Anda di halaman 1dari 3

Tajuk Buku : Kenegaraan Malaysia: Sejarah Awal, Kemerdekaan dan

Pembentukan Malaysia

Nama Penulis : Nazaruddin Mohd. Jali, Nurazmi Kuntum dan Ismail M. Rashid

Tahun Diterbitkan : 1996

1.0 Pengenalan
Buku yang saya pilih merupakan hasil penulisan Nazaruddin Mohd. Jali, bertajuk
Kenegaraan Malaysia: Sejarah Awal, Kemerdekaan dan Pembentukan Malaysia. Saya
memilih buku ini kerana saya berasa tertarik dengan tajuk dan juga kandungan buku yang
mana penulis telah membincangkan sistem pentadbiran penjajah di Tanah Melayu yang
terdiri daripada Portugis, Belanda dan British. Tambahan pula, prinsip, sistem, struktur dan
dasar yang diamalkan dalam pemerintahan mereka adalah jauh berbeza dengan sistem dan
dasar pemerintahan yang telah sedia ada dan diguna pakai di Tanah Melayu.

2.0 Ulasan Kritis Berdasarkan Buku


Penulis ada membincangkan tentang pentadbiran Portugis iaitu di zaman Portugis Wizurai
(Gabenor di Goa) menjadi ketua pemerintahan dan dibantu oleh pegawai-pegawai tentera.
Ketua Hakim, Datuk Bandar dan seorang Bishop menguruskan hal-ehwal awam, kewangan
dan keagamaan. Pentadbiran-pentadbiran tempatan dilantik untuk mentadbir hal-hal
penduduk tempatan atau kapitan mereka. Namun pada pendapat saya, Portugis
mempunyai kelemahan dalam sistem pentadbiran mereka. Hal ini kerana, Gabenor yang
memerintah amat terbatas kekuasaannya. Misalnya, dalam soal mengenai hak-hak
istimewa yang ada pada golongan Fidalgo. Golongan ini sering melakukan perkara-perkara
yang bertentangan dengan undang-undang, namun Gabenor tidak boleh bertindak ke atas
mereka, kecuali mereka melakukan kesalahan jenayah yang besar, menurut Lofti Ismail
(1975).
Selain itu, penulis juga membincangkan sistem pentadbiran Belanda. Pada ketika itu
Melaka diperintah oleh Gabenor General Belanda yang berpejabat di Betawi. Walau
bagaimanapun seorang Gabenor memerintah Melaka dan dibantu oleh sebuah majlis
pegawai Belanda. Jawatan-jawatan Bendahara, Temenggung, Laksamana dan lain-lain
dihapuska. Pegawai-pegawai yang dilantik ialah Supercargo, Kapten Garison, Syahbandar,
Equipage Master dna Paymaster. Pemerintahan Belanda di Tanah Melayu lebih tertumpu

1
kepada dasar monopoli. Dasar ini adalah sama dengan dasar perdagangan yang dijalankan
oleh Portugis sebelumnya. Namun, saya yakin terdapat perbezaan diantara dua jajahan ini
iaitu Belanda tidak mencampuradukan dasar perdagangan mereka itu dengan kegiatan-
kegiatan mengkeristiankan penduduk-penduduk tempatan sebagaimana yang telah
dilakukan oleh Portugis, menurut Willian Roft (1967).
Berdasarkan hasil pembacaan buku ini, terdapat perbezaan yang begitu ketara dari segi
bentuk pentadbiran penjajah di Tanah Melayu. Sebagai contoh, dua penjajah Barat yang
pertama, iaitu Portugis dan Belanda mengamalkan sistem pentadbiran perwakilan yang
diketuai oleh Gabenor, manakala British meletakkan pucuk pimpinannya kepada penasihat
bergelar Residen. Residen berperanan sebagai penasihat kepada raja-raja Melayu dalam
urusan-urusan pentadbiran kecuali dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan agama
dan adat istiadat orang Melayu. Pengenalan Sistem Residen ketika era penjajahan British
misalnya telah mengubah sistem politik tradisional negeri-negeri Melayu kepada sistem
politik moden. Pada pandangan saya, apa yang menarik mengenai corak pentadbiran ala
Barat oleh British berbanding penjajah yang lain ialah orang Inggeris membahagikan corak
pentadbiran kepada tiga kumpulan negeri; Negeri-negeri Selat, Negeri-negeri Melayu
Bersekutu, dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Hal ini dapat memudahkan lagi
pemerintahan British agar lebih tertumpu dan sistematik. Menurut Raffles (1819) Inggeris
tidak harus bertindak terburu-buru demikian sebaliknya Inggeris hendaklah membuktikan
kepada penduduk-penduduk Melaka bahawa mereka adalah pemerintah yang lebih baik
daripada Belanda serta mengadakan rancangan-rancangan pembangunan di Melaka
seolah-olah negeri itu akan kekal berada di tangan Inggeris buat selama-lamanya.

3.0 Kesimpulan
Tuntasnya, terdapat beberapa kekuatan yang telah ditonjolkan oleh penulis dalam buku ini
mengenai perbezaan bentuk pentadbiran penjajah di Tanah Melayu. Namun demikian,
masih terdapat sedikit kelemahan mengenai isi kandungannya yang kurang menyeluruh.
Oleh itu, penulis perlu membuat penambahbaikan agar penulisan beliau lebih holistik dan
menarik.

(463 patah perkataan)

2
RUJUKAN
Azmah Abd. Manaf. (2012). Malaysia: Gerakan Kesedaran dan Nasionalisme. Kuala Lumpur.
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Abd. Aziz b. Zakaria. (1963). Portugis Dalam Sejarah Melaka. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa
dan Pustaka

Mardiana Nordin & Hasnah Hussiin. (2014). Pengajian Malaysia Edisi Kelima. Selangor Darul
Ehsan. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Nazaruddin Mohd. Jalil. (1996). Kenegaraan Malaysia; Sejarah Awal, Kemerdekaan dan
Pembentukan Malaysia. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka

Zainal Abidin bin Abdul Wahid. (2005). Malaysia Warisan dan Perkembangan. Selangor Darul
Ehsan. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai