Anda di halaman 1dari 17

Disediakan oleh : Jeffri, Syafiq, Firdaus, Azianida dan Adilah.

Budaya dalam kamus dewan bermaksud tamadun, peradaban, kemajuan akal fikiran dan akal budaya. Budaya merupakan amalan yang menjadi pegangan dan cara hidup kita Antara kriteria dalam sesuatu budaya ialah sifat prilaku, kepercayaan, nilai, bahasa, kesenian, institusi dan sejarah.

Budaya pekak wujud disebabkan oleh beberapa ciri-ciri. contohnya dari segi bahasa dan ciri-ciri linguistik yang tersendiri. Contohnya dalam budaya mereka ialah, bahasa isyarat. Ramai yang tidak tahu bahawa b.isyarat itu adalah suatu bahasa dan bukan suatu simbol yg direka.

Ciri seterusnya ialah Golongan pekak mempunyai nilai dan sikap yang tersendiri. Kebanyakan nilai yang mereka amalkan adalah tidak sama seperti kita. Contohnya, dari segi teguran, bagi kita sebagai orang normal, memegang bahu untuk menegur adalah suatu perilaku yang kurang sopan, tetapi bagi golongan pekak memegang bahu merupakan suatu adab untuk menegur dengan cara yang baik dan sopan.

pelajar pekak akan mengetuk meja untuk mendapatkan perhatian guru, walaupun bagi pandangan orang normal ia merupakan perbuatan yg agresif. Orang pekak juga meminati hiburan spt menonton televiesyen. Tetapi hendaklah mempunyai sari kata atau rancangan yang tiada dialog spt Mr Bean.

Dari segi hubungan sosial, org pekak turut berkahwin dan berpasangan. Mereka tidak keluar di tempat yang gelap. Dari segi agama, kebanyakannya mereka kurang mendapat pendidikan agama krn masyarakat tidak mempunyai pengetahuan untuk berdakwah kpd mereka.

Dan juga mereka mudah mengikut2 amalan agama tanpa memahaminya secara mendalam. Perkahwinan bercampur biasanya tidak digalakkan oleh komuniti pekak. Hal ini kerana, masalah komunikasi dan ketidaksefahaman mungkin akan timbul jika berkahwin campur.

Kehidupan harian

Penggunaan mata dan tangan dlm komunikasi. Persekitaran yg terang dan berlampu. Bersikap ingin tahu. Gemar menyapa dengan golongan pekak. Gemar berkongsi cerita. Kepekaan mata Semangat budaya pekak mereka sangat kuat kerana mereka sanggup datang ke majlis-majlis pekak walaupun berjauhan.

Semasa kecil, kanak2 pekak lebih selesa berkawan dengan kanak2 pekak juga. Kemudian apabila semakin meningkat remaja, mereka mula sedar akan kepentingan berkawan dengan orang normal terutamanya yg mahir dlm b.isyrt.

Penggunaan ICT
Memudahkan komunikasi Org pekak boleh menyampaikan maklumat tentang perkembangan komunitinya spt blog, laman web dll. Melihat perkembangan budaya luar dgn menggunakan teknologi. Memudahkan perhubungan spt penggunaan SMS dan video call

Pekerjaan

Pekerjaan yg tidak memerlukan pendengaran dan komunikasi yg tinggi amat sesuai. Spt: Juruteknik Ahli sukan. Tukang kebun Tukang masak Pelukis Pereka Fesyen Pendandan rambut Akautan dll

Pendidikan
Terdapat organisasi bukan kerajaan (NGO) bekerjasama dgn org pekak spt Persatuan Orang Pekak Kebangsaan dan Yayasan Pusat maju Diri Y Terdapat dua jenis sekolah masalah pendengaran iaitu :a) Sekolah pendidikan khas untuk masalah pendengaran : Pra-sekolah, rendah dan menengah, akademik dan vokasional. b) Integrasi Program Pendidikan Khas : menengah dan rendah, akademik, teknik dan vokasional

Keadaan murid pekak di pengajian tinggi.


Sebahagian drpd org pekak Mendapatkan jurubahasa isyarat. Sebahagiannya lagi akan mengajar rakan sekelas mereka berbahasa isyarat, kemudian rakannya akan menjadi juru bahasa untuk dirinya. Biasanya mereka sangat meminati bidang visual spt IT, seni, rekaan dll.

Persekitaran pengajaran
menggunakan

komunikasi seluruh. Jumlah murid yang tidak ramai. Memerlukan kesabaran yang tinggi Memerlukan Alat bantu mengajar yang banyak terutamanya alatan visual. Walaupun mengikut sukatan pelajaran biasa, tetapi pencapaian murid pekak tidak sama dengan murid normal. Aktiviti yang pelbagai dijalankan.

Sukan org pekak


MSFD iaitu Malaysia Sports Federation of the Deaf yang merupakan badan bukan kerajaan ditubuhkan pada tahun 1997. MSFD bergabung dengan Komuniti Sukan Orang Pekak Antarabangsa (CISS) bermula pada tahun 1924, dan bersama menguruskan Deaflympik setiap 4 tahun dan Sukan orang pekak asia pasifik.

Riadah

Aktiviti pekhemahan a) Biasanya organisasi pekak akan menyediakan aktiviti perkhemahan untuk mereka. b) Misalnya, pekhemahan HH Camp atau (Handicapped in Hearing Camp) yang dianjurkan oleh YMCA. c) Perkhemahan ini sangat terkenal kepada orang pekak di Malaysia dan Asia. d) Perkhemahan ini menemukan komuniti pekak di seluruh Asia.

Kesimpulan
Orang pekak turut boleh hidup berdikari spt org normal walaupun mempunyai kekurangan dari segi pendengaran. Org pekak mempunyai budaya dan cara hidup tersendiri yg perlu kita fahami dan hormati seperti budaya yang lain.

Anda mungkin juga menyukai