Anda di halaman 1dari 4

1.

0 Pengenalan

Teknologi berkembang pesat dan semakin mendapat tempat dalam sistem pendidikan.
Hal ini kerana penggunaan media dan teknologi membantu meningkatkan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Menurut Shaffe Mohd Daud (2000),
penggunaan media sebagai alat bantu bukan sahaja dapat menarik minat pelajar untuk
mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih baik, tetapi juga membantu
meningkatkan pemahaman pelajar dan memudahkan pendidik menyampaikan ilmu.

2.0 Tujuan dan rasional untuk menggunakan instrumen berkenaan

Keberkesanan media yang digunakan juga perlu dinilai untuk memperbaiki


penggunaannya dalam pengajaran dan pembelajaran pada masa akan datang. Oleh itu,
saya telah menggunakan instrumen borang soal selidik untuk mengenal pasti tahap
keberkesanan media pengajaran dan pembelajaran yang saya telah hasilkan untuk
subjek mata pelajaran Sejarah terhadap 15 orang pelajar 5 Al-Battani SK Bertam Perdana

Tujuan dan rasional saya menggunakan instrumen borang soal selidik kerana
melalui pentadbiran soal selidik, data maklumat pelajar seperti profil pelajar dan tahap
keberkesanan media pengajaran dan pembelajaran dapat diperoleh secara jelas. Di
samping itu, soal selidik merupakan kaedah termudah dan berkesan dalam memperoleh
data piawai daripada saiz sampel kajian yang besar dan menyeluruh. Shaffe Mohd Daud
(2000), berpendapat bahawa menggunakan soal selidik memberi kebaikan kerana ia
melibatkan responden yang lebih ramai, secara meluas dan holistik.

Manakala menurut Mohd. Majid Konting (1993), terdapat beberapa sebab


mengapa borang soal selidik menjadi pilihan kebanyakkan pengkaji, hal ini kerana kos
membina borang selidik yang murah dan masa yang diperuntukkan singkat. Pengkaji
boleh memperolehi data atau maklumat dari jumlah responden yang lebih ramai dan
cepat. Sudah terang lagi bersuluh, instrumen borang soal selidik dapat membantu saya
untuk mendapatkan maklumat yang jelas daripada pelajar-pelajar 5 Al-Battani mengenai
tahap keberkesanan media pengajaran dan pembelajaran dalam subjek Sejarah.

1
3.0 Tahap keberkesanan penggunaan media anda semasa pengajaran dan
pembelajaran berdasarkan data yang diperoleh dari instrumen penilaian

Hasil borang soal selidik menunjukkan bahawa pelajar-pelajar kelas 5 Al-Battani lebih
gemar akan penggunaan teknologi multimedia dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP) di dalam kelas. Hal ini kerana, PdP yang mengaplikasikan unsur-
unsur hipermedia seperti animasi, bunyi, grafik, hiperteks dan warna menjadikan
persembahan lebih menarik dan mampu menarik minat pelajar (Ismail. Z, 2002).
Penggunaan teknologi multimedia juga dapat menjadi medium komunikasi yang positif
dan efektif kerana teks, audio, video serta animasi yang pelbagai warna dan corak mampu
dipaparkan di atas sebuah skrin pada masa yang sama (Wong, S.Y, 2012).

Selain itu, seramai 14 orang pelajar menyatakan bahawa video yang dihasilkan
dapat membantu mereka memahami topik dalam subjek Sejarah dengan lebih baik. Hal
ini kerana, multimedia mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan cepat, tepat dan
mampu menjadi daya tarikan bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang
menyeronokkan (Abd. Rahim Abd. Rashid, 1996). Secara tidak langsung, pelajar dapat
mengingati fakta-fakta dalam subjek Sejarah dengan lebih baik serta dapat memberi fokus
ketika proses PdP dijalankan. Sehubungan dengan itu, penggunaan teknologi komputer
dan multimedia juga telah dikenal pasti dapat meningkatkan keupayaan kompetensi guru
dan juga dapat melakukan penilaian semula terhadap pengajaran dan pendekatan
pembelajaran mereka di dalam kelas (Azizi Yahya, 2005).

Akhir sekali, seramai 11 orang pelajar menyatakan bahawa subjek Sejarah sangat
sesuai dalam menggunakan teknologi multimedia yang merangkumi video, audio dan
grafik. Hal ini kerana menurut Ismail. Z (2002), perisian multimedia boleh merangsang
domain kognitif pelajar agar mesej pengajaran yang disampaikan boleh difahami dan
diingati dalam jangka masa yang lama. Bertepatanlah dengan subjek Sejarah yang
merangkumi pelbagai fakta yang perlu diingati dan difahami oleh para pelajar. Oleh itu,
jelaslah menunjukkan bahawa penggunaan media ini sangat berkesan terhadap pelajar-
pelajar 5 Al-Battani dalam mempelajari mata pelajaran Sejarah.

2
4.0 Berikan cadangan untuk memperbaiki media anda

Antara cadangan penambahbaikan media ialah penggunaan warna, gambar dan lukisan
yang menarik untuk menjelaskan setiap maklumat yang terdapat dalam media. Menurut
Mohd. Majid Konting (1993), penggunaan yang menarik akan memberi lebih tumpuan
pada persembahan isi kandungan yang ingin disampaikan dan seterusnya proses
penyampaian maklumat dapat berlaku dengan lebih berkesan. Hal ini penting untuk
membantu membina daya pembelajaran kendiri pada diri pelajar dan mengurangkan
pergantungan kepada guru. Multimedia dikatakan dapat menjadi medium komunikasi
yang positif dan efektif kerana melalui teks, audio, video serta animasi yang pelbagai
warna dan corak, mampu menarik perhatian pelajar berbanding menggunakan bahan
statik. Selain itu, penggunaan rakaman suara yang jelas juga perlu dipertingkatkan agar
pelajar dapat menghayati serta memahami setiap patah perkataan yang terdapat dalam
media. Hal ini kerana setiap elemen dalam multimedia juga dapat menyokong
penggunaan pelbagai sensor (multi-sensory) dan mampu merangsang penggunaan
pelbagai deria manusia.

5.0 Penutup

Tuntasnya, penggunaan media dan teknologi membantu meningkatkan keberkesanan


pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Guru dapat memilih ataupun menghasilkan
media yang diperlukan. Keupayaan guru menggunakan teknologi merupakan pendekatan
yang berkesan sejajar dengan minat generasi kini yang mesra gajet dan alat komunikasi.
Justeru itu, bahan bantu mengajar berasaskan teknologi multimedia dapat meningkatkan
keberkesanan mata pelajaran Sejarah (Wong, S.Y, 2012).

(750 patah perkataan)

3
RUJUKAN

Abd. Rahim Abd. Rashid (1996). Panduan latihan mengajar. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Azizi Yahaya, Asmah Suboh, Zurihanmi Zakariya & Fawziah Yahya (2005). Aplikasi kognitif
dalam pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Professional.

Ghaffar, M.N (1998). Penyelidikan Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia.

Ismail. Z (2002). “Aplikasi Multimedia Dalam Pengajaran”. Selangor: Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd.

Mohd. Majid Konting (1993). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Shaffe Mohd Daud (2000). Kajian keberkesanan pengajaran dan pembelajaran melalui sidang
video dalam program PJJ. Tesis Kedoktoran. Universiti Sains Malaysia.

Wong, S.Y (2012). Reka Bentuk Penilaian Permainan Pendidikan Multimedia Interaktif
Sejarah (PPMIS). Tesis Dr. Falsafah, Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat,
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai