Anda di halaman 1dari 6

Model Terapi William Glasser Menurut Glasser (1985) dalam Sapora Sipon (2012) menyatakan bahawa model terapi

ini menekankan bahawa manusia melihat dunianya melalui lima keperluan asas genetik dan bukannya melihat dunia seperti yang sebenar. Keperluan-keperluan yang diingin mestilah diperolehi oleh setiap individu. Sekiranya keperluan yang diinginkan tidak tercapai, maka ingkah laku individu tersebut berubah. Setiap individu bertanggungjawab atas tingkah laku masing-masing. Tingkah laku tidak boleh dianggap sebagai hasil masyarakat, warisan atau masa lampau seseorang. Setiap individu berupaya untuk berubah dan hidup secara berkesan sekiranya diberikan bimbingan dan sokongan Menurut Glasser (1965) dalam Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel (2009) menyatakan bahawa manusia didorong dengan untuk bertingkah laku dengan keperluan untuk memenuhi keperluan psikologi asas iaitu rasa dipunyai dan disayangi, mempunyai kuasa dan kawalan, kebebasan, keperluan untuk bersuka ria.di dalam persekitaran bilik darjah, masalah murid akan timbul sekiranya apa yang mereka inginkan tidak dapat dipenuhi terutamanya empat keperluan asas yang telah dikemukakan oleh Glasser. Glasser amat percaya bahawa tingkah laku pelajar bergantung kepada keperluan yang mereka hajati. Sekiranya keperluan yang mereka hajati, dikabulkan maka mereka akan bertingkah laku normal. Setiap individu bertingkah laku mengikut cara tertentu agar dapat membentuk persekitaran mengikut kehendak masing-masing Berdasarkan kisah Grandmas Boy ini dua keperluan yang telah ditunjukkan oleh murid-murid ialah kuasa dan kawalan. Hal ini ditunjukkan oleh Cikgu Helen yang menggalakkan muridnya untuk memikirkan dan memilih satu nama untuk dijadikan nama kelas mereka. Helen memberi kuasa kepada muridnya untuk memilih nama yang mereka ingini. Ini memenuhi keperluan asas yang dicadangkan oleh model ini iaitu mempunyai kuasa dan kawalan. Dengan kuasa yang diberikan ini dapat meningkatkan semangat pelajar-pelajarnya untuk mengurus kelas mereka dengan baik. Pemilihan nama kelas yang bertepatan dengan simbolik kelas mereka akan mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Menurut William Glasser (1965) mengatakan bahawa setiap tingkah laku yang ditunjukkan berasaskan pilihan yang dibuat

berdasarkan keperluan asas mereka sendiri. Di sini menunjukkan bahawa murid-murid memerlukan kuasa dan kawalan kendiri untuk membuat pilihan terhadap sesuatu perkara dalam bilik darjah mengikut kecenderungan mereka. At the beginning of the year, she had encouraged the students to selsct for the class -a name symbolizing strength, honor and cooperation. The students decided to call themselves the Spartans (Perenggan 2: Baris 1-3) Menurut Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel (2009) melaporkan bahawa untuk mempunyai rasa dipunyai dan mempunyai kepentingan di dalam sesebuah komuniti, seseorangg perlu mempunyai kuasa dan kawalan ke atas komuniti persekitaran. Komuniti persekitaran dalam kisah ini merujuk kepada komuniti pembelajaran dalam bilik darjah. Dengan adanya penerapan keperluan ini dalam bilik darjah, mereka akan merasa wujudnya kepentingan mereka dalam pengurusan bilik darjah. Murid dapat mengenal realiti kehidupan dalam memenuhi keperluan mereka mengikut peraturan yang ditetapkan. Selain itu, terdapat juga keperluan rasa dipunyai dan disayangi juga telah diterapkan dalam kisah ini. Rasa dipunyai dan disayangi ditonjolkan oleh Helen telah menampal gambar setiap ahli kelas dan menjadikan gambar mereka kolaj bagi latar belakang gambar pahlawan diatas kuda yang mana melambangkan kelas beliau. Gambar ini telah ditampal pada dinding diluar kelas mereka. Dalam situasi ini jelas menampakkan bahawa Cikgu Helen telah memenuhi keperluan kasih sayang dan dipunyai murid-muridnya. Dengan ada gambar mereka diluar kelas, murid akan merasa dipunyai di dalam kelas dan merasakan merupakan sebahagian daripada kelas itu. Helen telah menyediakan suasana bilik darjah yang kondusif, bersifat pembimbing, memberi galakan dan peluang kepada murid untuk belajar secara aktif. Helen then cut the backgrounds from students photograph and meticulously positioned and glued each picture over the silhouette of the warrior, creating a beautiful collage (Perenggan 2: Baris 4-6) Hal ini jelas menunjukkan bahawa murid-murid memerlukan perasaan ini ketika dalam bilik darjah untuk memastikan mereka lebih bersedia untuk mengikuti sesi

pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Proses pembelajaran yang mengutamakan perasaan kasih sayang pelajar terhadap kelas mereka akan menimbulkan satu kepuasan untuk mempelajari sesuatu dalam bilik darjah. Disini jelas menunjukkan bahawa cikgu Helen mengamalkan pengurusan demokratik dalam bilik darjah.

Model Modifikasi Tingkah Laku B. F Skinner Menurut B.F Skinner Model Tingkah Laku ini menggunakan prinsip peneguhan yang menjurus kepada elemen-elemen luaran bagi mempengaruhi tingkah laku murid iaitu peneguhan yang menjadi rangsangan untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini. Terdapat dua jenis peneguhan, iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif. Rangsangan yang dikeluarkan adalah untuk meningkatkan tingkah laku pelajar. Secara asasnya pelaziman operan ini merupakan satu proses pembelajaran yang melihat satu tingkah laku itu dapat mengubah kesan yang berlaku sebelum ini secara sistematik. Dengan adanya model ini maka pelajar akan lebih bersemangat untuk bertingkah laku baik dalam bilik darjah. Berdasarkan kisah Grandmas Boy ini, model modifikasi tingkah laku jelas ditunjukkan oleh cikgu Helen apabila beliau telah menyediakan stiker yang boleh digunakan untuk menebus hadiah yang beliau sediakan. Beliau juga akan memberikan anugerah Spartian of the Week untuk muridnya yang menunjukkan kerja keras bagi meningkatkan gred mereka dalam bidang yang mereka lemah. Jelas menunjukkan bahawa cikgu Helen menekankan kepada kepentingan peneguhan ini digunakan oleh Helen dengan memberi peluang kepada muridnya untuk menebus hadiah apabila mengumpulkan sejumlah stiker. Helen menunjukkan cara yang sangat bagus dengan memperkenalkan kaedah token dimana melalui kaedah ini dapat membentuk tingkah laku pelajar yang baik beserta dengan peneguhan yang diberikan. Caughtcha! stickers that they could exchange for prizes from her treasure chest. She presented Spartan of the Week awards to students who worked hard to improve thei r grades in an area of weakness (Perenggan 4: Baris 1-3)

Untuk menambahkan lagi keberkesanan Helen dalam membentuk tingkah laku murid-muridnya dengan memberi ganjaran kepada murid-muridnya sebagai satu ganjaran yang diterima untuk lebih memberi tumpuan dalam kelas. Hal ini jelas menunjukkan bahawa cikgu Helen berkomitmen terhadap pelajarnya sehingga beliau dapat mengesan tingkah laku pelajarnya dari awal lagi sehinggakan mewujudkan satu sistem dalam kelasnya. Murid-murid akan lebih cenderung untuk melakukan sesuatu tindakan berdasarkan ganjaran yang diberikan. Murid-murid menunjukkan semangat untuk belajar dalam bilik darjah dengan kaedah yang telah dilaksanakan. Pendekatan yang dibawa amat bersesuaian dengan persekitaran pembelajaran yang menggalakkan murid dan guru berinteraksi tanpa sebarang halangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan konsep ini jelas memberi manfaat kepada cikgu Helen untuk mengawasi dan mengawal tindak tanduk anak muridnya. Dengan itu, kelakuan baik yang ditunjukkan akan terbiasa dan menjadi amalan mereka seharian. Di samping itu, penggunaan teknik kawalan tingkah laku dapat memberi kesan yang amat baik dalam pengurusan bilik darjah. Di sini dapat melihat cikgu Helen akan menggunakan teknik ini apabila ingin mengatasi dan mengawal tingkah laku muridmurid beliau dan beliau yakin kaedah itu amat membantu beliau menghadapi masalah tingkah laku yang wujud. Menerusi teknik ini, kaedah yang dibawa oleh cikgu Helen lebih menjurus kepada peneguhan berkala. Kepelbagaian teknik yang digunakan menjurus kepada perubahan tingkah laku yang tidak baik. Keberkesanana teknik yang digunakan bergantung kepada pendekatan yang dibawa dan sesuai dengan tahap pemikiran dan umur pelajar. Dalam konteks ini, keupayaan cikgu Helen dalam membimbing dan membentuk murid-muridnya bertingkah laku baik amat berkesan. Helen believed herself capable of using basic behavio r management techniques to handle such occurrences (Perenggan 4: Baris 4-6)

Model Humanistik Abraham Maslow

Maslow melihat individu sebagai sesuatu yang berintergrasi dan penyusuan keseluruhan. Teori Maslow ini ada berkaitan dengan personaliti, dan menitikberatkan beberapa andaian yang berkaitan dengan motivasi. Beliau menekankan keseluruhan diri individu bergerak, bukan hanya sebahagian daripada individu. Struktur dan fungsi di dalam badan organisma mempunyai keperluan yang tertentu. Manusia adalah sebagai makhluk yang paling tinggi mempunyai keperluan yang kompleks. Abraham Maslow (1954) telah menjelaskan bahawa keperluan-keperluan manusia itu berperingkatperingkat. Sesuatu peringkat keperluan yang lebih tinggi tidak mungkin diperolehi sebelum keperluan yang lebih rendah peringkatnya dipenuhi terlebih dahulu. Menurut Azizi Yahaya (2005) mengatakan dalam Teori Humanistik, beberapa andaian telah dibuat. Antara andaian yang telah dibuat ialah manusia mempunyai keperluan dan keperluan asas. Berdasarkan analisis kes yang dikaji melihatkan dua aspek keperluan yang tidak dipenuhi oleh Justin iaitu kasih sayang dan keselamatan. Berdasarkan Teori Maslow, keperluan kasih sayang ini untuk mendapatkan hubungan yang mesra, kasih sayang dan perasaan diri wujud dalam kehidupan Justin. Dalam memenuhi keperluan ini, manusia perlukan hubungan dengan insan lain. Mengikut Maslow, jika keperluan ini dipenuhi, seseorang individu akan berasa bahagia dan dapat meningkat ke satu lagi peringkat yang lebih tinggi dalam hierarki keperluan. Menurut Nina Rakowski (2008), jika keperluan ini tidak dipenuhi, seseorang itu akan menunjukkan ciri-ciri emosi yang tidak stabil seperti bimbang, tidak bahagia dan kecewa. Contohnya, Justin tidak mendapat kasih sayang sepenuhnya daripada ibunya selepas kedua ibu bapanya bercerai. Keadaan yang memaksa Justin untuk tinggal dengan neneknya yang sering menghasut pemikiran Justin. Ekoran peristiwa ini Justin bersikap mengelamun di dalam kelas yang memikirkan tentang kasih sayang ibunya. Sementara itu, Justin yang amat menyayangi ibunya masih berharap agar ibunya dapat kembali dan mereka akan menjadi sekeluarga kembali. Ini telah menafikan keperluan kasih sayang Justin. He wants them to be a threesome again, so he stages these little games and hopes that Jus will contact his mom (Perenggan 13: Baris 3-6)

the mother had relinquished custody of Justin and had left the stage shortly after divorce (Perenggan 11: Baris 1-3) Dari aspek keselamatan pula, adalah amat penting dalam hidup. Demikianlah tiap-tiap setiap individu memerlukan keperluan ini tetapi dengan kekuatan yang berbeza-beza. Keperluan ini timbul daripada keadaan anak-anak kecil yang tidak dapat hidup dengan sendirinya dan memaksa ia bergantung kepada orang dewasa terutama ibu bapa untuk mendapatkan keperluan ini agar ia sentiasa dilindungi. Sikap kepekaan dan keprihatinan seorang ibu bapa yang bertanggungjawab diharapakan demi menjaga keselamatannya kerana betapa pentingnya perdampingan dan sentuhan orang dewasa kepada seorang kanak-kanak. Dalam kes ini, Nenek Justin juga telah menghukum Justin dengan merotannya dan merampas basikal Justin kerana Justin berperangai seperti ini kerana menurut nenek Justin, Justin berkelakuan sebegitu kerana dia mahu ayahnya mencari ibunya semula. Tindakan nenek Justin yang memukulnya apabila menunjukkan tingkah laku yang tidak baik telah menimbulakan rasa tidak selamat. Situasi ini jelas menunjukkan ketidakstabilan emosi dalam diri Justin dan menyebabkan dia menunjukkan tingkah laku yang tidak baik itu di dalam kelas. Well, the last time he showed off like this, I whipped his ass good and took away his bike and I know he shaped up for a while, I guess Im just gonna have to do it again (Perenggang 14: 1-3) Menurut Akta Kanak-kanak 2001, Seksyen 31 (1a), mana-mana orang, yang merupakan orang yang mempunyai pemeliharaan seseorang kanak-kanak yang menganiayai, mengabaikan, membuang atau mendedahkan kanak-kanak itu, dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal atau emosi atau yang menyebabkan atau membenarkannya dianiayai, diabaikan, dibuang atau didedahkan sedemikian akan disabitkan kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh thun atau kedua-duanya.

Anda mungkin juga menyukai