Anda di halaman 1dari 6

KONSEP-KONSEP UTAMA TEORI PEMBELAJARAN HUMANISTIK CARL ROGERS DAN

KESESUAIAN PELAKSANAANNYA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI BILIK


DARJAH

1.0 PENDAHULUAN

DEFINISI

1. Teori ini mementingkan kesediaan moral dan potensi pelajar.


2. Di samping itu, Teori Humanistik ini juga memfokuskan kepada perkara-perkara yang
berkaitan secara langsung dengan individu, keunikan diri sendiri bagi seseorang individu
dan juga kepentingan kemanusiaan terhadap individu.

Dalam Teori Humanistik, beberapa andaian telah dibuat iaitu

1. manusia mempunyai keperluan dan keperluan asas. Sekiranya keperluan dan keperluan
asas dipenuhi sepenuhnya maka secara langsung individu dapat memotivasikan individu
sendiri ke peringkat yang lebih tinggi iaitu mencapai tahap kesempurnaan diri. Kenyataan
ini disokong oleh hierarki keperluan mengikut Maslow (1984) yang menyatakan bahawa
jika keperluan psikologi tidak dipenuhi oleh individu maka jiwa seseorang tersebut akan
terganggu dan tidak tenteram.

Sepanjang proses pembelajaran, Teori Humanistik ini menekan kepada pelajar, berpusat kepada
pelajar dan pelajar diibaratkan sebagai klien. Dalam keadaan ini, konsep ini sangat penting
kerana ia menceritakan tentang beberapa aspek iaitu dari segi nilai manusia, hak individu,
tindakan diri dan harga diri dalam menentukan sesuatu tindakan yang diambil (Azizi Yahaya &
Chu Siew Pang, )

Mohd. Sharani Ahmad & Zainal Madon (2007). “Tip Pandai Belajar.” Kuala Lumpur.: PTS Millenia.

(Azizi Yahaya & Chu Siew Pang, ). TEORI-TEORI PEMBELAJARAN.

Teori Humanism pula menekankan kepada persekitaran yang menyokong pembelajaran bagi membantu
proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam Teori Humanism, pembelajaran adalah berpusatkan pelajar
(student centered) dan bersifat individu (personal). Persekitaran yang menyokong pembelajaran adalah
diperlukan untuk perkembangan afektif dan kognitif. Dalam hal ini, amalan jenaka atau kecindan dapat
membantu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang membantu menyokong perkembangan afektif
dan kognitif pelajar. WAN NUR HASYMY BIN WAN MANSOR, (2014)

OBJEKTIF KAJIAN

Oleh yang demikian, analisis terhadap konsep dan kesesuaian pelaksanaan Teori Pembelajaran
Humanistik Carl Rogers dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) di bilik darjah akan
dibincangkan secara terperinci. Segala pendekatan, strategi dan kaedah masa kini dalam bidang
pendidikan akan dihuraikan agar usaha untuk melahirkan modal insan yang holistik dan seimbang
selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dapat direalisasikan dengan jayanya.

KONSEP-KONSEP UTAMA TEORI PEMBELAJARAN HUMANISTIK CARL ROGERS DAN


KESESUAIAN PELAKSANAANNYA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI BILIK
DARJAH

Teori Humanisme oleh Carl Rogers menyatakan bahawa kuasa dalaman yang dimiliki oleh
manusia perlu dipupuk ke arah nilai-nilai positif. Tingkah laku remaja ataupun pelajar sekolah
dapat dipupuk dengan baik sekiranya guru dapat menyemai nilai positif semasa sesi (PdP). Di
sekolah, guru-guru perlu bersedia untuk memberi input yang baik seperti menonjolkan teladan
yang baik dan menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang dapat merangsang
minat pelajar untuk datang ke sekolah. Sekiranya guru dapat menyediakan ransangan yang
positif kepada pelajar, tidak mustahil kuasa dalaman positif yang dimiliki seseorang pelajar dapat
dipupuk dan dapat membentuk tingkah laku yang baik dalam kalangan remaja. KHALIM ZAINAL
()

KHALIM ZAINAL. (). Memahami Tingkah Laku Remaja Bermasalah Dari Perspektif Teori
Tingkah Laku, Humanistik, Psikoanalitik & Tret Personaliti. Jurnal Pengajian Umum Bil. 9. 43-
55.

Carl Rogers (), menyatakan potensi yang terdapat dalam diri individu akan melahirkan
esteem kendiri dan membantu kepada perkembangan potensi diri. Potensi diri positif ini jika
disokong dengan persekitaran yang kondusif yang dapat memberikan rangsangan, potensi diri
akan terus berkembang. Hal ini akan melahirkan individu yang mempunyai esteem kendiri yang
tinggi. Sekiranya seseorang mempunyai esteem kendiri yang rendah, hal ini turut mempengaruhi
cara seseorang berhubung dengan orang lain. Perkara ini dapat menjejaskan hubungan dalam
sesebuah masyarakat. Oleh yang demikian, sekiranya persekitaran di sekolah seperti guru, rakan
sebaya dan suasana sekolah dapat memberikan ransangan positif terhadap pelajar, maka ianya
dapat membantu pencapaian esteem kendiri yang tinggi dalam kalangan pelajar.

Guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif bagi membantu pencapaian
esteem kendiri yang tinggi. Jika ini tercapai, pelajar akan membentuk peribadi yang baik dan
seterusnya akan bertingkah laku seperti yang dikehendaki oleh pihak sekolah. Sebaliknya akan
berlaku jika persekitaran luar yang menyediakan rangsangan positif yang telah ditetapkan
(conditional positive regard) akan melahirkan individu yang mempunyai esteem kendiri yang
rendah. Hakikatnya apa yang terjadi pada masa kini dengan berlakunya banyak masalah disiplin
ialah pelajar mempunyai esteem kendiri yang rendah. Kesannya, mereka tidak minat untuk
belajar menyebabkan mereka kerap ponteng kelas ataupun sekolah, melakukan aktiviti
vandalisme, melawan guru, bergaduh dan sebagainya lagi. Peranan pihak kerajaan juga penting
dalam menyediakan persekitaran pembelajaran yang baik seperti bilik darjah, guru, peralatan
pembelajaran dan prasarana yang mencukupi dan selesa untuk proses pengajaran dan
pembelajaran dapat berjalan dengan lancar. Hal ini akan memberi rangsangan yang baik kepada
pelajar.
Teori Pembelajaran Humanism yang diasaskan oleh Abraham Maslow, Carl Rogers dan Malcolm Knowles
didapati mempunyai kaitan dengan amalan jenaka yang dapat mencetuskan situasi pembelajaran yang
berkesan.

Teori Humanism pula menekankan kepada persekitaran yang menyokong pembelajaran bagi membantu
proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam Teori Humanism, pembelajaran adalah berpusatkan pelajar
(student centered) dan bersifat individu (personal). Persekitaran yang menyokong pembelajaran adalah
diperlukan untuk perkembangan afektif dan kognitif. Dalam hal ini, amalan jenaka atau kecindan dapat
membantu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang membantu menyokong perkembangan afektif
dan kognitif pelajar. WAN NUR HASYMY BIN WAN MANSOR, (2014)

PENERAPAN UNSUR KECINDAN DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN REKA BENTUK
TEKNOLOGI. Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussien Onn Malaysia. Laporan
projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana
Pendidikan Teknikal (Rekabentuk Instruksional dan Teknologi)

Ahli-ahli pendidik progresivisme seperti W.H.Kilpatrik (1871-1965) berpendapat pengajaran harus


berpusatkan murid bukan guru. Ini diperkukuhkan lagi oleh Carl Rogers (1902-1987) apabila beliau
menyatakan di dalam Prinsip-Prinsip Pendekatan Pendidikan Roger (Keow, 2011) bahawa beliau
mengutamakan pendidikan berpusatkan pelajar.

Carl R.Rogers menyatakan pembelajaran adalah berdasarkan kepada lima hipotesis asas dan di antaranya
hipotesis yang pertama iaitu, ‘Seseorang tidak boleh mengajar orang lain secara langsung, sebaliknya
seseorang hanya boleh memudahkan pembelajaran orang lain’. Hipotesis ini dipetik daripada teori
personaliti beliau yang menyatakan setiap individu wujud dalam perubahan secara berterusan melalui
pengalaman yang dimiliki (Abdul Hamid, M.A., et.al, 2004).
Ahli – ahli teori ini berpendapat setiap individu mempunyai cara belajar yang berbeza dengan individu
yang lain. Rentetan itu, menurut Carl Rogers, setiap individu mempunyai potensi dan keinginan mencapai
kecemerlangan kendiri. Carl Roger di dalam bukunya yang bertajuk Freedom to Learn for the 80’s (1983)
menghasilkan teori pembelajarannya dengan menyatakan beliau melihat bentuk rawatan dan
pembelajaran mempunyai persamaan dari segi proses. Mengikut prinsip Carl Roger (1902-1987)
keutamaan adalah lebih kepada pendidikan berpusatkan tenaga pengajar (Learner-Center Education) dan
mengutamakan prinsip pembelajaran yang berasaskan kebebasan (freedom to learn). Ini jelas
menunjukkan teori ini menyokong pembelajaran arahan kendiri seperti yang ditonjolkan di dalam
pembelajaran orang dewasa (Merriam and Caffarella, 1991)

Ahli-ahli linguistik terapan seperti Richards dan Rogers (1991) berpendapat penglibatan pelajar secara
aktif amat penting dalam pendekatan komunikatif. Melalui pendekatan ini, pengajaran bahasa memberi
penekanan kepada kecekapan berbahasa daripada penguasaan struktur-struktur bahasa.

Carl Rorger (1961) juga turut membincangkan mengenai konsep kendiri. Purkey (1978) telah meletakkan
Carl Roger sebagai pengasas Teori Kendiri kerana Roger (1961) menganggap kendiri sebagai komponen
yang penting dalam aspek personaliti, perkembangan, pertumbuhan dan penyesuaian individu dengan
persekitaran. Roger (1961) mentakrifkan konsep kendiri sebagai hasil daripada segala idea, persepsi serta
nilai yang dipegang oleh seseorang yang mencirikan diriku (me) dan aku (I) dan persoalan yang sering
wujud ialah siapakah diriku? dan apakah yang mampu aku lakukan?. Dengan kata lain, konsep kendiri
merupakan gambaran keseluruhan mengenai kendiri seseorang yang tersusun dan dapat dibawa ke
peringkat sedar.

Walaupun begitu, Roger (1961) berpendapat bahawa setiap indivdu mempunyai motivasi intrinsik atau
dalaman ke arah penyempurnaan kendiri (self-actualizing tendency). Kecenderungan ke arah
penyempurnaan kendiri ini merupakan suatu desakan yang kuat dari dalam yang akan menjurus ke arah
potensi individu serta mempertahankan dan mempertingkatkan kendiri individu. Proses untuk
penyempurnaan kendiri ini membabitkan aspek biologikal iaitu cuba memuaskan desakan keperluan asas
seperti makanan, tempat tinggal, dan sekualiti manakala aspek psikologikal pula merupakan usaha ke arah
perkembangan potensi individu yang sangat bernilai (Ryckman, 2008).
Seterusnya Yeung Chui, Lau, Inerney, Russell-Bowie, dan Suiman (2000) dalam kajiannya mendapati
wujudnya hubungan yang signifikan antara konsep kendiri dengan pencapaian dalam sesuatu bidang
akademik. Dengan kata lain, pelajar yang memiliki konsep kendiri yang positif dalam Matematik akan
cemerlang dalam Matematik

Anda mungkin juga menyukai