira dengan pembentukan suruhanjaya ini, selepas melihat
gejala rasuah dan penyelewengan yang merebak dalam masyarakat sehingga menjejaskan imej
kerajaan dan membantutkan pembangunan negara. Kita yakin SPRM yang mengambil pendekatan
dilaksanakan Pentadbiran Hong Kong dalam mencegah rasuah selama 30 tahun, akan beroleh
kejayaan berikutan gejala rasuah di negara ini masih pada tahap terkawal. Dengan lebih 5,000
kakitangan SPRM yang diberikan latihan dalam aspek pembanterasan dan pencegahan rasuah,
hasrat kerajaan untuk menghapuskan gejala itu sudah pasti mampu dicapai, terutama dengan
sokongan seluruh rakyat. Malah, cadangan untuk mewujudkan satu mahkamah khas bagi
mendengar dan membicarakan kes rasuah yang berlaku di negara ini menunjukkan komitmen
tinggi kerajaan membanteras rasuah dan penyelewengan sehingga ke akar umbi. Begitu juga Rang
Undang-Undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman yang turut dibahaskan di Parlimen bakal
memantapkan lagi institusi berkenaan selepas terjejas teruk berikutan krisis kehakiman yang
melanda sebelum ini. Kita berharap semua pihak terus memberi sokongan padu kepada usaha
kerajaan bagi memantapkan lagi pentadbiran supaya tadbir urus yang dijalankan telus dan
memanfaatkan rakyat. Pentadbiran telus dan berwibawa amat penting bagi membawa negara ini
melepasi halangan dan krisis ekonomi yang tidak nampak penghujungnya. Jadi menerusi rang
undang- undang bersejarah ini, semua pihak perlu melihat ke depan untuk bersama berganding
bahu dengan kerajaan dalam mencapai Misi Nasional negara. 1.2.2 Penjawat Awam Perlu Integriti
Atasi Cabaran Ekonomi Datuk Seri Najib Razak menggariskan enam pendekatan yang perlu
diamalkan kakitangan awam bagi menghadapi cabaran krisis ekonomi global, termasuk meminta
pegawai peringkat atasan mengurangkan kuasa membuat keputusan mengikut budi bicara bagi
mengelak amalan rasuah.Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata,
mereka perlu sentiasa berpegang kepada nilai integriti dalam sistem kerajaan, sekali gus
menjadikan sektor perkhidmatan awam mempunyai integriti tinggi.Najib berkata, pendekatan lain
perlu diberi perhatian kakitangan awam, terutama Kementerian Kewangan ialah memperkukuhkan
modal keintelektualan bagi membolehkan kerajaan membuat keputusan tepat.Beliau berkata,
5. 6. 6 Perbendaharaan yang turut menyediakan perkhidmatan kepada agensi dan kementerian lain
perlu meningkatkan keberkesanan sistem penyampaiannya. Dato seri Najib juga meminta pegawai
dan kakitangan awam menggunakan kemampuan daya fikir untuk memberi idea yang lebih baik,
inovatif dan kreatif bagi menghasilkan keputusan dan menyelesaikan sesuatu masalah.Beliau
berkata, kakitangan awam juga perlu mementingkan keputusan atau hasil projek pembangunan
yang berkesan bagi memenuhi objektif setiap kementerian dan kerajaan.Katanya, mereka juga
perlu sentiasa memastikan setiap peruntukan yang disediakan kerajaan untuk projek pembangunan
dapat memberi nilai sewajarnya.Selain itu, Najib berkata, tahun ini dan tahun akan datang amat
mencabar bagi Perbendaharaan untuk menangani kesan krisis ekonomi. Oleh Abdul Rahman
Sulaiman rahmansulaiman@yahoo.com 1.2.3 Mahkamah Khas Rasuah Permulaan Sebuah Era
Baru CADANGAN kerajaan mewujudkan mahkamah khas untuk mendengar dan membicarakan
kes rasuah seperti yang diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz
kelmarin, memberi petanda yang cukup meyakinkan mengenai kesungguhan pihak berkuasa
dalam memerangi jenayah yang boleh menghancurkan negara itu.Menurut Nazri, yang membuat
pengumuman itu ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) yang kemudian diluluskan di Dewan Rakyat, penubuhan mahkamah
berkenaan bukan saja dapat mengatasi masalah kes tertunggak, tetapi juga membuktikan
kesungguhan kerajaan menerima cadangan orang ramai, termasuk daripada pembangkang. Ketika
membahaskan Rang Undang-Undang SPRM sebelum itu beberapa anggota Dewan Rakyat
mencadangkan agar mahkamah seumpama itu ditubuhkan bagi mengurangkan beban mahkamah
biasa yang memang sudah dibebani dengan timbunan kes jenayah lain dan sivil.Dengan adanya
mahkamah yang tugasnya semata-mata untuk mengendalikan kes berkaitan rasuah, salah guna
kuasa dan seumpamanya, maka sudah pasti kes demikian dapat diselesaikan dengan lebih pantas
dan licin tanpa terpaksa menunggu senarai giliran yang panjang.
6. 7. 7 Ia diharapkan dapat memberi kepuasan kepada orang ramai yang sentiasa sinis terhadap usaha
kerajaan dalam memerangi rasuah selama ini. Memang tidak dinafikan bahawa persepsi umum,
termasuk di kalangan orang luar, mengenai rasuah di negara ini sejak beberapa tahun
kebelakangan kurang baik, walaupun kegiatan tidak bermoral itu tidak seburuk di sesetengah
negara membangun lain.Berdasarkan kepada persepsi negatif ini, maka penubuhan Mahkamah
Khas Rasuah seiring dengan kelulusan yang diberikan Parlimen terhadap penubuhan SPRM nanti,
serta pembentukan Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman (SPK) dan Rang Undang-Undang
Perlindungan Saksi 2008 yang sedang dan akan dibahaskan, tidak syak lagi akan membuka era
atau lembaran baru dalam usaha pembanterasan rasuah di negara ini. Perlu diingat bahawa usaha
memerangi rasuah berbentuk dua dimensi, iaitu pencegahan dan pendakwaan. Dalam hubungan
ini, penubuhan mahkamah khas, SPRM, SPK dan Akta Perlindungan Saksi ditambah dengan
usaha yang sedang dijalankan institusi sedia ada seperti Institut Integriti Nasional, diharapkan
mampu berfungsi sebagai infrastruktur yang akan menakutkan individu atau golongan yang
mempunyai kecenderungan rasuah.Jika ini boleh dijelmakan sebagai kenyataan, maka sebahagian
daripada peperangan terhadap rasuah sudah berjaya. Pendakwaan hanya akan berperanan sebagai
pelengkap kepada usaha itu. Bagaimanapun, ini tidak bermakna bahawa pendakwaan dan
hukuman tidak penting. Adalah sesuatu yang lumrah bahawa manusia itu terdiri daripada dua jenis
– yang baik dan jahat. Individu yang secara tabiatnya jahat akan terus memiliki kecenderungan
untuk membuat kejahatan, termasuk melakukan rasuah, walau sehebat dan seberat mana peraturan
yang ditetapkan atau hukuman yang dikenakan.Oleh itu, langkah selanjutnya tentulah keperluan
untuk menzahirkan dalam bentuk tindakan hasrat yang tersemat di sebalik penubuhan pelbagai
entiti dan undang-undang yang sudah dan akan diluluskan Parlimen nanti.Satu-satunya
perkembangan yang orang ramai mahu lihat nanti tentulah lebih banyak kes berkaitan rasuah,
khususnya yang besar-besar, disiasat dan dihadapkan ke muka pengadilan. Ini akan secara
langsung meningkatkan keyakinan orang ramai, termasuk pelabur dari dalam dan luar negara,
sekali gus memperbaiki imej Malaysia pada mata dunia. Semua ini akan memberi sumbangan
positif terhadap usaha menarik pelaburan tempatan dan asing untuk menambah kemakmuran
negara dan rakyat.Masalah kesukaran memperoleh bukti, keengganan saksi tampil ke hadapan,
kekurangan kakitangan dan pegawai dan sebagainya yang selama ini sering
7. 8. 8 menghindar usaha Badan Pencegah Rasuah sepatutnya tidak akan wujud lagi dengan adanya
SPRM dan Akta Perlindungan Saksi. Di lihat dari perspektif ini, adalah jelas bahawa tindakan
perundangan yang digerakkan sepanjang minggu ini untuk merintis jalan bagi penubuhan SPRM
dan SPK serta pengenalan undang-undang baru untuk melindungi saksi dan mengawal tingkah
laku hakim adalah lebih daripada usaha menunaikan janji yang pernah dibuat Barisan Nasional
pada Pilihan Raya Umum 2004.Ia juga lebih daripada usaha peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri
Abdullah Ahmad Badawi, seperti yang cuba diuar-uar sesetengah pihak, untuk meninggalkan
legasi pemerintahannya sebelum melepaskan jawatan Mac tahun depan.Sesungguhnya, usaha itu
adalah permulaan sebuah era baru dalam sejarah negara memerangi rasuah, salah guna kuasa dan
pelbagai bentuk penyelewengan. Semoga satu hari nanti, negara ini dikenali dan diiktiraf sebagai
negara paling bersih di dunia. Abdul Rahman Sulaiman rahmansulaiman@yahoo.com : Sumber :
Mingguan Malaysia 2.0 Analisis ekonomi ke atas perbuatan rasuah Rasuah merupakan penyakit
masyarakat yang serius diperdengarkan pada masa kini, khususnya dikalangan negara
membangun. Ini secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap pertumbuhan ekonomi dan
juga kesan terhadap kehidupan sosial masyarakat. Pengamalan rasuah yang berleluasa boleh
mengakibatkan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara itu terbantut dan seterusnya menyebabkan
Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) juga turut menurun. Bahkan amalan rasuah juga turut
menjadi barah penyakit kepada masyarakat akibat daripada ketidakadilan sosial yang wujud
dikalangan masyarakat secara amnya. Bertepatan dengan masalah tersebut, maka objektif utama
kajian adalah untuk melihat kesan rasuah terhadap pertumbuhan ekonomi di Malaysia. Hasil
penemuankajian yang dibuat di Malaysia menunjukkan kesan negatif di mana dengan peningkatan
rasuah sebanyak 1% akan mengakibatkan KDNK negara akan menurun sebanyak 1.618%. Ini
jelas menunjukkan bahawa amalan rasuah yang berlaku di Malaysia memberi kesan yang negatif
terhadap pertumbuhan ekonomi di mana pemboleh ubah rasuah yang diperolehi adalah signifikan
untuk menerangkan kadar pertumbuhan KDNK negara pada aras keertian 1%.
8. 9. 9 http://www.ukm.my/fep/perkem/pdf/perkemIII/PERKEM2008-2D3.pdf Penggunaan model
pertumbuhan ekonomi dalam kajian ini telah digunakan bagi mengukur kadar pertumbuhan
ekonomi KDNK dan secara tidak langsung indeks rasuah yang dimasukkan dalam persamaan
model regresi (Persamaan 1) telah menjelaskan kesan rasuah terhadap pertumbuhan ekonomi
Negara Malaysia. Walaubagaimanapun, hasil keputusan penganggaran yang dijalankan ke atas
model pertumbuhan ekonomi mendapati bahawa rasuah mempunyai hubungan yang negatif
terhadap pertumbuhan ekonomi. Keputusan kajian yang ditunjukkan bahawa rasuah di Malaysia
adalah pada aras signifikan 0.01 dan ianya dapat dijelaskan dengan peningkatan 1% dalam rasuah
akan menyebabkan pertumbuhan ekonomi KDNK menurun sebanyak 1.618%. Manakala bagi
pembolehubah yang lain, iaitu perbelanjaan kerajaan, pelaburan langsung asing (FDI) dan inflasi
adalah signifikan pada aras keyakinan yang berbeza dalam menerangkan pertumbuhan ekonomi
Negara Malaysia. Dapatan kajian di atas adalah selari dengan kebanyakan kajian-kajian yang
dibuat berkaitan dengan rasuah di mana rasuah memberi kesan yang negatif terhadap pertumbuhan
ekonomi. Misalnya kajian yang dijalankan oleh Pak Hung Mo (2001) dalam menjelaskan peranan
rasuah yang mana beliau mendapati dengan peningkatan 1% tingkat rasuah akan mengurangkan
kadar pertumbuhan dalam lingkungan 0.72%.Paolo Mauro (1995) pula menunjukkan bukti
bahawa rasuah menurunkan kadar pelaburan serta merencatkan pertumbuhan ekonomi. Dalam
kajian yang dibuat beliau mendapati bahawa penurunan satu dalam indeks rasuah akan
menyebabkan pelaburan meningkat sebanyak 5% dan pendapatan KDNK akan bertambah separuh
daripada peratusan peningkatan. Dalam pada itu juga, akibat daripada amalan rasuah itu sendiri
turut meningkatkan kadar inflasi bagi sesebuah negara. Manakala kajian yang dibuat Fahim A. Al-
Marhubi (2000) mendapati bahawa rasuah memberi kesan yang negatif dan mengandaikan rasuah
ini juga adalah sebahagian daripada berlakunya peningkatan kadar inflasi. Bukti analisis kajian
yang dibuat oleh beliau mendapati bahawa, peningkatan jumlah rasuah secara tidak langsung akan
meningkatkan kadar inflasi. Oleh yang demikian, dengan peningkatan kadar inflasi juga akan turut
menjejaskan pertumbuhan ekonomi bagi sesebuah negara.
9. 10. 10 Dalam perkataan lain, rasuah perlulah diatasi bagi memacu pertumbuhan ekonomi Negara
Malaysia.Kita dapati bahawa apabila berlakunya peningkatan dalam rasuah, secara tidak langsung
ia akan membawa kepada penurunan pertumbuhan ekonomi KDNK Negara Malaysia. Oleh itu,
pihak kerajaan Malaysia perlulah memastikan rasuah dapat diatasi dengan menggerakkan jentera
kerajaan yang terdiri daripada pihak berkuasa tempatan untuk memantau aktiviti rasuah kerana
kebanyakan penglibatan aktiviti rasuah ini adalah terdiri daripada kalangan penjawat awam yang
berpangkat besar. Implikasi dasar ini patut diamalkan oleh negara yang mana kesan rasuah
mengurangkan pertumbuhan ekonomi. Untuk membanteras dan mengurangkan gejala rasuah, kita
perlu mengetahui punca rasuah.Antara faktor yang menyebabkan berlakunya gejala rasuah adalah
kurangnya penghayatan nilai-nilai murni, hilangnya nilai-nilai akhlak yang baik dan juga
kurangnya ilmu keagamaan menjadi antara faktor yang menyebabkan seseorang itu bergelumang
dalam jenayah rasuah. Oleh itu, adalah penting bagi pihak kerajaan dalam memantapkan jati diri
dengan menerapkan nilai-nilai agama dan nilai-nilai murni sejak dari zaman bangku sekolah
rendah lagi.Selain daripada itu, faktor kemiskinan juga turut mengakibatkan berlakunya pelakuan
jenayah rasuah kerana kemiskinan akan mengakibatkan seseorang itu bertindak apa yang telah
diharamkan disisi Islam. Kewujudan rasuah dari kalangan pihak tertentu, maka ianya akan
menyebabkan ketidakadilan itu wujud. Ini bertepatan dengan pendekatan yang di buat oleh Sanep
Ahmad dan Surtahman Kastin Hasan (2005), di mana kemiskinan juga boleh mendorong kepada
akhlak yang buruk. Seseorang itu mungkin cenderung untuk berdusta, mencuri, menipu, menerima
rasuah dan khianat semata-mata kerana dorongan kemiskinan Justeru itu, akibat daripada
kemiskinan menyebabkan peningkatan kadar rasuah dari kalangan rakyat Negara Malaysia kerana
kebanyakan rakyatnya adalah berpendapatan rendah kalau hendak dibandingkan dengan
Singapura di mana indeks rasuah bagi negara tersebut adalah rendah dan kadar kemiskinannya
adalah rendah di mana pendapatan per kapita bagi rakyat Singapura adalah tinggi. Bahkan tidak
hairanlah penjawat-penjawat awam terutamanya dikalangan yang berpendapatan rendah lebih
cenderung melakukan rasuah kerana kesempitan hidup dan penindasan. Kemiskinan ini juga
wujud akibat daripada kekayaan dalam sesebuah negara tidak diagihkan sama rata, malahan
kekayaan yang dimiliki bagi negara terbabit hanya
10. 11. 11 berlegar-legar dikalangan pihak tertentu saja sebagaimana yang terjadi di Malaysia. Maka
dengan itu, yang kaya semakin kaya dan yang miskin semakin miskin kerana kekayaan dibolot
oleh pihak tertentu terutamanya bagi pihak yang berjawatan tinggi dalam kerajaan serta pihak
yang berkepentingan dalam politik Negara Malaysia saja.Dalam pada itu juga, peranan kerajaan
ataupun tanggungjawab negara adalah menjamin kekayaan dan kesejahteraan penduduk. Sanep
Ahmad dan Surtahman Kastin Hasan (2005) menyatakan bahawa pemerintah bertanggungjawab
memberi kemakmuran, kekayaan dan kesejahteraan kepada rakyatnya. Pemerintah perlu
memastikan bahawa semua rakyatnya bukan sahaja dapat memenuhi keperluan asasinya tetapi
harus memastikan bahawa semua rakyatnya kaya. Pemerintah perlu berusaha membangun negara
sehingga tidak ada individu yang miskin, tidak ada individu yang mahu menerima zakat dan tidak
ada individu yang mahu menerima sebarang bantuan daripada pemerintah 3.0 Analisis Undang-
Undang Ke Atas Perbuatan Rasuah ETIKA DALAM DUNIA PERNIAGAAN MODEN Masalah
etika menimbulkan masalah dalam pengurusan disebabkan oleh wujudnya konflik antara prestasi
ekonomi dan prestasi sosial.Apabila wujudnya pelbagai tanggapan seperti adakah tindakan yang
dibuat atau diambil itu “betul” (right), cara yang betul (proper) dan memang patut (just). Maka
keputusan dalam pengurusan perlu diambil sebagai mengatasi dilemma etika tersebut. Ciri-ciri
masalah etika dalam pengurusan: Lima kesimpulan boleh dibuat mengenai betapa kompleknya
pengurusan etika seperti berikut. Ciri-ciri mengenai masalah etika dalam pengurusan
adalah:kebanyakan keputusan etika mempunyai akibat yang berpanjangan.kebanyakan keputusan
etika mempunyai pelbagai alternative.kebanyakan keputusan etika mempunyai implikasi
perorangan.kebanyakan keputusan etika mempunyai ketidak pastian akibatnya.kebanyakan
keputusan etika mempunyai hasil yang bercampur aduk.
11. 12. 12 Contoh-contoh masalah etika dalam pengurusan: 1. Perletakan harga: kesan perletakan
harga boleh menimbulkan kesan yang memudaratkan pelanggan. Contohnya kadar faedah
simpanan di bank adalah berbeza-beza antara satu bank dengan bank yang lain. Menyimpan di
bank yang lebih teguh dan lebih besar akan mendapat kadar faedah yang lebih terjamin
berbanding dengan bank yang kecil. Begitu juga dengan caj-caj yang berbeza-beza dikenakan ke
atas pelanggan. 2. Mesej periklanan: kepercayaan pelanggan terhadap mesej yang dipaparkan
melalui iklan adalah menjadi isu yang paling kompleks. Jika paparan iklan tidak munasabah dan
tidak diterima akal serta bercanggah dengan budaya dan etika, memberi kesan kepada paparan
serta iklan yang disampaikan. Ia secara tidak langsung memberi kesan kepada objektif sebaran
iklan tersebut. 3. Promosi barangan: jika promosi barangan bertentangan dengan etika, nilai serta
norma kehidupan dan tidak memenuhi keperluan tetapi digambarkan lebih dari itu akan
menimbulkan kesan penolakan daripada masyarakat. 4. Suasana kerja: jika suasana tempat kerja
tidak mempunyai ciri-ciri kawalan keselamatan, kebersihan, dan sebagainya akan pasti mendapat
tentangan daripada pihak pekerja dan kesatuan sekerja. Kerana ini adalah bercanggah dengan etika
kerja yang mementingkan keselamatan pekerjanya terlebih dahulu selain persekitaran yang
selamat dan bersih. 5. Perkhidmatan pelanggan: Pelanggan adalah asset kepada syarikat. Jika
syarikat tidak dapat memberikan perkhidmatan pelanggan yang baik, dan menjaga kepentingan
pelanggannya, maka dari sudut etika syarikat berkenaan telah melanggar perjanjiannya untuk
memberikan perkhidmatan yang berkualiti. 6. Pengurangan tenaga kerja: adalah menjadi suatu
kesalahan yang bercanggah dengan etika, jika sesebuah syarikat itu memaksa pekerjanya untuk
berhenti kerja. Perberhentian hendaklah dilakukan secara sukarela dan melalui rundingan antara
semua pihak, pekerja dan kesatuan sekerja. 7. Pencemaran alam sekitar: perbuatan syarikat yang
mencemarkan alam sekitar adalah bercanggah dengan pegangan etika organisasi dan perbuatan itu
akan memudaratkan masyarakat setempat.
12. 13. 13 8. Hubungan komuniti: Segi etikanya, organisasi seharusnya terus mengekalkan hubungan
organisasi dengan orang ramai atau komuniti dimana ianya beroperasi. Hubungan itu boleh
wujudkan melalui berbagai program dan perlaksanaan tanggungjawab social. 9. Hubungan sebagai
pembekal: syarikat dan organisasi yang besar memang mempunyai kekuatan ekonomi dalam
memelihara hubungannya dengan masyarakat setempat. Segi etikanya organisasi tersebut akan
berjaya melaksanakan tanggungjawab moral dan sosialnya kepada masyarakat dengan projek dan
program yang digerakan disebabkan mereka mempunyai kekuatan ekonomi untuk
melaksanakannya. Analisis masalah etika dalam pengurusan: 1. analisis ekonomi 2. analisis
undang-undang 3. analisis etika a) Analisis ekonomi - Teori makro dan Mikro ekonomi
bergantung kepada pasaran terbuka, perbekalan dan permintaan seharusnya boleh membantu di
dalam sebahagian permasalahan etika. b) Analisis Undang-undang - sekiranya masalah etika
menjadi terlalu besar, undang- undang boleh digunakan untuk menguruskan masalah ini. c)
Analisis Etika - Dalam suasana normative philosophy, setiap orang mempunyai dasar pemikiran di
dalam masyarakat dan bertindak pada prinsip yang sama, kemudian rakan/sekumpulan di dalam
masyarakat mestilah mendapat layanan yang adil
13. 14. 14 4.0 Analisis Etika Dalam Perbuatan Rasuah Hujah-Hujah Yang Berdasarkan ONE Teori
Etika Teori etika sebenarnya cuba meningkatkan maruah, keamanan, kegembiraan dan
kesejahteraan manusia. Peraturan etika melibatkan semua orang. Ia bertujuan untuk mencapai
keputusan yang baik untuk manusia sejagat. Perilaku yang tidak beretika, walaupun tidak
melanggar undang- undang boleh menjejaskan kerjaya dan reputasi kita. Etika juga merupakan
satu disiplin ilmu yang mengkaji tentang moral, prinsip moral, kaedahmoral dan tindakan serta
kelakuan manusia yang betul. Greek ethos French dan Granrose (1995) : set panduan/ peraturan
bertingkahlaku-menyelesaikan konflik terhadap keinginan Buchnolz (1989) : sistem –panduan
tingkahlaku Shea (1988 : 17) : prinsip bertingkahlaku yang mengawal individu atau profesion dan
sebagaisatu standard tingkahlaku 4.1 TEORI-TEORI TAAKULAN ETIKA Sebagai seorang
pengurus atau orang yang terlibat dalam pengurusan dan pentadbiran sesebuah organisasi atau
syarikat, setiap keputusan dalam pengurusan pentadbiran akan membawa implikasi yang berbeza
kepada setiap anggota masyarakat yang berkaitan dengan kita, serta organisasi yang dipimpin.
Ianya bergantung sepenuhnya kepada konsep betul atau salah sesuatu keputusan yang dilakukan.
Oleh yang demikian, kita harus mewujudkan kaedah-kaedah analitik yang konsisten untuk tujuan
pengelasan ”betul atau salah” dalam tindakan kita. Sejarah intelektual sejak 2400 tahun yang lalu
dipenuhi dengan percubaan-percubaan untuk memartabatkan standard nilai-nilai moral dan
mewujudkan sistem-sistem etika. Tidak ada satupun sistem atau teori etika yang benar-benar
berkesan dalam memartabatkan standard nilai moral atau etika setakat ini. Bagaimanapun, adalah
dipercayai bahawa pada masa kini terdapat sekurang-kurangnya lima sistem atau teori etika yang
memainkan peranan penting dalam membuat keputusan etika dalam sesuatu pengurusan
pentadbiran:-
14. 15. 15 1. Eternal Law (Undang-undang Abadi) 2. Classical Teleological Ethical Theory:
Utilitarianism 3. Classical Deontological Ethical Theory: Universalism 4. Distributive Justice
Theory 5. Personal Liberty Theory 4.2 ETERNAL LAW (UNDANG-UNDANG ABADI)
Kebanyakan ahli agama dan ahli falsafah percaya bahawa Undang-undang Abadi boleh
digabungkan dengan aspek Ketuhanan, begitu sinonim dengan Hukum Alam dan terdapat dalam
ayat-ayat suci Holy Scripture. Undang-undang Abadi ini amat ketara atau nyata kepada mana-
mana pihak yang membuat “research” atau mempelajari mana-mana sumber di atas. Menurut
Thomas Jefferson, antara ahli sekular kemanusiaan yang terawal, beliau percaya bahawa
kebenaran undang-undang ini adalah “self-evident” iaitu kepercayaan kepada diri sendiri sebagai
bukti. Dalam frasa terkenal beliau, beliau menyatakan bahawa kebenaran tidak boleh berubah
(inalienable) dan tugas atau tanggungjawab boleh diperolehi daripada kebenaran tersebut. If
people have the right to “life, liberty and the pursuit of happiness”, then they also have the
obligation to ensure the same right to others. Religious leaders tend to emphasize the revealed
source of the truth more than the reasoned nature, but they also believe that the state of the law is
unchanging, and that the rights and duties are obvious: if we are loved, then we must love others.
This reciprocal exchange is summarized in Christian theology by the Golden Rule: Do unto others
as you would have others do unto you.
15. 16. 16 4.3 CLASSICAL TELEOLOGICAL ETHICAL THEORY: UTILITARIANISM Teori ini
lebih tertumpu kepada hasil, kesan atau keputusan yang bakal menyusul hasil daripada sesuatu
keputusan yang dilakukan oleh pengurusan pentadbiran, dan bukannya niat individu yang
membuat keputusan atau tindakan. Ahli falsafah barat yang terkenal Jeremy Bentham dan J.S.
Mill menegaskan bahawa nilai moral seseorang individu diputuskan oleh masyarakat melalui
akibat atau kesan daripada tindakannya. Tindakannya betul jika ianya memberi kebaikan kepada
manusia dan sebaliknya jika ianya membawa kemudaratan kepada masyarakat. Bagaimanapun,
objektif utama keputusan etika teori ini adalah untuk kebaikan maksimum untuk semua orang dan
keburukan untuk jumlah yang paling minimum. 4.4 CLASSICAL DEONTOLOGICAL
ETHICAL THEORY: UNIVERSALISM Teori ini adalah bertentangan langsung dengan
utilitarianism. “Deontology” berasal daripada perkataan Greek yang merujuk kepada tugas atau
tanggungjawab seseorang individu.Teori etika ini menegaskan bahawa nilai moral sesuatu sesuatu
tindakan tidak boleh bergantung kepada kesan atau hasil yang bakal menyusul hasil daripada
sesuatu keputusan kerana kesan atau hasil yang menyusul tidak dapat dipastikan ketika sesuatu
keputusan dilakukan. Nilai moral sesuatu tindakan bergantung kepada niat seseorang yang
membuat keputusan atau tindakan. Jika kita mengharapkan yang terbaik untuk orang lain, maka
kita dianggap mempunyai nilai moral yang tinggi, walaupun kita ternyata seorang individu yang
kurang berkesan dan selalu lalai yang sentiasa membuat orang lain terluka oleh perbuatan atau
tindakan kita. Walaubagaimanapun, kita sebenarnya bukanlah seorang individu yang kurang
berkesan dan lalai kerana niat atau tujuan kita yang murni biasanya berakhir dengan hasil yang
memberangsangkan!
16. 17. 17 4.4 DISTRIBUTIVE JUSTICE THEORY Teori ini telah diilhamkan oleh John Rawls dan
berdasarkan kepada suatu nilai iaitu keadilan. Keadilan dianggap sebagai nilai moral atau mulia
yang paling utama. John Rawls menyatakan bahawa masyarakat dan institusi di dalamnya
dipenuhi konflik dan kerjasama. Kerjasama menjadi amalan orang ramai dalam sesuatu
masyarakat kerana masyarakat sedar bahawa kerjasama membawa kebaikan yang lebih besar
berbanding usaha secara bersendirian atau individu 4.5 PERSONAL LIBERTY THEORY Teori
ini diilhamkan oleh Robert Nozick. Sistem ini bergantung kepada satu prinsip utama iaitu
kebebasan. Kebebasan dipercayai sebagai keperluan utama masyarakat. Sesuatu peraturan atau
undang-undang yang mencemarkan kebebasan seseorang harus ditolak atau dihapuskan walaupun
ia membawa banyak kebaikan dan kegembiraan kepada orang lain. Nozick percaya bahawa
masyarakat adalah hasil ikatan ramai individu dan kerjasama di kalangan individu ini adalah wajib
untuk pertumbuhan ekonomi. Harta-benda, kesihatan dan kehormatan seseorang individu
diperolehi daripada individu lain melalui tukaran barang dan perkhidmatan, atau pemberian
sebagai hadiah. PROGRAM UNTUK MENANGANI GEJALA RASUAH Bagi memerangi gejala
rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa, penekanan kepada usaha meningkatkan integriti dan
jati diri individu adalah sangat penting. Secara mikronya, usaha ini dibahagikan kepada dua
sasaran iaitu fokus kepada jabatan/agensi yang memberikan perkhidmatan kepada orang awam
dan fokus kepada individu-individu yang berkhidmat dalam organisasi kerajaan tersebut. Di
peringkat jabatan/agensi, kajian semula prosedur yang panjang, sukar dan lambat perlu
dikemaskini dan dipermudahkan dengan menggunakan kelebihan teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT). Penggunaan borang, proses saringan dan seumpamanya perlu diringkaskan
supaya tidak membebankan orang awam khususnya para peniaga, kontraktor dan pelabur. Proses
yang mudah dan telus dapat menghindari bahaya rasuah kerana tidak perlu disogok semata-mata
17. 18. 18 untuk mempercepatkan proses. Manakala di peringkat individu, langkah-langkah yang
boleh diambil adalah dengan memantapkan dan mengukuhkan jati diri dalam diri setiap pegawai
awam. Keperibadian yang tinggi adalah benteng yang paling ampuh untuk membanteras gejala
kerana sekiranya setiap individu bencikan rasuah maka amalan ini dapat diatasi. Kekuatan jatidiri
dapat menangkis habuan rasuah sekali pun tiada sesiapa yang tahu dan peluang terbuka luas di
hadapan mata. Peningkatan penguatkuasaan undang-undang dan hukuman adalah cadangan asas
yang sering diberikan oleh banyak pihak. Siasatan dan penguatkuasaan undang-undang perlu
dipergiatkan agar masyarakat sedar betapa bahaya dan serius masalah rasuah jika tidak dibanteras
dan dibendung untuk keselamatan negara. Ianya juga membuatkan para pengamal rasuah akan
berfikir panjang sebelum cuba melakukan rasuah lantaran hukuman berat yang bakal diterima.
Empat perkara utama yang boleh gunapakai dalam memastikan SPRM berkesan dalam menangani
rasuah iaitu : i. merangka strategi pencegahan yang komprehensif; ii. bebas daripada diberikan
rasuah dalam menjalankan tugas; iii. tidak diletakkan di bawah pengawasan pemegang dasar atau
polisi; dan iv. mengurangkan ruang dan peluang untuk memberi dan menerima rasuah dalam
agensi-agensi yang strategik. Pendekatan pendidikan dengan memasukan konsep bahaya rasuah
dalam sistem pembelajaran juga dirasakan mampu meningkatkan tahap kesedaran golongan muda
diperingkat awal. Ini kerana sikap benci kepada rasuah akan dapat dihayati dalam diri mereka
sekiranya diajar dan dididik sejak zaman persekolahan lagi. Generasi yang dididik ini akan
membesar menjadi individu yang lebih bertanggungjawab, amanah dan ikhlas. Pendekatan
menggunakan sistem pendidikan diharap mampu membentuk generasi muda yang bebas daripada
rasuah.
18. 19. 19 5. KESIMPULAN Berdasarkan pendekatan dan langkah yang dinyatakan diatas, jelas
menunjukkan komitmen kerajaan adalah serius ke arah memastikan gejala rasuah, penyelewengan
dan salah guna kuasa dihapuskan. Prinsip ketelusan, kebertanggungjawaban dan integriti juga
perlu diserapkan ke dalam ketetapan minda (mind set) masyarakat terutama penjawat awam. Ini
membolehkan wujudnyua rasa tanggungjawab dalam diri disamping akan meningkatkan tahap
motivasi, kecekapan dan mutu kerja mereka. Memang agak sukar mencapai tahap rasuah sifar di
negara kita di era kebendaan dan glamor ini. Namun tidak sukar untuk membenci perbuatan
rasuah. Oleh itu, kerjasama semua pihak termasuk pihak berkuasa dalam membasmi gejala rasuah
adalah penting tanpa mengambil kira sektor awam mahupun di sektor swasta dan badan badan
bukan kerajaan. Pokoknya adalah kesediaan, keazaman dan komitmen yang bersungguh-sungguh
dan berterusan dari semua pihak dalam mengajak masyarakat melakukan kebaikan dan mencegah
kemungkaran seperti rasuah
19. 20. 20 Rujukan 1. Ab. Razak Dan. 2000. Kajian Ekonomi Pembangunan. Dlm. Nor Aini Haji Idris
& Ab. Razak Dan (pnyt). Teori Pertumbuhan Dan Pembangunan Ekonomi. Selangor: Universiti
Kebangsaan Malaysia. 2. Abdul Samat Kasah. 2002. Meningkatkan kesedaran masyarakat
terhadap bahaya gejala rasuah: satu kajian di BPR Pahang. Kertas Projek Bagi Diploma Sains
Kepolisian Di Maktab Polis DiRaja Malaysia. Kuala Kubu Baru. 3. Al-Marhubi, Fahim A. 2000.
Corruption and inflation. Economic Letters. 66: 199- 202.Berita Harian. 2007, 30 Ogos 4.
Blackburn, Keith. 2006. The incidence and persistence of corruption in economic development.
Journal of Economic Dynamics & Control. 30: 2447-2469 5. Bruce, W. F. Linda K. G & David E.
M. 2006. Economic development: corruption, complexity, wealth and a contribution to the theory
of economic growth. www.emeraldinsight.com/0828-8666.htm. 22(4): 185-204
Recommended

Gamification of Learning
 

The Neuroscience of Learning


 

Project Management Fundamentals


 


Professional ethics versi melayu
Siti Zuraida Nasal

Full assignment
Nur Khairani

Assigment etika wati


Afida Afidakasran


Kerangka oumm3203
Jahlililah Noordin

Perbezaan etika dengan undang2


naqib5

Kepentingan etika-dalam-pengurusan-pendidikan-docx
Pushpah Mugesh


Etika profesional
Nurshafinaz Shahbani

 English 
 Espanol 
 Portugues 
 Français 
 Deutsche
 About
 
 Dev & API
 
 Blog
 
 Terms
 
 Privacy
 
 Copyright
 
 Support
  
  
  
  

LinkedIn Corporation © 2016

Anda mungkin juga menyukai