Anda di halaman 1dari 17

SURYATI BT.

UDAI
701016135770002

1.0. PENGENALAN
Dalam konteks pendidikan di Malaysia, pelaksanaan Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah (KBSR) adalah sebahagian daripada manifestasi reformasi pendidikan.
Ia menitikberatkan strategi-strategi pengajaran bagi membawa perubahan besar kepada
orientasi dan kandungan kurikulum serta sistem pendidikan di Malaysia. Oleh itu
pengajaran Pendidikan Kesihatan perlu dilaksanakan berdasarkan strategi yang
mempunyai hala tuju ke arah mencapai matlamat KBSR. Keadaan ini menuntut supaya
guru dapat memahami dan melaksanakan peranan guru sebagai perangsang kearah
mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan berasaskan isi
dan konsep yang relevan dan bermakna dalam kehidupan seharian murid disamping
berperanan juga sebagai pencetus aktiviti berfikir dalam amalan pedagogi bilik darjah.
Penguasaan Pendidikan Kesihatan merujuk kepada peri pentingnya pemahaman
individu dalam konsep-konsep kesihatan. Hakikat ini tidak dapat dinafikan kerana
penguasaan Pendidikan Kesihatan penting dalam memacu pembangunan negara. Pelajar
perlu dibangunkan dengan asas-asas Pendidikan Kesihatan yang kukuh. Pelajar perlu
menguasai isi kandungan Pendidikan Kesihatan dengan penuh rasa motivasi yang tinggi
serta dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Justeru, ini membawa kepada
pentingnya teknik dan strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah yang
akan dapat menarik minat pelajar, mengekalkan perhatian seterusnya menerapkan sesuatu
konsep secara berkesan kepada pelajar (Mok, 2002) serta merangsang mereka
mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Antara strategi yang dilihat berwibawa
untuk mencapai matlamat ini ialah pembelajaran secara kontekstual.
Pendidikan sekarang juga memerlukan guru-guru mahir yang boleh menjadikan
pelajarnya berfikir berkaitan perkara yang disampaikan dalam disiplin ilmu masing-
masing, maka dengan itu hal ini turut dititikberatkan dalam pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Kesihatan. Adalah menjadi peranan utama guru supaya dapat menyediakan
persekitaran dan iklim yang memungkinkan wujudnya suasana berfikir di dalam kelas.
Penelitian melalui inovasi kurikulum ini memperlihatkan penegasan dalam aspek
pembangunan kognitif yang mencakupi penguasaan kemahiran berfikir kritis dan
keamahiran berfikir kreatif. Keberkesanan strategi kemahiran berfikir di sekolah banyak

HBHE 1203 1
PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN
SURYATI BT. UDAI
701016135770002

bergantung pada sejauh mana guru memahami amalan pedagogi bagi menyampaikan
sesuatu isi kandungan pelajaran itu.
Sewaktu berhadapan dengan pelajar di dalam bilik-bilik darjah, guru mempunyai
pelbagai pilihan strategi yang boleh digunakan. Ini kerana terdapat pelbagai jenis pelajar
dengan latar belakang yang berbeza-beza. Sesuatu strategi yang dipilih dan dirancang
mungkin tidak sesuai kepada semua pelajar, tetapi segolongan sahaja. Kemahiran guru
menggunakan sesuatu strategi juga berbeza bergantung kepada jenis teori pembelajaran
yang didukung. Namun, walau apa pun strategi, baik pembelajaran secara kontekstual
maupun kemahiran berfikir yang dipilih dan ingin digunakan, guru perlu tahu dengan
mendalam segala langkah dan prosedur yang perlu diikuti. Tambahan pula tiada bukti
yang mengatakan hanya suatu strategi sahaja yang terbaik dan dapat menyelesaikan
semua masalah pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu guru perlu pandai menyesuaikan
strategi yang digunakan dengan isi pelajaran yang perlu disampaikan.

2.0. PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL

Konsep pendekatan pembelajaran secara kontekstual dalam pembelajaran


Pendidikan Kesihatan bermakna ianya haruslah berdasarkan konteks kegiatan dan
kejadian harian. Oleh itu, konsep Pendidikan Kesihatan perlu dikaitkan dengan
kehidupan harian pelajar secara eksplisit. Kegiatan belajar melalui pengalaman sendiri,
mengkonstruk pengetahuan, kemudian memberi makna pada pengetahuan itu dapat
menggalakkan pelajar mengaplikasikan pembelajaran secara kontekstual secara
bermakna. Oleh itu, pendekatan pembelajaran kontekstual membolehkan pelajar
menghayati kerelevanan pembelajaran Pendidikan Kesihatan dengan kehidupannya
sendiri.

2.1. Maksud pembelajaran secara kontekstual


Menurut Dr. Zolazlan Hamidin (2001), kontekstual jika diambil daripada ayat
asalnya dalam Bahasa Inggeris (asal bahasa Latin con = with + textum=woven)
bermaksud mengikut konteks atau dalam konteks. Konteks pula membawa maksud
keadaan, situasi dan kejadian.

HBHE 1203 2
PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN
SURYATI BT. UDAI
701016135770002

Secara umum, kontekstual membawa pengertian:


1. Yang berkenaan, releven, ada hubungan atau kaitan langsung, mengikut konteks.
2. Yang membawa maksud, makna dan kepentingan (meaningful).
Oleh itu, kaedah kontekstual iaitu kaedah yang dibentuk berasaskan maksud kontekstual
itu sendiri, seharusnya mampu membawa pelajar ke matlamat pembelajaran isi dan
konsep yang berkenaan atau releven bagi mereka, dan juga memberi makna dalam
kehidupan seharian mereka.
Dengan kata lain, pendekatan kontekstual ialah strategi pengajaran dan
pembelajaran yang menggabungkan isi pelajaran dengan pengalaman harian individu,
masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit
yang melibatkan aktiviti “hands-on” (aktiviti) dan pemikiran iaitu “minds-on” (Pusat
Perkembangan Kurikulum, 2001).

2.2. Kepentingan pembelajaran secara kontekstual dalam pengajaran dan


pembelajaran
Dalam pendekatan kontekstual, pengajaran dan pembelajaran perlu melalui proses
motivasi, pemahaman, aplikasi serta imbasan kembali dan penilaian. Kebolehan
melakukan (hands-on) dan berfikir (minds-on) merupakan asas pendekatan kontekstual.
Paduan kedua-duanya akan mendorong naluri ingin tahu murid dan menjadikan
pembelajaran suatu aktiviti bermakna kepada mereka. Oleh itu pembelajaran secara
kontekstual ini sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran berikutan
kemampuannya untuk merangsang pelajar belajar dengan penuh motivasi, bekerjasama
dan dapat melihat kerelevanan apa yang dipelajari dengan kehidupan seharian. Sesuatu
konsep yang abstrak akan dapat dipelajari dengan lebih mudah kerana guru akan mereka
bentuk suasana pembelajaran yang lebih konkrit menjurus kepada pembelajaran
bermakna.
Pembelajaran secara kontekstual menggalakkan pendidik memilih dan membina
persekitaran pembelajaran yang menggabungkan seberapa banyak bentuk pengalaman
yang boleh termasuk aspek sosial, fizikal, psikologikal, ke arah mencapai hasil
pembelajaran yang diinginkan. Dalam persekitaran sedemikian, pelajar menemui
perhubungan yang bermakna antara idea abstrak dan aplikasi praktikal dalam konteks

HBHE 1203 3
PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN
SURYATI BT. UDAI
701016135770002

alam yang nyata. Konsep dihayati melalui proses penemuan, pengukuhan dan
menghubungkaitkan.
Pengajaran pembelajaran secara kontekstual juga merupakan satu konsepsi
pengajaran dan pembelajaran yang membantu guru mengaitkan bahan subjek yang
dipelajari dengan situasi dunia sebenar dan memotivasikan pelajar untuk membuat
perkaitan antara pengetahuan dengan aplikasinya dalam kehidupan harian mereka sebagai
ahli keluarga, warga masyarakat dan pekerja. Contohnya, satu kelas Tahun 6 mungkin
sedang mempelajari konsep asas dengan mempelajari penyebaran AIDS atau cara
bagaimana menghadapi dan mengatasi masalah yang membawa kepada penyakit AIDS.
Pendekatan pembelajaran kontekstual juga adalah penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Kesihatan kerana ianya
menggunakan situasi dan kaedah yang paling berkesan dan bermakna kepada pelajar.
Konsep yang disampaikan dalam situasi berkonteks yang spesifik di mana pelajar dapat
mengalami dan membuatnya sendiri dan ini menjadikan pelajaran Pendidikan Kesihatan
lebih menarik dan mudah difahami oleh mereka.
Komponen utama yang boleh dilihat dalam pembelajaran kontekstual ialah
aktiviti hands on dalam konteks yang relevan pada pelajar. Pendidikan Kesihatan yang
menggunakan kaedah konteks adalah suatu set bahan-bahan pengajaran yang berkaitan
terus kepada kehidupan seharian. Modul-modul pengajaran ini membantu para pelajar
mendapat pendidikan secara mantap dan kontekstual dan ini seterusnya membantu serta
memotivasikan pelajar mencapai kejayaan.

2.3. Proses REACT dalam pembelajaran secara kontekstual


Menurut modul yang dikeluarkan Pusat Perkembangan Kurikulum (2001), dalam
pembelajaran kontekstual, pelajar akan melalui satu atau lebih daripada bentuk
pembelajaran yang berikut di dalam Rajah 1.

HBHE 1203 4
PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN
SURYATI BT. UDAI
701016135770002

R a j a h 1 :

Proses pembelajaran secara kontekstual


Prinsip REACT ini amat penting untuk difahami guru dalam melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran secara kontekstual. Menurut Noor Azizah (2002), elemen
menghubung kait iaitu ‘Relating’ bermakna mempelajari sesuatu dalam konteks
pengalaman hidup. Kurikulum yang cuba menempatkan pembelajaran dalam konteks
pengalaman hidup mesti menumpukan perhatian pelajar kepada taakulan, peristiwa dan
keadaan harian. Kemudiannya taakulan, peristiwa dan keadaan harian itu dikaitkan
dengan maklumat baru untuk menyelesaikan sesuatu masalah (Noor Azizah, 2002).
Pelajar juga perlu digalakkan dan dibimbing untuk mengaitkan pengetahuan sedia ada
dengan apa yang dipelajari atau yang akan dipelajari.
Elemen mengalami atau ‘Experiencing’ pula merujuk kepada pembelajaran secara
aktif iaitu pelajar sendiri yang mengalami atau membentuk pengalaman mereka. Prinsip
ini penting untuk membolehkan pelajar meneroka dan menemukan pengetahuan dengan
sendiri dan dapat membuat perkaitan melalui pengalaman yang dialami. Walaupun
pelajar-pelajar boleh dimotivasikan dengan strategi pengajaran dan pembelajaran seperti
video, aktiviti berasaskan teks dan lain-lain, tapi bentuk ini masih merupakan bentuk
pembelajaran yang pasif secara bandingan (Noor Azizah, 2002).
Unsur ketiga dalam prinsip REACT ialah aplikasi atau ‘Applying’. Aplikasi
selalu berdasarkan kepada aktiviti pekerjaan dalam pembelajaran secara kontekstual
(Noor Azizah, 2002). Guru harus memastikan setiap pelajar dapat melihat adanya
perkaitan antara apa yang dipelajari dalam kelas dengan dunia luar. Menurutnya lagi,
sekolah boleh melakukan aktiviti seperti dalam teks, video, makmal, amali, lawatan
kilang, 'mentoring' dan latihan kerja.

HBHE 1203 5
PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN
SURYATI BT. UDAI
701016135770002

Elemen seterusnya ialah ‘Cooperating’ iaitu bekerjasama. Pengalaman


bekerjasama bukan sahaja membantu kebanyakan pelajar mempelajari bahan pengajian,
malah ia juga konsisten dengan fokus dunia tentang pengajaran kontekstual (Tan, 2003).
Melaluinya, selain daripada pelajar mendapat pengetahuan, mereka juga dapat belajar
untuk ‘cope’ dengan pelbagai situasi seperti pembahagian tugas, kawalan emosi semasa
perbincangan, semasa membentang dan seumpamanya. Kemahiran interpersonal yang
merupakan salah satu daripada kecerdasan pelbagai juga dapat digilap. Sekaligus, potensi
pelajar dapat diperkembang dengan lebih menyeluruh merangkumi pelbagai aspek.
Yang terakhir sekali, elemen ‘Transfering’ iaitu memindahkan. Secara lazimnya,
kebanyakan pelajar menghadapi situasi pembelajaran yang baru tanpa sebarang kaitan
dengan pengetahuan yang sedia ada. Jadi, pemindahan pembelajaran yang lepas adalah
penting dan bagi menggalakkan pemindahan ini, tindak balas dari pelajar adalah
mustahak (Noor Azizah, 2002).

2.4. Dua contoh lembaran kerja pembelajaran secara kontekstual


Lembaran-lembaran kerja dalam proses pembelajaran secara kontekstual yang
disarankan ini mengandungi kemahiran-kemahiran yang terkandung dalam prinsip
REACT. Prinsip REACT ini penting untuk kefahaman guru dalam melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran secara kontekstual ( rujuk lampiran I dan lampiran II ).

3.0. KEMAHIRAN BERFIKIR


Manusia yang dicipta oleh Tuhan sebagai khalifah atau pemimpin di muka bumi
ini mempunyai berbagai-bagai keistimewaan dan kelebihan berbanding dengan makhluk
lain. Kelebihan dan keistimewaan ini ialah kerana manusia dikurniakan akal. Akal sering
dikaitkan dengan organ otak manusia. Sekiranya manusia dapat mengeluarkan buah
fikiran, maka ia dikira sebagai telah memanfaatkan akal dan otaknya. Segala keputusan
dan tindakan manusia ada kaitan dengan kemahiran berfikir. Sekiranya keputusan dan
tindakan itu membawa natijah positif kepada dirinya dan orang lain, ia dikatakan
keputusan yang bijaksana. Sebaliknya, jika keputusan tidak bermanfaat kepada diri,
orang lain dan alam sekelilingnya, keputusan itu dikatakan tidak bijak atau tidak
berhikmah.

HBHE 1203 6
PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN
SURYATI BT. UDAI
701016135770002

Rajah 2: Operasi hemisfera kiri dan kanan otak

3.1. Maksud kemahiran berfikir


Kemahiran berfikir adalah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses
pemikiran. Seseorang yang memperolehi kemahiran berfikir sanggup dan cekap dalam
menyusun maklumat, konsep atau idea secara yang teratur dan membuat kesimpulan atau
keputusan yang tepat untuk tindakan yang terarah dan sewajarnya.
Menurut Beyer (1984), berfikir ialah kebolehan manusia untuk membentuk
konsep, memberi sebab atau membuat penentuan. Menurut Mayer (1977), pula
berpendapat bahawa berfikir melibatkan pengelolaan operasi mental tertentu yang
berlaku dalam minda atau sistem kognitif seseorang yang bertujuan untuk menyelesaikan
masalah. Berdasarkan pengertian tadi, bolehlah disimpulkan bahawa berfikir merupakan
suatu proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna dan pemahaman
terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan masalah.
Terdapat beberapa jenis pemikiran, antaranya ialah pemikiran kritis, pemikiran
kreatif, pemikiran konvergen (menumpu), pemikiran divergen ( mencapah) pemikiran
lateral, pemikiran menegak (vertical), penaakulan dan sebagainya. Jenis kemahiran

HBHE 1203 7
PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN
SURYATI BT. UDAI
701016135770002

berfikir yang akan dibincangkan selanjutnya nanti ialah kemahiran berfikir secara kritis
dan kemahiran berfikir secara kreatif.

3.2. Kepentingan kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran


Semua manusia menjalani proses berfikir. Namun, jenis dan cara mereka berfikir
adalah berbeza-beza di antara seorang individu dengan individu yang lain. Kualiti serta
buah fikiran yang dihasilkan juga berbeza. Kemahiran berfikir amat penting untuk
mengelak kesilapan berfikir yang sering dilakukan oleh seseorang individu. Kesilapan-
kesilapan ini menyebabkan keputusan atau penyelesaian masalah yang dibuat sering
menemui kegagalan dan kebuntuan. Kesilapan-kesilapan tersebut ialah berfikir secara
kabur, berfikir secara terburu-buru, berfikir secara bercelaru dan berfikir secara sempit.
Seseorang individu yang dapat menghindarkan diri dari kesilapan berfikir seperti yang
dinyatakan tadi akan dapat mengawal diri dari tindakan yang tidak rasional dan akan
selalu berjaya sama ada sewaktu membuat keputusan atau untuk menyelesaikan masalah.
Menurut  Dr.  Edward De Bono, kebijaksanaan dan kecerdasan yang dimiliki 
oleh manusia ditentukan oleh faktor genetik. Ia juga merupakan satu kemahiran yang
boleh dipertingkatkan melalui pendidikan, latihan dan pembelajaran. (1997:1). Pemikiran
dan kemahiran berfikir amat penting dalam usaha untuk memajukan diri sendiri dan
untuk membangunkan masyarakat selaras dengan menuju ke alaf baru serta membuktikan
ketamadunan sesebuah  masyarakat itu.
Kemahiran berfikir juga penting dalam meningkatkan pemikiran secara kritis dan
kreatif seseorang individu itu melalui latihan dan pengalaman dalam pelbagai aktiviti.
Pemikiran kritis melibatkan penyusunan kembali konsep-konsep dengan tujuan menilai
sesuatu objek atau satu-satu situasi. Sebagai contoh, dalam mata pelajaran Pendidikan
Kesihatan, pelajar digalakkan menjaga kebersihan tubuh badan, menjelaskan kepentingan
tubuh badan dan membuat kesimpulan tentang kepentingan penjagaan kesihatan diri.
Melalui aktiviti ini seluruh pemikiran dan minda pelajar akan terlibat untuk membuat
pertimbangan dan keputusan terhadap perkara-perkara tadi. Sementara pemikiran kreatif
pula dihubungkaitkan dengan daya kreativiti seseorang individu. Ia merujuk kepada
keupayaan memproses maklumat untuk menghasilkan sesuatu yang baru dan asli.

HBHE 1203 8
PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN
SURYATI BT. UDAI
701016135770002

Matlamat pendidikan negara ialah untuk memperkembangkan daya intelek


seseorang di samping unsur-unsur lain dalam usaha melahirkan tenaga sumber manusia
yang berkualiti sebagai aset negara yang utama. Untuk mencapai hasrat ini setiap
individu harus mempunyai kemahiran berfikir dan dapat menggunakan akal dengan bijak
dan bersistem. Perkembangan daya intelek individu dalam sesebuah masyarakat
menjamin wujudnya masyarakat berbudaya ilmu. Dengan erti kata lain kita perlu
mewujudkan masyarakat berbudaya ilmu sebagai prasyarat kearah menjayakan cita-cita
membangunkan sebuah negara bangsa yang maju, berwibawa dan cemerlang.

3.3. Model kemahiran berfikir


Kemahiran berfikir boleh dibahagikan kepada kemahiran berfikir kritis
dan kreatif. Kemahiran berfikir kritis ialah kebolehan untuk menilai kemunasabahan
sesuatu idea dan bersifat evaluatif. Kemahiran berfikir kreatif ialah kebolehan untuk
mencerna dan menghasilkan idea asli dan bersifat generatif. Idea baru terhasil melalui
ilham atau gabungan idea-idea yang ada.
Strategi berfikir pula merupakan proses berfikir yang lebih tinggi peringkatnya
dan mengandungi beberapa langkah yang melibatkan beberapa kemahiran berfikir kritis
dan kreatif. Kesemua kemahiran yang digunakan dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran adalah pada akhirnya menuju kea rah menkonsepsi, membuat keputusan
atau menyelesaikan masalah.
Kemahiran berfikir manaakul adalah sebagai pelincir dalam membantu kita
membuat pertimbangan secara logik dan rasional kepada semua kemahiran berfikir dan
strategi berfikir.
Perkaitan antara kemahiran berfikir kritis, kemahiran berfikir kretif, kemahiran
berfikir menaakul dan strategi berfikir adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.

HBHE 1203 9
PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN
SURYATI BT. UDAI
701016135770002

Rajah 3: Model kemahiran berfikir


Kemahiran berfikir dalam model ini telah disusun mengikut hierarki daripada
kemahiran asas kepada kemahiran yang kompleks. Dalam pengajaran dan pembelajaran,
kemahiran berfikir perlu diperkenalkan mengikut urutan. Murid perlu mempelajari dan
menguasai kemahiran berfikir yang asas sebelum mempelajari kemahiran berfikir yang
lebih kompleks.
Sekiranya dalam pengajaran dan pembelajarn, kemahiran berfikir yang akan
dipelajari adalah membuat urutan, murid seharusnya telah mempelajari dan menguasai
kemahiran yang sebelumnya iaitu kemahiran mencirikan, membanding beza, serta
mengumpul dan mengelas.

3.4. Kemahiran berfikir kritis


Mempunyai kemahiran berfikir secara kritis membolehkan kita menilai
kemunasabahan idea. Dari segi fisiologi, proses berfikir secara kritis dikatakan
melibatkan hemisfera otak di sebelah kiri.

3.4.1. Maksud kemahiran berfikir kritis


Pemikiran kritis sebenarnya melibatkan penyusunan kembali konsep-konsep
denga tujuan menilai sesuatu objek atau satu-satu situasi. Pemikiran kritis merangkumi
perkara-perkara dan kemahiran seperti kefahaman untuk menghujah, membuat
pertimbangan antara kebaikan dan kelemahan, usaha mengumpul maklumat dan usaha
mengetepikan makna yang kabur dan kesimpulan yang tidak munasabah. Menurut Alvino
(1990), pemikiran kritis ialah proses dalam menghuraikan ketulenan, ketepatan ataupun

HBHE 1203 10
PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN
SURYATI BT. UDAI
701016135770002

nilai bagi sesuatu perkara; ciri-ciri bagi kebolehan mencari sebab dan alternatif, melihat
situasi secara keseluruhan, dan mengubah pandangan berdasarkan bukti. Kadang kala
dipanggil juga sebagai pemikiran logikal dan pemikiran analitikal.

3.4.2. Kepentingan kemahiran berfikir kritis


Kemahiran berfikir secara kritis penting bagi mencapai tujuan yang spesifik.
Contohnya dalam proses perbandingan, menyebabkan kita sentiasa terlibat dalam
menganalisis ciri-ciri yang sepadan dengan ciri-ciri yang tidak sepadan, membandingkan
di antara ciri-ciri yang ada persamaan dan perbezaan dengan sesuatu item atau objek,
dan cuba merangka implikasi dari analisis tersebut. Semasa kita membuat keputusan yang
kritis, kita sebenarnya akan lebih memahami hal yang kita perbandingkan itu. Dikatakan
demikian kerana setiap aspek yang dianalisis telah diberi pertimbangan dan wajaran yang
setimpal. Kita juga dapat menjelaskan sebarang kekusutan yang mungkin kita sedang
alami. Selain daripada itu, dalam proses perbandingan, kita sebenarnya terlibat dalam
tugasan pemikiran yang lebih kompleks seperti memberi definisi, pengelasan, membuat
analogi dan memberi sebab-musabab.
Kemahiran berfikir kritis juga penting dalam membantu pelajar mengaplikasikan
pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih praktik sama ada di dalam
atau di luar sekolah. Sebagai contoh, proses pengumpulan dan klasifikasi buku-buku dan
bahan-bahan yang terdapat di perpustakaan sekolah, banyak membantu pelajar untuk
mendapatkan buku atau bahan bacaan yang diperlukan. Sekiranya kemahiran ini kita
gunakan untuk menyusun segala peralatan yang sering kita gunakan di rumah seperti
peralatan pertanian, pertukangan, alat-alat kegunaan dapur dan sebagainya, akan
memudahkan kita membuat kerja-kerja seharian kita tanpa menghadapi masalah
kehilangan, salah letak dan sebagainya.
Pemikiran kritis dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran pula penting dalam
penyelesaian sesuatu masalah dan memberi peluang kepada pelajar menggunakan
kemahiran yang sudah dipelajari bagi menyelesaikan masalah yang berkaitan. Penilaian
dan proses membuat keputusan dilakukan murid-murid secara sistematik untuk mencapai
keputusan yang diingini, secara tidak langsung melatih mereka supaya berfikiran kritis.

HBHE 1203 11
PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN
SURYATI BT. UDAI
701016135770002

Latihan berfikir ini sangat penting kepada mereka supaya dibiasakan dengan aktiviti-
aktiviti yang melibatkan proses berfikir dan membuat keputusan.

3.4.3. Tiga contoh lembaran kerja kemahiran berfikir kritis


Lembaran kerja yang disediakan untuk kemahiran berfikir kritis ini adalah
berdasarkan tiga daripada beberapa proses yang disenaraikan di dalam kemahiran berfikir
secara kritis. Kemahiran ini boleh dikuasai dan ditingkatkan melalui proses berikut:
a. Proses perbandingan ialah kemahiran membanding dan membeza.Merupakan
kemahiran yang  membolehkan anda meneliti persamaan dan kelainan antara dua objek,
idea, peristiwa dan sebagainya berdasarkan kepada aspek-aspek tertentu.
(rujuk lampiran III)
b. Proses penyusunan mengikut kriteria ialah aktiviti minda yang mengelompokkan
maklumat, objek atau perkara mengenai sesuatu ke dalam kumpulan atau kelas tertentu
mengikut ciri-ciri sepunya yang boleh diperhatikan. (rujuk lampiran IV)
c. Proses pengumpulan dan klasifikasi ialah kemahiran mengumpul, mencari,
menyenarai dan mengkategori ciri-ciri sesuatu benda dan sebagainya untuk membantu
kita menyusun dan mengatur maklumat yang kita kumpulkan itu dengan lebih sistematik
dan terurus. (rujuk lampiran V)

3.5. Kemahiran berfikir kreatif


Kemahiran berfikir secara kreatif pula membolehkan kita mencerna dan
menghasilkan idea-idea asli. Idea baru boleh tercetus melalui ilham dan gabungan idea-
idea yang sedia ada. Kemahiran berfikir kreatif pula banyak melibatkan sel-sel otak di
hemisfera kanan.

3.5.1. Maksud kemahiran berfikir kreatif


Pemikiran kreatif pula dihubungkaitkan dengan daya kreativiti seseorang
individu. Ia merujuk kepada keupayaan untuk memproses maklumat yang menghasilkan
sesuatu yang baru dan asli. Pemikiran kreatif boleh difahami secara jelas dengan melihat
kriteria-kriteria seperti keaslian idea, idea yang banyak, kemudahlenturan dan kupasan
atau huraian seseorang individu. Menurut Alvino (1990), pemikiran kreatif ialah cara

HBHE 1203 12
PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN
SURYATI BT. UDAI
701016135770002

melihat ataupun melakukan sesuatu yang dicirikan oleh empat komponen iaitu kelancaran
dalam menjana idea, fleksibiliti (mengubah perspektif dengan mudah), ketulenan
(menggambarkan sesuatu yang baru dan asli) dan elaborasi (membina idea yang lain).

3.5.2. Kepentingan kemahiran berfikir kreatif


Keupayaan akal berfikir secara kreatif membolehkan manusia meyelesaikan
masalah yang mudah dan rumit. Penyelesaian masalah adalah suatu situasi yang mana
kita tahu matlamat untuk menyelesaikan masalah tersebut tetapi tidak tahu bagaimana
untuk mencapai atau menyelesaikannya. Goethe pernah menyatakan, “Manusia hidup
dalam lingkaran masalah; untuk terus hidup masalah hendaklah diselesaikan.” Masalah
menjadikan kita matang, berpengalaman dan dapat mengurus diri dengan baik. Ada
masalah yang mudah, ada pula masalah yang sukar dan kompleks. Namun dengan jalan
berfikir ia dapat diselesaikan. Kecil ataupun besarnya sesuatu masalah itu bukan menjadi
masalah kepada individu yang kreatif. Individu yang kreatif sering melihat masalah
sebagai peluang yang daripadanya keuntungan akan dapat diraih. Justeru itu banyak cara
bagaimana sesuatu masalah itu dapat diselesaikan secara kreatif. Apa yang penting,
individu yang kreatif tidak harus menyempitkan paradigma mereka dalam suatu persepsi
yang sehala.
Kemahiran berfikir kreatif penting dalam menghasilkan atau menerbitkan idea
dan produk konkrit. Idea ialah sesuatu yang abstrak dan konseptual, tetapi ia amat mahal
dan berharga. Idea adalah aset terpenting kepada sesiapa sahaja sama ada individu
ataupun organisasi. Justeru itu, tahap utama pemikiran kreatif adalah menerbitkan idea.
Idea boleh diterbitkan secara individu ataupun secara berkumpulan. Mudah menerbitkan
idea tetapi sukar melaksanakannya. Ada manusia yang kaya kerana memiliki idea.
Dengan idea, mereka dapat menubuhkan syarikat perundingan dan kemudian
mengenakan bayaran kepada sesiapa juga yang inginkan perkhidmatan mereka. Hasil
daripada idea kreatif juga dapat diterjemahkan melalui penghasilan produk konkrit dan
abstrak. Idea kreatif hanyalah sebahagian daripada proses penghasilan produk tetapi ia
sangat penting dan menjadi asas terhasilnya nilai produk yang berkualiti. Misalnya, alat-
alat senaman yang terdapat dalam pelbagai bentuk, saiz, harga dan fungsi di pasaran

HBHE 1203 13
PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN
SURYATI BT. UDAI
701016135770002

masa kini. Nah, kita lihat betapa banyaknya jenis dan fungsi alat-alat senaman sekarang
ini yang dihasilkan oleh Takasima, Ogawa, Gintell dan sebagainya.
Pemikiran kreatif juga penting dalam membuat atau menentukan sesuatu
keputusan. Membuat keputusan bukannya mudah. Membuat keputusan ialah menentukan
suatu perkara atau jawapan yang tebaik daripada sebilangan alternatif yang ada. Ini
termasuklah bagaimana kita membuat sesuatu keputusan yang mudah iaitu apa yang
perlu dimakan serta membuat keputusan yang sukar seperti memilih kerjaya. Apatah lagi
jika keputusan yang hendak dibuat itu kritikal, ditambah dengan kesuntukan masa.
Keputusan yang bijak dan kreatif diambil berdasarkan keupayaan, kemampuan,
maklumat yang mencukupi serta kesan daripada keputusan yang dibuat.Jika kita mampu
dengan idea itu dan sanggup pula menghadapi risikonya, mengapa tidak kita
mencubanya?

3.5.3. Tiga contoh lembaran kerja kemahiran berfikir kreatif


Lembaran-lembaran kerja untuk kemahiran berfikir kreatif boleh dibina
berdasarkan beberapa proses dan diantara tiga proses tersebut ialah seperti berikut:
a. Proses menjana idea ialah idea atau ilham yang berkaitan sesuatu perkara atau
objek dicetuskan secara spontan dan berterusan. (rujuk lampiran VI)
b. Proses hubungkait ialah membentuk sesuatu kefahaman tentang sesuatu konsep
itu dengan satu konsep lain yang mempunyai ciri yang serupa. (rujuk lampran VII)
c. Proses membuat inferens ialah daripada maklumat-maklumat pemerhatian yang
telah dikumpul, kita cuba membuat kesimpulan awal yang mungkin benar ataupun tidak.
(rujuk lampiran VIII)

4.0. PENUTUP
Kesimpulannya, pendekatan kontekstual merupakan suatu kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang mencabar, berkesan dan menyeronokkan, ianya penting dalam
menyumbang ke arah pemeringkatan penguasaan kemahiran dan prestasi murid dan
membina keyakinan diri kerana murid dapat memahami perhubungan antara teori dan
amalan. Kepentingan lain pembelajaran secara kontekstual juga dapat dilihat dalam
membina pendekatan kerja kumpulan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Sekolah

HBHE 1203 14
PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN
SURYATI BT. UDAI
701016135770002

dapat memainkan peranan sebagai penghubung antara akademik dan alam pekerjaan dan
dengan itu mendapat sokongan dan dokongan industri. Akhir sekali, pendekatan
kontekstual juga penting untuk membina asas kukuh tenaga kerja mahir masa depan
untuk menguatkan kedudukan negara di peringkat dunia.
Kemahiran berfikir kreatif dan kitis (KBKK) pula amat penting membantu pelajar
bagi menghadapi kehidupan yang mencabar dalam dunia berteknologi tinggi masa kini.
KBKK dirasakan dapat membantu pelajar menyelesaikan masalah dalam pembelajaran
dan memupuk pelajar yang berdaya fikir dalam menghasilkan idea atau ciptaan yang
kreatif dan inovatif. KBKK juga penting dalam memperkembangkan daya intelek pelajar
dan membantu pelajar mengelakkan diri dari berlakunya kesilapan semasa berfikir serta
mampu melahirkan pelajar yang bersikap terbuka dalam menerima dan memberi
pendapat, membina keyakinan diri untuk memberi hujah, membuat pertimbangan
berdasarkan alasan dan bukti, serta berani memberi pandangan dan kritik.
Kedua-dua strategi ini wajar diberikan penekanan dalam pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Kesihatan. Di samping penguasaan kemahiran kesihatan yang
mantap, pelajar dapat diperkasa dengan keupayaan berfikir yang tinggi dan tidak hanya
melihat fenomena yang hanya wujud di hadapan mata sahaja. Oleh itu, semua pihak
dalam bidang pendidikan perlu mempunyai perspektif yang jelas pada cara strategi itu
diaplikasikan. Ini menuntut penglibatan aktif terutamanya pada tahap pelaksana
kurikulum di sekolah. Walaupun strategi serta kemahiran-kemahiran ini sudah lama
dilaksanakan dalam sistem pendidikan negara, namun langkah pemantapan perlu
dilakukan supaya penguasaan pelajar dalam kemahiran-kemahiran itu dapat dimanfaatkan
dalam ruang lingkup kehidupan yang lebih luas dan mencabar.

HBHE 1203 15
PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN
SURYATI BT. UDAI
701016135770002

RUJUKAN

Critical and Creative Thinking - Bloom's Taxonomy. Di muat turun dari


http://eduscapes.com/tap/topic69.htm . Pada 18 Jun 2009.

Dzulkifli Ismail, Jamaliyah Ahmad, Aris Fazil Hj. Ujang (2007). Pendidikan Jasmani
dan Pendidikan Kesihatan : Sekolah Kebangsaan buku teks Tahun 4. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Azhar Abd. Hamid, Mohd. Nasir Markom, Othman A. Kassim (2006). Permainan
Kreatif untuk guru dan jurulatih. Kuala Lumpur: PTS Professional.

Mohd. Nashuha Jamidin, et al. (1995). Kemahiran berfikir dan belajar. Shah Alam: Fajar
Bakti Sdn. Bhd.

Prof. Dr. Mansor Fadzil, Prof. Madya Dr. Widad Othman (2009). Pedagogi Pendidikan
Kesihatan. Selangor Darul Ehsan: Open University Malaysia.

Shahabuddin Hashim, Dr. Rohizani Yakub, Mohd. Zohir Ahmad (2007). Pedagogi :
Strategi dan teknik mengajar dengan berkesan. Kuala Lumpur: PTS Professional.

The REACT Strategy. Di muat turun dari


http://www.texascollaborative.org/TheREACTstrategy.htm . Pada 15 Jun 2009.

What is critical thinking and why is it important? Di muat turun dari


http://philosophy.hku.hk/think/critical/ct.php . Pada 18 Jun 2009.

What is contextual teaching and learning? Di muat turun dari


http://www.cew.wisc.edu/teachnet/ctl/ . Pada 15 Jun 2009.

HBHE 1203 16
PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN
SURYATI BT. UDAI
701016135770002

LAMPIRAN

1. Lembaran kerja pembelajaran secara kontekstual:-


Lampiran I
Lampiran II
2. Lembaran kerja kemahiran berfikir kritis:-
Lampiran III
Lampiran IV
Lampiran V
3. Lembaran kerja kemahiran berfikir kreatif:-
Lampiran VI
Lampiran VII
Lampiran VIII

HBHE 1203 17
PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

Anda mungkin juga menyukai