Anda di halaman 1dari 20

EDUP 3033 MURID DAN PEMBELAJARAN

Tutorial 8:
Jelaskan bagaimanakah anda mengaplikasikan Teori
Pembelajaran Sosial untuk membantu pembelajaran
Murid termasuk kanak-kanak berkeperluan khas

Catherine anak Loo

PISMP BIB SEMESTER 2 TAHUN 1


AMBILAN JUN 2017
Teori Pembelajaran Sosial Albert Bandura

• Manusia belajar secara semula jadi melalui proses


peniruan atau pemerhatian iaitu dengan cara melihat
orang lain melakukan sesuatu dan mendapat ganjaran
atau hukuman daripada perlakuan tersebut.
• Dikenali sebagai teori sosial kognitif memandangkan
proses kognitif turut terlibat.
• Individu meniru tingkah laku yang baik dan tidak baik.
• Kanak-kanak meniru tingkah laku yang diperhatikan,
terutama yang mendapat peneguhan.
Contoh tingkah laku yang ditiru oleh kanak-kanak
• Pembelajar sosial menurut Albert Bandura melibatkan
hubungan pengaruh 3 unsur iaitu 3 unsur iaitu persekitaran,
individu (kognitif), dan tingkah laku.

INDIVIDU

PERSEKITARAN TINGKAH LAKU

• Faktor tersebut saling berinteraksi dan mempengaruhi


pembelajaran.
• Bandura berpendapat bahawa perlakuan seseorang adalah
hasil interaksi antara faktor dalam diri dan persekitaran.
Kajian Bandura
Kumpulan A Kanak-kanak disuruh memerhati sekumpulan orang
dewasa memukul, menumbuk, menendang dan
menjerit terhadap patung.

Kumpulan B Kanak-kanak disuruh memerhati sekumpulan orang


dewasa bermesra dengan patung besar

Kedua-kedua kumpulan kanak-kanak kemudian dibawa ke tempat


permainan yang serupa dengan situasi eksperimen tersebut.

Kumpulan A Menunjukkan tingkah laku yang lebih agresif


daripada tingkah laku orang dewasa yang mereka
perhatikan.
Kumpulan B Tidak menunjukkan sebarang tingkah laku agresif
Peniruan sekat lakuan dan tak sekat lakuan
Sekat Lakuan
-peniruan yang sesuai dilakukan dalam keadaan tertentu
tetapi tidak digunakan dalam keadaan yang lain.
3 bentuk Contoh: Murid boleh meniru kawan mereka bersorak di
peniruan tepi padang tetapi tidak boleh meniru mereka bersorak di
dalam kelas.
Tak sekat lakuan
-tindakan yang boleh dilakukan dalam semua situasi.
Contoh: Murid meniru berbudi bahasa gurunya.

Peniruan secara langsung Peniruan Elisitasi


•Berlaku secara langsung apabila •Melibatkan emosi dan keinginan.
melihat orang (model) melakukan •contoh: Timbul keinginan di hati
sesuatu. Amir untuk membantu bapanya
•Contoh: Guru PJ menunjukkan membasuh kereta setelah melihat
cara menendang bola, murid akan Badrul membantu bapanya
menirunya secara langsung. membasuh kereta.
Langkah pembelajaran peniruan

Tumpuan perhatian
Perhati tingkah laku (model) secara berulang

Penyimpanan dalam ingatan


Berlaku proses mental yang melibatkan mengenkod,
menyimpan dan mendekod

Pengeluaran
Maklumat, tingkah laku, dan kemahiran yang disimpan
dikeluarkan dalam bentuk perlakuan

Motivasi dan peneguhan


Tingkah laku akan diulang apabila mendapat
peneguhan @ ganjaran dari orang lain.
Cara guru mengaplikasikan Teori
Pembelajaran Sosial dalam
pengajaran dan pembelajaran
Guru sebagai role model dan model simbolik.

• Guru perlu menjadai model yang baik sama ada


dari segi pakaian, tingkah laku, pertuturan dan
sebagainya kerana guru sering dijadikan contoh
oleh murid.
• Murid juga boleh meniru secara langsung contoh-
contoh pengajaran yang diberikan oleh guru.
Modifikasi tingkah laku

• Permodelan merupakan satu cara modifikasi


tingkah laku.
• Guru boleh menunjukkan teladan yang baik
seperti bersopan santun dan tidak
meninggikan suara di dalam bilik darjah.
• Apabila murid meniru tingkah laku yang baik,
guru perlu memberi peneguhan untuk
melazimkan tingkah laku tersebut.
Contoh dan hasilan yang baik
• Guru perlu menunjukkan hasil tangan, seni
lukis dan kemahiran-kemahiran yang tertentu
dalam mata pelajaran seperti Pendidikan Seni,
Kemahiran Hidup dan sebagainya.
• Murid dapat meniru dari contoh-contoh yang
ditunjukkan untuk meghasilkan kerja-kerja
mereka.
• Paparkan hasil kerja terbaik untuk membolehkan
murid berkenaan terus berusaha dan meransang
murid lain berusaha sebagaimana murid
berkenaan.
• Akan timbul keinginan murid lain untuk hasil
karyanya dipaparkan.
• Hasil kerja yang dipamerkan berperanan sebagai
model/ikutan bagi murid.
Rakan sebaya sebagai model

• Guru boleh menggunakan murid-murid yang


menunjukkan tingkah laku yang baik untuk
dijadikan model di dalam kelas.
• Guru harus membentuk kumpulan yang terdiri
daripada murid yang pandai dan lemah
supaya murid yang lemah dapat meniru
tingkah laku murid yang pandai dan
seterusnya meningkatkan pencapaian mereka
Gunakan Model hidup/langsung

• Contoh : Guru boleh mendapatkan murid yang ada


kemahiran tertentu, contohnya pemain bola sepak
sekolah sebagai model hidup bagi menunjukkan cara
menjaringkan bola.
• Akan timbul keinginan murid meniru tingkah laku
murid yang dijadikan sebagai model tersebut.
• Hal ini akan dapat meningkatkan kemahiran dan
minat mereka dalam permainan bola sepak.
Cara guru mengaplikasikan teori
pembelajaran sosial terhadap kanak-
kanak berkeperluan khas
Autisme
• Mempunyai kesukaran berinteraksi dengan
kanak-kanak lain secara biasa.
• Lebih gemar bermain sendiri, menjadi obses
dengan objek dan berada dalam dunia sendiri
serta kurang berkemampuan membaca ekspresi
emosi dan isyarat.
• Cara guru: mengalakkan kanak-kanak bermain
permainan yang mereka minati.
• Contoh: aktiviti membuat binaan dari
bongkah secara berkumpulan dengan
murid lain.
• Kesan: Mereka dapat meniru tingkah laku
murid lain serta dapat mengalakkan
interaksi mereka dengan orang lain.
ADHD
• Bersikap hiperaktif dan luar jangkaan serta
mempunyai daya tumpuan singkat.
• Sering mengalami kesukaran dalam
menumpukan perhatian di dalam kelas.
• Cara guru: menunjukkan video kesukaan murid
dan menyuruh mereka melakonkan semula
video tersebut dengan menggunakan barang
permainan seperti anak patung.
• Kesan: meningkatka kemahiran imaginasi dan
mereka dapat bertingkah laku dengan baik.
Kesimpulan
• Teori Pembelajaran Sosial memberi
tumpuan kepada perhubungan antara
manusia tingkah laku dan persekitaran.
• Oleh itu, guru perlu menyediakan
persekitaran yang selesa dan kondusif
agar mereka berjaya mencontohi sesuatu
tingkha laku yang baik.
RUJUKAN
• Noriati A. Rashid, Ying B.P & Syarifah Fakhriah Syed
Ahmad. ( Murid dan pembelajaran. Selangor.
Oxford Fajar Sdn. Bhd.
• Mohd Fuad Sam, Marina Majid, Afrah Salwani Jusoh
& Mohd Zain Kosnon. (2013). Murid dan Alam
belajar. Selangor. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
• Mook Soon Sang. (2010). Murid dan Alam belajar.
Perak. CIPTA Printing & Publishing (M) Sdn Bhd.

Anda mungkin juga menyukai