Anda di halaman 1dari 3

1.

APLIKASI KECERDASAN PELBAGAI DALAM SEJARAH TAHUN 4


1.1

Kecerdasan Kinestetik
Kecerdasan Kinestetik membolehkan pelajar boleh berjalan, berlari, berlompat,

menari dan sebagainya. Pelajar ini gemar membuat aktiviti-aktiviti seperti ini. Pelajar ini
suka membuka dan mengasing-asingkan bahagian benda kemudian memasangkan
semula. Kebanyakkan mereka juga mempunyai kebolehan dalam menggunakan
bahasabadan lebih suka kepada aktiviti tarian dan lakonan. Mereka juga berkebolehan
untuk belajar melalui perbuatan seperti simulasi, main peranan dan membina model.
Guru perlu melaksanakan aktiviti-aktiviti yang membolehkan pergerakan aktif yang
memerlukan Hands On.
Contoh 1
Guru boleh melakukan aktiviti Hands On untuk tajuk Kenali Sejarah. Di muka
surat 3 terdapat aktiviti reka cipta model artifak. Guru boleh mengajak pelajar untuk
membentuk model artifak dengan menggunakan plastisin. Kemudian guru boleh
meminta pelajar mempamerkan hasil kerja mereka.
Kelebihan
Aktiviti ini juga dapat menarik minat pelajar terhadap pelajaran. Pelajar dapat
memahami tajuk yang diajar dengan lebih jelas. Pelajar juga tidak berasa bosan malah
melibatkan diri dalam aktiviti dengan penuh semangat. Apabila pelajar terlibat sendiri
dalam membina artifak, murid dapat melihat dan merasai pembelajaran itu. Murid juga
dapat mengalami pengalaman sebenar dan ia akan memberi rangsangan pada diri
sendiri.
Kelemahan
Aktiviti sebegini juga mempunyai beberapa kelemahan. Antaranya ialah guru
perlu melakukan persediaan awal untuk melakukan aktiviti ini. Oleh itu, ia akan
mengambil masa panjang dan juga membazirkan masa guru. Selain itu, guru perlu
meningkatkan kawalan kelas supaya pelajar-pelajar tidak bising semasa melakukan
aktiviti ini.

Contoh 2
Guru boleh membimbing pelajar membuat jadual mingguan supaya mereka menghargai
masa dalam kehidupan mereka. Kemudian guru boleh meminta pelajar supaya mengikuti jadual
mingguan tersebut dalam kehidupan harian.
Kelebihan
Di sini guru dapat melahirkan pelajar yang berdisiplin dan sentiasa memahami
perancangan yang dibuat. Pelajar dapat merancang dan mengagihkan masa dengan betul
untuk membuat aktiviti harian. Pelajar juga tidak membuang masa dan dapat mengelakkan diri
dan melakukan perkara yang tidak berfaedah.
Kelemahan
Guru tidak tahu sama ada pelajar benar-benar mengikut jadual migguan yang mereka
tetapkan.

1.2

Kecerdasan Linguistik

Kecerdasan linguistik membolehkan pelajar untuk memahami dan memanipulasikan


bahasa dan perkataan. Kebanyakkan pelajar mempunyai kebolehan seperti membaca, menulis,
bercakap dan sebagainya. Mereka mahir dalam melengkapkan teka silang kata dengan
perkataan perbendaharaan kata, bercerita, mengambil bahagian dalam perbahasan, mencipta
puisi, menulis cerpen atau rencana dan sebagainya. Guru boleh meningkatkan kecerdasan ini
dalam kalangan pelajar dengan memberi aktiviti seperti mencari maksud perbedaharaan kata,
perbincangan dalam kumpulan dengan memberi sesuatu tajuk dan sebagainya.
Contoh 1
Guru boleh melakukan aktiviti menyusun semula huruf dalam petak yang disediakan dan dan
menyuruh salin semula huruf yang bernombor dalam petak mengikut nombor yang sama yang
terdapat di muka surat 30. Kemudian guru boleh mengarah pelajar membaca perkataan yang
betul mengikut giliran pelajar.

Kelebihan
Aktiviti ini dapat meningkatkan kemahiran berfikir apabila pelajar mencuba menyusun
perkataan. Aktiviti ini menyebabkan pelajar tidak berasa bosan malah menarik minat terhadap
pengajaran tersebut. Pelajar juga dapat mengenali pelbagai perkatan baru melalui aktiviti ini.
Mereka dapat meningkatkan kemahiran bahasa dengan lebih mendalam.
Kelemahan
Aktiviti ini juga mempunyai kelemahan iaitu guru perlu memperbanyakkan aktiviti seperti
ini supaya pelajar mahir dalam kemahiran bahasa. Oleh itu, ia akan menmbazirkan masa guru.
Contoh 2
Guru boleh melakukan aktiviti bahasa untuk tajuk Salasilah Keluarga Saya yang
terdapat di muka surat 20. Guru boleh meminta pelajar untuk membina salasilah keluarga
mereka secara ringkas. Kemudian guru boleh menyuruh pelajar ceritakan salasilah keluarga
mereka di hadapan kelas.
Kelebihan
Aktiviti ini dapat melahirkan pelajar yang yakin pada diri sendiri kerana mereka dengan
yakinnya menceritakan hasil kerja mereka di hadapan kelas. Salasilah keluarga masing-masing
amat penting. Setiap individu harus mengetahui tentang salasilah keluarga tersendiri. Salasilah
keluarga dapat mengeratkan hubungan antara anggota keluarga. Aktiviti ini membantu pelajar
pentingnya mengetahui tentang salasilah keluarga. Selain itu, apabila pelajar menceritakan
sesuatu tajuk, mereka dapat meningkatkan kemahiran bahasa mereka secara mendalam.
Kelemahan
Aktiviti ini mungkin mengambil masa yang panjang kerana ada sesetengah pelajar tidak
mengatahui tentang salasilah keluarga mereka. Pelajar harus menanya ibu bapa mereka untuk
mengetahui maklumat tersebut. Ada ibu bapa yang tidak mengetahui tentang salasilah keluarga
sendiri. oleh itu, ia menyebabkan pelajar sukar untuk maklumat tersebut.

Anda mungkin juga menyukai