Anda di halaman 1dari 8

Kimpalan gas

2.0 PENGENALAN:

‘Kimpalan Gas’ adalah satu cabang daripada kerja kimpalan yang telah lama diamalkan dalam bidang
industri. Terutama sekali dalam bidang fabrikasi logam. Ini adalah kerana kimpalan gas adalah didapati
amat sesuai untuk kepingan logam-logam yang nipis. Contoh bidang kerja yang melibatkan proses
kimpalan gas ialah kerja membaikpulih badan kenderaan serta kerja-kerja fabrikasi logam yang
melibatkan kepingan logam nipis.

Pada awal kurun kedua-puluh manusia telah mengetahui cara menyambung logam dengan
memanaskan dua batang logam hingga merah menyala dan seterusnya impak yang kuat dikenakan ke
atas kedua-duanya sehinggalah kedua-duanya bercantum menjadi satu. Proses ini dipanggil sebagai
kimpalan tempa. Kaedah ini telah diperbaiki dari masa kesemasa seiring dengan perkembangan
teknologi sehinggalah kaedah terkini kimpalan gas telah dapat kita semua gunakan sekarang ini.

2.1 Definasi Kimpalan Gas


Kimpalan gas didefinasikan sebagai satu proses penyambungan logam dengan kaedah memanaskan
kedua-dua bahagian logam yang hendak disambung sehingga cair dan bercantum menjadi satu.

2.2 Kimpalan Gas Tekanan Rendah Dan Kimpalan Gas Tekanan Tinggi

2.2.1 Terdapat dua jenis kimpalan gas iaitu:

 
 Kimpalan gas tekanan rendah
 Kimpalan gas tekananq tinggi.

Kimpalan tekanan rendah menerima bekalan gas asetilina dari janakuasa gas asetilina yang mempunyai
tekanan kurang dari 1.0 psi atau 1.0 Bar

Kimpalan gas tekanan tinggi menerima bekalan gas dari janakuasa gas asetilina yang mempunyai
tekanan dari 1-15psi atau 1-15 Bar.

2.3 Kegunaan kimpalan gas dalam industri

Dalam bidang perindustrian kimpalan gas banyak digunakan dalam kerja fabrikasi logam yang
melibatkan kepingan logam yang ketebalannya melebihi daripada 1.0mm sehingga 3.0mm. Contohnya,
dalam kerja-kerja membaikpulih badan kenderaan yang melibatkan kerja-kerja ketuk mengetuk dan
menampal bahagian-bahagian badan kenderaan yang rosak.

2.4 Gas 

Dua jenis gas yang biasa digunakan dalam kerja kimpalan gas adalah oksigen(O ) dan asetilina (C H ).
Campuran kedua-dua gas menghasilkan haba yang paling tinggi berbanding gas-gas bahanapi yang
lainnya. C.°Suhunya boleh mencapai sehingga 3316

2.5 Gas Oksigen 

Gas oksigen tidak mempunyai warna , rasa dan bau. Ia juga merupakan sejenis gas yang dapat
memebantu dalam proses pembakaran dan juga merupakan gas aktif yang boleh bertindakbalas ke atas
logam yang menyebabkan pengoksidanan berlaku ke atas logam berkenaan. Contohnya, pengkaratan
ke atas keluli.

2.5.1 Penghasilan Gas Oksigen

Gas oksigen boleh dihasil melalui beberapa kaedah, iaitu:


i) Kaedah penyulingan udara.(pemeringkatan udara)
ii) Kaedah elektrolisis

Kaedah penyulingan udara adalah satu kaedah yang dilakukan secara komersial. Ianya dilakukan
melalui proses pengasingan oksigen daripada udara yang dipanggil proses penyulingan udara cair yang
termampat pada ketekanan 206 bar (3000psi) iaitu C. Seterus tekanan akan akan di kurangkan sedikit
demi sedikit°pada suhu -160 dimana oksigen dalam bentuk cair akan bertukar menjadi gas lalu
ditabungkan. Begitulah bagi gas-gas yang lainnya akan bertukar menjadi gas apabila tekanan
dikurangkan dan ditabungkan untuk kegunaan yang lain.

Kaedah elektrolisis adalah satu proses penghasilan gas oksigen yang diperolehi melalui arus elektrik di
dalam air. Proses ini sangat mahal dan tidak ekonomi untuk dikomersialkan.

Gas oksigen akan disimpan dalam silinder keluli yang berwarna hitam dan 
lebih tinggi daripada silinder asetilina. Ianya tidak bersambung dan berupaya menahan tekanan setinggi
3360 psi. Boleh didapati dalam tiga saiz.

2.6 Jenis-Jenis Gas Bahan Bakar

2.6.1 Gas Asetilina:

Gas asetilina adalah bahanapi yang tidak mempunyai warna tetapi mempunyai bau yang kuat dan
mudah terbakar .Ia adalah gas yang tidak stabil dan perlu disimpan dalam keadaan yang tetap. Titik
kritikal bagi F.°gas asetilina ialah pada tekanan 28 psi pada suhu 70

Penghasilan gas asetilina:

Gas asetilina dapat dihasilkan dengan mencampurkan kalsium karbida dan air. Terdapat dua jenis
janakuasa yang menghasikan gas asetilina, iaitu:
i) janakuasa tekanan rendah .
ii) janakuasa tekanan tinggi

Gas asetilina disimpan dalam silinder keluli berwarna maroon yang diisikan dengan bahan berliang
sepenuhnya yang terdiri daripada habuk kayu balsa, arang kayu,simen,dan bahan-bahan telap yang
lain.
Bahan-bahan telap yang dimuatkan ke dalam silinder asetilina adalah berfungsi untuk menyerap
seberapa banyak cairan aseton. Aseton ini pula akan berfungsi untuk menyerap gas asetilana sebanyak
25 kali ganda isipadunya sendiri.

2.6.2 Gas Bahanapi Yang Lain-Lain

Selain daripada asetilina terdapat juga gas-gas bahanapi yang lain yang mana campuran gas ini bersama
oksigen akan menghasilkan suhu yang agak tinggi. Berikut adalah perbandingan suhu-suhu bagi
campuran antara dua gas.

i) oksi-asetilina C°C - 3500°3100


C°C - 2500°ii) udara-asetilina 2300
iii) oksi-hidrogen C°C - 2382°2200
C°C - 2182°1v) oksi-gas arang batu 1982

2.7 Kelengkapan Kimpalan Gas

2.8 Tugas Serta Prinsip-Prinsip Alatur Satu Peringkat Dan Dua Peringkat

Adalah merupakan alat kawalan yang dipasang pada bahagian atas silinder oksigen atau asetilina bagi
mengawal pengaliran gas yang diperlukan untuk tujuan mengimpal dan juga untuk menunjukkan
tekanan gas dalam silinder. Ianya dikenali juga dengan tolok tekanan. Terdapat dua jenis alatur iaitu
alator alatur satu peringkat dan dua peringkat.

Alator juga mempunyai rekabentuk dan jenama yang berbagai. Terdapat juga alator yang mempunyai
satu tolok bacaan tetapi itu tidak menunjukkan bahawa ianya jenis satu peringkat. Walau bagaimana
pun alator dua peringkat mempunyai dua tolok bacaan.

Terdapat dua jenis alator yang boleh digunaka dalam pemasangan oksi-
asetilina. Iaitu:
-Alator satu peringkat
-Alator dua peringkat
7.8.1 Tugas-tugas dan fungsi alator alator.

Alator satu peringkat mempunyai satu ruang tekanan tinggi dimana tekanan tinggi dari silinder terus
masuk ke dalam ruang ini bacaan tekanan dapat dilihat pada jarum alator dan sedia dikurangkan
kepada tekanan untuk kerja mengikut pelarasan yang sesuai dengan menggunakan skru pelaras pad
alator. Tahap keselamatan alator ini adalah rendah berbanding alator dua peringkat.

Alator dua peringkat mempunyai dua ruang tekanan iaitu ruang tekanan rendah dan ruang tekanan
tinggi. Ruang tekanan tinggi pada alator menerima terus tekanan tinggi dalam silinder dan bacaan bagi
tekanan ini dapat dibaca pada tolok tekanan. Manakala ruang tekanan rendah menerima gas yang
dikawal kemasukannya dari ruang tekanan tinggi dengan melaraskan skru pelaras pada alator mengikut
tekanan kerja yang dikehendaki. Oleh itu tahap keselamatannya adalah lebih baik berbanding alator
satu peringkat.

2.9 Jenis-Jenis Hos

Hos adalah tiub getah berlapiskan benang nylon yang kuat . Ia digunakan untuk mengalirkan gas dari
silinder ke sumpitan api. Tahan api dan tahan pada tekanan tinggi. Hos boleh didapati dalam
rekabentuk berkembar dan juga tunggal. Namun begitu hos berkembar mempunyai cirri-ciri
keselamatan yang tinggi.

2.10 Prinsip Serta Jenis Sumpitan Api

Sumpitan api kimpalan adalah alat yang digunakan untuk mengeluarkan nyalaan hasil percampuran
antara gas oksigen dan asetilina didalam ruang percampuran di dalam badan sumpitan api berkenaan.
Nyalaan oksi-asetilina itu dikawal oleh dua injap yang terdapat dibadan sumpitan api. Injap-injap itu
ialah injap oksigen dan injap asetilina.

Saiz muncung sumpitan api boleh didapati dalam berbagai saiz dan juga rekabentuk yang berlainan.
Nombor bagi saiz muncung sumpitan dicetak pada panglal muncung. Muncung sumpitan juga boleh di
dapati dalam berbagai rekabentuk dan jenama.

Alat-alat penyambung adalah terdiri daripada nat-nat berbenang dalam dan juga ‘nipple’ bagi
menghubungkan hos dengan alatur dan juga badan sumpitan api. Kebanyakan alat penyambung ini
diperbuat daripada gangsa dan aluminium.
2.11 Badan sumpitan-api

Badan sumpitan api adalah sebahagian daripada kelengkapan dalam pemasangan oksi-asetilina. Ianya
berfunsi sebagai alat untuk mencampurkan gas asetilina dan oksigen mengikut nisbah yang tertentu
bagi menghasilkan jenis nyalaan yang diperlukan.

2.11.1 Jenis-jenis badan sumpitan-api.

Terdapat dua jenis badan sumpitan-api yang digunakan, Iaitu:


i.Jenis tekanan seimbang
ii. Jenis injector

Badan sumpitan api tekanan seimbang ialah dimana kedua-dua gas akan masuk dan bercampur di
dalam ruang percampuran. Manakala Badan sumpitan-api tekanan tinggi dimana pengaliran oksigen
pada kelajuan yang lebih tinggi akan bercampur dengan gas asetilina sebelum memasuki ruang
percampuran dan ianya digunakan jika janakuasa tekanan rendah digunakan

2.12 Sistem Pancarongga Kimpalan Gas.

Sistem pancarongga adalah satu anifo pemasangan kimpalan gas dimana silinder-silinder gas oksigen
dan asetilina dikumpulkan disatu tempat berasingan diantara keduanya. Penyaluran gas bagi kedua-
duanya akan disalurkan melalui paip keluli ke setiap setesen kimpalan.

Bagi anifo tunggal pula silinder oksigen dan asetilina akan digandingkan bersama-sama disetiap setesen
kimpalan. Tetapi cara ini mempunyai anif-ciri keselamatan yang rendah dan tidak begitu menjimatkan
penggunaan gas.

Oleh itu anifo pancarongga mempunyai anif-ciri keselamatan yang tinggi serta penjimatan dalam
penggunaan gas berbanding anifo tunggal. Lebih-lebih lagi apabila banyak setesen beroperasi serentak.
Ruang kerja pada setiap stesen kimpalan juga akan jadi lebih luas dan selesa.

Jenis-jenis api.

Anda mungkin juga menyukai