Anda di halaman 1dari 7

DISLEKSIA

Ahli Kumpulan:
Sri Sharmilaa
Neshha
Shrilata
ARTIKEL
CIRI-CIRI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
• Masalah dengan ejaan. Murid menghadapi kesukaran dengan sebutan (fonologi), di mana mereka tidak dapat
menyebut perkataan bertulis. Mereka juga sukar membunyikan huruf vokal, yang selalu mereka tinggalkan.
• Masalah dalam ingatan. Murid disleksia menghadapi masalah dalam mengingati susunan hari, bulan dan
tahun.
• Kesukaran membaca. Hal ini disebabkan oleh, kesan kebolehbalikan, pelajar disleksia akan membaca terlalu
cepat dengan sebutan yang salah. Mereka juga membaca dengan perlahan dan secara terputus-putus.
• Masalah dalam menyalin nota. Murid disleksia dan menyalin nota dan banyak melakukan kesilapan.
• Masalah kekeliruan. Mereka juga cenderung mencampurkan objek yang kelihatan sama dan menulisnya ke
belakang, seperti huruf 'b' dan 'd,' 'p' dan 'q.' Mereka juga bingung mengenai konsep ruang, seperti atas dan
bawah, depan dan belakang, dan sebagainya, selain abjad dan kata-kata.
IMPLIKASI TERHADAP PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
• Murid mengadu mengalami masalah ketika membaca seperti huruf menjadi samar atau bergerak-
gerak.
• Murid berasa sukar untuk belajar sesuatu dalam turutan seperti bulan dan tahun serta juga sukar
membaca dengan kuat.
• Mereka juga boleh menyatakan sesuatu secara lisan tetapi sukar melakukannya secara bertulis.
• Mereka sentiasa menulis dengan perlahan dan tulisan tersebut agak susah dibaca.
• Murid-murid berasa susah untuk memahami perkataan yang panjang seperti
'mempertanggungjawabkan'. Mereka juga tidak tahu bahawa perkataan seperti ini perlu
dipecahkan kepada pecahan yang lebih kecil ketika membaca.
KAEDAH-KAEDAH YANG BOLEH DIAMBIL
OLEH GURU UNTUK MEMBANTU MURID
• Guru perlu meluangkan lebih masa bersama murid untuk membantu dalam proses pembelajaran.
Contohnya, guru boleh mengadakan kelas tambahan kepada murid.
• Guru haruslah menyediakan alat bantu semasa mengajar supaya menjadikan proses pembelajaran
menarik. Ini menggalakkan pembelajaran secara menyentuh.
• Guru perlu memberi arahan berulang-ulang kali supaya murid faham.
• Guru patutlah memberi masa kepada murid supaya mereka dapat berfikir dan menyiapkan kerja.
• Guru seharuslah tidak membebankan mereka dengan terlalu banyak tugasan.
CONTOH VIDEO MURID DISLEKSIA
TERIMA KASIH
[^__^]

Anda mungkin juga menyukai