Anda di halaman 1dari 13

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBEF 3503
PENDIDIKAN INKLUSIF

TUGASAN
T1A2

NAMA :
NO. MATRIKULASI :
NO. KAD PENGENALAN :
NO. TELEFON :
ALAMAT E-MAIL :

PUSAT PEMBELAJARAN :

SEMESTER JANUARI 2016


ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN.........................................................................................................................3

2.0 CARA MENILAI MURID BERKEPERLUAN KHAS............................................................4

3.0 LATAR BELAKANG MURID DAN KELUARGA................................................................7

4.0 STRATEGI YANG BERSESUAIAN UNTUK ADIK MOHAMAD SUFI HAMDANI.....9

5.0 CADANGAN TEKNIK PENGAJARAN YANG SESUAI UNTUK ADIK MOHAMAD

SUFI HAMDANI....................................................................................................................11

6.0 RUMUSAN.............................................................................................................................12

7.0 RUJUKAN..............................................................................................................................13

2
1.0 PENGENALAN

Autisme  bermaksud ketidakupayaan seseorang kanak-kanak memahami perkara -perkara


di sekelilingnya selain dirinya sendiri. Autisma juga menyebabkan perkembangan diri
kanak-kanak menjadi tidak menentu. Peringkat awal autisma boleh dikesan pada awal
usia kelahiran ataupun sekurang-kurangnya pada peringkat umur yang awal. Tiada ubat
dalam masalah autisma kerana ia bukan sejenis penyakit tetapi dengan program
pendidikan yang bersesuaian, masalah ini dapat dikurangkan.Autisma  melibatkan orang
dari pelbagai latar belakang tanpa mengira umur, jantina, bangsa, atau taraf ekonomi. 

Autisme, merupakan salah satu gangguan perkembangan yang semakin meningkat ketika


ini, yang mana menimbulkan kerisauan pada golongan ibu bapa. Autisme mula dikesan
oleh ahli psikiatri kanak-kanak dari Amerika, Leo Kanner pada tahun 1943 di Pusat
Perubatan John Hopkin. Leo Kanner menjalankan kajian ke atas 11 kanak-kanak selama
beberapa tahun. Kanak-kanak itu mempunyai masalah sosial, sering bersendirian, dan
berada dalam dunianya sendiri. Mereka berasa kurang senang dengan perubahan di
sekeliling dan berminat pada benda luar biasa. Sebahagian daripada kanak-kanak itu juga
mempunyai kepintaran yang luar biasa. Sebahagian daripada kanak-kanak itu tidak
menggunakan bahasa. Namun, Leo Kanner mendapati kanak-kanak itu juga mempunyai
kepintaran yang luar biasa dan memiliki kemampuan kognitif yang baik.Autisme berlaku
sejak awal kadarnya melibatkan 5 dalam 10,000 kanak-kanak. Manakala mereka yang
mengalami ciri-ciri autisme adalah seramai 15 dalam setiap 10,000 orang. Nisbah risiko
kanak-kanak lelaki kepada kanak-kanak perempuan sebanyak empat kali ganda. Autisme
melibatkan seluruh dunia tanpa mengira agama, bangsa, kaum, taraf sosial serta ekonomi.
(K.A.Razhiyah, 2008).

Autisme adalah suatu kecelaruan perkembangan yang membawa impak yang teruk
terhadap kemampuan seseorang untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang-
orang di sekelilingnya (American Psychiatric Association 1994). Kanak-kanak yang
mengalami autisme mempunyai imaginasi yang terhad, hingga menyebabkan mereka
mempunyai ruang lingkup minat yang juga terhad dan sering melakukan tingkah laku
atau pergerakan badan yang berulang-ulang (Wing & Gould 1979). Penyebab autisme

3
masih tidak diketahui dan sehingga kini belum ada penawar bagi kecelaruan
perkembangan ini (Center for Disease Control and Prevention, A.S. 2007).

Kajian-kajian terkini tentang autisme melaporkan peningkatan dari segi prevalens


autisme (Croen et al. 2002; Volkmar et al. 1997). Pada awal tahun 70-an, prevalensnya
adalah tiga atau empat orang penghidap autisme bagi setiap 10,000 orang kanak-kanak,
tetapi laporan statistik yang terkini menyatakan bahawa prevalens autisme bagi tahun
2009 ialah satu dalam 95 orang kanak-kanak (Center for Disease Control and
Prevention, A.S. 2009). Kajian oleh Ganz (2006) menyatakan bahawa kos perbelanjaan
seumur hidup bagi seorang penghidap autisme ialah USD 3.2 juta. Jumlah penghidap
autisme di Amerika Syarikat adalah 1.5 juta orang dan kos perbelanjaan seumur hidup
bagi mereka di negara ini dianggarkan sebanyak USD 35 billion setahun. Walau
bagaimanapun, masih tiada statistik rasmi tentang prevalens autisme di Malaysia.

2.0 CARA MENILAI MURID BERKEPERLUAN KHAS (Autisme)

Bagi mengenalpasti jenis masalah pembelajaran adik Mohamad Sufi Hamdani dengan
lebih jelas dan terperinci, beberapa instrumen yang difikirkan sesuai dalam usaha
mengumpulkan data dan maklumat dengan tepat dan lengkap seperti di bawah :

2.1 Pemerhatian
Proses pengumpulan data diteruskan dengan pemerhatian jangka pendek yang telah saya
lakukan sepanjang berada di dalam kelas tersebut. Instrumen pemerhatian ini sangat
penting dalam mengkaji perubahan tingkahlaku sampel semasa mengikuti sesi p & p
yang dijalankan. Dapatan pemerhatian ini dapat direkodkan untuk mengenal pasti corak
perubahan sikap dan tingkahlaku sampel semasa bersama guru dan rakan-sekelas untuk
dijadikan sumber penelitian yang akan ditekankan nanti.

4
2.2 Temubual
Data pengumpulan maklumat juga dibuat berdasarkan instrumen temubual yang
dijalankan melibatkan guru-guru kelas khas dan ibu bapa sample bagi mendapatkan
bayangan sebenar berkenaan tingkahlakunya. Pemilihan instrumen temubual ini dibuat
berasaskan usaha mengumpulkan maklumat secara terperinci khasnya bagi individu yang
sudah mengenali sample dengan tempoh yang lama dan sebagai sumber yang rapat
dengannya.

2.3 Senarai Semak Pemerhatian Tingkah Laku

Nama : Mohamad Sufi Hamdani Bin Mohd Salji


Tarikh : 21 Mac 2016
Kelas : Nur 1
Jenis Kurang Upaya : Autisme (ADHD)
Skala :
1-Selalu 2-Tiada 3- Kadang-kadang
BI Jenis Tingkah Laku 1 2 3
L

A. Perlakuan Agresif

1. Hiperaktif √

2. Suka Memukul √

3. Suka Mencubit √

4. Cepat Marah √

5. Suka Berkelahi √

6. Suka Bertumbuk √

7. Suka mencederakan diri sendiri √

8. Suka mencederakan orang lain √

9. Suka merosakkan harta orang lain √

10. Suka merosakkan harta sendiri √

11. Suka Menjerit-jerit √

5
12. Suka mengganggu kawan √

13. Menggunakan bahasa kesat √

14. Membaling benda kepada kawan √

B. Perlakuan Merosakkan (destructive)

15. Mengoyak buku / kertas √

16. Suka merosakkan harta sendiri / merosakkan harta orang lain √

17. Membaling buku dan lain-lain alat ke atas meja / lantai √

18. Membaling benda-benda kepada kawan √

C. Perlakuan emosi

19. Menangis /merengget /meragam tanpa sebab √

20. Terlalu bergantung kepada orang samada rakan atau orang dewasa √

21. Memencil diri,pendiam/malu √

22. Termenung/khayal √

23. Lambat atau tiada tindak balas terhadap arahan √

24. Daya tumpuan yang singkat √

25. Cepat marah √

16. Mencederakan diri atau orang lain √

17. menghisap jari /mengigit kuku √

26. Menyanyi, bersiul, dan ketawa sendirian √

27. Keluar dari tempat duduk tanpa meminta izin guru √

28. Susah hendak bertenang dalam kelas selepas rehat √

D. Masalah Pembelajaran (kognitif)

29. Kurang tumpuan perhatian √

30. Tidak boleh menyiapkan kerja-kerja √

31. Tidak boleh ikut arahan √

32. Kurang daya ingatan √

6
33. Kurang kefahaman √

34. Kurang daya taakulan √

35. Lambat menyiapkan kerja dan terpaksa digesakan √

36. Kerja comot, tidak lengkap, dan tidak sempurna √

37. Tidak cukup perbendaharaan kata apabila menerangkan sesuatu √

38. Tidak peka terhadap bising √

39. Tidak dapat menyesuaikan diri apabila terdapat bunyi bising

40. Kebersihan diri tidak memuaskan √

41. Tidak boleh menulis huruf sendiri √

42. Tidak tahu menulis nama sendiri √

43. Tidak boleh membuat kerja dengan sendiri √

3.0 LATAR BELAKANG MURID DAN KELUARGA


MAKLUMAT MURID
Nama : MOHAMAD SUFI HAMDANI BIN MOHD SALJI
Jantina : LELAKI Umur pada 1 Jan : 7 TAHUN
Tempat Lahir : MANJUNG Tarikh lahir : 09 SEPTEMBER 2009
Warganegara : MALAYSIA Agama : ISLAM
Bangsa : MELAYU Kategori : AUTISM
Kompilasi Kesihatan : Anak ke : 1
Sekolah : SK MANONG Bahasa Pertuturan : MELAYU
Tarikh Pendaftaran : 4 /1/2016 Jarak rumah ke : 6 KM
sekolah
Tarikh Masuk : 4/1/2016 Kenderaan ke KERETA
sekolah

MAKLUMAT KELUARGA
BUTIRAN BAPA IBU
Nama MOHD SALJI BIN MOHD DESA NORAMIZA BINTI IBRAHIM
No. KP 781222-08-6407 821222-08-5328
Pekerjaan PEMBANTU AWAM PEMBANTU TADBIR
Pendapatan RM 1500.00 RM 1400.00
Agama ISLAM ISLAM
Bangsa MELAYU MELAYU

7
Warganegara MALAYSIA MALAYSIA
Alamat No. 2 Kampung Jalan Badak, Jeliang 33800 Manong, Perak.

3.1 Masalah Autisme yang dihadapi oleh adik Mohamad Sufi Hamdani

Secara keseluruhannya, banyak faktor yang menyebabkan adik Mohamad Sufi Hamdani
menghadapi masalah pemulihan. Salah satu masalah adik Mohamad Sufi Hamdani ialah masalah
pembelajaran kerana menghadapi masalah autisme dan masalah tingkah laku yang tidak
menentu.

Mengikut pemerhatian, adik Mohamad Sufi Hamdani ini kadang-kadang bersikap agresif, tiada
tumpuan, mengganggu kawan sekelas dan banyak lagi. Dari sudut pembelajaran adik Mohamad
Sufi Hamdani masalah tidak boleh bertutur. Tahap penguasaan mengeja, membaca dan menulis
langsung tidak boleh sama sekali

Berdasarkan instrumen senarai semak autisme yang telah di jalankan oleh guru beliau, elemen
kelemahan yang ditunjukkan, adik Mohamad Sufi Hamdani selalunya hipoaktif ataupun
hiperaktif. Dia sering berlari ke sana ke mari tanpa sebarang tujuan. Tidak boleh duduk diam dan
gemar bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Kadangkala dia akan melakukan sesuatu
perlakuan yang berulang-ulang seperti menggerakkan tangan atau kepala, mengepakkan tangan,
menepuk tangan, berputar-putar dan bergoyang-goyang, menggaru kepala atau apa sahaja
tingkah laku yang sering di lakukan berulang-ulang. Adik Mohamad Sufi Hamdani tidak sedar
akan tingkah laku yang dilakukan kerana ia berlaku tanpa dirancang. Tingkah laku itu bersifat
semula jadi. Namun, tingkah laku ini dapat dihentikan dengan memberikan alternatif yang
berbeza.

8
4.0 STRATEGI PENGAJARAN YANG BERSESUAIAN

Strategi pengajaran yang bersesuaian bagi kanak-kanak autisme ialah (i) Applied Behaviour
Analysis (ABA), (ii) Applied Verbal Behavior (AVB) (Harris & Handleman 2000; Luiselli,
Connon, Ellis & Sisson 2000; McEachin, Smith & Lovaas 1993; Lovaas 1987), Discrete Trial
Training (McEachin et al.1993), dan (iii) Picture Exchange Communication System (PECS)
(Bondy & Frost1994; Charlop-Christy, Carpenter, LeBlanc & Kellet 2002).(iv) TEACCH
(Treatment and Education of Autistic and Related Communication handicapped Children ) dan
(v) Terapi Integrasi Sensori

3.1 Applied Behaviour Analysis (ABA)


ABA adalah sistem yang diasaskan oleh Dr. Ivar Lovaas dalam tahun 60-an. Ia adalah program
pengajaran yang sistematik yang dapat mengurangkan ciri-ciri autisme. Sistem ini sangat intensif
tetapi telah dibuktikan berjaya di dalam kebanyakan kes semasa menangani autisme.

Melalui sistem ABA ini, setiap tugasan dipecahkan ke dalam tugasan kecil dan menekankan
ganjaran untuk kanak-kanak yang berjaya dalam tugasan yang diberikan. Tidak ada sebarang
denda daripada segi fizikal di dalam sistem ini. Sistem ini agak ketat dan tegas. Namun, kanak-
kanak ini berjaya mengikut peraturan yang ditetapkan apabila perubahan dapat dilihat dalam diri
kanak-kanak. Perisian ‘ Discrete Trial Trainer ‘ yang menggunakan prinsip ABA ini.

3.2 Applied Verbal Behavior (AVB)


Pendekatan ini diasaskan oleh B.F Skinner. AVB adalah analisis bahasa tingkah laku, bagaimana
bahasa berkembang dan situasi tingkah laku verbal wujud. Jack Michael, Ph. D. ( Universiti
Western Michigan ), Mark Sundberg, Ph. D , BCBA, James Pertington, Ph. D. and Vincent
Carbone, Ph. D, BCBA adalah orang yang bertanggungjawab mengaplikasikan AVB ke atas
kanak-kanak autisme.

Fokus AVB adalah untuk mengajar kanak-kanak yang mengalami masalah dalam bahasa.
Contohnya apabila ingin mengajar konsep ‘susu’ seseorang perlu memastikan kanak-kanak itu
dapat menyebut perkataan ‘susu’, melabelkan susu apabila melihatnya, mengulang perkataan
‘susu’ bagi soalan yang dikemukakan, mengecam susu dengan menyentuhnya di antara barang
lain dan dapat menjawab soalan yang berkaitan dengan gambaran, serta fungsi susu.

9
3.3 - Picture Exchange Communication Systems (PECS)
Memandangkan kanak-kanak autisme mempunyai masalah komunikasi, PECS membantu kanak-
kanak menguasai bahasa asasnya disamping membantu kanak-kanak yang tidak bercakap, PECS
menggunakan kaedah asas ABA ( Applied Behaviour Analysis ) untuk membantu kanak-kanak
menyampaikan keinginannya melalui gambar. Ini membantu kanak-kanak autisme
berkomunikasi dengan baik. Sistem ABA menggunakan sistem ganjaran untuk kanak-kanak
yang berjaya di dalam tugasan yang di berikan. Dalam PECS, kanak-kanak akan mendapat
ganjaran apabila mereka dapat menyampaikan keinginan melalui gambar.

3.4 Treatment and Education of Autistic and Related Communication handicapped Children
(TEACCH)
Pendekatan ini distrukturkan berdasarkan, ‘persekitaran harus disesuaikan dengan kanak-kanak
autisme dan bukan sebaliknya’. Matlamat TEACCH adalah untuk menyediakan kemahiran yang
perlu bagi kanak-kanak autisme memahami dunianya dan tingkah laku orang lain. Satu kajian
telah menunjukkan bahawa kaedah ini berjaya membantu kanak-kanak autisme mempelajari
sesuatu kemahiran dengan lebih pantas.

Kaedah ini dijalankan dengan cara guru-guru mengurangkan arahan verbal tetapi menggunakan
kad bergambar seperti kad imbasan atau poster untuk menyampaikan maksud. Kad tersebut
mempunyai perkataan atau nombor.

3.5 Terapi Integrasi Sensori

Teori integrasi sensori diasaskan oleh jurupulih carakerja, A. Jean Ayres, Ph. D. Integrasi sensori
wujud apabila otak menyusun maklumat yang diterima daripada deria. Bagi sesetengah orang,
integrasi sensori tidak berlaku seperti yang sepatutnya. Bunyi dan penglihatan mungkin terlalu
kuat, celaru atau mengganggunya berbanding orang lain. Mereka yang mengalami masalah
gangguan integrasi mengalami masalah dengan imbangan dan koordinasi. Pakar fisioterapis dan
jurupulih cara kerja yang dilatih dalam teknik integrasi sensori menyediakan pelbagai aktiviti
untuk membantu kanak-kanak memproses maklumat yang diterima daripada derianya ke dalam
kaedah yang biasa.

10
Jurupulih carakerja boleh menyediakan rancangan latihan untuk ibu bapa melatih di rumah.
Kanak-kanak perlu bermain dengan pelbagai tekstur seperti pasir, tanah liat atau krim pencukur,
bermain buaian atau duduk di atas bola yang besar. Kaedah ini akan membantu meningkatkan
kemahiran motor sensori di samping kemahiran motor halus (memegang pensel, menggunakan
gunting) dan kemahiran urus diri (menggunakan butang , zip dan sudu )

5.0 CADANGAN TEKNIK PENGAJARAN YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK


ADIK MOHAMAD SUFI HAMDANI

Teknik PECS atau PICTURE EXCHANGE COMMUNICATION SYSTEM.

Melalui kaedah ini adik Mohamad Sufi Hamdani diberi kad yang mengandungi gambar di
atasnya. Gambar tersebut mewakali apa yang ingin mereka sampaikan. Teknik ini sesuai kerana
adik Mohamad Sufi Hamdani tidak lagi menguasai komunikasi dan bercakap. Latihan PECS
boleh diterapkan sewaktu aktiviti kehidupan sebenar samada di bilik darjah   atau rumah.

FASA PERLAKSANAAN PECS

1. BAGAIMANA BERKOMUNIKASI (How To Communicate)


 Adik Mohamad Sufi Hamdani diajar cara menukar kad gambar tunggal berpandukan
minat dia atau apa keingin dia.

2. JARAK DAN KEGIGIHAN ( Distance and Persistence)


 Masih lagi menggunakan kad gambar tunggal, adik Mohamad Sufi Hamdani  diajar
untuk membuat kesimpulan tentang kemahiran ini dengan menggunakannya di
tempat yang berbeza, individu yang berbeza dalam pelbagai jarak. Mereka juga diajar
supaya lebih cekal dan gigih berkomunikasi.

3. DISKRIMINASI GAMBAR (Picture Discrimination)


 Mohamad Sufi Hamdani belajar bagaimana cara memilih dari dua atau lebih kad
gambar mewakili minat atau kehendak mereka. Kad-kad gambar ini biasanya

11
diletakkan di dalam buku atau di dalam fail dengan ditampal pada jaluran velcro untuk
memudahkan ianya ditanggal atau dialih.

4. STRUKTUR AYAT (Sentence Structure)


 Di fasa ini, adik Mohamad Sufi Hamdani diajar untuk membina ayat mudah pada
jaluran ayat yang ditampal pada buku atau kad keras menggunakan "i want
picture" diikuti dengan gambar - gambar bahan yang diminta atau diingini oleh
mereka.

5. MENJAWAB SOALAN (Answering Question)


 Adik Mohamad Sufi Hamdani kemudiannya menggunakan teknik PECS ini untuk
menjawab soalan " Apa yang kamu mahu?"

6. KOMEN @ RESPON (Commenting)

 Di fasa akhir ini, adik Mohamad Sufi Hamdani diajar untuk memberi komen atau
respon terhadap soalan seperti "apa yang kamu nampak? Apa yang kamu rasa?
Apa itu?"
 Adik Mohamad Sufi Hamdani diajar untuk memulakan jawapan dengan ayat " saya lihat,
saya rasa, ini ialah atau itu ialah" diikuti dengan jawapan.

6.0 RUMUSAN

Sebagaimana yang telah dijelaskan dalam kajian kes ini, autisme merupakan suatu
ketidakupayaan yang tidak dapat disembuhkan. Namun begitu, individu autisme ini boleh
dibantu melalui pendidikan yang terancang yang melibatkan pelbagai pihak atau disiplin.
Kecelaruan tingkah laku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak ini menunjukkan keunikan mereka
berbanding kategori ketidakupayaan yang lain. Oleh sebab itu, intervensi awal sangat penting
untuk dijalankan terhadap kanak-kanak autisme agar masalah yang dihadapi oleh mereka dapat
dibetulkan lebih awal sebelum mereka memasuki alam persekolahan. Justeru, kerjasama antara
ibu bapa dan guru hendaklah sentiasa erat terutamanya dalam menyediakan maklumat-maklumat

12
berkaitan anak mereka kepada guru supaya program pendidikan yang sesuai dapat dirancangkan
dengan mengambil kira keupayaan dan keperluan kanak-kanak autisme tersebut.
7.0 RUJUKAN

Jamila K.A. Mohamed. (2005). Pendidikan Khas Untuk Kanak-kanak Istimewa. :Kuala Lumpur:
PTS Profesional Publishing Sdn Bhd.

Mohd Sharani Ahmad. (2004). Psikologi Kanak-kanak. : Pahang : PTS Publisher and Distributor
Sdn Bhd.

n.d. (2009). Buletin Pendidikan Khas. Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan.: USM.

Yusuf Abdullah,Safani Bani dan Mohd Mokhtar Taha (2006). Pengenalan Kepada Pendidikan
Khas. Kuala Lumpur: OUM.

13

Anda mungkin juga menyukai