Anda di halaman 1dari 14

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBLS 4103
PENGURUSAN LANDSKAP

NAMA :
NO. MATRIKULASI :
NO. KAD PENGENALAN :
NO. TELEFON :
ALAMAT E-MAIL :

NAMA TUTOR :
PUSAT PEMBELAJARAN :

SEMESTER JAN 2017


KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN 3

2.0 PELAN LANDSKAP YANG AKAN DILAKSANAKAN 4

3.0 TANAMAN-TANAMAN DAN ELEMENNYA 6

4.0 PENUTUP 12

5.0 RUJUKAN 13

6.0 LAMPIRAN 14

1.0 PENGENALAN
2
Landskap merupakan persekitaran yang dialami oleh setiap individu. Ia membawa maksud yang
luas merangkumi struktur geologi tanah, flora dan fauna, corak aktiviti manusia seperti
perladangan, perhutanan, penempatan dan perindustrian. Ia juga merupakan interaksi di antara
sumber semula jadi dengan keperluan manusia yang merangkumi usaha mengagumi keindahan
dan nilai estetik, seni bina serta keseluruhan ekologi dan sejarah sesuatu kawasan.(Jabatan
Landskap Negara, 2005)

Landskap ialah istilah daripada Bahasa Belanda bermaksud pemandangan desa.


Landskap  merupakan apa-apa yang terdapat di permukaan bumi sama ada elemen semulajadi
seperti tumbuh-tumbuhan, tasik, gunung-ganang, sungai, laut, air terjun, paya, dan hutan
belantara, atau elemen buatan manusia seperti jalanraya, rumah, bangunan, kolam buatan.
Landskap merujuk Kamus Dewan 1989 bermaksud keadaan taman dan sekitar sesebuah rumah.
Bidang landskap bermaksud sains dan seni mengubahsuai kawasan dengan menyusunatur
sesuatu yang semulajadi termasuk penanaman atau pembinaan elemen-elemen secara terancang
dalam suatu plan komprehensif. 

Seni landskap merupakan pengolahan elemen semulajadi dan buatan secara harmoni. Pendek
kata, projek landskap di ruang terbatas seperti halaman rumah adalah satu percubaan untuk
mencipta dan menggabungkan beberapa unsur alam yang istimewa pada skala lebih kecil dan
terkawal. Pendedahan terhadap konsep-konsep atau seni-seni landskap dari budaya-budaya
berlainan, menjadikan ia satu bidang yang lebih menarik. Landskap yang direka sesuai dan
mendokong kediaman secara keseluruhan pasti akan memberikan kepuasan yang dihajati.

Kebiasaan pengertian landskap dirujuk kepada 2 kategori iaitu landskap lembut dan landskap
kejur. Landskap lembut terdiri daripada unsur-unsur tanaman sama ada pokok utama, pokok
renek, pokok jenis memanjat, pokok herba, atau jenis menutup bumi. Landskap kejur pula
meliputi unsur-unsur binaan seperti kerusi taman, tempat pejalan kaki, tempat sampah, papan
tanda, lampu, arca-arca, meja taman dan sebagainya.

3
2.0 PELAN LANDSKAP YANG AKAN DILAKSANAKAN

PELAN LANDSKAP RUMAH BUNGALO YANG AKAN DILAKSANAKAN

Penerangan tentang Landskap yang dipilih :

Landskap kediaman dibahagikan kepada dua iaitu Landskap kediaman luar bandar dan
Landskap kediaman bandar. Landskap-landskap ini dipengaruhi oleh keadaan ekonomi dan
budaya
i. Landskap kediaman luar bandar
Mempunyai ruang yang luas, menekankan aspek pemeliharaan, pemuliharaan, dan peningkatan
suasana desa. Kebanyakan tumbuhan di tanam dalam tanah.

ii. Landskap kediaman bandar


4
Mempunyai ruang yang terhad, menekankan aspek ringkas dan selesa, selalunya landskap
dirancang dengan lebih teratur dan sistematik. Kebanyakan tanaman ditanam di dalam pasu.

Sepuluh batang pokok besar yang dipilih dalam pelan landskap adalah :
i. 5 batang pokok Angsana (Pterocarpus indicus) yang ditanam dihadapan rumah

ii. 2 batang pokok Mahogani (Swietenia mahogani) yang ditanam ditengah-tengah antara 2
kolam berhampiran dengan wakaf kayu.

iii. 3 batang pokok Damar Minyak (Agathis alba) yang ditaman berhampiran kolam
dibelakang rumah

Tujuh batang pokok kecil yang dipilih dalam pelan landskap adalah :
i. 2 batang pokok Pancut (Spathodea campanulata) yang ditaman di hadapan wakaf kayu
diantara 2 kolam

ii. 3 batang pokok Akasia Kuning (Acacia auriculiformis) yang ditanam dihapan rumah
berhampiran kolam depan

iii. 2 batang pokok Batai Laut (Peltophorum pterocarpum) yang ditanam di belakang rumah
berhampirankolam belakang

Pokok Renek yang dipilih dalam pelan landskap adalah :


(i) Jenis berbunga:
 Siantan (Ixora sp)
 Bunga Kertas (Bougainvillea sp)
 Pachystachis (Pachy stachis lutea)
 Kenanga renek (Canaga odorata)

(ii) Jenis daun berwarna:


 Ekor Kucing (Acalypha sp)
5
 Cordyline (Cordyline sp)

(iii) Jenis malar hijau:


 Panax (Polyscias sp)
 Bunga Merak (Caesalpinia pulcherrima)

Sebuah wakaf kayu yang tergolong dalam elemen buatan yang dibina diantara 2 kolam di
sebelah tepi rumah bertujuan untuk tempat beristirehat dalam suasana yang tenang. Satu lagi
elemen buatan yang tambah pada lanskap adalah siar kaki yang menghubungkan wakaf kayu
dengan kolam dan juga bahagian belakang rumah berhampiran kolam. Pemilihan pokok untuk
kolam anda sangatlah penting untuk mengelak terlalu banyak cahaya matahari masuk ke kolam
anda dan menyebabkan tumbuhnya ‘algae’. Pokok pokok palma besar telah di tanam di
sekeliling kolam untuk mengurangkan cahaya matahari masuk ke kolam, oleh itu memilih
pokok renek dan penutup bumi yang sesuai dengan suasana kurang cahaya matahari perlu
penelitian. Pokok Costus spicatus dengan bunganya yang berwarna merah sangat sesuai dengan
suasana seperti ini. Pokok Oxmoxyllum berdaun kuning juga sesuai dengan tempat yang
mempunyai kurang cahaya matahari; oleh itu mencari pokok renek yang sesuai dengan keadaan
yang kurang cahaya matahari adalah penting.

3.0 TANAMAN-TANAMAN DAN ELEMENNYA

i. ELEMEN SEMULA JADI

Elemen semulajadi merupakan unsur asli yang selalu kita lihat di persekitaran kita. Ia selalunya
terbentuk hasil daripada proses semulajadi alam yang kita diami ini. Kesemua elemen tersebut
wujud secara semulajadi dan tidak dihasilkan oleh manusia. Kita hanya mampu menggunakan
elemen itu mengikut kesesuaiannya.

Tumbuhan merupakan satu elemen semulajadi yang sangat penting dalam pelandskapan dan
dalam kehidupan kita seharian. Ia bukan sahaja dapat memberi nilai kecantikan kepada
persekitaran, bahkan tumbuhan dapat membantu meredakan iklim dan memberi keselesaan

6
kepada kita semua melalui teduhan serta penghasilan oksigen yang dibekalkannya. Tumbuhan
dalam landskap boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan:

(b) Pokok teduhan/naungan


Tumbuhan dalam kategori ini pada kebiasaannya mempunyai ketinggian melebihi 3 meter dan
berbatang tunggal serta mempunyai kanopi atau silara yang melebar bagi tujuan memberi
teduhan kepada persekitaran. Pokok teduhan ini mempunyai pelbagai saiz iaitu besar, sederhana
dan kecil, serta berbunga atau pun berdaun sahaja. Contoh-contoh pokok teduhan:

(i) Pokok besar


 Mahogani (Swietenia mahogani)
 Damar Minyak (Agathis alba)
 Angsana (Pterocarpus indicus)
 Ketapang (Terminalia catappa)
 Tembusu (Fagraea fragrans)

(ii) Pokok berukuran sederhana


 Asam Jawa (Tamarindus indica)
 Akasia Kuning (Acacia auriculiformis)
 Batai Laut (Peltophorum pterocarpum)
 Bungor (Lagerstroemia londonii)
 Pancut (Spathodea campanulata)
 Saga (Adenanthera pavonina)

(iii) Pokok kecil


 Bottlebrush (Callistemon viminalis)
 Dedap (Erythrina indica)
 Jakaranda (Jacaranda filicifolia)
 Janda Merana (Salix babylonica)
 Tapak Kuda (Bauhinia purpurea)

7
(c) Pokok Renek
Pokok renek merupakan satu kumpulan tumbuhan yang penting bagi menghiasi satu-satu
kawasan landskap selain daripada tanaman hiasan yang lain. Pokok renek tidak mempunyai
batang utama. Tetapi, ia mempunyai banyak cabang yang tumbuh daripada bawah hingga ke
atas. Ketinggian pokok renek adalah di antara 1 hingga 3 meter. Saiz dan bentuk pokok renek
adalah lebih kecil. Terdapat pelbagai jenis pokok renek iaitu jenis yang berbunga, daun
berwarna, dan malar hijau. Contoh pokok renek ialah:

(i) Jenis berbunga:


 Siantan (Ixora sp)
 Bunga Kertas (Bougainvillea sp)
 Pachystachis (Pachystachis lutea)
 Kenanga renek(Cananga odorata)

(ii) Jenis daun berwarna:


 Ekor Kucing (Acalypha sp)
 Cordyline (Cordyline sp)

(iii) Jenis malar hijau:


 Panax (Polyscias sp)
 Bunga Merak (Caesalpinia pulcherrima)
 Tunera Sulata
(d) Penutup Bumi
Kumpulan ini merupakan tumbuhan yang tumbuh rendah di permukaan tanah selain dari
rumput dan mampu mengawal hakisan. Ketinggiannya kurang dari 45sm. Tumbuhan ini terdiri
dari jenis renek, menjalar dan merayap. Terdapat pelbagai penutup bumi dari jenis daun dan
jenis berbunga ditanam di negara kita. Contohnya ialah:-

(i) Jenis daun:


 Coleus (Solenostemon scutellarioides)
 Dieffenbachia (Dieffenbachia sp)

8
 Resam Batu (Begonia Rex)
(ii) Jenis berbunga:
 Rhoeo (Rhoeo spathacea)
 Ros Jepun (Portulaca sp)

(e) Tumbuhan Menjalar/Memanjat


Merupakan satu jenis tumbuhan yang mempunyai organ khas seperti pencakuk dan bahagian
akar yang membolehkan tumbuhan ini memanjat atau membelit sokongan. Kadangkala
tumbuhan ini boleh menjalar di atas tanah sekiranya tiada sokongan disediakan. Tumbuhan
jenis ini banyak digunakan pada tiang, pergola, dan dinding bangunan. Antara contohnya ialah:

(i) Jenis berdaun:


 Philodendron (Philodendron radiatum)
 Pelionia (Pellionia Daveauana)

(ii) Jenis berbunga:


 Rangoon Creeper (Quisqualis indica)
 Congea (Congea tomentosa)
 Garlic Vine (Mansoa alliacea)
 Trumpet Vine (Thunbergia grandiflora

(f) Palma
Merupakan tumbuhan tropika dan sub-tropika berbatang tunggal yang mempunyai sejambak
daun di bahagian atasnya. Tumbuhan jenis palma adakalanya berbentuk rumpun yang terdiri
daripada beberapa batang yang tidak besar berbanding dengan jenis yang mempunyai batang
tunggal. Kebanyakan palma ditanam di tempat formal sesuai dengan bentuknya yang kelihatan
unggul. Contoh tumbuhan dalam kumpulan ini ialah seperti:
 Liquala Palm(Licuala grandis)
9
 Fishtail Palm (Caryota mitis)
 Macarthur Palm (Ptychosperma macarthurii)
 Pinang Merah (Cyrtostachys lakka)
(g) Rumput Turf
Rumput turf berperanan sebagai penutup bumi bagi sesuatu kawasan yang besar. Rumput turf
memerlukan pemotongan dari masa ke semasa bagi mendapatkan pertumbuhan yang baik.
Terdapat sebilangan jenis rumput yang tahan dipijak selalu, tetapi ada juga sebilangan jenis
yang tidak. Jadi kita hendaklah tahu memilih jenis rumput yang sesuai mengikut kehendak dan
tempat ianya hendak ditanam. Antara contoh rumput turf ialah seperti:
 Rumput permaidani (Axonopus compressus)
 Rumput Seranggoon (Digitaria didactylia)
 Saint Augustine (Stenotaphrum secundatum)
 Zoysia (Zoysia matrella)
 Rumput Bermuda (Cynodon dactylon)

ii. ELEMEN BUATAN

Elemen buatan merupakan segala elemen di dalam landskap yang dibina atau dibuat oleh
manusia. Elemen ini boleh dihasilkan daripada pelbagai bahan seperti konkrit, batu, kayu,
gentian kaca dan sebagainya mengikut kehendak dan tujuan elemen itu diadakan serta
kesesuaian pemakaiannya. Contoh elemen buatan yang banyak didapati dalam landskap harian
ialah seperti turapan, tempat duduk, bekas tanaman, papan tanda, tong sampah, wakaf, pagar,
tembok, dan lampu. Kebanyakan elemen-elemen ini direka bentuk oleh Arkitek Landskap
berdasarkan konsep reka bentuk yang dihasilkan bagi sesuatu kawasan. Antara faktor yang
diambilkira dalam pemakaian elemen buatan ini ialah:

(a) Jenis elemen kerusi, pagar dan sebagainya


(b) Fungsi elemen contoh sebagai penghadang
(c) Bahan batu kayu besi
(d) Kos pembuatan
(e) Ketahanan
10
(f) Keselamatan pengguna
(g) Penyelenggaraan

4.0 PENUTUP

Landskap merupakan salah satu bidang hortikultur hiasan. Landskap melibatkan aktiviti
menghias kawasan persekitaran bagi mewujudkan pemandangan yang cantik dan indah
seterusnya membuat perancangan yang teliti dan penyenggaraan berterusan bagi mengekalkan
fungsi dan keindahannya. Landskap juga merupakan satu tanaman yang digubah dengan cukup
menarik untuk mencantikkan sesuatu kawasan. Landskap ditanam mengikut kemahiran
seseorang dengan mengadunkan pelbagai jenis pokok bunga dari segi spesis, warna, dan
keperluan. Gabungan inilah yang menjadi landskap kelihatan cukup menarik. Landskap diubah
11
dalam bentuk yang bersesuaian mengikut keadaan. Oleh itu, landskap akan menjadikan suasana
sesuatu tempat lebih menawan. Ini adalah penting supaya suasana menjadi lebih selesa. .

Kepentingan landskap terhadap kehidupan dapat dilihat daripada sudut ekonomi, pengawalan
alam sekitar dan nilai estetika sesuatu kawasan. Sebagai contoh, bidang landskap
dapat membantu meningkatkan taraf sosioekonomi negara melalui penawaran peluang
pekerjaan seperti arkitek landskap, pereka bentuk landskap dan ahli hortikultur. Dari segi alam
sekitar pula, perancangan landskap yang baik dapat membantu mengawal kualiti alam sekitar
melalui penanaman pokok yang mampu mengurangkan perubahan suhu yang ekstrem dan
masalah hakisan tanah. Nilai estetika yang dinikmati melalui seni landskap adalah daripada
aspek keindahan dan kecantikan yang merangkumi bentuk, tekstur, baudan warna yang
pelbagai bagi sesuatu kawasan.

Oleh itu, perancangan seni landskap yang baik bergantung pengolahan elemen semulajadi dan
buatan secara harmoni. Pendek kata, projek landskap di ruang terbatas seperti halaman rumah
adalah satu percubaan untuk mencipta dan menggabungkan beberapa unsur alam yang istimewa
pada skala lebih kecil dan terkawal. Pendedahan terhadap konsep-konsep atau seni-seni
landskap dari budaya-budaya berlainan, menjadikan ia satu bidang yang lebih menarik.
Landskap yang direka sesuai dan mendokong kediaman secara keseluruhan pasti akan
memberikan kepuasan yang dihajati.

5.0 RUJUKAN

Buku :
Nor Ain Mohd Rejab (2003). Landskap Kediaman. Kuala Lumpur :DBP
Nor Ain Mohd Rejab(2002). Siantan. Kuala Lumpur. DBP
Nor Ain Mohd Rejab (1996). Tanaman Landskap Pokok Renek. Kuala Lumpur : DBP
OUM (2008). HBLS 4103 Pengurusan Landskap
Zakaria Abdullah (1990). Pokok Bunga-bunga Di Malaysia. Kuala Lumpur : PAM
Publishing (M) Sdn. Bhd
Internet :
12
http://www.scribd.com
http://www.slideshare.com
Ln (2012), Tiada 'Fountain', Sunyilah Taman Diperoleh Pada 17 Mac 2015 Daripada
http://mekarharum.blogspot.com/2012/05/tiada-fountain-sunyilah-taman.html.
Mohd Faizal Bin Jamaludin, Jenis Landskap Diperoleh Pada 17 Mac 2015 Daripada
http://rahsiataman.com/wp/landskap/tentang-landskap/jenis-landskap/
Noor Syafiqah (2010), Seni Hias ( Landskap) Diperoleh Pada 17 Mac 2015 Daripada
http://noorsyafiqah123.blogspot.com/2010/10/seni-hias-landskap.html.

6.0 LAMPIRAN

13
14

Anda mungkin juga menyukai