Anda di halaman 1dari 1

PRAKATA

Assalamualaikum kami ucapkan sebagai pembuka kata dalam kerja kursus EDUP3053:
Teknologi Untuk Pengajaran dan Pembelajaran. Saya Nur Arina Binti Mohamad bersama 2 orang
rakan yang lain iaitu Amni Najwa Binti Mohd Zahir dan Siti Aishah Binti Norazam berasa bersyukur
mendapat tugasan ini kerana banyak perkara yang boleh kami pelajari seperti pemanfaatan
teknologi digital dalam pengajaran dan pembelajaran. Kami juga telah berjaya menghasilkan satu
pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital yang berkesan dengan menggabungjalinkan
pelbagai media pengajaran.

Sehubungan dengan itu, satu pakej bahan pengajaran dan pembelajaran digital, THE
PATRIOTS telah dibangunkan dengan menggunakan platform aplikasi WIX yang bertujuan untuk
meningkatkan keberkesanan dan kecekapan sesi pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc).
Pakej THE PATRIOTS ini, dibangunkan untuk tajuk 7: Perjuangan Kemerdekaan Negara dengan
berdasarkan standard kandungan 7.3 Sejarah Kemerdekaan Negara 1957 bagi mata pelajaran
Sejarah Tahun 5.

Seterusnya, kami ingin mengucapkan penghargaan terima kasih kepada pensyarah yang
banyak membantu kami iaitu Pn. Zuraidah Binti Baharin. Beliau telah banyak membantu kami
dalam menyiapkan tugasan ini. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa kami
yang banyak memberikan dorongan untuk menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Selain itu, kami
juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah banyak berkerjasama dan
memberikan buah fikiran dalam proses pelaksanaan tugasan kerja kursus.

Syukur kepada Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurnianya kami berjaya menyiapkan
tugasan yang diberikan ini tepat pada masanya.

Anda mungkin juga menyukai