Anda di halaman 1dari 2

Tugasan 2 : Ulasan Kritis

Tanah Melayu merupakan kawasan yang strategik dan sumber alam semulajadinya yang
banyak menarik minat kuasa asing dari Eropah untuk menguasainya. Portugis, Belanda,
British dan Jepun adalah kuasa-kuasa asing yang telah menjajah Tanah Melayu dan mengaut
hasil bumi Tanah Melayu untuk kepentingan mereka. Prinsip, sistem, struktur dan dasar yang
diamalkan dalam pemerintahan mereka adalah jauh berbeza dengan sistem dan dasar
pemerintahan yang telah sedia ada dan diguna pakai di Tanah Melayu.

Anda dikehendaki untuk menghasilkan satu ulasan kritis berdasarkan satu artikel, jurnal atau
buku tentang perbezaan bentuk pentadbiran penjajahan di Tanah Melayu.

Tajuk Artikel : Sejarah Pentadbiran Tanah Melayu di Bawah Penjajahan British

Penulis : Hj, Dr. Syed Ibrahim

Bilangan muka surat : 196-210

Sumber : Perpustakaan

Tanah Melayu merupakan kawasan yang strategik yang berada di tengah-tengah jalan
perdagangan antara timur dan barat. Sumber alam semulajadinya yang melimpah menarik
minat kuasa asing menguasainya. Dari segi sejarah negara telah dijajah lebih kurang 446
tahun, bermula dengan kejatuhan kerajaan melayu melaka ke tangan Portugis pada tahun
1511. Selepas itu, penjajahan diikuti oleh Belanda, British, Jepun. Penjajah meninggalkan
pengaruh yang agak kuat ke atas negara ini.

Melalui artikel ini, penulis menyatakan pada era penguasaan Portugis di Melaka,
Portugis lebih bersifat ekonomi kerana mereka ingin menguasai perdagangan rempah di
Kepulauan Melaka. Oleh yang demikian, Portugis tidak mengubah keseluruhan sistem
pentadbiran yang wujud di Melaka. Sebaliknya Portugis telah memperkenalkan dasar
monopoli perdagangan semasa berkuasa di Melaka. Portugis mengamalkan sistem
pentadbiran berbentuk ketenteraan. Penulis jurnal berpendapat, ketuanya digelar Kapten
Kota Melaka. Seorang Kapten Angkatan Laut juga dilantik sekaligus sebagai timbalan kepada
Kapten Kota. Kapten Kota dan timbalannya akan dibantu oleh Majlis Penasihat terdiri
daripada 3 badan utama iaitu: Hal Ehwal Militer, Majlis Pentadbiran Sivil dan Kewangan serta
Pentadbiran orang tempatan.

1|Page
Ekspedisi perdagang Belanda yang terawal di Kepulauan Melayu bermula pada tahun
1559. Belanda berjaya menewaskan Portugis dengan bantuan Kerajaan Johor iaitu kerajaan
warisan dari Kesultanan Melayu Melaka pada tahun 1641. Setelah Belanda berjaya
menguasai Melaka, mereka menjalankan dasar berbaik-baik dengan kerajaan Johor. Belanda
juga berusaha untuk memonopoli perdagangan bijih timah di Perak dan Kedah melalui
perjanjian dengan Sultan Perak dan Sultan Kedah.

Selain itu, bentuk pentadbiran Jepun pula ketika era penjajahannya bercirikan sistem
ketenteraan yang berpusat di Singapura. Tanah Melayu dan Singapura disatukan dalam satu
unit politik. Menurut penulis, pada waktu itu Jepun telah menukar nama Singapura kepada
Syonan yang bermaksud ‘Cahaya Selatan’ dan Tanah Melayu sebagai Malai Baru dan
dibahagikan kepada lapan wilayah. Tujuan Jepun memisah-misahkan pentadbiran negeri-
negeri melayu adalah disebabkan kebimbangan Jepun terhadap penyatuan tenaga dan
membentuk satu pasukan menentang Jepun.

Pihak Barat telah melaksanakan dasar kolonialisme dan imperialismenya dalam usaha
mengembangkan pengaruhnya ke seluruh pelusuk dunia. Sistem pentadbiran yang
digunakan British di Tanah Melayu suatu ketika dahulu adalah Sistem Residen. Mengikut
Sistem Residen, sultan dikehendakimenerima seorang pegawai British yang akan menjadi
penasihat dalam urusanpentadbiran kecuali yang berkaitan dengan adat resam dan agama
Islam. Apa yang pasti, pengenalan Sistem Residen telah mengubah sistem politiktradisional
negeri-negeri Melayu kepada sistem politik moden.

Peranan sultan yang lebih luas dan berwibawa sebelum kedatangan penjajah telah
terhakis dengan kedatangan penjajah. Kedatangan penjajah dan penguasaannya ke atas
Tanah Melayu menyebabkan pengenalan sistem pentadbiran dan perekonomian baru yang
menjadikan sultan kehilangan kuasa dan hanya sekadar lambang kekuasaan, kuasa sebenar
di tangan Residen.

(415 patah perkataan)

2|Page

Anda mungkin juga menyukai