Anda di halaman 1dari 14

( SJH 3063E ) PPG SEMESTER 6

Pendahuluan
Ramai yang berpendapat bahawa mengajar Sejarah hanyalah dengan cara bercerita atau just
tell storie. Namun dalam Sejarah mengandungi pelbagai kisah kehidupan individu, tokoh,
peristiwa dan keadaan. Jika diceritakan dengan baik boleh menarik perhatian murid untuk
belajar. Namun begitu untuk memupuk kemahiran pemikiran Sejarah dalam diri murid bukanlah
satu perkara yang mudah. Malah ramai yang tidak mengetahui bagaimana kaedah pengajaran
Sejarah yang paling baik atau sesuai ( Howard & Mendenhall, 1982 ).
Oleh hal yang demikian, sebelum sesi pembelajaran dan pengajaran Sejarah, aspek
pendekatan, kaedah, strategik dan teknik yang betul dan bersesuaian akan menjadikan sesi
pembelajaran sejarah lebih berkesan. Keberkesanan dan kejayaan pengajaran dan
pembelajaran Sejarah bergantung kepada kreativiti guru merancang, mengolah dan
melaksanakan pendekatan, kaedah, teknik secara bersepadu dan sistematik.

Pendekatan Pengajaran
Mengikut Kamus Dewan (1998), pendekatan merupakan cara atau langkah-langkah yang
diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas.

Di dalam konteks pendidikan,

konsep pendekatan bermakna cara mendekati sesuatu, misalnya objektif pelajaran yang
ditentukan untuk pengajaran dan pembelajaran, maka pendekatan adalah merujuk kepada cara
bagaimana sesuatu mata pelajaran yang diajarkan untuk mencapai objektifnya.

Terdapat

beberapa pendekatan yang akan dibincangkan iaitu pendekatan induktif, deduktif, integratif,
eklektik dan tematik.

Strategi Pengajaran
Strategi pengajaran adalah suatu kemahiran merancang dan menguruskan kaedah dan teknik
pengajaran untuk mencapai hasil pembelajaran.
Strategi berpusatkan guru merupakan strategi pengajaran langsung dimana guru
berada di tengah-tengah aktiviti bilik darjah. Pengajaran langsung bergantung kepada guru
untuk mengarah pemikiran murid dan penglibatan. Ia juga bergantung

kepada penekanan

kandungan yang berstruktur juga dikenali sebagai pengajaran eksplisit. Ia terdiri daripada
1

( SJH 3063E ) PPG SEMESTER 6

bahan yang mengandungi langkah-langkah kecil dan sistematik. Pendekatan ini sesuai untuk
menyampaikan fakta-fakta khusus dan kemahiran tertentu kepada murid.
Strategi berpusatkan pelajar bermaksud pelajar mengambil alih sedikit tanggungjawab
untuk apa yang diajar dan bagaimana ia dapat mempelajarinya. Ada sedikit kecenderungan
terhadap pembelajaran eksperiential dan membuat

penemuan untuk mereka (Martin et al,

1994).
Melalui strategi ini ia dapat menggalakkan murid bersikap bertanggungjawab dan
melibatkan diri bagi membantu mereka belajar bagaimana untuk belajar. Selain itu kemahiran
pemikiran kreatif dan kritis dapat dikembangkan. Kebolehan pelajar dalam mengaplikasikan
konsep, penerapan sikap yang positif, mewujudkan motivasi serta pengembangan sahsiah
peribadi dalam menggalakkan kemahiran sosial kumpulan dapat ditingkatkan.
Antara lain strategi pengajaran berpusatkan bahan dan berasaskan tugasan atau aktiviti
juga boleh dilaksanakan. Penggunaan pelbagai bahan seperti buku, blok-blok binaan, bahan
lukisan, peralatan saintifik, komputer, pusat sumber, pusat akses kendiri dan lain-lain dijadikan
sebagai sumber untuk menjalankan pengajarannya. Strategi berpusatkan bahan meliputi cara
yang luas bagi murid yang dibimbing oleh guru hingga yang belajar secara individu dapat
belajar.
Manakala strategi berasaskan tugasan/aktiviti bermaksud guru melibatkan pelajar dalam
aktiviti atau tugasan yang memberikan peluang kepada pelajar untuk melatih atau
mengaplikasikan apa-apa yang dipelajari (dan dalam proses memberikan bimbingan, strategistrategi mempermudahkan tugasan atau bantuan/scaffolding yang membolehkan mereka
menyempurnakan aktiviti dengan jayanya).

Kaedah dan Teknik Pengajaran


Kaedah pengajaran merupakan cara yang digunakan untuk mengelolakan dan menggunakan
teknik, isi pelajaran dan alat bantu mengajar untuk mencapai objektif pengajaran. Manakala
teknik pengajaran adalah satu kemahiran atau cara melaksanakan penyampaian bahan
pengajaran kepada pelajar dari segi langkah-langkah dalam aktiviti pembelajaran.

Secara

khususnya, teknik merupakan satu cara penyampaian pelajaran dan perlu diteliti supaya dapat
mempercepatkan penanggapan murid

( SJH 3063E ) PPG SEMESTER 6

Anatara kaedah dan teknik pengajaran Sejarah yang boleh dilaksanakan adalah :
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Bercerita.
Bermain.
Lawatan.
Perbincangan.
Demontrasi.
Penyelesaian masalah.

Terdapat pelbagai kaedah dan teknik pengajaran yang boleh digunakan oleh guru semasa
merancang pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu memilih kaedah dan teknik pengajaran
yang sesuai agar penyampaian input kepada murid akan menarik dan bermakna.
Beberapa faktor yang perlu diberi pertimbangkan sebelum guru dapat melaksanakan
kaedah dan teknik dengan jayanya. Mengikut Pierce dan Lorber(1977), faktor-faktor yang
mempengaruhi pemilihan kaedah dan teknik mengajar termasuklah :

(a) Objektif Pengajaran


(b) Jangka masa Pengajaran
(c) Bahan Pengajaran
(d) Latar belakang Pelajar, dan
(e) Jumlah dan Susunan Pelajar
Secara keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa pelbagai pendekatan, strategi, kaedah dan
teknik pengajaran yang sesuai boleh digunakan oleh guru untuk menyampaikan pelajaran
dengan berkesan dapat ditunjukkan seperti peta konsep dibawah.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SEJARAH

( SJH 3063E ) PPG SEMESTER 6

Mata Pelajaran

Sejarah / Tahun 4 Zamrud

/ Kelas
Tajuk

Mari belajar sejarah

Tarikh / Masa

18.3.2015

Standard
Kandungan

9.00 pagi 10.00 pagi

1.3 Mengetahui dan memahami sejarah sekolah.

Standard

1.3.5 Menyatakan maksud warna dan simbol pada lencana dan

Pembelajaran

bendera sekolah.
K1.3.7 Menjelaskan tanggungjawab diri sebagai warga sekolah.

Objektif

Pada akhir pembelajaran dan pengajaran, murid dapat :


1. Menjelaskan secara bertulis maksud dan simbol pada lencana dan
bendera sekolah.
2. Menyatakan lisan 5 tanggungjawab diri sebagai warga sekolah.

Aktiviti

Bahan

1.
2.
3.
4.
Bantu

Mengenalpasti warna dan logo sekolah


Mencari maklumat di luar bilik darjah.
Pembentangan kumpulan oleh murid.
Melukis lencana sekolah berserta maksudnya.

Bendera sekolah, gambar lencana sekolah, buku teks, kad arahan

Belajar
Elemen
Merentas
Kurikulum
(EMK)

Kemahiran Pemikiran Sejarah : Meneroka bukti


Membuat interpretasi
Membuat penjelasan
Bahasa

: Nyanyian lagu sekolah.

Nilai Murni : Bersyukur, berdisiplin, menghormati rakan, kerjasama.


ENT

: TMK ( Keushawanan ).

Kemahiran Berfikir : Menjana idea, menghubungkait, kreatif.


Penilaian PdP

Murid melakar dan melukis logo sekolah serta bendera sekolah dengan
penuh ketekunan dan semangat petriotisme terhadap sekolah.

Refleksi
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

AKTIVITI

EMK
4

CATATAN

( SJH 3063E ) PPG SEMESTER 6

Permulaan (5 minit)

Nilai :

BBM :

bendera

1) Guru menunjukkan bendera dan lencana

sekolah
kad logo

sekolah di hadapan kelas.


2) Guru bertanyakan soalan kepada murid

Yakin
Berani

sekolah

Kemahiran

berkaitan bendera dan lencana sekolah yang

Berfikir :

ditunjukkan.
a) Dimanakah kamu dapat lihat objek ini ?
Murid menjawab soalan guru secara lisan.
b) Bilakah objek ini digunakan ?
Murid menjawab soalan guru secara lisan.
c) Kenapa terdapat pelbagai warna dan corak

Menhubung kait
Menjana idea

pada objek ini ?


Murid menjawab soalan guru secara lisan.
3) Murid menghubungkait dengan tajuk pelajaran
hari ini.
Aktiviti 1 (20 minit )
1) Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan.
2) Murid diedarkan sampul yang berisi kad
tugasan.
3) Guru memberi arahan sebelum memulakan

Nilai :

BBM :

Kerjasama
Hormati rakan

kad tugasan

Kemahiran Berfikir :

aktiviti di luar bilik darjah.


4) Murid melaksanakan tugasan dalam masa

menjana idea

KPS :
Meneroka bukti

yang telah ditetapkan.

Aktiviti 2 (20 minit )

Nilai :

BBB :

1) Murid berbincang dalam kumpulan masing-

masing dan melakarkan hasil dapatan mereka

Berdisiplin
Kerjasama
Menghormati
rakan

pada kertas sebak yang disediakan.


2) Guru meminta setiap kumpulan untuk

KPS :

membentangkan hasil perbincangan di


hadapan kelas.
3) Menyatakan maksud simbol dan warna pada
5

Membuat
interpretasi

Kertas sebak
marker

( SJH 3063E ) PPG SEMESTER 6

lencana dan bendera sekolah.

Aktiviti 3 ( 15 minit )

KPS :

Melukis dan

melebel logo dan

1) Murid menyatakan 5 tanggungjawab diri


sebagai warga sekolah.
2) Murid diminta melukiskan bendera dan logo

Sejarah pada papan info kelas sebagai

Membuat
penjelasan

EMK :

sekolah serta melebelkan maksud.


3) Hasil kerja murid ditampalkan pada sudut

Membuat
penjelasan

keushawanan

Kemahiran Berfikir :

rujukan.

Penutup ( 5 minit )

kreatif

Nilai :

1) Murid menyanyikan lagu sekolah secara

bersemangat
petriotisme

bersama.
2) Guru mengedarkan lembaran kerja rumah

EMK :

kepada semua murid.

Bahasa
Verbal linguitik

bendera sekolah
dalam kumpulan

( SJH 3063E ) PPG SEMESTER 6

Penilaian pdp

Murid melakar dan melukis logo sekolah


serta bendera sekolah dengan penuh
ketekunan dan semangat petriotisme
terhadap sekolah.

Refleksi

Pendahuluan
Dalam merancang rancangan pengajaran harian ( RPH ) Sejarah tahun 4 ini latar belakang
murid dari kelas yang pertama yang kebanyakan mempunyai tahap intelek yang tinggi dan
mereka telah mempelajari tajuk berkaitan Sejarah sekolah. Rentetan dari tajuk tersebut maka
tajuk yang dirancang masih lagi berkaitan standard kandungan yang sama.
Dalam rancangan pengajaran dan pembelajaran Sejarah yang telah dirancang, saya
memilih untuk mengajar tajuk Mari belajar Sejarah untuk tahun 4 berpandukan Dokumen
Standard Kurikulum Dan Pentaksiran ( DSKP ) Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang
memfokuskan dengan menyatakan maksud warna dan simbol pada lencana dan bendera
sekolah sebagai standard pembelajaran. Kemahiran yang hendak diterapkan dalam tajuk ini
7

( SJH 3063E ) PPG SEMESTER 6

ialah kemahiran 1.3.7 iaitu menjelaskan tanggungjawab diri sebagai warga sekolah. Peruntukan
masa adalah satu jam.

Langkah Permulaan
Pada langkah permulaan pengajaran, pendekatan deduktif digunakan sebagai asas untuk
mencetuskan idea semua murid. Penggunaan bendera dan kad logo sekolah sebagai Bahan
Bantu Mengajar diharap dapat mencetuskan idea dan pengetahuan mereka.
Teknik penyoalan secara kelas boleh dilaksanakan kepada murid-murid berbantukan
BBM yang ditunjukkan. Penyoalan akan dilaksanakan secara lisan kepada semua murid dan
setiap jawapan murid akan diterima sebagai kayu ukur untuk mereka membuat perkaitan
terhadap apa yang akan mereka pelajari. Selain itu teknik penyoalan perlu dipelbagai untuk
membimbing murid membuat hubungkait tentang apa yang akan dipelajari pada hari tersebut
akan diberikan oleh guru.
Set soalan yang dirancang perlu memudahkan murid untuk mencari perkaitan terhadap
apa yang hendak mereka pelajari. Ini kerana tajuk ini mempunyai perkaitan dengan tajuk
sebelum ini. Pengetahuan tentang bendera dan logo sekolah telah pun ada semasa
pembelajaran yang lepas secara tidak langsung. Ini akan memudahkan murid membuat
perkaitan dan seterusnya dapat menjawab solan yang dikemukakan dengan baik.

Walaupun begitu, mungkin terdapat murid yang aktif memberi respon melebihi kehendak
soalan yang dituju. Mereka boleh diarahkan supaya membuat hubungkait tentang apa yang
hendak dipelajari pada hari tersebut. Guru boleh menghendaki mereka supaya memberikan
perkaitan tentang apa yang disoal guru mempunyai perkaitan tentang isi pelajaran mereka.

Langkah Aktiviti 1
Pada langkah aktiviti pertama, saya memilih untuk menggunakan pendekatan kumpulan iaitu
dengan membahagikan murid-murid kepada 4 kumpulan. Agihan kumpulan ini akan ditentukan
oleh murid sendiri dan guru hanya menetapkan jumlah setiap kumpulan.

( SJH 3063E ) PPG SEMESTER 6

Murid yang mempunyai kepimpinan yang baik akan menonjol pada peringkat ini dan
mereka akan dipilih sebagai ketua kumpulan. Guru akan memberi arahan yang jelas berkaitan
tugasan yang akan mereka laksanakan sebelum murid memulakan tugasan dan sampul kad
tugasan akan diedarkan melalui ketua kumpulan masing-masing dan dilaksanakan secara
berkumpulan. Kad tugasan atau masalah yang perlu murid selesaikan perlu dilaksanakan
dalam tempoh waktu yang ditetapkan. Kaedah penyelesaian masalah sebegini saya pilih adalah
bertujuan untuk murid menentukan sendiri kaedah dan cara untuk mereka selesaikan. Selain itu
sikap displin dan kerjasama antara ahli kumpulan dapat ditingkatkan.
Aktiviti ini akan dilaksanakan oleh setiap kumpulan secara Pembelajaran Luar Bilik
Darjah ( PLBD ). Murid akan keluar dari bilik darjah untuk mencari maklumat yang berkaitan
secara kumpulan dan membawa pulang maklumat ke bilik darjah untuk dibincangkan.
Pemupukan sikap kepimpinan, kerjasama dalam kumpulan serta berdisiplin sewaktu
melaksanakan tugasan dapat dilihat melalui kaedah ini. Ini amat penting untuk guru sebagai
kayu ukur untuk pentaksiran selain amalan murni lain dapat diterapkan dalam diri setiap murid.
Walaupun begitu, guru perlu memastikan tugasan yang diberikan hendaklah bertepatan
dengan maklumat yang hendak dicari. Ini adalah untuk mengelakan sebahagian dari ahli
kumpulan bersikap menumpang dalam kumpulan mereka. Penegasan oleh ketua kumpulan
dan skop tugasan berfokus hendaklah bertepatan dengan kaedah pengajaran yang dipilih.

Pemerhatian dan pengawasan guru amat perlu supaya murid tidak melanggar masa
yang telah ditetapkan kepada mereka. Tajuk ini amat sesuai dilaksanakan di luar bilik darjah
kerana murid akan mempunyai pelbagai cara untuk mendapatkan maklumat selain merujuk
pada dinding-dinding bangunan sekolah. Temubual dengan komuniti sekolah dan pemerhatian
juga dapat dilalukan oleh murid untuk mendapatkan maklumat. Oleh itu tahap komunikasi dan
teknik temubual dapat dipelajari oleh murid.

Langkah aktiviti 2
Pada langkah aktiviti 2 ini akan dilaksanakan dalam bilik darjah. Pendekatan kumpulan masih
lagi digunakan. Murid dalam kumpulan masing-masing yang berbincang mengenai maklumat
9

( SJH 3063E ) PPG SEMESTER 6

yang diperolehi untuk dicatatkan pada kertas sebak yang diberikan. Kaedah perbincangan
sesama rakan kumpulan bagi membentangkan hasilan mereka pada sesi pembentangan kelak.
Kaedah koperatif ini diharap akan dapat membantu murid dalam menyelesaikan masalah dan
menwujudkan komunikasi yang berkesan diantara ahli kumpulan.
Setelah seleasi sesi perbincangan murid akan mempersembahkan hasilan mereka
melalui teknik pembentangan. Semua ahli kumpulan terlibat semasa pembentangan
berlangsung. Setiap murid perlu membentangkan hasilan mereka mengikut agihan yang telah
ditentukan oleh ketua kumpulan. Maklumat yang dipersembahkan oleh setiap kumpulan dapat
dikongsi oleh semua murid.
Murid harus digalakkan supaya maklumat pembentangan mereka dilakarkan dalam
bentuk peta pemikiran supaya maklumat ini dapat diingat dengan mudah dan cepat. Selain itu
juga ia selaras dengan dasar pendidikan negara yang menghendaki supaya peta pemikiran ( IThink ) diterapkan dalam setiap matapelajaran.
Dengan cara ini juga pengetahuan murid dapat diperkukuhkan lagi selain segala
maklumat yang kurang releven yang menjadi asas pengetahuan mereka sebelum ini dapat
diperbetulkan. Pengetahuan baharu yang diperolehi akan dapat membantu setiap murid
memahami isi kandungan pembelajaran mereka.

Pada fasa ini juga penekanan oleh guru tentang isi pembelajaran perlu dilaksanakan
iaitu murid menyatakan maksud simbol dan warna pada lencana dan logo sekolah secara
bertulis. Perkaitan dan hubungkait maklumat yang dibentang perlu dijadikan asas dalam
perbincangan berfokus antara sesama murid dan juga guru. Penggunaan buku latihan dan
lembaran kerja juga boleh diterapkan pada fasa ini. Peta pemikiran yang lengkap boleh
ditampal dalam buku latihan murid-murid sebagai rujukan mereka di kemudian hari.
Selain itu kaedah soal jawab juga boleh digunakan melalui pendekatan individu dan
diharap dapat ditekankan supaya isi pelajaran yang hendak dipelajari murid akan tercapai
dengan sebaik mungkin dan seterusnya di jelaskan secara bertulis.. Setiap kalangan murid
akan dapat menyatakan isi pelajaran dengan sebaik mungkin jika kaedah ini dilaksanakan
dengan baik oleh guru. Setiap isi yang diberikan oleh murid perlu dicungkil sebaik mungkin
10

( SJH 3063E ) PPG SEMESTER 6

dengan meletakkan sebab dan akibat sebagai fokus utama penyoalan. Dengan cara ini
pemantapan pengetahun murid akan terbina hasil jawapan yang mereka berikan.

Langkah Aktiviti 3
Strategi berpusatkan guru digunakan pada langkah ini dengan cara bersoal jawab berfokus.
Guru akan bertanyakan murid tentang tanggungjawab murid terhadap sekolah berpandukan
tajuk yang telah mereka pelajari. Murid diminta untuk menyatakan sekurang-kurangnya 5
tanggungjawab diri sebagai warga sekolah. Hasil perbincangan guru dan murid, pelbagai
jawapan yang diperolehi. Setiap jawapan diperbincangkan sama ada bersesuaian dengan
objektif pembelajaran. Bimbingan guru kepada murid sederhana dan lemah dalam melontarkan
jawapan. Teknik penyoalan guru harus dipelbagaikan supaya setiap murid dapat memberi
pandangan mereka melalui soalan yang dikemukakan.
Pada fasa ini juga selain soal jawab yang dilaksanakan guru, murid-murid juga boleh
diedarkan lembaran kerja bertulis berkaitan dengan tanggungjawab murid terhadap sekolah.
Lembaran ini boleh dibuat dalam bentuk bercetak dan dilaksanakan secara kumpulan atau
individu setelah sesi perbincangan dilakukan. Jika merujuk kepada tahap murid, perancangan
ini dirancang untuk murid-murid kelas atas dimana tahap intelek dan pemikiran mereka lebih
baik berbanding kelas pertengahan dan kelas bawah, mereka diharap dapat melaksanakan
perbincangan dan pada masa yang sama juga melengkapkan lembaran kerja yang dibekalkan
oleh guru.
Antara lain juga murid boleh melakar senarai tanggungjawab yang perlu ada pada setiap
murid terhadap sekolah dalam bentuk peta pemikiran. Segala jawapan murid dapat
dipersembahkan dihadapan kelas agar dapat dikongsi bersama rakan lain.
Elemen merentas kurikulum KSSR dapat diterapkan apabila murid melaksanakan aktiviti
melukis bendera dan logo sekolah dan melebelkannya. Selain elemen keusahawanan dapat
diterapkan pada tajuk ini secara tidak langsung, kemahiran melukis dapat juga ditingkatkan
dalam diri murid. Hasil kerja murid boleh ditampalkan dapa sudut Sejarah pada papan info kelas
sebagai rujukan.

Aktiviti Penutup
11

( SJH 3063E ) PPG SEMESTER 6

Dalam langkah ini kaedah nyanyian dipilih agar dapat mewujidkan suasana menyeronokkan.
Sambil itu wakil murid akan mengibarkan bendera sekolah semasa nyanyian dinyanyikan.
Nyanyian secara bersama akan mewujudkan sikap patrotik, sayang dan hormat pada sekolah.
Dengan cara ini diharap murid akan menjiwai peranan bendera dan logo sekolah dan perkaitan
dengan diri murid itu sendiri seterusnya dapat menyedarkan betapa pentingnya identiti sekolah
itu pada sesuatu kawasan dan seterusnya mewujudkan tahap kecintaan ini kepada kepada
peringkat yang lebih tinggi iaitu negeri dan seterusnya pada negara.
Selain nyanyian lembaran kerja diberikan kepada setiap murid sebagai tugasan kerja
rumah sebagai peneguhan terhadap tajuk yang telah dipelajari. Murid dikehendaki menampal
lembaran kerja rumah ini pada buku latihan dan akan dikumpulkan pada sesi pembelajaran
akan datang.

Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran.


Penilaian pengajaran dan pembelajaran harus dilaksanakan pada langkah 3 apabila murid
dapat melengkapkan lukisan bendera dan logo sekolah beserta lebel. Penilaian boleh dilakukan
semasa aktiviti tersebut sedang dilaksanakan oleh murid atau menggunakan lembaran sebagai
eviden apabila selesai sesi pengajaran dan pembelajaran.
Aspek-aspek lain seperti ketekunan dan semangat jati diri terhadap sekolah dapat dilihat dari
masa ke semasa diluar waktu pengajaran sejarah. Bertepatan dengan kehendak Kementerian
supaya pentaksiran dilaksanakan dalam pelbagai bentuk.

12

( SJH 3063E ) PPG SEMESTER 6

Penutup
Keberkesanan dan kejayaan pengajaran dan pembelajaran sejarah bergantung sepenuhnya
kepada kreativiti guru dalam merancang pengajarannya. Kesesuaian tahap murid dan faktorfaktor luaran lain perlu diambil perhatian oleh guru sebelum merancang pengajaran. Pelbagai
pendekatan, kaedah dan teknik dapat digunakan demi melahirkan murid yang mempunyai
pengetahuan Sejarah secara alami. Pendedahan dan nilai Sejarah dapat diterapkan dengan
baik apabila pembelajaran mereka benar-benar berlaku seiring dengan kemahiran dan
kehidupan seharian mereka. Tanggapan bahawa subjek Sejarah adalah berbentuk penceritaan
semata-mata perlu dikikis dengan cara merancang setiap pengajaran dan pembelajaran secara
bersepadu dan sistematik. Juteru itu hasilan murid yang ditonjolkan mempunyai jati diri dan
semangat patriotisme yang tinggi terhadap negara bertepatan dengan matlamat Kurikulum
Sejarah bagi melahirkan warganegara yang patriotic dan menjunjung amalan demokrasi di
Malaysia.

Rujukan:
1. Fatimah Mohammad & Ros Maria Chin. (2014) Kunci Emas Sejarah Tahun
4.Petaling Jaya: Sasbadi Sdn Bhd.
2. Akashah Bin Ismail & Jayakumary a/p Marimuthu. (2013) Sejarah tahun 4.Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
3. http://www.kssr.org/rpt-tahun-4/
4. http://www.ukm.my/jurfpend/journal

13

( SJH 3063E ) PPG SEMESTER 6

14

Anda mungkin juga menyukai