Anda di halaman 1dari 3

Penulisan reflektif pengajaran makro(20%)

Pengajaran makro telah dijalankan oleh kumpulan saya iaitu Tan Keh Chin, Rashid,
Amir dan juga Hariz. Kami mengajar sejarah tahun 6 tajuk 11 iaitu Kita Rakyat
Malaysia dan standard kandungannya ialah 11.1 kaum dan etnik di Malaysia . Objektif
pengajaran dan pembelajaran ialah murid dapat menyatakan pakaian tradisional tiga
jenis kaum, menyatakan perayaan besar yang disambut oleh tiga kaum di Malaysia
dan objektif terakhir iaitu menyenaraikan empat kepentingan menghormati kaum dan
etnik lain. Aktiviti yang dilakukan oleh kami ialah sesi pembentangan guru, bermain kit
Almari Kita dan membuat peta i-think. Justeru, saya akan membuat justifikasi terhadap
setiap aktiviti yang dilakukan.

Antara justifikasinya adalah video yang ditayangkan iaitu video “Pasar Malam
1 Malaysia” semasa set induksi adalah terlalu panjang dan ini telah menyebabkan
murid mula bosan. Jangka masa video tersebut adalah selama 10 minit dan masa ini
sebenarnya terlalu lama. Murid-murid juga mula hilang fokus terhadap video tersebut
dan mula bersembang dengan rakan-rakan. Ini menjadikan suasana pembelajaran
tidak menarik perhatian murid dan murid-murid juga akan kehilangan motivasi untuk
belajar. Oleh itu, penambahbaikan yang boleh dilakukan ialah guru harus
menggunakan video berdurasi pendek dan lebih menarik. Dengan ini, murid akan lebih
berminat untuk belajar.

Justifikasi seterusnya adalah semasa sesi pembentangan guru tentang


perayaan, guru juga menyelitkan banyak video berkaitan perayaan dan ini menjadikan
murid letih untuk menonton video. Murid sekali lagi berasa sangat bosan kerana hanya
video sahaja yang digunakan. Bukan itu sahaja, video yang ditunjukkan juga
menggunakan bahasa Inggeris dan ini menyebabkan murid sukar untuk faham tentang
video tersebut. Hal ini kerana murid-murid lebih menguasai dan lebih faham bahasa
Melayu berbanding bahasa Inggeris. Penambahbaikan yang boleh dilakukan adalah
guru harus mempelbagaikan teknik pengajaran. Sebagai contoh, guru boleh meminta
murid untuk menceritakan pengalaman murid menyambut perayaan(teknik bercerita).
Guru juga boleh meminta murid untuk melakonkan suasana pembelajaran(teknik
lakonan). Kaedah ini adalah berpusatkan murid dan ini akan melibatkan murid secara
aktif dan berterusan di samping membina imaginasi,keberanian, keyakinan dan
kreativiti murid semasa pembelajaran. Guru juga harus menayangkan video yang
menggunakan bahasa Melayu supaya murid lebih senang faham tentang mesej yang
ingin disampaikan oleh video itu.
Justifikasi seterusnya adalah pada kit Almari Kita. Kit Almari Kita ini
sebenarnya merupakan permainan gantung baju tradisional dalam almari tersebut.
Baju tradisional itu adalah dalam bentuk kepingan kertas yang kecil. Oleh yang
demikian, justifikasi yang ingin diterangkan adalah baju tradisional kertas itu adalah
terlalu kecil dan mempunyai hanya 6 jenis pakaian sahaja. Hal ini bermakna
permainan ini cepat dan mudah diselesaikan oleh murid kerana hanya terdapat 6 jenis
pakaian iaitu Cheongsam, sari dan sebagainya. Pakaian itu juga adalah terlalu kecil
dan tidak menarik perhatian murid. Pakaian itu juga mempunyai warna yang pudar
kerana guru yang mewarnakannya sendiri dan kesannya adalah ia tidak begitu
menarik. Penambahbaikannya ialah guru boleh menghasilkan baju tradisional yang
lebih besar supaya murid senang untuk menggantung dan memegang baju tersebut.
Guru juga harus menyediakan pelbagai jenis pakaian yang berlainan dalam kuantiti
yang banyak. Dengan kuantiti yang banyak, permainan kit Almari Kita itu tidak akan
begitu cepat diselesaikan dan murid terpaksa menggunakan kemahiran berfikir dalam
bermain aktiviti itu. Penambahbaikan yang lain adalah guru boleh menghasilkan
pelbagai jenis pakaian termasuklah pakaian moden, pakaian kaum selain 3 kaum
terbesar seperti Iban, Bidayuh untuk menjadikan pakaian itu terdiri daripada pelbagai
pilihan. Melalui kaedah ini, murid akan meningkatkan kemahiran berfikir mereka dan
juga berkolaboratif dengan murid lain bagi memilih pakaian yang betul. Sekiranya
murid salah memilih pakaian seperti pakaian kaum Iban, guru boleh menjelaskan
pakaian itu kepada murid sebagai ilmu pengetahuan tambahan kepada murid.

Justifikasi selanjutnya adalah pada aktiviti membuat peta i-think di mana murid perlu
menyenaraikan jenis perayaan yang disambut menggunakan peta bulat. Justifikasinya
adalah guru tidak menerangkan cara penggunaan peta bulat kepada murid-murid.
Murid-murid pun kelihatan keliru ketika melakukan aktiviti tersebut kerana arahan yang
diberikan tidak begitu jelas. Penambahbaikan yang boleh dilakukan adalah guru harus
menunjukkan contoh membuat peta bulat. Hasilnya adalah murid akan mendapat
gambaran tentang cara membuat peta bulat. Guru juga hendaklah menjelaskan
arahan dengan mudah menggunakan ayat tunggal dan bukannya ayat kompleks.
Murid lebih faham kerana ayat tunggal adalah lebih pendek dan hanya mempunyai
satu arahan yang konkrit.

Justifikasi yang lain adalah guru juga tidak begitu menekankan elemen
kewarganegaraan seperti nilai bersyukur dalam diri murid-murid. Hal ini dapat dilihat
apabila guru tidak menegur murid yang tidak membentangkan langsung tentang
kepentingan menghormati kaum dan etnik lain semasa pembentangan peta bulat.
Penambahbaikannya ialah guru harus sentiasa mengingatkan murid tentang nilai-nilai
murni seperti nilai bersatu padu, tolong-menolong, dan bertoleransi sesama kaum. Hal
ini kerana guru tidak harus berfokuskan kepada ilmu pengetahuan sejarah sahaja,
tetapi guru hendaklah memupuk minda, akhlak dan jiwa murid-murid. Oleh itu,
cadangan penambahbaikan untuk kelemahan ini adalah guru harus menggunakan
kaedah kontesktual di mana guru akan mengaitkan nilai-nilai dengan pengalaman
kehidupan seharian murid dan juga suasana masyarakat di luar. Contohnya, guru
boleh mengajukan soalan seperti ”Apakah yang akan kamu lakukan sekiranya kamu
sedang memandu kereta tetapi tersekat di jalan raya kerana adanya aktiviti perarakan
Hari Wesak?. Ini akan mendorong murid untuk menerapkan ilmu dan nilai yang
dipelajari dalam situasi tersebut dan mereka akan berfikir dan mengaplikasikan nilai-
nilai murni yang dipelajari oleh mereka.

Kesimpulannya, aktiviti pengajaran makro ini telah mencapai objektif pembelajaran


tetapi masih mempunyai ruang penambahbaikan. Cadangan penambahbaikan akan
meningkatkan keberkesanan pencapaian dan pemahaman murid terhadap topik yang
dipelajari.

Anda mungkin juga menyukai